Lain macam unik ya spesies dinosaur yang dijumpai ini. Bayangkan, haiwan pra sejarah yang semua orang tahu bersaiz besar namun uniknya tidak mempunyai gigi.
Pencarian fosil di Australia baru-baru ini telah menemukan tulang kecil spesies haiwan pra-sejarah yang jarang dijumpai. Fosil yang digali oleh penggali sukarela itu dikenal pasti sebagai “Elaphrosaur” iaitu dinosaur tanpa gigi yang hidup di negara itu 110 juta tahun yang lalu, lapor BBC. Elaphrosaur, yang membawa maksud “biawak yang tangkas”, dipercayai spesies yang ada kaitan dengan Tyrannosaurus Rex (T-Rex) dan Velociraptor.
Fosil sepanjang dua inci itu dijumpai semasa penggalian berhampiran Cape Otway di Victoria pada tahun 2015. Ia adalah tulang Elaphrosaur pertama yang ditemukan di Australia.
Ads
Fosil itu dijumpai sukarelawan Jessica Parker yang mengambil bahagian dalam penggalian tahunan anjuran Muzium Melbourne. Pada waktu itu, ia dianggap berasal dari reptilia terbang yang disebut pterosaur. Tetapi ketika ahli paleontologi di Swinburne University di Melbourne mengkajinya, mereka menyedari ia daripada dinosaur yang unik.
Ads
Elaphrosaur mempunyai leher yang panjang, lengan yang kuat dengan tangan kecil serta badan yang agak ringan. Fosil menunjukkan haiwan itu mempunyai panjang sekitar dua meter. Bagaimanapun, fosil lain yang sebelum ini terdapat di Tanzania, China dan Argentina menunjukkan bahawa ia boleh mencapai panjang sehingga enam meter.
“Elaphrosaur dewasa mungkin tidak makan banyak daging. Ketika dinosaur pupus, sifatnya agak pelik. Beberapa tengkorak Elaphrosaur yang diketahui menunjukkan spesies muda mempunyai gigi, tetapi yang dewasa kehilangan gigi dan menggantinya dengan paruh bebentuk tanduk. Kami tidak tahu apakah ini benar untuk Elaphrosaur atau sebaliknya, tetapi kita mungkin mengetahuinya jika kita menemui tengkoraknya,” kata Dr Stephen Poropat.
Ads
Fosil ‘rare’ itu ditemui di Cape Otway iaitu merupakan kawasan fosil sering dijumpai. Pelbagai fosil haiwan dan lima spesies dinosaur telah dikenal pasti di lokasi berkenaan, lapor ABC News. Antara yang ditemukan termasuk fosil dinosaur pemakan tumbuhan yang dijumpai pada tahun 2018.
Kalau anda jenis suka kelainan dalam percutiaan dan duit bukan menjadi masalah. Lokasi penginapan Whitepod ini memang sangat dicadangkan untuk anda.
Selain menawarkan penginapan yang ‘super cool’, di Whitepod juga menjanjikan suasana sekitar yang cukup mengasyikan. Percutian ekomewah di resort eksklusif Whitepod hanya mempunyai 15 iglu sahaja terletak pada ketinggian 1,400 meter di Valais, Switzerland.
Setiap iglu dilengkapi alat pemanas, bilik mandi dan katil raja yang nampak tidak ubah seperti sebahagian daripada landskap pergunungan yang dilitupi salji. Perabot antik tempatan juga menghiasi setiap iglu.
Khemah bersaiz ‘deluxe’ turut menampilkan wifi percuma, Apple TV dan sarapan pagi dihantar setiap pagi, selain menawarkan khidmat urutan spa. Paling menarik, setiap kamar beradu disediakan dengan selimut bulu kambing yang pasti membuaikan mimpi indah, malah pemandangan indah Lembah Rhone menanti anda setiap pagi.
Pelbagai aktiviti disediakan untuk percutian musim sejuk, termasuk kereta salji dan ski dengan laluan sepanjang tujuh kilometer yang hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh tetamu ke situ. Maka, jika teringin untuk bermain ski, anda tidak perlu berebut-rebut dengan pengujung lain.
Pada waktu malam pula, pengunjung diberi pilihan dua menu disediakan chef, iaitu masakan tradisional Switzerland atau hidangan lebih ringan.
