Bob si kucing jalanan pernah suatu ketika menjadi fenomena dan terkenal di seluruh dunia kerana menyelamatkan seorang gelandangan, disahkan telah menghembuskan nafas terakhir.
Kerana Bob, gelandangan tersebut iaitu tuannya sendiri hari ini berjaya mengubah kehidupan menjadi lebih baik. Malah, kerana itu kucing ini telah menjadi sumber inspirasi dalam penghasilan sebuah buku bertajuk ‘A Street Cat Named Bob’, diilhamkan oleh pemiliknya, James Anthony Bowen.
Setelah membukukan kisah perjalanan hidup bersama Bob pada 2012, naskah tersebut telah diadaptasi kepada filem bertajuk ‘A Street Cat Named Bob’ pada 2016 dibintangi oleh Luke Treadaway.
Ads
James Anthony Bowen juga merupakan seorang pemuzik jalanan telah menemui Bob di sebuah pangsapuri di Tottenham pada 2007. Meskipun pada awalnya dia tidak mengendahkan kehadiran Bob namun lama kelamaan, hubungan mereka menjadi akrab dan Bob menjadi peneman setia termasuk semasa membuat persembahan. Bob telah menyelamatkan nyawanya dan memberi sebuah persahabatan cukup bermakna. Sejak itu, kisah kucing jalanan itu mula menjadi buah mulut sehingga ‘Bob’ sangat terkenal.
Mengenang kisah manis yang lalu, Bob ditemui dalam keadaan cedera dan terbiar sebelum diambil oleh James Anthony Bowen dan dipeliharanya. Hubungan mereka bertambah erat lantaran itu Bob sering mengiringi Bowen yang juga seorang pemuzik jalanan sambil menjual surat khabar ‘The Big Issue’ di sekitar kawasan Covent Garden di kota London. James Anthony Bowen, pada masa itu sedang berdepan dengan masalah penagihan dadah. Dia mula mengarang buku mengisahkan tentang perjalanan kehidupan sehariannya bersama Bob dan laris terjual dan meraih populariti.
Sejak penerbitannya, lebih sejuta naskhah laris terjual di UK sahaja dan turut diterjemahkan kepada 30 bahasa. Ia juga kekal menjuarai carta senarai teratas buku terlaris di akhbar ‘The Sunday Times’ selama 76 minggu berturut-turut.
Ads
Berita kematian kucing ini pada usia 14 tahun pada 16 Jun 2020 awal minggu ini sangat menyedihkan. Penerbit buku Bowen, Hodder & Stoughton mengesahkan berita kematian Bob dalam satu kenyataan, lapor Independent.
“Semasa dia berada di sisi saya, saya menemui jalan dan tujuan untuk hidup yang selama ini telah hilang. Kami mengecapi kejayaan bersama melalui buku dan filem yang cukup menakjubkan. Dia bertemu dengan ribuan orang, memberi harapan kepada jutaan orang, Bob tiada pengganti dan tiada kucing sepertinya, tidak akan ada. Saya rasa kehilangan dan saya tidak akan sekali melupakannya,” kata James Anthony Bowen
Ads
Dalam pada itu, perkataan ‘RIP Bob’ menjadi trending teratas Twitter selepas peminatnya mengetahui kematian Bob. Selain buku A Street Cat Named Bob, terdapat juga buku bertajuk A Gift from Bob, The World According to Bob, My Name Is Bob dan For the Love of Bob, laris di pasaran.
Red Bull Product of Europe melancarkan varian terbaru –Red Bull Sugarfree. Ia memberi manfaat yang sama dengan Red Bull Energy Drink, tetapi tanpa gula.
Dengan hanya lapan (8) kalori bagi setiap tin 250ml, minuman pilihan peminat sukan dan atlet terkemuka di seluruh dunia ini adalah minuman yang berfungsi, dan memberi tenaga kepada badan dan minda. Pengguna kini boleh menikmati Red Bull Sugarfree tanpa rasa
salah, sambil mengimbangi kerja pada hari yang sibuk.
