Jimat, tak sampai RM10 tetapi tetap sampai KLIA2! Haa.. ramai suka bercuti tetapi tidak semua yang mampu berbelanja sesuka hati sepanjang percutian. Selagi boleh nak kurangkan bajet, bukan?
Biasanya kita ada bajet tertentu dan akan cuba sedaya upaya untuk tidak membazir dalam berbelanja.
Kos percutian menaiki pesawat sememangnya mahal, bukan hanya tiket penerbangan tetapi turut melibatkan pengangkutan untuk sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang sudah tentu ada kosnya.
Cara ‘Orang Kedekut’ Pergi KLIA2, Kos Tak Sampai RM10 Pun!
Tip Nak Bayar Murah Pergi KLIA2
Bagi mereka yang mahu berjimat, sebenarnya ada cara lebih murah seperti yang dikongsikan oleh @elybaeraq di Twitter.
Ads
“Saya jumpa cara baharu lagi murah nak pergi ke KLIA2.
“Saya hanya belanjakan RM9.40 pergi ke sini menggunakan MRT ke Putrajaya Sentral dan tukar ke Transit KLIA.
Ads
“Saya sangat kedekut dengan diri sendiri sebab itulah saya tak nak gunakan pengangkutan e-hailing yang menelan kos RM75. Lagi murah daripada gunakan kereta api ekspres,” katanya.
Ads
Guna My50 Unlimited Travel Pass
Selain itu, pelayar tersebut menjelaskan bahawa perjalanan menggunakan MRT tersebut adalah percuma memandangkan dia menggunakan My50 Unlimited Travel Pass (My50).
Bagi mereka yang tidak melanggan My50, anda boleh menggunakan MyCity Pass dengan harga RM5 yang boleh digunakan ke mana sahaja menggunakan MRT dalam masa satu hari tanpa had atau caj tambahan dikenakan.
Dalam ciapan tersebut, wanita ini turut berkongsi foto menunjukkan dia berjaya tiba di KLIA2 menggunakan laluan dikongsikan.
Dalam satu hantaran yang dibuat, wanita ini menggunakan MRT Laluan Putrajaya dan berhenti di stesen terakhir iaitu stesen Putrajaya Sentral.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ketika diundang ke Perak bersama media lain sempena promosi Tahun Melawat Perak, hati berbaur suka untuk melihat tarikan dan keistimewaan yang ada di negeri ini. Biarpun penulis berasal dari Perak namun masih banyak lokasi yang belum diterokai. Kembara kali ini memberi pengalaman baru untuk mengintai lokasi pelancongan popular dan jadi tarikan.
Stesen Kereta api Ipoh
Stesen Kereta api Ipoh yang dibina pada 1914 ini masih utuh bukan sahaja sebagai bangunan bersejarah, tetapi juga bangunan yang berfungsi menerima kereta api elektrik untuk bandar ini.
Digelar sebagai Taj Mahal Ipoh, bangunan putih ini dibina oleh AB Hubback , arkitek sama yang membina bangunan stesen Kereta api Kuala Lumpur. Ia sepatutnya digunakan sebagai hospital, tetapi akhirnya diubah menjadi stesen kereta api yang menempatkan kafe kecil dan hotel 21 bilik (kini ditutup).
Jika ke kawasan dataran di hadapan stesen, anda akan dapat melihat tugu kenangan yang dibina bagi memperingati mereka yang meninggal dunia akibat kerahan tenaga kejam di zaman penjajahan Jepun ini.
Ipoh Town Hall
Ia merupakan sebuah bangunan yang bergaya Neoklasik yang direka oleh AB Hubback yang juga membina Stesyen Kereta Api Ipoh. Dahulu Ipoh Town Hall digunakan sebagai pejabat pos dan telegraf, namun kini ia menjadi lokasi untuk mengadakan majlis perkahwinan, konsert dan acara rasmi yang lain. Ia menjadi salah satu destinasi yang wajib anda kunjungi.
