Bagi sesetengah wanita, tempoh kehamilan adalah proses yang amat sukar. Perubahan hormon yang berlaku pada tubuh menyebabkan mereka merasakan 1001 rasa yang tidak pernah dialami sebelum ini. Oleh sebab itu, sokongan suami amat penting kepada isteri dalam membantunya menghadapi semua ini.
Selain itu, orang selalu cakap, lepas bayi lahir nanti masing-masing tak cukup tidur, sibuk mengurus si kecil, dan masa menjadi sangat terhad. Hal ini sememangnya benar kerana kelahiran bayi bakal mengubah jadual seharian anda.
Maka, inilah masanya untuk anda meluangkan masa berkualiti bersama sebelum memikul peranan sebagai ibu bapa. Dengan merancang ‘babymoon’, ia juga menjadi tanda keprihatinan anda terhadap isteri.
Colmar Tropical Berjaya Hills Bukit Tinggi, Pahang
Jika si ibu hamil mengimpikan pengalaman seperti berada di perkampungan Eropah, rasanya boleh terus ke Bukit Tinggi yang tidak jauh dari Bentong, Pahang. Menginap di Colmar Tropicale Berjaya Hills semestinya bagaikan berada di luar negara tanpa perlu menaiki pesawat berjam-jam lamanya. Reka bentuk bangunan hotel berkenaan unik persis perkampungan Perancis. Sesuai dengan ‘mood’ atas bukit yang berkabus dan sedikit dingin, kurang lengkap rasanya jika tidak mencuba kopi dan roti di sebuah kafe di sini iaitu La Boulangerie.
Pulau Kapas, Terengganu
Jika terasa ingin membawa si mak buyung ke pulau yang cantik tetapi risau faktor perjalanan yang jauh menaiki bot, anda boleh memilih untuk ke Pulau Kapas sahaja. Tempoh perjalanan ke pulau itu hanya mengambil masa antara 15 hingga 20 minit dari jeti Marang.
Lokasinya tidak jauh dari daratan menjadikan perjalanan ke Pulau Kapas adalah sesuatu yang singkat. Sesuai untuk percutiaan keluarga samada membawa wanita hamil, warga emas dan anak kecil kerana jarak perjalanan menaiki bot tidak begitu lama berbanding ke pulau sekitar yang lain.
Ads
Walaupun Pulau Kapas terletak begitu dekat dengan tanah besar, tidak bermakna air laut yang berada di sini tidak jernih dan menarik. Anda pasti teruja melihat kejernihan air laut.
Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan
Teringin berendam dalam kolam renang, tetapi risau akan ‘penampakan’ perut yang membulat? Anda boleh meilih untuk bercuti ke rangkaian Hotel Lexis di Port Dickson, sama ada Grand Lexis Port Dickson atau Lexis Hibiscus Port Dickson
Grand Lexis Port Dickson – Sebuah hotel yang memberikan anda privasi yang diimpikan, siapa yang tak pernah berangan untuk memiliki kolam renang sendiri kan? Di sini, impian anda menjadi kenyataan. Setiap bilik disediakan kolam renang untuk anda nikmati tanpa sebarang gangguan. Grand Lexis antara hotel terbaik di Port Dickson yang pasti memberi anda pengalaman menginap yang istimewa.
Lexis Hibiscus Port Dickson -Seperti Grand Lexis, Lexis Hibiscus juga menyediakan kolam renang dalam setiap bilik yang ditawarkan. Ia menjadi tarikan utama yang sangat istimewa buat tetamunya. Dari pandangan atas, Lexis Hibiscus bagaikan sekuntum bunga raya mekar di Selat Melaka.
Ads
Kala senja, sorotan lampu pada setiap vila menampakkan lagi keunikan bentuk hotel terapung ini yang menjadi tumpuan bukan saja pelancong dalam negara malah seluruh pelosok dunia. Air pancut setinggi 100 meter yang tertinggi di Malaysia dengan pencahayaan memukau pada waktu malam sangat mempesonakan dapat disaksikan pada waktu malam.
