Gua Kelam Chalet Perlis ini ini antara tarikan terbaru di Perlis ni. Anak-anak pasti akan seronok dapat bermain air di depan penginapan sahaja.
Lagi menarik dengan bentuk rumah english style, unik apabila bergabung dengan suasana kehijauan pokok di sekeliling homestay.
Owh ya, chalet berlatar belakang bukit bukau, view memang cantik.
Ads
Suasana malam cantik sebab lampu perhiasan dan kolam dibuka sampai pagi, jadi memang best lepak luar. Pintu pagar akan ditutup lepas 9 malam tepi boleh keluar masuk seabb pagar auto ada password.
Ads
Dekat sangat Gua Kelam, Timah Tasoh, Wang Kelian dan paling best banyak dusun-dusun buah terutama durian. Kalau anda guest kat sini, boleh lah merasa makan buah rambutan dan durian!
Ads
Lokasi chalet ni sangat strategik bagi sesiapa yang nak bawa diri menikmati bunyi alam.
Jangan lupa singgah Gua Kelam Chalet, Kaki Bukit di Perlis ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Taman Negara Bukit Lambir, Sarawak antara destinasi ekosistem semulajadi yang lengkap di Malaysia, mengambil masa lebih sejam setengah pemanduan dari bandaraya Miri. Kawasan hutan tropikanya seluas 6,952 hektar telah menghasilkan tahap tumbesaran tumbuhan tertinggi di dunia.
Di sini menjadi habitat kepada lebih 200 spesis burung, tupai, babi hutan, monyet, dan beberapa spesis serangga unik. Taman Negara Bukit Lambir juga mempunyai beberapa trek perjalanan yang boleh membawa pengunjung ke kawasan air terjun yang dingin.
Kebanyakan trek di Taman Negara Bukit Lambir bersambung antara satu sama seperti trek ke Bukit Pantu, Trek Air Terjun Nibong dan Trek Air Terjun Latak. Namun, Trek Air Terjun Latak merupakan yang paling mudah dan popular untuk dikunjungi.
Pada hujung minggu, kawasan ini pasti menjadi tumpuan pengunjung terutamanya penduduk tempatan di area Miri untuk berkelah. Untuk sampai ke Air Terjun Latak, pengunjung akan melalui kawasan laluan air jernih yang bakal menemukan sebuah kolam mandi hutan yang besar dikelilingi dinding batu curam. Tidak jauh dari situ, kelihatan lambaian Air terjun Latak setinggi 25 meter mengalukan kedatangan pengunjung.
Untuk keselesaan pengunjung, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti bilik persalinan, tandas dan kawasan berkelah. Demi keselamatan, satu petanda aras diletakan di kawasan air terjun sebagai peringatan lokasi tersebut sangat bahaya dan tidak sesuai bermandi manda khusus bagi kanak-kanak dan individu yang tidak pandai berenang.
Info Bukit Pantu
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Andai Korea Selatan menjadi destinasi percutian anda, jangan ketinggalan ke K-Style Hub yang menjadi lokasi tepat untuk mengetahui segalanya tentang negara ini. Ia merupakan pusat sehenti yang menyediakan informasi yang diperlukan oleh kebanyakan pelancong. Selain menjadi pusat informasi pelancong, terdapat pelbagai kegiatan yang dibahagikan kepada lima aras berbeza.
Terletak di tengah bandaraya Seoul,berhampiran Cheonggyecheon River. Jika anda pertama kali tiba di Seoul, Korea, ambil kesempatan untuk ke K-Style Hub kerana di sini pelbagai info yang sangat membantu sepanjang berada di negara ini. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke sini dan dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga jam 8.00 malam untuk bahagian Tourist Information Center di Tingkat 2.
Di K-Style Hub anda dapat menjelajah, mencuba dan merasakan serba sedikit pengalaman tentang Korea. Selain itu, pengunjung boleh memahami budaya masakannya, memasak dan mencuba makanannya serta menikmati indahnya Korea.