Keseronokan percutian di Whitepod juga bukan hanya untuk musim sejuk sahaja, tetamu boleh cuba menginap di sini pada musim panas. aKetika itu penginapan iglu ‘bersalju’ bertukar warna dan nampak sebati dengan persekitaran tanpa salji. Antara aktiviti yang gemar dilakukan di sini adalah mendaki bukit di sekitar penginapan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Chef selebriti dari Turki, Nusret Gokce atau lebih dikenali sebagai Chef Salt Bae menjadi trending di Internet selepas caranya menabur garam ke atas daging stik menjadi viral.
Chef Salt Bae yang kini berusia 36 tahun membuka restoran pertamanya pada tahun 2010 dan kini memiliki lima buah restoran hidangan stik di Turki dan Dubai, juga dua buah restoran burger. Kini Nusret bakal membuka satu lagi cawangan restorannya di London dan Midtown bernama Nusr-et.
Terbaru, sebuah restorannya di Dubai telah menawarkan satu hidangan baru iaitu stik yang disadur daun emas 24 karat pada harga 1,250 dirham (RM1,430). Namun, pelanggan masih boleh memilih pilihan menu stik yang biasa tanpa saduran emas dengan harga paling rendah 340 dirham (RM390).
Seorang pelanggan yang telah memesan stik emas tersebut menyatakan ia adalah stik terbaik yang pernah dirasainya, namun tidak pasti sama ada saduran emas itu memberi kesan terhadap rasa hidangan berkenaan.
Sebuah video yang tular ada menunjukkan aksi Chef Salt Bae sedang menghidangkan daging stik bersadur emas kepada pelanggannya. Daging dipotong dan dimasak di meja pelanggan dan dia seakan-akan melakukan pertunjukan pantomim secara langsung. Ia bermula dengan satu ketulan emas dibawa ke meja dan pertunjukan itu tamat apabila cef menabur garam daripada tangannya sebelum dia menikam pisau di atas meja.
Menurut Chef Salt Bae, Emas 24 karat boleh dimakan manusia kerana emas tulen tidak menimbulkan tindak balas kimia dan material berharga yang dimakan itu akan dicerna oleh sistem pencernaan tanpa diserap ke dalam badan.
Ramai beranggapan Chef Salt Bae sangat genius dan mempunyai ‘kimia’ yang baik dengan kerjayanya sebagai seorang yang sangat sukakan menu daging.
Chef Salt Bae membesar di pinggir kota di Darica, Istanbul. Bapanya adalah penggali terowong dan dia bekerja sebagai pemotong daging dan tukang masak di sektor buruh dan pembinaan sejak berumur 14 tahun. Dilahirkan dalam keluarga susah, Chef Salt Bae tidak berpeluang ke sekolah namun dia berazam untuk mengangkat dirinya menjadi seorang yang berjaya. Dia telah mengembara ke Argentina dan New York sambil belajar kraf termasuk ukiran peralatan muzik sehingga menjadi terkenal dan kaya-raya.
Jom bawa anak-anak ke Zoo hibrid pertama di dunia dengan T-REX terbesar di Asia dibuka di Kuantan. Yang minat dinosaur, memang ngam sangat lah masuk sini.
Ini antara pemandangan yang ada di zoo ini, tengok suasana pun dah menarik apa lagi kalau dah sampai sini, ya!
Bawa Anak Ke Mini Zoo Taman Teruntum, Ada T-REX Terbesar Di Asia
It’s Dinosaur Encounter, bertempat di Zoo Teruntum, Kuantan, Pahang.
Zoo ini berkonsepkan menggabungkan haiwan hidupan sebenar dan haiwan animatronik prasejarah seperti dinosaur.
Mempunyai T-REX terbesar di Asia! Di dalam Zoo Mini Teruntum, turut mempunyai tarikan unik seperti The Hobbit House dari filem ‘The Lord of The Rings’.
Anda yang berminat boleh lah beli ticket dekat awal-awal.
Tiket Masuk:
RM25.xx (Dewasa)
RM22.xx (Kanak-kanak)
Lokasi:
Mini Zoo Taman Teruntum
Jalan Padang Golf 25050 Kuantan, Pahang, Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...