Pangkor Laut Resort, Perak
Terletak di Pulau Pangkor, Perak, untuk sampai ke resort indah ini pengunjung perlu menaiki bot laju persendirian yang disediakan daripada Marina Island Pangkor yang mengambil masa selama 15 minit. Makan, anda tidak perlu berebut-rebut untuk menaiki feri biasa untuk ke Pulau Pangkor bersama pengunjung lain. Jauh daripada sebarang gangguan bunyi dan udara kerana lokasinya yang dikelilingi taman tropika dan laut. Resort ini juga sesuai untuk anda yang ingin babymoon bersama dengan yang tersayang, lagi menarik kalau hadiahkan sekali pakej urutan dan spa yang disediakan di sini. Namun jangan lupa beritahu tukang urut si isteri sedang hamil ya, mungkin ada teknik khas yang lebih sesuai untuk urutan ibu hamil.
Pondok-Pondok Melaka
Ads
Bagi yang suka pada keindahan alam semulajadi, Pondok Pondok adalah penginapan yang sesuai untuk anda dan pasangan. Terletak di Ayer Molek, Melaka, penginapan di Pondok Pondok ini terdiri daripada 5 buah rumah kecil dengan loteng. Memang menarik persekitarannya sebab terasa dekat sangat dengan nature. Dikelilingi pokok-pokok, macam main tree house tu! Harga bermula dari serendam rm180 untuk semalam.
Villa Embun, Janda Baik Pahang
Villa Embun, Janda Baik di Bentong Pahang sering menjadi destinasi pilihan percutian jangka pendek hujung minggu. Tarikan alam semula jadi menjadikan ia pilihan terbaik bagi mereka yang mahu lari seketika daripada kesibukan kota. Selain itu lokasi Janda Baik juga tidak terlalu jauh, hanya terletak kira-kira 45 minit pemanduan dari ibu negara menggunakan susur keluar Genting Sempah.
Villa Embun menampilkan reka bentuk ala Bali. Untuk ke vila ini , pengunjung dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri hingga ke kawasan khas sebelum dibawa ke kawasan vila di puncak bukit menggunakan kenderaan buggy. Selain memudahkan pengunjung ke vila, cara itu adalah antara polisi Embun untuk mengelak gangguan bunyi, pencemaran asap, kesesakan trafik serta menjaga privasi pengunjung.
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kerja harian tidak akan habis. Stres dan bebanan kerja sentiasa akan menekan kita. Elakkan tekanan yang melampau dengan melakukan aktiviti menarik bersama keluarga atau sahabat tersayang dengan menunggang ATV (All-terrain Vehicle).
ATV ialah motosikal beroda empat atau tiga yang mampu mengharungi pelbagai bentuk muka bumi. Jika dulu kosnya agak tinggi untuk mencuba aktiviti ini tetapi kini ia boleh disewa dengan harga lebih rendah.
Trek yang disediakan juga begitu menyeronokkan dan mencabar anda untuk meredah pelbagai halangan termasuk laluan di bawah pokok balak dan melalui titi buluh di kawasan yang diwartakan hutan simpan. Hilang sekejap stres dan bebanan kerja yang melanda hidup.
Ikuti perkongsian menarik wanita ini dilaman sosialnya selepas melakukan aktiviti ekstrem menunggang ATV ini.
Apakata weekend ini bawa family cuba aktiviti yang dekat dengan Nature pula. Orang tak ramai dan yang paling penting tak penat sangat. Boleh bawa anak-anak sekali ke Nur Laman Bestari Eco Resort, Hutan Lipur Sungai Tua, Selangor. Lokasi dia dekat je dalam 45 minit ke 1 jam dari Kuala Lumpur.
Udara sejuk dan nyaman. Tak ada pencemaran. Boleh dengar bunyi serangga seperti cengkerik. Gajah dan harimau. Ok tu tipu. Haha! Apapun serius aktiviti ini memang best dan buat korang capai rasa gembira macam naik roler coster tu. Kan kita bertangungjawab untuk cetus rasa gembira dalam diri kita. So, keep happy, always.
