Nak short trip ke negara Jiran, Singapura sebenarnya tak memerlukan banyak kos, lagi jimat bila pergi dengan bas dari Kuala Lumpur. Spend 2 hari 1 malam kat sana cukup untuk cover hampir semua tempat menarik di Singapura.
Seperti yang dikongsikan oleh Pengguna Facebook Encik Fadhil. Dengan bajet lebih kurang RM300 banyak tempat yang sempat dilawati lelaki ini sepanjang trip 2H1M ke Singapura.
Ikuti perkongsiannya:
SHORT TRIP SINGAPORE 2H1M
Tbs – Larkin sentral tambang RM30.30
Naik Bas CW2 Causeway link dari Larkin sentral ke Queen street terminal tambang RM4.70, Bas akan berhenti di Imigresen Johor & Imigresen Singapore. Isi siap2 arrival card di ICA mobile apps sebelum nak masuk singapore, selesai urusan imigresen naik balik bas yang sama CW2 ke Queen Street Terminal
Sampai Queen street terminal terus jalan kaki ke hostel Atlantis pods area little india. harga 1 mlm RM89.11
Ads
Perjalanan kat singapore semuanya menggunakan MRT, tak perlu beli Tourist card hanya menggunakan debit card atau credit card, tapi hari tu guna Bigpay je. total semua selama guna MRT 7.40 SGD / RM23.41
Internet roaming digi 1gb 5days RM5.00, kat hotel guna wifi je
Bila fikirkan percutian yang romantik, mesti ramai terfikirkan Paris. Paris sentiasa jadi penanda aras dan gambaran percutian yang romantik. Tetapi bukan semua trip romantik perlu berakhir di Paris, kerana benua Eropah sebenarnya punya banyak bandar lain yang tak kurang indahnya.
Destinasi seperti Venice, Bruges, Prague dan Vienna sering disebut kerana suasana kota lama, seni bina klasik, terusan atau sungai, serta pengalaman berjalan kaki yang sangat dekat dengan mood percutian romantik.
Kalau anda jenis sukakan percutian yang tidak terlalu kelam-kabut, bandar-bandar ini memang sesuai dimasukkan dalam senarai. Setiap satu ada identiti tersendiri. Ada yang memikat dengan terusan dan jambatan kecil, ada yang terasa seperti dalam filem, dan ada juga yang tampil lebih elegan dengan aura klasik Eropah yang sangat kuat.
Venice sememangnya antara bandar paling mudah dikaitkan dengan suasana romantik. Identiti bandar atas air dengan rangkaian terusan, jambatan kecil dan lorong-lorong sempit menjadikan suasananya cukup berbeza daripada bandar lain di Eropah. Tidak hairanlah Venice sering menjadi pilihan pasangan yang mahu menikmati trip dengan mood yang lebih manis dan tenang.
Apa yang membuatkan Venice begitu istimewa ialah suasananya yang terasa perlahan. Berjalan kaki di celah bangunan lama, menyusuri tepi terusan atau sekadar duduk menikmati pemandangan pun sudah cukup membuatkan bandar ini terasa sangat memikat.
Kalau anda suka bandar yang tenang, comel dan terasa seperti dalam cerita lama, Bruges memang patut diberi perhatian. Bandar ini terkenal dengan terusan, bangunan bersejarah dan suasana zaman pertengahan yang masih kuat terasa hingga hari ini. Visit Bruges sendiri menonjolkan pengalaman menaiki bot di terusan sebagai antara cara terbaik untuk menikmati bandar ini.
Bruges bukan jenis bandar yang perlu diteroka dengan tergesa-gesa. Lagi sedap kalau berjalan perlahan-lahan, singgah di kafe kecil dan nikmati suasana sekeliling. Inilah jenis tempat yang buat percutian terasa lebih lembut dan dekat di hati.
Prague pula punya aura romantik yang lebih klasik dan dramatik. Bandar ini dikenali dengan seni bina lama, jambatan ikonik dan suasana kota lama yang sangat fotogenik. Prague City Tourism turut menonjolkan pelayaran di Sungai Vltava dan pengalaman meneroka bandar secara santai sebagai antara aktiviti utama yang menjadikan bandar ini begitu istimewa.
Bagi pelancong yang sukakan bandar berkarakter, Prague memang mudah mencuri perhatian. Setiap sudut terasa seperti poskad, menjadikannya sesuai untuk mereka yang mahu menikmati percutian romantik dengan latar yang lebih klasik dan bersejarah.
