Kalau bercerita pasal perkhidmatan teksi di sekitar Kuala Lumpur (KL) ni, memang bertimbun-timbun cerita yang boleh kita dengar. Tapi masalahnya, cerita yang kita dengar tu kebanyakkannya bukan cerita yang boleh dibangga-banggakan sangat. Banyaknya cerita sumpah seranah pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan teksi di KL.
Anda tak percaya? Cuba cari cerita berkaitan dengan teksi Malaysia di laman-laman sosial dan baca komen wargamaya yang pernah menggunakan khidmat teksi. Daripada beribu-ribu komen, boleh kata semua menyumpah seranah pemandu teksi. Ada yang kata pernah kena sembelih, ada yang kata suka mencarut, ada yang kata baran, ada kereta berbau dan tak selesa.
Saya boleh bilang pakai jari, daripada 10 komen, mungkin ada satu saja yang memuji sesetengah pemandu teksi yang betul-betul jaga perkhidmatan beliau kepada pelanggan. Untuk pemandu teksi yang jaga kualiti dan imej teksi, saya ucapkan terima kasih dan salam hormat pada anda.
Gambar hiasan.
Tapi pemandu teksi yang mencemar imej menjatuhkan maruah ni macam mana? Dah la diorang yang antara menjadi muka depan negara menyambut kedatangan pelancong-pelancong dari luar negara. Sedangkan warganegara sendiri pun dah pangkah naik teksi sebab kene sembelih, anda bayangkan pula dengan pelancong asing, rasa-rasanya macam mana?
Isu ini lah yang menjadi kemarahan kepada saudara Mohd Faiz Hashim dalam satu hantaran di laman sosial Facebook beliau. Melalui daripada pengamatan, saudara Faiz ni pun pemandu teksi tetapi beliau kecewa dengan sikap segelintir kawan-kawan teksi yang lain hingga mencemar dan memberi persepektif buruk kepada perkhidmatan teksi di negara kita.
Menurut saudara Faiz, sikap tidak jujur dengan tidak menggunakan meter dan berlagak samseng membuatkan pelanggan lari dari terus menggunakan khidmat teksi dan beralih kepada menggunakan khidmat e-hailing.
Ads
Faiz turut berkata bahawa baru-baru ini beliau ada membawa sekumpulan pelancong asing yang di’sembelih’ oleh pemandu teksi di KL dengan harga yang tidak masuk akal. Cerita daripada pelancong asing tersebut, dek kerana salah seorang dalam kumpulan mereka OKU, mereka terpaksa mengambil teksi berkenaan sekalipun ditawarkan harga yang merepek dan tidak menggunakan meter.
Ads
Sikap semacam ini lah yang membuatkan penumpang lebih suka naik Grab berbanding teksi. Tapi bila orang awam pilih Grab, ada pemandu teksi yang marah.
Antara lokasi hotspot pemandu teksi ‘kaki sembelih’ penumpang yang perlu anda berjaga-jaga selepas ini;
Ads
Depan Petaling Street Teksi yang bersidai luar Klcc Segelintir yang bersidai luar pavilion. Depan arab street Depan Time Square. Sepanjang jalan Bukit Bintang depan KFC hingga Federal hotel.
Saudara Faiz juga sempat menyampaikan kepada semua bahawa cara mudah untuk anda mendapatkan teksi bermeter adalah dengan menggunakan aplikasi GrabTaxi. Anda ada pilihan untuk menggunakan teksi bajet atau eksklusif bergantung kepada selera anda yang mana. Lebih menyakinkan adalah pemandu teksi yang menggunakan aplikasi ini akan mematuhi standard yang ditetapkan kalau tak mahu disenaraihitamkan kerana tidak mengikut undang-undang.
Akhir kata, kepada pemandu teksi, sebelum anda harapkan bantuan daripada sesiapa, apa kata anda bantu perniagaan anda dahulu dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Dengan izin tuhan, anda boleh mengubahnya.
Gambar hiasan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebelum plan bercuti, ambil tahu serba sedikit mengenai cuaca di Malaysia supaya percutian yang di rancang dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
1. Cuaca di Malaysia dibahagikan kepada dua kategori iaitu Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut.
2. Monsun Barat Daya berlaku pada bulan Mei ke September manakala Monsun Timur Laut dari bulan November ke Mac.
3. Monsun Timur Laut membawa hujan lebat ke negeri-negeri di pantai timur Semenanjung dan Sarawak manakala Monsun Barat Daya menunjukkan cuaca yang lebih kering.
4. Monsun Timur Laut juga dikenali sebagai offseason dikalangan traveller di Malaysia manakala Monsun Barat Daya dikenali sebagai onseason.
5. Monsun Timur Laut atau offseason adalah musim hujan yang utama di Malaysia.
6. Banyak kawasan peranginan terutama di kepulauan pantai timur dan selatan Semenanjung ditutup sewaktu offseason.
7. Monsun Timur Laut juga menyebabkan banjir besar di sesetengah kawasan di Semenanjung.
8. Monsun Barat Daya atau onseason berkeadaan lebih kering atau panas.
9. Ketika Monsun Barat Daya atau onseason, adalah masa yang lebih baik untuk merancang percutian kerana ada aktiviti luar yang lebih banyak untuk dilakukan.