Ok jom kita tinjau apa persiapan dan harga yang ditawarkan oleh tuan kedai ni. Jom kita start!
Ada 3 jenis ride :
(1) Easy Ride – Dah nama dia mudah, so memang mudah sangat. Bawa atas padang je. Haha! So korang jangan la amik pakej ni, menyesal je datang kalau setakat ni nak easy ride. Tak feel nanti. Pakej ni RM 30.
(2) Explore Ride – Pakej ni sesuai untuk beginner. Instructor akan bawa masuk ke dalam hutan lebih kurang 1KM dan korang akan rasa naik dan turun bukit, laluan berlecak dan berlumpur sikit, pastu akan ada laluan yang berliku dan tak rata juga. Serius best sebab korang akan belajar handle motor 4 roda ni tengok mencabar ke tidak ya. Haha. Pakej ni RM 50.
(3) Advance Ride – Pakej ini untuk yang dah expert. Tapi jika tak expert pun boleh cuma akan letih sikit sebab tak berapa pandai nak handle ATV for the first time kan. Instructor akan guide dan bawa kita masuk ke dalam hutan dan ride tu akan berakhir di sungai dan kalian boleh la mandi manda di sana. Pakej ini RM 100.
Persiapan dan tips sebelum main ATV
Mesti pakai kasut sukan, selipar jepun yang mahal tu tinggal di dalam kereta je.
Bawa tuala, dan baju basahan buat mandi sungai. Percayalah kalian tak dapat tolak untuk mandi sungai lepas main ATV sebab masa tu badan dah berpeluh dan belemuih. So baik la mandi sungai kan.
Bonus tips – Bawalah makanan bersama-sama sebab kat dalam tu tak jual makanan sangat. Tapi sepanjang perjalanan masuk tu akan ada gerai-gerai sarapan so tappaw siap-siap k.
Yang ada anak kecil jangan risau ada ATV yang banyak tempat duduk. Ambil yang 2 seatter so korang boleh la bawa anak sekali.
Bawa bersama insect repellent beli kat 7e je, insha Allah boleh enjoy this ride. Pakai juga baju berwarna terang ya. – Thanks dr Murni Clarkson beri tips important😍
Sekian perkongsian dan harap dapat membantu kalian berseronok dan mencuba perkara baru.
Negara Jepun dikenali seluruh dunia mempunyai sebuah bandar raya yang begitu dinamik. Tokyo merupakan ibu negara Jepun sering menjadi pilihan lokasi impian untuk pelancong dari Malaysia. Di Tokyo, bangunan pencakar langit melitupi muka buminya selain dikatakan antara bandar raya yang tidak pernah ‘tidur’.
Tidak perlu gusar tentang ‘makanan Halal’ jika membuat perancangan untuk bercuti di Tokyo, Jepun. Kini telah banyak restoran halal yang berada di pasaran Tokyo. Malah, anda boleh mencuba hidangan masyarakat Jepun tanpa sebarang keraguan ketika berada di Tokyo.
Ini cadangan trip lokasi menarik & lokasi makanan Halal perlu dikunjungi di Tokyo,Jepun dikongsi oleh Nur Illyana
Trip Sakura Tokyo, Jepun
Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk melancong bersama orang tersayang sambil-sambil belajar adat dan cara kehidupan rakyat di negara luar. Hujung bulan Mac 2019 kami berkesempatan melawat negara yang terkenal dengan jolokan ‘Matahari Terbit’ iaitu Jepun.
Pada hujung bulan Mac dan awal bulan April adalah waktu terbaik untuk menikmati keindahan musim bunga sakura di Tokyo. Sepanjang percutian disana, kami tidak menggunakan mana-mana khidmat Agensi Perlancongan sebaliknya semua tempat-tempat menarik di Tokyo kami redah sendiri dengan menaiki keretapi dan berpandukan Google Map.