Berbeza dengan bandar lain yang lebih santai dan manis, Vienna hadir dengan pesona yang lebih elegan. Bandar ini dikenali dengan seni, muzik, bangunan klasik dan suasana yang lebih teratur. Inilah yang membuatkan Vienna sesuai untuk mereka yang sukakan percutian romantik dalam suasana yang lebih mewah dan tenang.
Vienna bukan bandar yang perlu dipenuhi dengan aktiviti terlalu padat. Kadang-kadang cukup dengan berjalan di sekitar bandar, singgah minum kopi dan menikmati keindahan seni bina lama, itu pun sudah cukup untuk membuatkan trip terasa istimewa.
Empat bandar ini membuktikan bahawa suasana romantik di Eropah bukan hanya milik Paris. Venice, Bruges, Prague dan Vienna masing-masing punya kelebihan sendiri yang mampu membuatkan perjalanan terasa lebih indah dan berkesan. Kalau anda sedang mencari destinasi untuk trip yang lebih tenang, cantik dan penuh suasana, mungkin inilah masa untuk cuba bandar lain yang tak kurang memikatnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sungai Lembing, Pahang cukup terkenal kerana merupakan lokasi lombong bijih timah paling dalam di dunia. Namun, disebalik kesan tinggalan sejarah itu, terdapat rahsia alam yang mampu menarik perhatian ramai pecinta alam iaitu Air Terjun Pelangi terletak 16 kilometer dari Bandar tersebut.
Air Terjun Pelangi bukan sahaja menjadi destinasi utama penduduk tempatan bersantai malah sangat terkenal dalam kalangan pengunjung luar lebih-lebih lagi setelah menjadi viral di sosial media. Bagi tujuan berlibur dan berekreasi pada hujung minggu, para pencinta alam semulajadi dan yang berjiwa adventure pasti memilih lokasi air terjun ini.
Keindahan Air Terjun Pelangi sangat mengasyikkan umpama berada di satu dunia yang lain, atau pun boleh diandaikan seperti pemandangan dalam filem fantasi. Di sini sungguh sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti berendam, berenang, sesi fotografi ataupun hanya merenung menghargai alam. Para pencinta alam semulajadi akan terpesona dengan percikan aliran air terjun setinggi 250 meter dan kejernihan kolam air yang dihiasi dengan biasan sang pelangi yang indah.
Jika tiba di dipekan Sungai Lembing pengunjung yang ingin ke Air Terjun Pelangi mempunyai beberapa pilihan perjalanan, sama ada untuk mendaki atau menggunakan perkhidmatan jentera 4×4 untuk ke tapak perkhemahan Lubuk Beruk. Jika tidak mempunyai jentera pacuan empat roda sendiri, bolehlah memilih pengangkutan yang biasanya ada disediakan oleh penduduk sekitar untuk masuk ke sana.
Dikenali sebagai ‘Teksi’, jentera 4×4 yang telah diubah suai ini boleh memuatkan lebih banyak penumpang. Bayaran tertentu dikenakan untuk setiap orang yang menggunakan khidmat pengangkutan ini. Pesanan untuk pengunjung, jangan sesekali berkeras untuk membawa kenderaan sendiri selain kenderaan jenis 4×4 atau kenderaan untuk perjalanan offroad. Jika degil dan tidak mahu mematuhi arahan, kenderaan anda pasti akan terkandas di tengah hutan!.
Perjalanan masuk ke tapak perkhemahan bakal membawa pengunjung merentasi kawasan hutan belantara selama hampir satu jam dan setibanya ke kawasan perkhemahan Lubuk Beruk, pengunjung bebas memilih lokasi yang sesuai untuk mendirikan khemah.
Menjadi pilihan buat pengunjung sama ada untuk bermalam di tapak perkhemahan (alatan perkhemahan perlu disediakan sendiri) atau meneruskan perjalanan balik hari ke kawasan Air Terjun Pelangi. Jentera yang dinaiki pengunjung akan berakhir di tapak perkhemahan ini sahaja, maka penggembaraan untuk menggapai pelangi perlu diteruskan sendiri dengan aktiviti trekking. Anda juga boleh mengupah penunjuk arah untuk ke Air Terjun Pelangi tersebut untuk melancarkan perjalanan anda.
