Sri Lanka, negara yang terkenal dengan gelaran “Mutiara Lautan Hindi” mana tidaknya Lautan Hindi dapat dilihat di sepanjang jalan di daerah ini.
Sri Lanka mempunyai banyak keistimewaan tersendiri bukan setakat mempunyai pemandangan alam yang indah namun turut mempunyai aktiviti tradisi yang unik. Antaranya aktiviti ‘stilt fishing’. Aktiviti memancing cara tradisional ini merupakan pemandangan biasa yang boleh dilihat di sepanjang pesisiran pantai di Sri Lanka.
Wanita rakyat Malaysia ini, berkongsi kenangan melakukan aktiviti ‘stilt fishing’ ini ketika percutiannya ke Sri Lanka.
Nak share pengalaman menjadi nelayan STILT FISHING di Sri Lanka. This is one of my many Sri Lankan wishlist, 1 of it was spices.
Kitorang stay di Galle as base untuk aktiviti ni – destinasi terakhir di Sri Lanka selepas Colombo, Kandy, Nuwara Eliya dan Ella. Galle ni kawasan kubu / Dutch fort, coastal area tepi pantai.
So kitorang tak banyak masa sebenarnya, cuma dapat 2 malam di Galle, jadi kitorang upah tuk tuk and driver bawak kitorang half day tour. Tuk tuk mintak 1000rp seorang that was RM22 macam tu.
Ads
So kitorang berdua campur tips RM50 jugalah untuk tuk tuk 4 jam trip. Tuk tuk ni kitorang deal dengan tuk tuk yang bawak kitorang dari Galle bus station ke hotel, just janji mulut jumpa pagi esoknya, untuk tour. Murah la sebab jauh tempat-tempat dia bawa and lama gak 4 jam.
Ada banyak spot stilt fishing ni tapi kitorang amik yang paling dekat di Kogalla, dari Galle – dalam 45 minit ke 1 jam perjalanan naik tuk tuk. Tepi-tepi pantai tepi jalan tu je.
Guys kena tau ya most of stilt fishing ni dah jadi business, target dia tourist la yang nak experience this stilt fishing. Tak lama lepas kitorang sampai, dtg China tourist mmg kecoh gilaaaa. Masih ada lagi traditional stilt fishing, which im dying to go & see tapi di kawasan lain. Tak sempat nak pegi.
Ads
So bila sampai, nelayan nelayan akan buka harga, nego jelah kalau betul2 nak, sampai jadi. Ada pakej 2 fisherman, 4 fisherman, dan kita + 2/4 fisherman.
Harga untuk kita seorang + 2 nelayan antara 1000 ke 1500 rp ikut nasib. Dalam RM22 ke RM35, kalau nelayan tu minat kat kita dapatlah 1000rp jurrr macam my friend Zai haahahahahahaha!
Nelayan akan tolong kita naik tempat duduk tu, nervous & struggle gakla dengan ombak kuat. Tiang pun tinggi. Tgk fisherman dia naik senang n effortless je haha. Hmm sila pakai la seluar yg highly stretchable sebab mmg kena angkat kaki tinggi tinggi masa nak panjat tu, adoiii, apa pun jangan risau nelayan akan tolong masa naik & turun, tiang tu pun kuat dan stabil, mampu tampung i yang sangat berat ni.
Ads
Also pls prepared to get really wet. Basah sampai ke peha ke pinggang! Silap2 1 badan lencun. Tapi Sri Lanka panas kejap je dah kering! Masa i naik ombak okay lagi, masa kawan i naik memang i yang habis lencun sebab nak amik kan gambar angle terbaik, gigih! So make sure ur buddy is a willing buddy ok, haha. Ko dah kat atas batang kayu tu, mmg kena berdoa juga berharap gambar semua lawa2. Kang buruk meroyan sampai balik KL.
Jangan lupa, 1 lagi, prop, mintak pinjam kain yg diorg pakai kat kepala tu, kalau nak lg rare pakai la sarongggg. i dah lepas baru ingat!
Takde specific duration berapa lama boleh lepak atas tu, just pose amik gambar, n duduk la kejap atau lama kalau tahan atas tu amik feeling jadi stilt fisherman.
