Perasaan teruja bila check in hotel itu membuatkan ramai yang terus baring bila masuk bilik. Tanpa memikirkan apa yang patut anda lakukan sebelum bertindak demikian.
Hah, sepatutnya buat tiga langkah ini dulu ya, barulah selamat dan selesa waktu anda baring atas katil.
Risau juga kalau bilik hotel anda turut ‘dihuni’ oleh makhluk lain, iaitu pepijat (bedbugs) yang biasanya banyak ditemui di tilam, cadar dan selimut.
Pepijat bergantung hidup dengan menghisap darah manusia atau haiwan.
Gigitan makhluk ini akan membuatkan kulit anda gatal dan merah, dan boleh bertukar serius menjadi radang yang boleh menyebabkan pendarahan serta jangkitan.
Bila Check In Hotel
Oleh itu, amalkan tip ini setiap kali anda mendaftar masuk ke bilik hotel:
Ads
1) Tengok tilam
Ambil sedikit masa untuk memeriksa tilam dengan cara mengangkatnya dan memastikan sekiranya ia bersembunyi di bawah atau di dalam jahitan.
Periksa juga sarung bantal, takut pepijat ada bersembunyi di dalamnya. Mudah saja mahu mengenali pepijat. Ia berwarna merah karat ataupun coklat gelap dan agak halus.
2) Periksa katil
Katil juga merupakan salah satu tempat persembunyian pepijat. Cuba perhatikan di sekeliling katil termasuk celahan katil untuk memastikan tiada makhluk ini.
Ads
3) Semak bilik
Periksa juga perabot terutama yang berada berdekatan dengan tilam dan katil seperti meja sisi, sofa, kabinet dan sebagainya.
Selepas selesai melakukan tiga langkah berkenaan, barulah anda boleh berbaring atau membuka beg pakaian dengan perasaan yang lega.
Ads
Namun sekiranya anda terjumpa pepijat, sila maklumkan kepada pihak pengurusan hotel untuk urusan pertukaran bilik.
Walaupun kita masih lagi tidak dapat ke mana-mana disebabkan pandemik Covid-19, jadi tak salah untuk kita merancang dulu perjalanan ke mana-mana destinasi yang diidamkan.
Jika anda berhajat untuk ke South Island, New Zealand perkongsian wanita ini boleh dijadikan panduan.
Menurutnya selama 10 hari berada di sana, dapat berjalan banyak tempat dengan bajet sekitar RM1700 + seorang. Total keseluruhan untuk dua orang pula adalah RM3424.70 saja.
Saya share itinerary kami berdua pada raya cina yang lepas. Moga dapat membantu bagi yang sedang plan untuk ke sana.
{2/2/19} TOUCH DOWN AUCKLAND (Penginapan: Kiwi Backpackers Hostel) – Sampai Airport, gerak ke hostel. Hostel provide free shuttle from/to airport
{3/2/19} AUCKLAND – CHRISTCHURCH – TWIZZLE (Penginapan: Twizle Holiday Park) – Lake Tekapo – The Church of Good Shepherd – Stargazing area Twizle
{4/2/19} TWIZLE – LAKE PUKAKI – MT COOK NATIONAL PARK – Omarama (Penginapan: Dunstan Downs High Country Sheep Station) – Lake Pukaki ke Mt Cook National Park. Kalau boleh setiap 5mnt nak berhenti – Trekking @ Hooker Valley
{5/2/19} OMARAMA – OTAGO (Penginapan : Lake Hawea Hotel) – Hiking Isthmus Peak (8 jam – masa untuk kaki gambar…haha) – Lake Hawea Viewpoint
{6/2/19} OTAGO – WANAKA – GLENORCHY –TE ANAU (Penginapan – Te Anau Holiday Park) – Blue Pool Walk – Lavender Farm – Cardona Hotel – Red House – Paradise – Stargazing @ Te Anau
{7/2/19} TE ANAU – MILFORD SOUND – QUEENSTOWN (Penginapan – Queenstown Backpacker Hostel) – Mackay Creek – Eglinton Valley – Mirror Lake – Falls Creek – The Divide – Pop’s View – Monkey Creek – Homer Tunnel – Milford Sound/Piopiotahi. Banyak lagi tempat best tapi tak sempat pergi.
