Jika anda merupakan penghuni bandar besar, pasti tidak menyedari berapa banyak pencemaran bunyi terpaksa ‘diterima’ telinga setiap hari selagi tidak meneroka kawasan kampung dan alam semula jadi.
Jom masuk kampung, jenguk hamparan sawah padi. Pemandangan nan menghijau, bunyi unggas bernyanyi dan panorama indah bakal ‘mengecas’ semula semua pancaindera sekaligus menimbulkan kedamaian jiwa.
Ini antara port sawah padi yang ada di Malaysia untuk anda terokai melangkapkan percutian indah anda.
Ban Pecah, Parit Buntar Perak
Foto: Azlan KhairiFoto: Azlan Khairi
Ban Pecah terletak di Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak memiliki kawasan sawah padi yang begitu unik. Pemandangan dari udara memaparkan sawah padi terbentang dan dari satu sudut yang lain kelihatan pemandangan laut dengan sedikit ruang landai menjadi pusat aktiviti penduduk mahupun orang luar berkunjung untuk beriadah.
Ads
Malah di sepanjang laluan pesisiran laut itu boleh kelihatan bongkah batu yang berfungsi menghalang air laut melimpah ke kawasan sawah. Pada hujung minggu, lokasi ini sangat meriah dengan aktiviti memancing dan juga bersantai melihat pemandangan indah terutama tatkala senja di kawasan itu.
Sekinchan, Selangor
Foto: @fiz_zeroFoto: Selangor Kini
Sekinchan pekan yang terletak dalam daerah Sabak Bernam, Selangor ini memiliki pemandangan padi menghijau mengundang pengunjung kota yang rindukan suasana desa.
Sekinchan sangat istimewa kerana pekan ini juga merupakan sebagai salah satu penyumbang utama pengeluaran padi di Malaysia apatah lagi ia kediaman Kilang Pemprosesan Padi sehinggakan ada muzium boleh dikunjungi. Selain menikmati pemandangan sawah padi, pengunjung berpeluang membeli beras yang berkualiti tinggi dari pengeluar padi di sini.
Ads
Kampung Agong, Penaga Pulau Pinang
Foto: Tourism Malaysia
Kampung Agong lokasi ekopelancongan, membangkit nostalgia kehidupan kampung Melayu tradisi dikelilingi sawah padi dan ladang kelapa. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini, tidak terhad untuk yang datang secara individu tetapi juga menerima kunjungan berkumpulan atau untuk melakukan sebarang bentuk aktiviti hari keluarga dan sebagainya.
Ads
Jika anda berkesempatan boleh ke Kampung Agong Bakar Kapor, Penaga Pulau Pinang. Pastikan anda mengambil kesempatan untuk merakam gambar menarik di setiap sudut di sini terutama sekali buaian yang diikat pada pokok kelapa berlatar belakangkan sawah padi menghijau.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila cuti sekolah memang banyak plan nak buat tapi nak kumpul ramai-ramai tu yang susah. Sekali dapat berkumpul memang seronok sangat tambah pula ada yang baru pulang dari menunaikan Haji. Kesempatan cuti sekolah digunakan untuk berkumpul bersama mengekalkan lagi ukhwah yang ada.
Biarpun pada mulanya agak berbelah bahagi untuk sertai percutian yang dianjurkan oleh keluarga kakaknya ternyata keputusan untuk bercuti bersama lebih 20 orang ahli keluarga adalah keputusan yang tepat buat Siti Zurina Mat Saman.
Menginap di Rumah Rakit Chemperai Chalet & River Site Camp memberikan satu pengalaman baharu buat wanita ini dan keluarganya. Sempat melakukan beberapa aktiviti seperti menyelusuri Sungai Rompin, memancing ikan dan udang, buat BBQ dan juga main flying fox.
Pendek kata semuanya happy dan seronok dengan percutian selama dua hari satu malam itu. Meskipun terletak agak pedalaman, namun menurut Siti Zurina, tempat ini mempunyai fasiliti yang cukup dan selesa, malah ia telah ditempah habis sehingga tahun depan.
Dua bulan persiapan yang dibuat oleh kakak wanita ini bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar, siap dengan segala makanan dan peralatan, memang perfect!
Ikuti perkongsian yang dibuat oleh Siti Zurina Mat Saman tentang percutian bersama keluarga ke Kuala Rompin, Pahang!
Tak perasan rupanya minggu ni start cuti sekolah. Lepas Hajj hari tu budak-budak mintak BERCUTI, tapi mama is BLUR.