Tak dapat ikan ya kawan2, cuma berposing dan merasai sendiri macam mana stilt fishing. Untuk dapat ikan memerlukan masa yang panjang & keadaan yg sesuai. Its not ideal for us. Kalau i ada 1 hari full untuk stilt fishing sahaja, id venture to other area yang memang practice pure stilt fishing.
Paris yang sinonim dengan gelaran kota cinta sememangnya popular di kalangan penduduk dunia. Sesiapa sahaja pasti pernah meletakkan harapan untuk melawatnya.
Sebut sahaja Eiffel Tower, Paris sinonim dengannya. Namun, bukan hanya menara megah ini sahaja yang diperkatakan tentang negara romantik ini, malah segalanya boleh anda kecapi jika bersama kami ke sini. Paris yang kini menerima kebanjiran pelancong paling ramai sepanjang tahun menerajui pelancongan sebagai pendapatan ketiga terpenting negaranya, sekali gus menjadikannya antara destinasi paling popular sepanjang zaman. Dengan taburan objek pelancongan yang sangat padat, Paris sebenarnya amat mudah untuk dilawati oleh sesiapa sahaja. Anda berpeluang melihat pelbagai tarikan pelancongan dengan mudah dalam masa satu hari.
Musim luruh pada kali ini telah memberikan kami pandangan yang agak luar biasa. Suasana romantik yang sentiasa dikaitkan dengan Paris sememangnya sesuai dengan keadaannya. Tidak hairanlah jika destinasi istimewa ini menjadi tempat utama bagi para pengantin serta pasangan yang sedang berbulan madu. Deretan pohon oak serta pohon berangan yang banyak kelihatan sekitar bandar Paris, mengindahkan lagi suasana musim luruhnya. Keadaan ini mampu menggamit rasa bersama yang tersayang. Jadi, inilah yang dikatakan suasana romantik di Kota Paris. Oleh kerana taburan bahan bersejarah di kota Paris ini agak rapat, jadi anda tidak perlu gusar untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain dengan tergesa gesa. Semuanya berhampiran dan terlalu banyak untuk dilihat dan dikunjungi. Biarpun penat tetapi ia berbaloi kerana landskap setiap satu produk pelancongan yang terdapat di Paris ini indah-indah belaka sehingga menimbulkan rasa teruja ketika menghampirinya.
TARIKAN WARISAN REVOLUSI
Arch of Triumph
Sesampai di Paris, mata pasti akan tertumpu pada monumen besar yang dinamakan sebagai Arch of Triumph. Ia merupakan mercu tanda penting yang berada di bulatan besar Charles De Gaulle. Binaan yang besar dan luar biasa ini berwarna putih dan dihiasi dengan ukiran indah. Ia didedikasikan khusus untuk perajurit revolusi Perancis serta mangsa perang Napoleonic. Di tapak binaan Arch of Triumph merupakan bulatan besar yang dikenali sebagai Charles De Guille. Bulatan ini mempunyai 12 jaringan jalanan dan diiktiraf sebagai bulatan paling sibuk di sepanjang hari. Selain berfungsi sebagai laluan ke pelbagai hala, Charles De Guille juga memainkan peranan sebagai penunjuk arah kepada pelancong yang sesat ketika bersiar-siar atau membeli belah di kawasan berhampirannya.
Champs Elysees
Setentang dengan Charles De Guille ialah gedung membeli belah bernama Champs Elysees. Ia dikatakan sebagai gedung membelibelah yang paling sibuk berada di Paris. Mana tidaknya, semua kedai barangan berjenama mewah dibuka sehingga ke larut malam kerana melayani permintaan pelanggan dari seluruh dunia. Di samping itu, tempat ini juga menjadi tumpuan ramai kerana deretan kafe ala Perancis yang secara tidak langsung telah menggambarkan anda pernah menjejakkan kaki di Paris.