Persediaan Untuk Menghadapi Monsun
Sebelum Musim Monsun
1. Sentiasa mendengar siaran radio, televisyen atau media sosial untuk amaran angin kencang dan laut bergelora.
2. Pastikan bekalan air dan makanan yang tidak mudah rosak disimpan secukupnya.
3. Bersihkan longkang, parit dan talang hujan daripada tersumbat.
Semasa Musim Monsun
1. Tinggal di tanah kukuh. Jauhi dari longkang beraliran laju, sungai dan kawasan banjir.
2. Jangan memandu ke kawasan banjir. Elakkan daripada melalui jambatan yang tidak kukuh dan jalan yang selalu dinaiki air.
3. Ikut arahan pihak berkuasa pengurusan bencana tempatan.
4. Bersedia untuk berpindah jika diarahkan terutamanya bagi yang tinggal di kawasan pantai, berhampiran sungai atau kawasan rendah.
5. Pastikan kenderaan anda diletakkan di tempat tinggi dan segala harta benda yang lain terjamin daripada kerugian dan kemusnahan akibat daripada banjir.
6. Elakkan daripada pergi ke laut dengan menggunakan kapal atau bot kecil.
Orang ramai perlu memohon kebenaran polis sebelum membeli tiket penerbangan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Itu kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sebarang aktiviti merentas negeri sama ada melalui laluan udara atau darat adalah tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran polis. Rentas negeri di dalam Semenanjung adalah tidak dibenarkan kecuali ada kebenaran polis. Begitu juga rentas negeri dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak (dan sebaliknya) juga tidak dibenarkan, melainkan ada kebenaran polis.
“Saya ingin menasihatkan kepada mereka yang berniat rentas negeri melalui laluan udara, minta kebenaran daripada polis terlebih dahulu sebelum beli tiket penerbangan Mereka yang sudah membeli tiket tetapi tidak mempunyai kebenaran polis akan disekat daripada menaiki pesawat. Di sekatan jalan raya berdekatan lapangan terbang, mereka akan diarah untuk berpatah balik oleh polis. Akhirnya, mereka yang terpaksa menanggung kerugian kerana membeli tiket tetapi tidak mendapat kebenaran untuk terbang merentas negeri,” katanya.
Bagi penerbangan ke Sabah dan Sarawak yang sudah mendapat kebenaran polis, penumpang akan disaring sejurus tiba di lapangan terbang negeri masing-masing. Individu yang didapati positif COVID-19 akan dihantar ke hospital untuk rawatan. Jika didapati negatif, mereka dibenarkan pulang ke rumah tetapi wajib menjalani kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing. Bagi yang ke Sarawak, mereka akan disaring sekali lagi pada hari ke-10 kuarantin wajib.
Bercuti ke pulau merupakan antara aktiviti percutian yang paling popular, apatah lagi percutian itu di dalam negara. Kita bertuah kerana mempunyai banyak pulau-pulau yang cantik!
Bila bercakap tentang percutian ke pulau pastinya kita akan terus terbayang dengan pelbagai aktiviti sukan air seperti aktiviti selaman snorkeling, main jet ski dan pelbagai water sport lain.
Itulah merupakan antara aktiviti wajib dilakukan bila kita bercuti ke pulau. Tak sah rasanya kalau pergi ke pulau tanpa melakukan apa-apa aktiviti berkaitan dengan air. Paling tidak pun bermandi-manda di pantai.
Untuk menyenangkan dan memberikan keselesaan pastinya pelbagai kelengkapan seperti hajet dan barang keperluan yang lain memmpunyai elemen atau sifat kalis air.
Telefon Pintar
Pada masa sekarang sudah banyak jenama pengeluar telefon pintar memperkenalkan produk yang kali air. Sebagai contoh iPhone model-model terkini yang terbaru mempunyai tahap waterresistant yang baik. Begitu juga dengan beberapa telefon pintar Android yang lain seperti dari Samsung, Google Pixel, Huawei dan sebagainya.
Jam GPS
Selain telefon pintar, jam GPS juga merupakan antara peranti yang sangat penting untuk kamu bawa. Ini terutamanya bagi penggemar aktiviti larian. Dalam keadaan cuaca tropika di mana bila-bila masa sahaja boleh hujan, kamu memerlukan jam GPS yang mempunyai ketahanan air yang baik. Malah, untuk aktiviti sukan air juga kamu tidak perlu membukanya dari tangan.
Beg kalis air
Ini yang paling penting sekali. Beg ini memang betul-betul kalis air. Terdapat pelbagai jenis saiz yang boleh kamu dapatkan di pasaran. Bila melakukan aktiviti snorkeling contohnya kamu pasti mahu beg yang boleh menyimpan pelbagai barang peribadi dengan baik dan mengelaknya terkena air.
Kasut kalis air
Ia adalah antara keperluan yang bersifat optional. Jika tidak mahu kaki sentiasa basah, anda bolehlah dapatkan kasut kalis air. Aktiviti dalam air yang kadangkala mengambil masa yang lama boleh membuatkan jari kaki menjadi kecut. Ia juga boleh elakkan kaki cedera bila melakukan aktiviti di kawasan mempunyai terumbu karang.
Speaker mudah alih
Sambil bergembira mandi-manda boleh layan lagu-lagu favorite menerusi pembesar suara mudah alih ini! Antara produk terbaru yang kini mendapat tempat di hati penggemar aktiviti suka air ialah pembesar suara yang mempunyai connectionbluetooth atau Wi-Fi. Percayalah kewujudan muzik mampu menaikkan mood anda dan rakan-rakan yang ingin bergembira bersama-sama.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...