Bila abang ipar sis, Cik Amin plan cuti di ROMPIN, sis macam 50/50 nak follow tidak. Dengar kata nak staycation di Rumah Rakit, sis bayangkan di tengah sungai.
Rupanya rumah rakit diikat kukuh di tebing sungai. Bukan satu ada 5 biji unit (termasuk 1 ada aircond) dan dua daripadanya kami checkin.
Mula-mula agak pening kerana rumah berkenaan ‘dibuai’ air sungai, tapi dah setengah jam ONZ. Unit kami kecil saja dengan kemudahan dapur, satu bilik dan bilik air. Untuk toilet disediakan di luar.
Aktiviti utama adalah memancing dan menyusur Sungai Rompin. Sesekali jiran sebelah unit menjerit gembira bila berjaya dapat udang galah mata biru. Rezeki kami hanya dapat beberapa udang (kali ni no luck, padahal Cik Amin terror bab memancing nih).
Malamnya keluarga kecil kami layan BBQ, sambil main Mini Flying Fox (disediakan) & lompatan skipping. Rezeki kami, kawan Acu Zamaliyah Mat Saman hantar Ketam segar yang ditempah (manis giler isinya)
Esoknya kami menikmati angin laut Cina Selatan di kawasan yang terkenal dengan Udang Galah ini. Wow, pasirnya memang memutih & bersih (mayb berdekatan dengan Pulau Tioman). Yes, budak2 enjoy berendam dalam air masin walau cuaca terik di kepala (apa depa heran kalau bab mandi)
Biarpun hanya shortvacay, kami enjoy bercuti jauh dari kesesakan jalan atau hotel yang fully book. Walau hanya sehari semalam, sesi taaruf sangat bermakna dengan senda gurau ahli keluarga #matsamanfamily
Untuk Cik Noor, Cik Amin, Cik Nuar, Cik Ayu, Acu dan semua anak-anak buah korang memang ohsem
P/: Dengar cerita tempat ini walau jauh di pedalaman, tapi glamer among kaki pancing. Bandar/pekan paling dekat Bandar Muadzam Shah atau Kuala Rompin. Menurut owner, sehingga next year sudah fully booked.
Oh ye, kakak sis, bila dengar #shortcavay ONZ, hampir dua bulan buat persiapan. Segala macam barang keperluan dibawa, ibarat satu rumah. Sayang Cik Noor ketat-ketat
Port Dickson antara pantai peranginan popular di kalangan orang ramai. Banyak tarikan menarik ada di pantai ini dan pada musim cuti, lokasi ini sering jadi tumpuan ramai.
Bagi yang hujung minggu ingin ke sini dan ingin menikmati suasana malam dengan sedikit kelainan, bolehlah cuba-cuba singgah di Aurora Park Port Dickson. Tempat ini sangat terkenal dengan pesta lampu berwarna-warni yang membentuk replika bangunan terkenal di seluruh dunia dan dalam negara dan ianya sangat sesuai untuk geng insta worthy sebagai port bergambar.
Terletak di Batu 9 Port Dickson, korang dapat saksikan replika mercu tanda seperti KLCC, Eiffel Tower, Gunung Fuji, binatang dan banyak lagi. Paling best, kalau beli tiket sebelum jam 5 petang, harganya Cuma RM12 sahaja dan selepas jam 5 ke atas, harganya cuma RM18 sahaja.
Tidak hanya replika warna warni, Aurora Park Port Dickson juga sesuai untuk kanak-kanak kerana di sini ada taman haiwan (Mini Zoo Theme Park) dan harga masuk untuk melihat haiwan-haiwan ini hanyalah RM12 sahaja.Pasti anak-anak sangat teruja untuk belajar tentang haiwan kesayangan mereka
Waktu Operasi: Dibuka Setiap Hari (Taman Haiwan: 10am-7pm; Pesta Lampu: 7pm-11pm).
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selain jalan-jalan melihat keindahan ciptaan tuhan, bila travel perkara paling penting tentunya nak kena cari makanan halal terutamanya untuk pengembara muslim.
Kalau bercuti ke negara-negara Islam mungkin tak ada masalah, tapi kalau bukan negara Islam, bahasa pula jadi kekangan, akhirnya makan bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia.
Pengguna di Facebook Dzul Iqram berkongsi pengalaman travel dari Selatan ke Utara Thailand selama 14 hari untuk jalan-jalan dan makan-makan selama tempoh pengembaraannya itu.
Siap dengan gambar dan link google, Dzul Iqram sempat melawat ke Hatyai- Bangkok- Chiang Mai- Pai- Mae Hong Son- Pai- Chiang Mai- Bangkok-Ayutthaya- Bangkok- Penang.