Les Invalids
Tidak jauh dari situ, anda berpeluang melihat Les Invalids dengan kubah emasnya yang mengagumkan. Ia merupakan bangunan penting yang menyimpan 1001 cerita mengenai sejarah peperangan yang pernah berlaku di Perancis. Bangunan tersebut juga menempatkan muzium, monumen dan kawasan perkuburan wira Perancis yang terkorban seperti Napoleon Bonaparte.
KHAZANAH DUNIA LOURVE
Ponts Alexandre III,
Berhampiran dengan Les Invalids ialah Ponts Alexandre III, sebuah jambatan yang menyeberangi sungai Seine. Ia diiktiraf sebagai satu daripada monumen bersejarah Perancis.Jambatan yang turut menyimpan sejarah ini begitu popular di kalangan pelancong kerana ia menawarkan panorama yang indah. Kalau anda perasan, di atas jambatan ini jugalah klip video Adele iaitu Someone Like You dirakamkan. Masa yang ada di Paris turut digunakan sepenuhnya untuk melawat Lourve Musuem, sebuah muzium terhebat yang mengumpul pelbagai khazanah sejarah dari seluruh pelosok dunia dalam sebuah kompleks. Anda sudah tentu perlu menghabiskan masa beberapa jam untuk melihat semua koleksi luar biasanya. Percayalah, ia amat berbaloi dan memuaskan hati! Siang berlalu pergi, malam menjemput Paris melalui senja. Biarpun sementara, namun waktu ini amat indah dinikmati ketika berada di Paris. Suasananya sungguh mempesonakan terutamanya apabila cahaya mentari menyimbah deretan bangunan era Renaissance. Terdapat perubahan yang begitu ketara kalau hendak dibandingkan dengan waktu siang harinya.
Galleries Lafayette
Lihat sahaja Galleries Lafayette sebagai contoh. Bangunan yang kelihatan megah pada siang harinya bertukar atmosferanya sebaik sahaja malam melabuhkan tirainya. Begitu juga dengan mercu tanda yang lain seperti Palais Garnier Opera House, Charms Alysees dan sebagainya. Rata-ratanya menonjol pada waktu malam selepas disimbah neon pelbagai warna. Malah, suasananya juga tampak lebih romantik…
Suasana senja dan malam di Paris sungguh berbeza. Anda boleh melihatnya sendiri dengan bersiar-siar di sekelilingnya sama ada dengan berjalan kaki ataupun menyewa beca roda tiga moden yang sedang popular di sini. Lampu-lampu jalanan dan jambatan menambah lagi keseronokan tersebut, sekali gus mencetus rasa cinta yang teramat sangat terutamanya buat mereka yang sah bergelar suami dan isteri.
Eiffel Tower
Paling menyerlah di Paris pada waktu malam ialah Eiffel Tower.Binaan besi oleh Gustave Eiffel pada 1889 ini hebat bermandi cahaya. Walaupun jam sudah menunjukkan 11.30 malam, namun mercu tanda utama Paris ini masih lagi hidup. Semuanya disebabkan oleh kunjungan pelancong yang tidak pernah berhenti. Majoritinya mahu mengabadikan foto tentang keberadaan diri masing-masing di sana. Maklum sahajalah, Eiffel Tower adalah titik permulaan cita-cita setiap pelancong yang mahu melihat Paris dan Eiffel Tower juga menyebabkan Paris mendapat ikon kekal sehingga seluruh dunia cemburu dan cuba mendirikan ikon yang seakan-akan di negara masing-masing.
Tidak disangkal lagi, An Evening in Paris bukan hanya satu khayalan suatu ketika dulu. Ia merupakan sebuah realiti yang anda bakal hayati jika berkunjung ke mari. Bagi mereka yang ingin menikmati keindahan Paris sepenuhnya, anda sudah pasti tahu siapakah yang layak untuk dihubungi bagi membuat tempahan ke sini, sekali gus merealisasikan dan menikmati definisi sebenar romantis.
Dapat bercuti ke negara Eropah melihat keindahan negara empat musim ketika musim luruh pada tahun lalu menjadi satu kenangan terindah buat Khairi Mohd Apatah lagi sebelum pulang sempat singgah di Mekah untuk menunaikan umrah.