Boleh dikatakan Air Terjun Pelangi ini sesuai buat mereka yang sukakan cabaran. Jika ada yang ingin membawa keluarga, anda perlu pastikan keselamatan mereka sentiasa terjaga terutamanya kanak-kanak. Gunakan pakaian dan kasut yang sesuai untuk aktiviti menggapai pelangi ini.
Terlebih dahulu pengunjung perlu berjalan kaki kira-kira 45 minit untuk ke air terjun dengan merentasi arus sungai yang agak deras tetapi cetek. Laluan yang disediakan yang agak cerun dan kadang kala sedikit licin mengikut pada cuaca. Langkah pasti semakin laju tatkala mulai kedengaran desiran air terjun. Jika tiba mengikut masa yang betul, dari jauh pengujung sudah boleh melihat sang pelangi yang dicari-cari menunjukkan rupa.
Menurut pemandu arah, jika sedikit lambat tiba mungkin pelangi tersebut tidak dapat dilihat. Ini kerana jika matahari sudah berada hampir betul-betul di atas kepala situasi ini menyukarkan proses pembiasan berlaku kerana untuk pelangi terjadi di air terjun, matahari harus berada di hadapan air terjun.
Pengunjung pasti bersyukur kerana dapat melihat salah satu air terjun yang tercantik di Malaysia walaupun perlu merentas hutan belantara. Suasana sekeliling yang damai memang menjanjikan kepuasan setelah berhempas pulas mendaki. Keindahan Air Terjun Pelangi sangat mengasyikkan malah amat sesuai dijadikan sebagai destinasi berekreasi, penggambaran filem atau buat mereka yang mahu lari daripada kesibukan kota raya. Pengunjung pasti akan terpesona dengan juraian air terjun jernih serta pelangi yang indah.
Dalam pada itu, menjadi tanggungjawab bersama agar setiap pengunjung Air Terjun Pelangi menjaga kebersihan kawasan rekreasi yang masih boleh dianggap dara dan tidak tercemar itu. Untuk info, pengunjung boleh melihat pelangi sekitar pukul 8 pagi hingga 10 pagi pada ketinggian 50 meter daripada ait terjun itu.
Selepas bermandi manda di Air Terjun Pelangi, apa kata sebelum pulang anda melawat sekitar pekan Sungai Lembing terdahulu. Terdapat pelbagai destinasi menarik untuk diterokai di sini. Antaranya:
Pekan Sungai Lembing dikenali sebagai ‘Kota El Dorado Timur’ pada suatu ketika dahulu di Tanah Melayu. Ini kerana kegiatan perlombongan telah menjadikan pekan ini terkenal. Malah merupakan antara kawasan lombong bijih timah bawah tanah terbesar di dunia. Dianggarkan panjang terowong lombong bijih timah bawah tanah yang dibina melebihi jarak dari Kuala Lumpur ke Kuantan dengan kedalaman 396 meter. Kini, bekas lombong serta sebahagian bangunan lama Inggeris masih wujud dalam bentuk asal dan sekali imbas seperti pekan ala koboi dalam filem. Jangan lupa untuk merakam gambar kenang-kenangan di sekitar kawasan ini.
Tidak sah jika pengunjung datang ke Sungai Lembing tidak menjamu selera di kedai makan yang terkenal dengan keenakan mi bandung dan mi jawa. Banyak kedai makan menu mi bandung yang terdapat disekitar ini. Pilih sahaja mana yang berkenan di hati. Lokasi-lokasi kedainya agak strategik iaitu berhampiran pintu gerbang pekan Sungai Lembing, memudahkan pengunjung untuk singgah di premis berkenaan. Kedudukannya juga amat sesuai untuk bersantai kerana terletak di pertembungan Sungai Kenau dan Sungai Kuantan.Fenomenanya lebih menarik apabila terdapat sebuah jambatan gantung yang merentangi Sungai Kenau bagi kemudahan penduduk dan pengunjung menikmati keindahan alam semula jadi di sekitar kawasan itu yang menghijau.
Muzium Sungai Lembing menjadi salah satu daya tarikan disini. Siapa sangka, pekan kecil ini menyimpan sejarah yang mungkin tidak diketahui kebanyakan orang. Sesi lawatan di muzium ini pasti memberi pengetahuan kepada pengunjung tentang sejarah kegemilangan Sungai Lembing. Pelbagai khazanah, replika dan artifak menarik berkaitan dengan aktiviti perlombongan bijih timah terdapat di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Makin ramai yang tak lepaskan peluang untuk berkunjung ke negara jiran Thailand. Tak dinafikan Thailand mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati, tambah pula boleh menjelajah negara ini hanya dengan menaiki bas, keretapi dan juga menaiki pesawat.