{8/2/19} QUEENSTOWN – CHRISTCHURCH (Penginapan – Energetic Healthy Homestay) – Shopping @ Queenstown then gerak balik Christchurch – Kawarau Bridge Bunggy
{9/2/19} CHRISTCHURCH – AUCKLAND – KL – Check out, naik flight ke Auckland. Sampai Auckland, naik flight ke KL
1) Trip ni cuma berdua je & itinerary ini lebih sesuai untuk yang sukakan hiking /trekking. Kitaorg sewa kereta start dari Christchurch. 2) Musim panas kat sana siang memang panjang. Subuh pukul 5 pagi tapi magrib dalam pukul 9 lebih. So memang best sbb boleh la buat banyak aktiviti. 3) Walaupon musim panas, tapi sesetengah tempat sejuk gak especially area bawah macam Te Anau. Subuh suhu 5°c. So kalau sesiapa yang nak camping, sila prepare gear yang sepatutnya untuk tahan kesejukkan. Kitaorang tidur dalam hotel berselimut tebal pon pasang heater. Drive malam-malam pon pasang heater 4) Flight Air Asia KL-Auckland-KL RM1158 (termasuk luggage & makan) Flight Auckland – Christchurch – Auckland beli bln 9 last year dpt RM283, tapi di sebabkan tukar tarikh air asia, so kena beli flight ticket baru dlm RM700++ 5) Detail costs ada dalam gambar.
Antara faktor paling utama yang sentiasa difikirkan oleh kita ketika melancong ke luar negara ialah bagaimana untuk berjimat dan kurangkan kos.
Bercuti ke luar negara kini menjadi salah satu aktiviti yang cukup popular. Apatah lagi jika melancong ke negara-negara sekitar Asia Tenggara yang mungkin lebih 'bajet' sifatnya.
Namun sekarang segalanya tidak mungkin dilakukan akibat pandemik yang masih berleluasa. Tapi jangan mudah patah semangat, LIBUR yakin segalanya akan pulih tidak lama lagi dan kita akan boleh melancong semula. Ikutilah tip travel bajet yang LIBUR kongsikan di bawah!
Buat anda yang masih bujang, salah satu cara terbaik untuk berjimat ialah dengan melancong secara berkumpulan. Memang sangat banyak kos dapat anda jimat dan kongsi bersama. Secara tak langsung ia akan lebih menguntungkan anda.
Di antara kos yang andap boleh jimat ialah kos pengangkutan dan penginapan. Buatlah survey kerana kebanyakan agensi pelancongan menawarkan diskaun untuk pakej percutian untuk berkumpulan.
"Kini semua orang boleh terbang".
Anda pasti pernah dengar ungkapan di atas. Ya, kita bersyukur kerana harga tiket penerbangan kini menjadi lebih murah dan mampu untuk dibeli.
Untuk dapat lebih murah biasanya tiket boleh dibeli lebih awal terutamanya di dalam tempoh promosi. Cara terbaik, rancang perjalanan dan tempah lebih awal untuk anda dapat tiket paling murah.
Antara masalah utama dihadapi ramai orang bile melancong ke negara yang rakyatnya bukan beragama Islam ialah makanan halal. Walaupun semakin banyak makanan halal ditawarkan tapi biasanya harga lebih tinggi.
Untuk jimatkan kos makan anda, boleh bawa makanan sendiri seperti nasi segera, mi segera, biskut yang mudah dibawa ke mana-mana. Produk ini boleh didapati di pasaraya seluruh negara.
Faktor tempat tinggal sepanjang tempoh melancong sebenarnya bergantung kepada pilihan masing-masing. Namun jika anda betul-betul ingin berjimat, tinggal di hotel atau homestay lebih murah pasti jadi pilihan terbaik.
Hotel bajet sangat popular dikalangan ramai pelancong muda dan solo. Kebanyakkan keluarga pula memilih hotel 3 hingga 5 bintang. Tetapkan bajet tempat tinggal awal dengan cara terbaik.
Jangan pula nak berjimat tapi anda upah pemandu peribadi! Apa kata naik kenderaan awam akan lebih menjimatkan daripada segi kos dan juga tenaga. Ketika naik kenderaan awam seperti bas atau tren, dapat juga melihat cara hidup penduduk tempatan. Anda juga boleh dapatkan nasihat daripada mereka berkenaan tempat-tempat menarik di kawasan sekitar yang bagus untuk dikunjungi.