Bagi lawatan satu hari ke Mt.Fuji dan Hakone kami gunakan khidmat Agensi Perlancongan yang telah kami aturkan dari Malaysia. Tapi jangan risau bagi mereka yang saat-saat akhir teringin nak pergi ‘Day Tour ke Mt.Fuji dan Hakone’ tu boleh pergi ke KEIO Plaza Hotel di mana disitu disediakan perkhidmatan yang akan menguruskan perjalanan anda ke sana.
Selama seminggu di Tokyo, saya kongsikan serba sedikit tempat-tempat menarik yang kami berdua lawati dan juga restoran-restoran HALAL yang sempat kami kunjungi bagi memenuhi tuntutan keinginan kami si ‘FOOD LOVER’ ni.
UENO PARK: Tak lengkap kalau ke Tokyo sekiranya tidak menikmati keindahan dan kecantikan bunga sakura yang sedang berkembang mekar. Taman ini kami lawati pada hari minggu dan disini pada hujung minggu ramai rakyat Tokyo mengisi masa lapang bersama-sama dengan keluarga atau rakan-rakan dengan berkelah. Terdapat juga bazaar makanan yang menjual pelbagai jenis makanan untuk dinikmati.
AKIHABARA: Bagi yang menggilai anime, permainan game seperti Nintendo Switch, watak-watak kartun seperti Super Mario, Sailormoon dan sabagainya. Tempat ni sangat disarankan untuk kalian kunjungi. Rambang mata dibuatnya bila berada di AKIHABARA kerana terdapat pelbagai jenis permainan kanak-kanak termasuk permainan yang berbentuk pendidikan seperti 4D Human Anatomy dijual disini. Yang penting sediakan wang yang mencukupi kerana kalian pasti akan rambang mata dan pening untuk memilih permainan yang anda suka. Di AKIHABARA juga kalian berpeluang untuk bermain Go-Kart dengan berpakaian watak-watak kartun sambil mengelilingi tempat tersebut.
TAKESHITA STREET: Bagi anak muda yang suka dan gemar berfesyen dan sukakan pencuci mulut yang sedap sila melawat tempat ini yang terletak tidak jauh dari Harajuku Station. Disini sepanjang 400 meter terdapat banyak kedai-kedai pakaian dan kasut serta “fast food outlets” kebanyakkan beroperasi dari jam 11 pagi hingga 8 malam. Selain itu ,disini juga terdapat kedai yang menjual barangan cenderahati. Bagi yang menaiki keretapi sila berhenti di Harajuku Station. Diingatkan, pada hari minggu tempat ini akan menjadi sangat sibuk dan sesak.
MEIJI JINGU: Terletak tidak jauh dari Takeshita Street. Sekiranya bernasib baik, disini kita dapat melihat upacara tradisi perkahwinan jepun gaya Shinto . Hutan yang mengelilingi Meiji Jingu Shrine ini dilitupi oleh lebih kurang 120,000 pokok-pokok yang terdiri daripada 365 jenis spesis. Kesemua pokok ini dibawa dari segenap pelusuk negara Jepun dan sekarang hutan ini didiami oleh pelbagai spesis burung.
TSUKIJI FISH MARKET: Bagi si ‘FOOD LOVER’ tempat ni wajib dikunjungi kerana terdapat banyak makanan laut yang segar dan sedap dijual disini. Pasar ini ditutup pada hari ahad dan kebiasaannya semua kedai dibuka seawal jam 5 pagi sehingga jam 2 petang. Bagi yang menaiki keretapi sila berhenti di Tsukiji Station.
DISNEYLAND TOKYO: Ini merupakan tempat impian yang ingin dilawati sejak kecil. Keterujaan dapat masuk Disneyland tu susah nak gambarkan. Banyak sangat patung-patung karakter kartun Disney yang sangat comel. Semestinya setiap kedai cenderahati yang ada di situ perlu anda masuk, jangan berangan lah nak keluar dari kedai cenderahati tersebut tanpa membeli apa-apa barang. Kedai menjual perfume Disney juga perlu dikunjungi. Kami kesana dengan menaiki keretapi dan turun di JR Maihama Station. Sekiranya kalian mempunyai kewangan yang kukuh, bolehlah menginap di Tokyo Disneyland Hotel.