Nor Alwani Abdul Wahab dan rakannya Jujues DhRq baru-baru ini berkongsi tentang percutian mereka dari TBS, Kuala Lumpur hinggalah ke Bangkok. Menaiki bas, keretapi dan juga pesawat, wanita ini turut berkongsi bajet untuk perjalanan yang dibuat sepanjang empat hari di Thailand.
Paling best dapat jejak safari di Kanchanaburi. Pengalaman memberi makan kepada zirafah, kuda belang dan harimau antara yang paling manis untuk dikenang. Baca pun dah seronok apatah lagi kalau dapat rasa sendiri pengalaman tersebut.
Jom ikuti perkongsian kedua wanita ini dan selami sendiri keseronokan yang mereka rasai sepanjang percutian ke negara Gajah Putih ini!
Trip TBS-Hatyai-Bangkok-KL
Saya nak sharing tips TBS-Hatyai-Bangkok-KL kami pada 25 Ogos 2022 sehingga 29 Ogos 2022.
Day 1 – 25.8.2022
Naik bas Alisan Golden Coach jam 10.30 mlm di TBS, KL
Sampai Hatyai jam 7.30 pagi. Bas akan berenti di Changloon (kami beli simcard kat situ. 200 Bhat untuk unlimited internet). Sekali lagi bas akan berenti di Bukit Kayu Hitam untuk cop passport dan border Thailand. Tiket bas RM 72 beli di www.busonline.com
Day 2 – 26.8.2022
Kami sampai Hatyai jam 730 pagi. Terus ambil tuktuk ke Stesen Keretapi Hatyai untuk beli tiket train ke Bangkok. Kena cepat sebab nak kejar tiket 2nd class lower berth. Alhamdulillah, dapat satu set lower berth dan satu upper berth. Train no 32, gerak daripada Hatyai jam 5.40 petang dan sampai di Bangkok (Hua Lamphong) esoknya jam 12.30 tghari.
Sementara nak kill the time, kami makan area bandar Hatyai dan amik tuktuk (100 Bhat) untuk pusing-pusing sekitar. Depan train station banyak kedai makan halal. Jadi, sempat bungkus nasi untuk makan dalam train. Dalam train tak ada cafe, jadi sila standby bekalan siap-siap. Mereka akan ambil order utk breakfast. Kami ambil Chicken Basil dan kopi. 70 Bhat. Halal sbb dan confirm dgn passenger muslim Thai yang naik train sama dgn kami. Mmg sangat2 sedap makanan dia.
Toilet dalam train mmg banyak dh upgrade, Mmg macam toilet dalam flight. Selesa! Dh tak ada mcm 5 tahun dulu, kalau membuang mmg akan direct jatuh ke landasan. Mmg untuk train, journey, experience dan kemudahan, saya bg 5 star! Worth it utk repeat.
Day 3 – 27.8.2022
Sampai Hua Lamphong dalam 12.30 tghari. Kat Bangkok ni ada 2 railway station which is Bang Sue (ni dekat Chatuchak) atau Hua Lamphong. Daripada Hua Lamphong, kami ambil MRT ke Mo Chit Bus Terminal untuk beli tiket ke Kanchanaburi esoknya. Nak ke MRT Hua Lampong, jangan keluar drp railway station. Mmg depan entrance dah ada eskalator to MRT. Tambang MRT 42 Bhat ke Chatuchak Park and kami ambil Grab direct ke Mo Chit Bus Station.
Minibus ke Kanchanaburi 130 Bhat.
Daripada Mo Chit Bus Terminal, kami ambil grab direct ke hostel area Silom. Untung ada grab sbb kalau ambil tuktuk/taxi, boleh compare kan harga dgn grab. Hostel kami, dekat dengan MRT SILOM dan BTS Sala Daeng. Jalan kaki dalam 100-200 meter sahaja.
Silom Space Hostel, 2 malam utk 2 orang RM 210.
Recommended hostel ni sbb sangat dekat dengan public transport, kedai makan halal banyak dan selesa.