Berkongsi itinerari dan juga kos yang digunakan sepanjang 10 hari pengembaraannya ke Vienna Austria, Milan Itali dan juga Jeddah Arab Saudi. Bagi yang nak buat trip macam Khairi boleh jadikan perkongsiannya ini sebagai rujukan.
Trip Musim Luruh ke Eropah & Mekah
Europe & Makkah Autumn
Pengangkutan
Flight Saudi Airlines
Kuala Lumpur – Vienna Austria
Milan, Italy – Jeddah, Arab Saudi
Jeddah – Kuala Lumpur
RM 3K
Train Eurail Pass 7 Days -RM 1.5k
Bernina Seat Reservation – CHF 24
Train Interlaken – Grindelwald – CHF 11/way
Bus Liechtenstein – EUR 5
Cable Car Lugano – CHF 1.3/way
Milan Day Pass – EUR 7
Milan Airport to Malpensa Airport – EUR 13.50/way
Jeddah Airport to SAPTCO Return – SAR 30
SAPTCO to Makkah Return – SAR 40
Hallstat (cruise) : 7 EUR (30 mins)
Penginapan
Bratislava Safestay Bratislava- RM 132
Salzburg Wolfgang’s managed by a&o Hostel – RM 103
Ada setengah orang sangat mengagungkan pulau-pulau di negara luar. Dia tak tahu dekat Malaysia, lagi-lagi di negeri Sabah banyak pulau-pulau yang turut tersenarai dalam pulau tercantik di dunia. Dunia tau, bukan peringkat daerah ke peringkat negeri.
Hikmah PKPP, ramai yang mula sedar bercuti di dalam malaysia tidak kurang menariknya. Meleleh air liur kalau dapat jejak kaki di pulau negara kita ok! Cuba pusing semua pulau dekat dalam negara dulu, baru terjah pulau negara lain tau! Lepas itu anda buat perbandingan sendiri. Kalau di negeri Sabah, boleh pilih untuk bercuti disekitar Semporna. Banyak lokasi menarik yang boleh singgah di sini.
Antara cadangan pulau best yang anda boleh terjah adalah Pulau Bohey Dulang. Pulau ini terbentuk akibat kesan letusan gunung berapi jutaan tahun dahulu. Ia adalah sisa tinggalan gunung berapi seolah-olah kawah yang dibanjiri air laut lalu mewujudkan lagun besar. Kawasan lautnya pula berada pada kedudukan strategik iaitu berkongsi lautan dengan selatan Filipina dan utara Sulawesi.
Pulau Mabul mempunyai komuniti masyarakatnya tersendiri. Pulau ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang memilih untuk bercuti cara bajet hingga mewah kerana terdapat pelbagai pilihan penginapan dari status dorm hingga ke villa terapung.
Pulau Mantabuan tidak kurang indahnya seperti pulau-pulau lain yang ada di sekitar ini. Air lautnya sangat jernih, pasir sangat memutih. Pulau Mantabuan tidak mempunyai sebarang fasiliti tempat penginapan, namun terdapat sebuah perkampungan suku Bajau Laut dengan kemudahan kedai runcit jika anda ingin ‘melepak’ minum sebentar sambil menyaksikan panorama indah.
Saya seorang #beachlover !! Dah 3 kali ke Maldives. Ini first time sampai di Semporna Sabah. Apa yang boleh dikatakan yesss, semporna hampir sempurna Indah, sesuai dengan panggilan Maldives Malaysia. Itinerari 4D3N Semporna Sabah by #kembaraimpian :
Day 1:
Flight KUL – TWU
Tawau ke Semporna menaiki van
Semporna ke Pulau Bum Bum menaiki speed boat
Check in
Day 2:
Snorkeling ke pulau timba-timba, Pulau Mataking dan Pulau Pom pom
Day 3:
Mendaki gunung Bohey Dulang, snorkeling di Pulau Matabuan dan Sibuan Island
Check out
Check in di bandar Semporna
Day 4 :
Jalan jalan di bandar Semporna dan Pekan Tawau.
Flight balik
o
Trip ni kami tak sempat ke Water Villa Bungalow Pulau Mabul. InshaAllah ada impian untuk repeat lagi dalam masa terdekat
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...