MT FUJI & HAKONE DAY TOUR: Pakej tour ini kami ambil semasa Matta Fair tapi sekiranya kalian disaat-saat akhir merancang hendak Day Tour ke Mt Fuji & Hakone dengan menggunakan khidmat Agensi Perlancongan, silalah ke KEIO Plaza Hotel. Disebabkan cuaca kurang baik kami tidak dapat pergi sehingga perhentian yang paling terdekat dengan Mt Fuji jadi setelah makan tengah hari kami dibawa ke Hakone Kojiri Terminal untuk menaiki bot menyusuri ‘Lake Ashi’ untuk ke Hakone Komagatake Ropeway. Selepas itu kami dihantar ke Odawara Station untuk menaiki Shinkansen untuk pulang semula ke Tokyo. Sekiranya ke Jepun perlulah merasa menaiki Shinkansen barulah lengkap aktiviti melancong di negara Jepun.
TOKYO TOWER: Disarankan berkunjung pada waktu malam kerana pernataan cahaya yang sangat cantic. Harga tiket untuk Top Deck Tour ialah 2800 Yen. Sekiranya anda peminat “ONE PIECE” , disini terdapat kedai yang menjual barangan kartun tersebut.
Restoran Halal Yang Dikunjungi:
GYUMON HALAL BBQ RESTORAN: Terletak di Shibuya, harga set makanan serendah dari 3000 Yen.
MALAYSIAN CUISINE : Bagi yang rindukan makanan Malaysia sila singgah ke restoran ini yang terletak di Shibuya. Terdapat juga produk makanan Malaysia seperti Brahim’s dijual disini.
HALAL WAGYU & VEGETABLE SHABU-SHABI ASAKUSA NAGOMI: Terletak berdekatan dengan Asakusa Station. Restoran ini menghidangkan daging wagyu halal yang sangat sedap, lembut dan enak . Bilik solat juga disediakan disini. Pemilik restoran dan pekerjanya juga sangat peramah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jugra menjadi destinasi pelancongan popular di daerah Kuala Langat.
Pastinya tarikan utama di sini ialah Rumah Api Bukit Jugra. Dulu, ia memainkan peranan penting kepada jurumudi dan nakhoda kapal di laut kerana lokasinya yang strategik apabila menghadap Selat Melaka. Bagi penggemar sukan lasak terutamanya aktiviti paragliding, nama Bukit Jugra bukanlah asing buat mereka. Bukit Jugra yang terletak berdekatan Kampung Kanchong Darat, di Banting, Selangor sering dipenuhi pengunjung terutama pada hujung minggu kerana selain menjadi port paragliding, aktiviti riadah lain juga boleh dilakukan di sini.
Jika inginkan kelainan pada cuti hujung minggu, anda disarankan memanjat Bukit Jugra dan mencuba terbang di udara dengan paragliding sekali gus dapat memiliki keindahan alam semula jadi sesuai untuk bersantai sambil menghirup udara segar. Kos melakukan aktiviti ini juga amat berpatutan dan pastinya sangat serasi dengan jiwa kalian yang mahu mencuba sesuatu yang lebih mencabar.
Sebelum terbang, setiap peserta paragliding akan diberikan taklimat dan peraturan ketika berada di udara. Pihak pengurusan amat menitik beratkan aspek keselamatan kepada setiap peserta kerana tidak mahu perkara yang boleh membahayakan keselamatan mereka. Peserta akan meluncur di udara sekitar 10-15 minit dan boleh menikmati pemandangan indah ketika berada pada ruang angkasa.
Info:
Bayaran yang dikenakan kepada pengunjung bergantung kepada waktu tertentu seperti pada pagi hari bayarannya lebih murah berbanding ketika matahari terbenam
Pakaian yang sesuai dan kasut sukan
Disertakan bersama gambar dan video penerbangan
Sihat tubuh badan
Berat badan individu tidak melebihi 200 kilogram
Image via Tourism Malaysia & google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...