Concubine Lane
Membawa anda ke tahun 1892 di mana pekan lama Ipoh dibina semula pada tahun 1892 selepas hangus terbakar. Concubine Lane terdiri daripada beberapa lorong kedai yang masih mengekalkan seni bina dan kenangan terdahulu. Hari minggu meriah di Concubine Lane di mana anda boleh membeli pelbagai cenderamata, makanan, ais kepal, tau fu fah, gula kapas dan sebagainya. Di kawasan ini juga terletak banyak kafe-kafe hipster tumpuan muda mudi serta butik hotel dengan rekaan tersendiri.
Kinta Riverfront
Mini I-City ini juga terletak di tengah-tengah pusat bandar Ipoh. Bukan sahaja dilimpahi cahaya berwarna-warni lampu LED, Kinta Riverfront terletak di persisiran Sungai Kinta dan menjadi destinasi keluarga dan muda-mudi menghabiskan malam mereka. Penat berjalan, anda boleh cuba aktiviti berbasikal di sekitar kawasan Kinda Riverfront dan Taman DR Seenivasagam.
Lukisan Mural
Ipoh juga popular dengan tarikan terbarunya iaitu Street Art atau Seni Lukis Jalanan yang terdapat pada dinding bangunan sekitar Ipoh. Pelbagai lukis dinding jalanan atau mural anda dapat lihat di dinding bangunan di Ipoh.
Masjid Ubudiah
Masjid Ubudiah terletak di Bukit Chandan Kuala Kangsar . Direka oleh AB Hubback iaitu arkitek sama yang mereka Stesen Keretapi Ipoh dan Kuala Lumpur, masjid ini dibina dengan menggunakan batu marmar yang diimport khas dari Itali. Ia dibangunkan pada tahun 1913, tetapi pembinaannya tergendala dan hanya disiapkan pada 1917. Ini kerana marmar import itu lewat tiba kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama.
Galeri Sultan Azlan Shah
Di sini anda bukan sahaja boleh melihat barangan peribadi pemerintah, tetapi belajar sejarah kehidupan mantan sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Di dalam bangunan yang merupakan bekas istana ini, anda dapat melihat pelbagai koleksi dan sejarah berkenaan Sultan Azlan. Ia bermula daripada waktu persekolahannya, karier beliau sebagai pengamal undang-undang serta minat mendalam beliau terhadap sukan hoki.
Anda juga dapat melihat cop mohor sultan, alat kebesaran seperti koleksi keris sehinggalah kereta diraja dan kereta peronda yang digunakan dalam gerombolan beliau.
Istana Kenangan
Istana Kenangan yang terletak di Kuala Kangsar tidak jauh dari Galeri Sultan Azlan Shah. Dibina pada tahun 1926 untuk Sultan Iskandar Syah oleh seorang tukang kayu Melayu yang bernama Encik Sepian, istana ini juga dikenali sebagai Istana Lembah disebabkan oleh lokasinya.
Menjadi kediaman rasmi sementara bagi keluarga diraja Perak dari 1931 sehingga 1933, sementara menanti Istana Iskandariah siap.Mulai tahun 1986, fungsi istana ini telah ditukar dari istana kepada muzium diRaja Perak.
Istana ini dibina tanpa menggunakan sebarang paku. Dindingnya diperbuat daripada tepas dan atapnya diperbuat dari kayu papan. Jika dilihat dari atas, bangunan ini akan kelihatan seperti sebilah keris yang tersimpan dalam sarungnya,sesuai dengan fungsinya sebagai istana diRaja.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sempena musim cuti sekolah ini, menarik juga jika anda membawa seisi keluarga pergi bercuti ke Pulau Pangkor.
Namun, sebelum berkunjung ke Pulau Pangkor, elok ketahui tip untuk bercuti di sana seperti yang dikongsikan oleh Sis Hawa ini.
Menurutnya ada 5 tips untuk bercuti di Pulau Pangkor, mungkin sangat berguna untuk anda yang pertama kali sampai ke sini.
Cara nak ke pulau pangkor tidaklah terlalu susah. Untuk pergi ke Pulau Pangkor, kita perlu menaiki feri. Jangan risau kerana terdapat banyak feri yang beroperasi seawal 6.30 pagi hingga lewat petang.