Buat anda yang betul-betul nak berjimat, antara tip terbaik ialah bercuti pada luar waktu puncak. Pilih untuk melancong pada tempoh tak ramai orang pergi bercuti dan bukan pada hujung minggu. Elak pergi melancong pada waktu puncak terutama pada hari cuti, hujung tahun dan sebagainya.
Sekiranya nak pergi melancong pada hari-hari luar musim cuti, boleh minta diskaun dan dapatkan pakej pelancongan yang jauh lebih murah. Harga hotel juga biasanya lebih murah.
Nak jimat mestilah kena buat homework dan kerja lebih sikit, bukan? Sebenarnya terdapat banyak diskaun serta tawaran yang terdapat terutama di lokasi pelancongan popular. Sentiasa alert dan follow laman media sosial yang menawarkan tawaran terbaik. Promosi istimewa dan diskaun begiilah yang perlu anda kerja.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Walaupun jaraknya mengambil masa lebih kurang 3-4 jam perjalanan, tapi ramai yang sanggup menempuh jarak perjalanan tersebut kerana waktu itu adalah peluang keemasan untuk menelusuri perjalanan hidup Buya Hamka.
Selain itu, boleh juga berjalan-jalan sekitar Tasik Maninjau yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang tiada tolok bandingnya di tempat-tempat lain.
Tapi ada tak tempat menarik yang lain di Indonesia Barat itu? Jawapan dia sudah tentu ada! Ada banyak tempat menarik yang anda boleh buat apabila travel ke Padang.
Libur senaraikan 10 tempat menarik yang ada di sana. Nanti bolehlah anda susun atur itinerari anda untuk ke sana. Jadi, apa senarainya? Ini dia:
Anda boleh berkunjung ke Panti Padang atau lebih dikenali di kalangan orang tempatan sebagai TapLau (Tapi Lauik). Menurut info dari sana, Pantai Padang itu kini tidak lagi seperti dulu. Sekarang dah banyak pembangunan yang diusahakan oleh pentadbiran Padang untuk memajukan kawasan pelancongan tersebut. Jadi kawasan itu kini sudah selesa dan cantik. Sesuai la kalau anda nak datang jalan-jalan makan angin cuci mata di sana. Ada banyak bunga-bungaan yang kini menghiasi Pantai Padang itu. Lokasi ini juga berdekatan dengan Ramayana Plaza Andalas, shopping complex Padang dan Jambatan Siti Nurbaya. Di persisir pantai itu, ada banyak gerai jalanan untuk anda menikmati makanan tempatan di sana, daripada makanan ringan hingga makanan laut.
Tak lengkap gambar Instagram anda jika tidak singgah untuk berswafoto di sini. Lokasi ini adalah lokasi penarik yang ada di Padang kerana keindahan dan kecantikan lampu-lampu pada waktu malam yang ada di Jambatan Siti Nurbaya ini. Pada waktu malam, jambatan ini dihiasi dengan gemerlipan lampu-lampu dan sepanjang jambatan ini, anda boleh menikmati anuke juadah makanan tempatan yang ringan-ringan. Untuk anda ada dalam itinerari untuk ke sini, lokasi jambatan ini berdekatan dengan Pantai Padang dan Ramayana Plaza Andalas.
Satu lagi lokasi pantai di Padang. Pantainya yang memutih, landai dan dipenuhi pokok-pokok kelapa menambahkan rasa nyaman untuk anda bercuti melepaskan tekanan dan berhibur di sini. Jangan khuatir untuk berkunjung ke sini, fasilitis yang disediakan cukup lengkap untuk aktiviti seharian anda. Ada dataran untuk melepak, kedai makan, pondok-pondok kecil. Malah ada homestay untuk anda bermalam di sini dan anda boleh menyewa perahu/kayak untuk bermain bersiar-siar sekitar pantai. Pada waktu petang, anda boleh berjemur di bawah cahaya matahari sambil menyaksikan matahari terbenam di ufuk barat, berenang, santai-santai bersama partner in crime dan sebagainya.