Day 4- 28.8.2022
Pukul 730 pagi, kami gerak ke Mo Chit Bus Station. Naik MRT drp SILOM ke Chatuchak Park, 42 Bhat. Drp MRT, again kami ambil grab ke Mo Chit. Selain grab, boleh juga nak naik bas ke Mo Chit tapi kami nak kejar masa, so ambil grab. Grab dlm 110 Bhat.
Mo Chit Bus Terminal ni, ada 2 station. Satu untuk ke Utara mcm Chiang Mai, etc dan opposite dia ke Selatan mcm Hua Hin, Kanchanaburi, etc. Jadi jgn tertukar. Kalau tersilap, x ada masalah sbb jejantas ada disediakan untuk ke seberang satu lagi.
Perjalanan ke Kanchanaburi ambil masa dalam 2 jam setengah. Bergantung kepada speed driver bawak. Sampai Kanchanaburi, kami ambil grab ke Safari Park Kanchanaburi, Grab dalam 250 Bhat. Mahal sikit sbb nak ke Safari Park dalam setengah jam. Dan, grab sangat susah nak dpt untuk balik ke bandar. Kebetulan, kami ada teksi yang hantar passenger ke safari, kami naik teksi ke bandar, dalam 300 Bhat. Jadi, kalau nak kawtim suruh dia tunggu pun ok. Kami hari tu dia nak tunggu and hantar balik ke bandar dalam 400 Bhat. Tapi kami tolak and cuba nak ambil teksi/grab drp Safari Park. Honestly, susah juga nak dpt transport utk balik ke bandar.
Entrance safari 550 Bhat. Kalau nak beli makanan mereka, 200 Bhat and feed the cub 550. Saya suggest, beli makanan untuk feed the giraffe, camel, zebra dan deer. Bila lagi nak dpt pengalaman giraff hulur kepala dalam bas untuk makan kat tgn kita. Dgn zebra suakan mulut dan tunjuk gigi mereka yang besar2 tu. Once in a bluemoon experience betul!
Utk feed the cub, dia ada leopard (nama Lily), tiger (2 ekor sbb sibling) dan lion (teenager). Another experience yang memang tak akan dapat mana-mana. Another activity ada juga walk with the tiger and giraffe photo essential, Tapi yang ini kena booked awal di fb mereka. Masa kami datang slot dah habis.
Lepas lunch, kami ke Kwai River, Grab dalam 60 Bhat. Kwai River dekat bandar Kanchanaburi, And ada starbuck besar juga area bandar to kill the time sementara tunggu minivan balik Bangkok. Tiket Minivan ke Bangkok 120 Bhat.
Transport (minivan/minibas) Bangkok – Kanchanaburi – Bangkok ada sejam sekali. Tapi untuk selamat, better beli tiket awal. Masa kami hari tu sampai Kanchanaburi, terus beli siap2 tiket balik Bangkok. Tu pun dah penuh. Sbb dah merasa dua-dua transport, kami suggest naik minibus. rasa besar sikit dan lapang. Kalau minivan, mmg agak sempit bersesak-sesak sikit dalam tu.
Day 5 – 29.8.2022
Free and easy. Jalan-jalan area Bangkok dan gerak ke Airport Suvarnabhumi. Daripada Silom Space Hostel, kami ambil grab ke Farida Fartonee dalam 120 Bhat. Lepas lunch, kami dalan kaki ke BTS Phaya Thai then naik ACL, 35 minit ke airport dengan tambah 45 Bhat. Direct masuk terus ke dalam bangunan airport.
Port makan (Saya misi hunting tomyam, setiap kedai saya akan order tomyam. Ni pandangan saya ya)
Silom Space Hostel, mmg saya sangat2 recommend sbb convinent sangat. Cuma, cuma, cuma jangan terkejut sebab kenapa ramai lelaki yang check in. Bila malam baru tau, bawah hostel kami tu meriah dengan kelab gay. And hostel kami mmg dekat dengan area Patpong. So banyak la kelab2 dan massage center area situ. Bising sikit malam2. tapi bagi kami ok je. Yang penting, selesa.
Untuk covid requirement, tak ada apa2 dah. Back to normal. cuma bila part imi mereka, kena tunjuk my sejahtera yang stau vaksinasi tu. Tu je,
Tu je sharing daripada saya. Tq membaca sampai habis. Yang akan travel ke mana-mana, keep safe ya! Happy travel! Jumpa sesama Malaysian, jangan lupa tegur-tegur hai-hai ya!
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...