Perkhidmatan feri yang bermula dari pagi hingga ke malam ini sangat memudahkan pelancong. Ada dua terminal feri untuk ke Pulau Pangkor. Terminal asal adalah Jeti Lumut. Jeti Lumut ini sudah lama dan masih berfungsi hingga ke hari ini. Selain jeti Lumut, ada juga terminal baru iaitu Kompleks Jeti Marina Island. Kompleks Jeti Marina Island yang baru di bina ini kedudukannya adalah lebih hampir dengan Pulau Pangkor.
Untuk harga feri pergi balik antara Marina – Pangkor – Marina hanyalah dalam anggaran RM14 seorang untuk pergi dan balik.
Pulau Pangkor tidak seperti pulau-pulau yang terletak di kawasan pantai timur. Pulau Pangkor cukup strategik dan sepanjang tahun boleh datang bercuti ke sini. Cuma, kena pilih tarikh yang sesuai supaya tidak bertembung dengan tarikh cuti umum.
Andainya terpaksa datang bercuti hanya pada waktu cuti umum itu juga, terpaksalah berdepan dengan waktu puncak musim cuti sekolah dengan jumlah pengunjung yang agak ramai.
Jika mahu bawa kereta atau motor terus ke pulau, boleh gunakan khidmat feri kargo untuk bawa kereta atau motor ke pulau tersebut.
Ada 3 bot kargo yang menyediakan perkhidmatan sebegini iaitu Bot Kargo Ah Seng, Bot Kargo Hua Wei dan Bot Kargo Jeti Marina.
Di Pulau Pangkor ini ada banyak juga kesan peninggalan sejarah. Pemandangan di sini juga cantik. Kerana itu terdapat banyak tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor. Pastinya percutian sekeluarga akan lebih sempurna.
Kota Belanda
Pulau Sembilan
Batu Bersurat
Tortoise Hill
Galeri Panorama Pangkor
Pantai Teluk Nipah
Pekan Pangkor
Teluk Ketapang
Masjid Terapung Pulau Pangkor dan banyak lagi.
Percutian waktu siang di Pangkor boleh dipenuhi dengan aktiviti yang pelbagai. Antaranya ronda-ronda sekitar pekan Pangkor, lihat nelayan menangkap ikan guna pukat tarik, lihat penduduk setempat usahakan perniagaan ikan kering, lakukan aktiviti snorkeling di Pulau Pangkor, naik bot di Pulau Pangkor untuk keliling pulau dan banyak lagi.
Untuk aktiviti malam di Pulau Pangkor ini pula, boleh berjalan di persisiran pantai, bina unggun api sambil berbbq, nikmati makan malam menu ikan bakar di restoran Shema Hashim Pulau Pangkor dan lain-lain lagi.
Dengan pelbagai aktiviti yang ada siang dan malam di Pangkor, pastinya pengalaman percutian selama tiga hari dua malam di Pulau Pangkor akan terasa sangat pantas.
Semakin banyak pilihan kemudahan pengangkutan awam yang selesa disediakan di Mlaysia buat penumpang, terutamanya yang bercadang bercuti di dalam negeri atau negara jiran terdekat. Layanan dan fasiliti sama seperti menaiki kapal terbang, itu yang boleh digambarkan mengenai perkhidmatan dalam koc kelas perniagaan yang diperkenalkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi Perkhidmatan Tren Elektrik 2 (ETS2) bermula 11 oktober 2019.
70949168_2539901456072433_5498681586360516608_n.
Kemudahan seperti zon wifi percuma, ‘In-Train Entertainment’, butang bantuan, slot USB, soket kuasa tiga pin, lampu membaca sehinggalah kerusi yang boleh diputarkan 360 darjah, koc yang boleh memuatkan 36 penumpang pada satu-satu masa itu sememangnya menepati slogannya – ‘A Class of Its Own’. Malah, bukan itu sahaja, terdapat pelayan khas turut dikenali sebagai pramugara dan pramugari, yang akan mengedarkan makanan dan minuman kepada para penumpang, dan menariknya kesemua mereka sebenarnya mendapat latihan daripada syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad sendiri.
100.
72891083_2649411875097526_6833816795032322048_n.