Bagi yang ada plan nak ke Thailand macam Dzul, boleh refer itinerary dan info yang dikongsikan ini:
Jalan Jalan Cari Makan Dari Selatan Ke Utara Thai
26 May – 8 June 2022
Hatyai- Bangkok- Chiang Mai- Pai- Mae Hong Son- Pai- Chiang Mai- Bangkok-Ayutthaya- Bangkok- Penang
Sedikit perkongsian tempat dan kedai-kedai Makanan Halal Thai beserta Masjid.
Akan disertakan dengan gambar dan link google maps.Boleh lah buat panduan ,takkan nak makan 7E jeeeeeerr.
Day 1 26/5/2022 Hatyai
Sila refer sini untuk panduan masuk ke Thailand melalui jalan darat munggunakan pengakutan awam.
-Lunch dan Tapau di Kai Todd Meena Nasi khao mok paling sedap dalam Hatyai.
Hatyai aku tak payah cerita lah nak makan mana,hang pa pun ramai dah tahu mana port.
Day 2 27/5/2022 Bangkok
– Lunch di Kedai Makan belakang train station Hua Lamphong.Kau google map ke Station Hotel Bangkok.Sini kau kena cuba Mee Sup dgn Pad Kra Pow daging dia. Sedap!
– Dinner Ramkhamhaeng Night Market. Dari Hualamphong aku ambil MRT Blue Line ke Phetchaburi Dari sana aku jalan kaki ke Saphan asok, naik bot ke Saphan Mit Mahat Thai. Dan jalan kaki dalam 300m dah sampi Ramkhamhaeng Night Market.Thai Food Festival yang Sebenar! Memang rambang mata.Di Ramkhamhaeng memang banyak kedai muslim boleh singgah dan ada Masjid Jamiul Islam.Tempat wajib pergi kalau datang Bangkok.
– Makan Tengah hari aku di Chatuchak Weeknd Market ,the biggest market in Bangkok ada 4 kedai makan halal sepanjang pemerhatian aku disana. Kali ni aku try yang berdekatan surau.
– Makan malam pula aku pergi ke Icon Siam. Memandang kan Hostel aku berdekatan dengan Si Phraya Ferry Pier,just naik free shuttle boat ke Icon Siam,masuk2 ada food festival ,meriah betul dan banyak juga warung makanan halal yang join.
Day 4 29/5/2022 Bangkok
– Sarapan pagi di kedai Mariam, MRT Blue Line turun di Sam Yot keluar pintu 3 dan jalan kaki ke sana dalam 400m. Kedai ni memang best aku repeat 2 kali. Wajib cuba Mee Kari dia,sedap!
– Tengah hari pula aku ke Soi 7 Phetchaburi dan Masjid Darul Aman.Turun BTS Ratchathewi,dalam 200m jalan kaki akan sampai.
– Dekat area sini Banyak kedai makan halal. Kali ni aku cuba makan di Makin Makan Halal Food. Sini kau kena cuba daging goreng dia dan nasi goreng.Mantap. Kengsom pun sedap sini.Aku sertakan juga kedai2 lain disini.
Bangkok to Chiang Mai menaiki Train no 7. Jam 8.30 pagi . Train no 7 ni ada provide makanan,dan ianya Halal!
Ada roti,nasi ,”satay ayam” dan gulai itik campur nenas mat .
Aku tiba di Chiang Mai jam 7 petang.
Disebabkan dah lambat sampai dan kedai makan aku nak pergi tu tutup,makan burger 7E je lah.
Tips
– Di Chiang Mai kebiasaanya traveller akan tinggal di Old City ,old city akan refer kepada beberapa Gate. Paling ramai and paling senang nk kemana- mana adalah Tha Phae Gate.
– Dari railway station nak ke Tha Phae Gate kau boleh ambil tuktuk,songthaew atau ambil grab. Aku kena 50baht naik songthaew.
Day 6 31/5/2022 Chiang Mai
-Sarapan pagi & Lunch
HALAL STREET HILAL TOWN ,disini ada Masjid Hidayatul Islam Banhaw .Ada beberapa kedai makan disini dan warung2 kecil ,satay ada,popia ada ,wajib cuba Khao Soi di Khao Soi Islam Restaurant,sedap! Jalan kaki dari Old city dalam 15minit
Meneruskan perjalanan ke Pai dengan menaiki motor yang aku sewa sebab nak layan corner . Kalau nak naik mini bas boleh ambil bas di Terminal Arcade 2 ,150 baht one way,advice beli sehari awal. Bas setiap sejam mulai 6.30 pagi.