Tak suka dengan cadangan awal yang Libur berikan tadi? Okay jangan risau, ada satu lagi pantai yang mungkin akan membuatkan anda tertarik untuk pergi iaitu Pantai Nirwana. Tempat ini, Libur cadangkan untuk anda yang sudah berkeluarga dan bercuti bersama isteri dan anak-anak kerana ombak di sini tidak terlalu besar untuk anak-anak anda mandi manda dengan seronok dan riang ria. Pantainya yang luas juga memberikan kepuasan berganda untuk mereka berlari-lari berkeliaran ke sana sini dengan bebas. Di waktu petang, ada peniaga yang akan menjual bakso dan mee ayam yang akan datang menghampiri anda untuk menjual makanan mereka. Kena cuba tau kerana rasanya sangat enak untuk dilepaskan begitu sahaja.
Pernah tengok cerita Si Tanggang atau Malin Kundang? Pada yang tidak tahu, cerita lagenda itu diadaptasikan dari kisah rakyat yang diceritakan turun temurun sebagai peringatan untuk kita menghormati ibu bapa kia walau apa pun yang terjadi. Satu pengajaran yang sangat penting Libur rasa. Jadi, untuk anda yang kebetulan ke Padang tu, boleh datang ke sini untuk melihat sendiri kawasan yang menjadi cerita lagenda tersebut. Lokasinya berdekatan dengan Pelabuhan Teluk Bayur dan mudah untuk anda ke sini kerana tanda arah diletakkan sepanjang jalan untuk memastikan anda tidak sesat ke mana-mana. Lokasi ini juga popular untuk mengambil gambar, jadi sediakan ruang simpanan yang besar dalam telefon bimbit anda ya. Turut terdapat di sini adalah penjaja cenderahati sekiranya anda ingin membawa buah tangan pulang ke tanah air.
Sayang rasanya kalau kita berkunjug ke suatu tempat semata-mata untuk berhibur dan bersuka ria saja kan? Jadi ini lokasi yang Libur cadangkan untuk anda singgah bagi mengenal serba sedikit mengenai sejarah Minang yang ada di Padang iaitu Muzium Adityawarman. Muzium ini tempat di mana mereka menyimpan dan memelihara khazanah, seni dan budaya Minangkabau, Mentawai dan Nusantara.
Nak buat aktiviti malam di Padang? Anda boleh datang ke Sitinjau Lauik untuk menyaksikan keindahan panorama matahari terbenam di ufuk barat. Selain itu, lokasi ini juga menjadi tempat di mana anda boleh menikmati keindahan malam Kota Padang dari atas bukit. Ada juga penjaja yang berniaga di sini dan anda boleh menikmati keasyikkan di sana sambil memesan secangkir kopi dan semangkuk mee rebus.
Lokasi ini dikenali sebagai pusat ukiran kraftangan dan tenunan songket Indonesia yang terletak di kaki bukit Gunung Singgalang, Tanah Datar. Di sini, anda boleh melihat kehidupan masyarakat pertanian tradisional masyarakat Padang. Kalau anda nak ke sini, siapkan duit dalam secekak dua untuk anda shopping cenderahati sebagai tanda mata ke Padang.
Untuk menuju ke sini, anda kena travel keluar sedikit dari Padang menuju ke Bukit Tinggi kerana lokasinya adalah menghala ke sana. Lembah Anai ini lebih kurang macam Air Terjun Lata Iskandar kalau anda nak ke Cameron Highland. Air terjunnya berada di pertengahan perjalanan dan menjadi tempat kunjungan pelancong untuk bergambar. Di samping itu, gambar yang diambil di samping lintasan kereta api turut menjadi faktor mengapa tempat ini popular untuk bergambar.
Tempat ini terletak bersebelahan dengan Jambatan Siti Nurbaya. Sekiranya anda berkunjung ke Jambatan Siti Nurbaya, taman ini terletak di sebelah barat. Pemandangan sekitar tempat ini seakan-akan bukit yang ada dalam filem animasi Doraemon tempat Nobita selalu melarikan diri jika dia berasa kecewa dengan sesuatu dan jangan terkejut kalau bukit ini turut mendapat jolokan Bukit Nobita! Di bukit ini, ada sebuah gua dan di dalamnya terdapat satu pusara lama dan masyarakat setempat mempercayai itu adalah makam Siti Nurbaya yang terkenal dalam hikayat masyarakat Minang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...