Aplikasi Sarawak Travel, Bantu Pelancong Teroka Sarawak Dengan Mudah

Share

Bagi anda yang merancang untuk berkunjung ke Sarawak, perjalanan anda pasti lebih mudah dengan adanya aplikasi Sarawak Travel.

Lepas ini akan memudahkan anda untuk mengetahui di mana lokasi menarik untuk dikunjungi, tempat menjamu selera, destinasi membeli-belah Kek Sarawak atau pasar yang menjual terubuk ikan masin.

Aplikasi itu dibangunkan sebagai panduan perjalanan untuk pelancong di Sarawak dan pastinya mereka boleh mendapatkan maklumat latar belakang sesuatu tempat yang ingin dikunjungi beserta lokasi dan maklumat untuk dihubungi. Antaranya dapat melihat pemandangan Kampung Budaya Sarawak, Fort Margherita, Rumah Mahkamah Lama atau tempat menarik lain di Sarawak, mereka juga boleh melihat imej panorama 360 darjah tarikan tempatan seperti Kuching Waterfront. Aplikasi ini turut dilengkapi teknologi realiti maya (VR).

Malah, para pelancong juga boleh merancang perjalanan berpakej dengan membuat tempahan daripada agensi pelancongan berdaftar. Bagi memudahkan proses membuat tempahan, aplikasi itu juga perlu menyediakan pembayaran atas talian.

Aplikasi Sarawak Travel dibangunkan hasil usahasama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan pasukan dari Pusat Penyelidikan Inovasi dan Enterprise dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Sumber Foto: Astroawani

IKLAN