Menurut sumber Bernama , Gerabak kelas perniagaan adalah satu daripada enam gerabak ETS2 yang direka khas untuk penumpang yang mahukan lebih keselesaan sebagai pilihan untuk mereka yang mahukan kelainan tersendiri ketika menaiki perkhidmatan tren itu, selain dilengkapi kemudahan kondusif seiring jenama kelas perniagaan itu. Terdapat ciri-ciri khas pada koc perniagaan itu berkata, ‘In-Train Entertainment’ yang berupa seperti sebuah skrin di setiap tempat duduk penumpang boleh digunakan untuk mendengar muzik, menonton filem, melayari internet serta membuat tempahan makanan.
Semenjak KTMB mengumumkan harga tiket promosi pada 15 September lepas, tiket bagi tempoh perjalanan bermula hari ini sehingga 30 Oktober sudah habis terjual hanya dalam tempoh seminggu sahaja. Tiket promosi bagi perjalanan 1 November hingga 30 November pula akan mula dijual pada 15 Oktober 2019. Bagaimanapun, selepas harga promosi ini tamat tiket akan dijual mengikut konsep syarikat penerbangan yang mana harga tiket akan mengikut musim.
646503061e5e15586f7fe60f101f1796.
Terdapat dua trip perjalanan sehari bagi perkhidmatan ETS2 berkenaan iaitu Kuala Lumpur ke Padang Besar dan Padang Besar ke Kuala Lumpur.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung ETS2 di laman sesawang rasmi KTMB, www.ktmb.com.my atau ktmberhad (Facebook), ktmbofficial (Instagram), @ktm_berhad (Twitter) atau menerusi Pusat Panggilan 24 jam KTMB di talian 03-22661200.
Ikuti pengalaman seorang kakitangan ETS2 ketika menjalankan tugas di koc perniagaan ETS2 yang mendapat perkongsian ramai netizen di sosial media.
Guys.
Nah paksu belanja korang semua apa yang best dalam koc koc ETS Business Class. Selain ruang yang lebih selesa, besar dan luas, koc ini juga sangatlah best sebab hampir setara dengan kapal terbang yang nun terbang tinggi di atas. Bergerak dengan kelajuan yang lebih pantas. Ditemani “krew-krew tren yang manis, segak, peramah dan ganas”……memberikan satu pengalaman yang indah (paksu gerenti semua puas). Paksu memang kerlas!!!!
Dan untuk sepanjang bulan OKTOBER tiket untuk ETS Business Class dah SOLD OUT (itu berita PANAS).
Harga promosi cepat beli..
10 benda best yang ada dalam ETS Business Class,
TV LCD xnak bagi korang boring .
Selamat datang ke ETS Business Class. Yang penting paksu duta dia……panassssss!!!!.
Ruang seat yang lebih selesa dan luas.
Reading light.
Makanan percuma disajikan (menu ikut paksu nak bagi ok tak boleh demand dan hanya untuk perjalanan jarak jauh sahaja ya tuan puan). Yang dekat-dekat dapat welcome drink saja itu pun perjalanan KL-Ipoh harap jelas dan terang jangan kata paksu salah lagi maklumat hahaha!!.
1. Seat single, selesa dan ruang yang lebih luas.
2. Seat boleh pusing/laras mengikut arah perjalanan bebas.
3. Punya TV LCD di setiap kerusi (boleh tengok movie, maklumat berkenaaan ets, mendengar lagu dan boleh order makanan dengan lebih pantas.
4. Power soket ada di setiap seat (kerlasss).
5. Hanya punya untuk 36 seat dan boleh muatkan 36 passengers (lebih privasy tanpa ada gangguan makhluk halus ).
6. Welcome drink/meal percuma disajikan (itu paling vasss).
7. Wifi percuma.
8. Onboard System
9. Amenity Kit.
10. Sebab paksu yang kerja tren tu nanti bersama kawan-kawan yang sangat awesome dan gorgeos!!!! (Ini sebab paling meletopssss kenapa korang perlu cuba ETS Business Class).
Jom korang pakat ramai-ramai hebahkan dan bawak mak, abah, kakak, abang, pakcik, makcik, atuk nenek, sedara mara, sahabat, kawan membawang naik tren ETS2 dan kita rasai pengalaman bercuti dengan keretapi yang baru ni…..kompem korang semua PUASSSS!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...