Sampai pai jam 1 tgh hari aku berhenti makan tengah hari di Mu’min Halal Food berdekatan dengan Masjid Pai,Masjid Al- Israa. Makan Pad Kra Pow Daging dan Telur Dadar,sedap!
Sarapan pagi depan 7Eleven dan Tesco . Ada dua gerai kecil satu jual bubur dan satu lagi cakoi dan air soya.
Usai sarapan aku terus ride ke Mae Hong Son. Berhenti makan tengah hari di sebelah Masjid Mae Hong Son ,Masjid Nurul Thaqwa. Lepas makan dan rehat aku sambung ride semula ke Pai.
Makan malam pula aku makan kedai Mu’Min dan beli gorengan di gerai depannya. Dekat Pai walking street pada waktu malam ada beberapa gerai halal yang jual karipap,roti dan juga makanan lain. Aku perasan komuniti muslim disana kuat ,ada beberapa kedai milik mereka yang besar2.
Day 9 3/6/2022 Pai & Chiang Mai
Sarapan pagi
Makan di kedai depan 7Eleven dan Tesco .Bubur ayam,cakoi dan air soya.
Usai makan aku ke Chedi Phra That Mae Yen.Jam 10 pagi aku sambung ride pulang ke Chiang Mai.
Lunch aku try nasi pad kra pow di Sofia Restaurant di HALAL STREET HILAL TOWN. Segunung daging dia bagi . Pedas dia kick betul!
Makan malam pula aku cuba tukar selera,mungkin sebab sebulan duduk Turki itu hari buat jiwa dan tekak aku meronta bila nampak signboard Istanbul. Kedai ni owner dia dari Turki . So rasa makanan dia memang original macam dekat Istanbul!
Lepas makan boleh lah pusing2 di Night Market depan tu.
Sarapan pagi Masjid Nurul Chang Phuek – Kunnun Mosque,berdekatan dengan Chang Phuak Gate ,di old city. Kalau waktu pagi beli nasi khao mok dan murtabak yang dijual di pasar depan masjid.
Naik Train no 52 untuk pulang ke Bangkok,2nd class sleeper AC,malangnya train ni 2nd class fan tak ada dibuka.
Day 11 5/6/2022
Plan awal aku nak ke Aranyaprathet ,memandangkan Train aku dijangka tiba di Hua Lamphong pada 5:35pagi dan Train ke Aran 5:55pagi tapi apakah daya,train tiba lewat satu jam. Sambung JJCM di Bangkok.
Brunch Repeat semula Mariam.
-Kali ni try sup ekor dengan green curry!
Dinner – Halal Food อาหารอิสลาม dalam 900meter dari Hua Lamphong Train Station
Dari stesen ayutthaya ke bandarnya dipisahkan oleh Sungai,kalau kau ambil tuk tuk,kau kena ketuk 100-150 bath ke Wat Mahathat..,cheapest way adalah,lintas jalan depan stesen, depan tu ada lorong kau ikut lorong tu sampai tepi sungai dia akan tulis Ayutthaya Train Station Pier dan ,dalam 100m dari stesen je,dan it cost u only 10 bath,dulu 5 bath .Dan kau boleh jalan kaki ke Wat Maha That dalam 15 minit dah sampai. Option lain kau boleh sewa motor 150baht sehari atau basikal 50baht sehari.
Masa di ayuthaya kedai makan yg dekat dengan Wat Mahathat tu tutup.
-Wat Mahathat
-Wat Phra Si Sanphet
Tips di Ayutthaya ada 6 temple keseluruhan,so per entry 50Baht,kalau nak masuk semua temple kau boleh beli full entry pass dalam 230Baht.
Balik semula ke Bangkok dan aku terus ke Ramkhamhaeng Night Market. Kali ni aku explore gerai2 diseberang jalan Night Market which lagi meriah! hampir 200m panjang banyak gerai2 yang jual makanan !Even ada food court yang 100% semua peniaga muslim! If bot tak ada untuk balik,kau naik bas no 71 turun ke Airport Link Ramkhamhaeng Station
Day 13 7/6/2022
Lunch Yana Restaurant- Located dekat dalam MBK Center ,BTS Station Siam dan BTS National Stadium ,turun je nampak MBK Center,Siam Paragon adalah tempat shopping paling padu.
Dinner Repeat
Makan Makin Halal Food.Sebab sedap makanan kat sini
Day 14 8/6/2022
Flight Bangkok to Penang.
-Sekarang nak ke Don Mueng ada 2 option by Train.
-Breakfast Nasi Kandar Sulaiman.
-Lunch The Kapits,USM
-Durian Balik Pulau
Nak refer gambar lengkap Boleh tengok dekat IG for highlight.
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...