Diperbuat daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi seperti air Alpine dari mata air Austria dan Switzerland, Red Bull Sugarfree mengandungi Sucralose and Acesulfame K, yang merupakan antara pengganti gula yang sering digunakan di seluruh dunia.
Bagi memastikan kualiti yang konsisten dan premium di mana jua, Red Bull Sugarfree (dan varian Red Bull Product of Europe yang lain) dihasilkan di Austria Alps dan Swiss Alps. Red Bull Sugarfree kini boleh didapati di seluruh Semenanjung, bermula dengan Cold
Storage, 7-Eleven, Giant, Shell, dan Petron, dengan jualan di seluruh negara bermula June.
Berita baik bagi warga Perak dan Kota Bharu, Kelantan untuk bercuti ke Langkawi.
Ini kerana syarikat penerbangan Air Asia bakal memulakan penerbangan dua hala Ipoh- Pulau Langkawi, Langkawi -Ipoh sebanyak tiga kali seminggu susulan pembukaan semula sektor pelancongan secara gelembung oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Hajah Nancy Shukri baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu, penerbangan pertama itu bermula pada 17 September 2021. Dua lagi penerbangan dijadualkan pada 19 dan 22 September 2021.
“Sejauh ini tidak ada sekatan penerbangan domestik, namun kapasiti maksimum yang dibenarkan adalah 180 penumpang bagi setiap penerbangan. Penumpang akan menaiki pesawat Airbus A320 dari Ipoh ke Langkawi pada 17 September 2021 jam 1.40 petang dan sampai ke Langkawi International Airport pada 2.30 petang.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi Air Asia untuk tempahan tiket. Namun begitu kami tidak dapat memaklumkan waktu penerbangan selepas 22 September 2021 kerana ia mungkin dijadualkan semula mengikut keperluan semasa,” katanya.
Dalam pada itu, syarikat penerbangan itu melaporkan sebanyak 200,000 tiket habis terjual di mana pada hari pertama jualan tiket dibuka, sebanyak 30,000 tempahan diterima dari orang ramai.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat dalam satu kenyataan media memaklumkan sebanyak 200,000 tiket ditempah orang ramai secaar keseluruhannya. Dan katanya lagi, gelembung pelancongan ini juga menunjukkan orang ramai ingin kembali melakukan perjalanan dan memilih penerbangan sebagai keadah pengangkutan. (sumber: Peraktastic).
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Gajah dengan negara Thailand memang tidak dapat dipisahkan. Jika kebanyakkan lokasi tumpuan pelancong menjadikan gajah sebagai ‘pekerja’ atau alat untuk mengaut keuntungan, tidak untuk Kem Gajah Mae-Sa. Kem yang bertempat di Chiang Mai, Thailand ini adalah pusat pelindungan, pemeliharaan serta pemuliharaan gajah untuk terus hidup dengan selamat tanpa sebarang ancaman.
Di Gajah Mae-SA, anda boleh melihat sendiri bagaimana bahagia dan gembirannya gajah-gajah yang ditempatkan di sini dari usia masih bayi hingga dewasa. Layanan yang diterima gajah-gajah ini begitu baik dan terjaga.
Buktinya, aksi seekor anak gajah yang manja sedang memujuk penjaganya di sini bermain bersama menjadi tular. Pekerja di sini dan juga penjaga gajah tersebut bernama Dan Daeng sedang mengecat pagar buluh sebagai persediaan untuk musim sejuk. Ketika sedang sibuk mengecat, dia telah disapa seekor anak gajah, diberi nama Khunsuk.
Khunsuk yang baru berusia setahun kelihatan tidak berputus asa untuk mengajak Dan Daeng bermain bersamanya, mungkin terlalu bosan. Walaupun hanya sekejap Dan Deng dapat melayan Khunsuk, anak gajah itu kelihatan sudah berpuas hati.
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...