Berada di tingkat dua, bau aroma kopi dari kafe yang berada di sebelah kanan mengajak anda untuk singgah menikmati kopi. Di sebelah kiri ada layar besar yang menunjukkan pemandangan 360 darjah dari tempat-tempat pelancongan terkenal di Korea.
Maju ke kiri, anda dapat melihat pelbagai risalah pelancongan di Korea , pengunjung juga dapat mencuba pengalaman VR melihat lokasi-lokasi menakjubkan. Anda juga boleh berfoto bersama replika patung kertas BIGBANG dan foto virtual bersama artis K-Pop
Istimewanya pelancong Muslim boleh menjalankan solat di surau kecil yang telah disediakan di bahagian belakang tingkat dua ini. Ruangan solat untuk lelaki dan wanita diasingkan dan masing-masing dalamnya terdapat ruang untuk berwuduk. Selain itu terdapat ruangan mengenai kesihatan dan kecantikan. Anda boleh cuba mengukur usia kulit.
Pintu masuk ke Korean Food Exhibition Hall pada tingkat 3 begitu menarik perhatian. Tempat ini dihiasi dengan suasana tradisional Korea yang autentik, di mana jendela panjang dengan panel kayu tersusun sebaris. Kelihatan 24 panel kayu mempamerkan makanan musim di Korea. Pengunjung juga dapat melihat pelbagai biji-bijian dan perencah tradisional Korea yang telah mengalami proses fermentasi iaitu Kimchi. Lauk pauk didapati dari kombinasi warna, jenis, rasa dan bentuk. Ini merujuk pada musim, kesihatan dan keindahan.
Jengah pula ke tingkat empat, pengunjung boleh mencuba memasak makanan tradisional. Pendaftaran diperlukan bagi yang ingin mengikuti kelas memasak . Anda dapat memilih untuk membuat pelbagai macam makanan Korea di ‘Korean Food Learning Center’, mencuba makanan Korea di ‘Korean Food Experience Zone’, atau mendapatkan resepi makanan Korea yang berharga di ‘Korean Food Sarangbang’.
Mencuba Hanbok
Art Market Hall adalah tempat terakhir sebelum meninggalkan K-Style Hub. Pengunjung dapat melihat dan mencuba pakaian tradisional Korea (Hanbok) dan meja makan kecil yang digunakan oleh masyarakat di Korea serta produk kreatif. Karya seni dihasilkan penuh artistik dan boleh dijadikan sebagai cenderahati buat keluarga mahupun teman-teman. Sesungguhnya penjelajahan ke K-Style Hub memberi pengalaman berharga buat pengunjung untuk mengetahui tentang budaya dan makanan di Korea.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Iceland terkenal sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang menawarkan satu pengembaraan yang berbeza. Iceland dikenali sebagai sebuah negara yang sejuk, namun kebanyakan air kolamnya adalah panas berikutan arus saliran gunung-gunung berapi.
Salah satu tempat pelancongan yang perlu dikunjungi ialah tapak perlindungan Iceland dikenali sebagai Blue Lagoon. Jangan terkejut jika melihat ramai pengunjung yang berendam di dalam kawasan lagun walaupun suhu ketika itu sangat sejuk. Blue Lagoon terkenal sebagai destinasi bersantai yang tenang, mempunyai air berwarna biru dan apa yang menakjubkan airnya tidak sejuk, malah ianya panas.
Selain keunikan muka buminya, antara kelebihan Blue Lagoon yang menjadi perbualan ialah khasiat air takungan ini yang dikatakan sangat baik untuk kulit badan manusia. Disebabkan itu ia mula dibuka kepada umum sejak tahun 1976 lagi dengan tahap keselamatan ketika berada dikawasan ini sentiasa di jaga serta diuruskan dengan baik.
Awalnya, takungan ini terbentuk ketika operasi stesen jana kuasa Svartsengi di kawasan sama. Kebanyakan orang yang mandi di situ mula menyedari manfaat air berkenaan terhadap kulit antaranya masalah psoriasis yang dikatakan hilang. Masalah kulit seperti jeragat, panau dan menggelupas juga dikatakan hilang selepas beberapa hari berendam di kawasan ini.
Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...