Jutaan rakyat Malaysia mula menikmati kadar tol 18 peratus lebih rendah bermula 1 Februari 2020 lalu, satu penjimatan yang cukup ketara buat semua pengguna.
Bukan sahaja pengguna lebuh raya, malah penstrukturan semula konsesi PLUS itu juga membolehkan kerajaan membuat penjimatan RM42 bilion sepanjang tempoh konsesi baharu sehingga 2058.
**media[137879]**
Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 15 Jan, 2020 telah memutuskan diskaun kadar tol sebanyak 18 peratus itu akan diberikan kepada kenderaan penumpang, bas dan teksi (iaitu kelas 1, 4 dan 5) di lebuhraya yang terlibat iaitu:
Ads
Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE)
Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE)
Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA)
Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)
Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)
Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
**media[137878]**
Ads
Diskaun itu juga diberikan kepada kenderaan kelas 2, 3, 4 dan 5 yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang.
Dengan berkuatkuasanya pengurangan kadar tol tersebut, kadar tol baru ini berkurang daripada 13.6 sen/km kepada 11.15 sen/km, lebih rendah berbanding kadar tol pada 1999 iaitu 11.24 sen/km.
Kadar tol Jalan Duta ke Alor Setar pula ditetapkan kepada RM45.50 berbanding RM55.50 sebelum ini, manakala kadar tol Jalan Duta ke Skudai menurun kepada RM38.50 daripada RM47.00 sekarang ini.
Pastinya, pengurangan kadar tol itu juga berbaloi bagi perjalanan jauh khasnya ketika musim perayaan, cuti sekolah, cuti tahunan, cuti panjang atau pulang ke kampung pada hujung minggu.
Tourism Selangor Global Convention 2021 (TSGC 2021) bakal menjadi pemangkin ke arah mendorong perubahan ketara bagi memastikan kejayaan penetapan semula industri pelancongan untuk tahun 2022.
Tourism Selangor buat julung kalinya bakal menganjurkan Konvensyen bertaraf global ini pada 10 dan 11 Disember ini bertempat di hotel New World Petaling Jaya.
Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata “Kebanyakan penduduk telah pun menerima dos penuh vaksinasi dan mengikut kadar semasa, kita sudah hampir membina imuniti kelompok di Malaysia.
“Dengan pelancongan antarabangsa dijangka pulih bermula 2022, para pelabur akan melihat pada prospek pembukaan semula hotel, mercu tanda dan kawasan terkemuka lain”.
“Pelancongan telah menyumbang sebanyak 13.3% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2019, menjadikan ianya salah satu industri terbesar di Malaysia”, kata Y.B. Tuan Hee Loy Sian, EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor. “Walau bagaimanapun, pandemik Covid-19 telah menjejaskan industri dan menyebabkan jumlah sumbangan menurun sehingga hanya 5.5% pada tahun 2020”.
TSGC 2021 bakal menampilkan ahli perniagaan ternama dan individu-individu berpengaruh untuk berkongsi pendapat tentang masa depan industri pelancongan. Antaranya ialah Che’ Puan Juliana Evans – Pelakon, Selebriti, dan Duta Kempen Pusing Selangor Dulu” Tourism Selangor, Jazeman Jaafar – Pemandu Lumba Antarabangsa Malaysia, dan Chef Zam – Chef Selebriti Malaysia.
Personaliti utama dari Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital Selangor (SIDEC), dan ShopeePay akan turut hadir pada hari Acara.
Topik-topik yang akan dibincangkan termasuk ‘Pelancongan Digital 4.0 dan E- Dagang’, ‘Inovasi dan Kepelbagaian dalam Kelangsungan Perniagaan Pelancongan Semasa Pandemik’, ‘Pengaruh untuk Destinasi Pelancongan’, ‘Pelancongan Sukan’, ‘Pelancongan Kreatif dan Industri Filem’, serta ‘Dialog Pelancongan Tahap C’.
‘Pusing Selangor Dulu Travel Fair’ akan berlangsung sebelum TSGC 2021 daripada 3 sehingga 5 Disember dari 10 pagi hingga 10 malam di Concourse Square, Paradigm Mall. Ruang pameran dibuka untuk kunjungan para pengunjung yang telah divaksin sepenuhnya. Acara ini akan menawarkan pakej pelancongan eksklusif serta pameran oleh MAS Golden Holidays, Jump Street Asia, SkyMirror Travel & Tours, Sunway Lagoon, dan Skytrex Adventure, Sg Chongkak.
Lau Yin May, Ketua Pemasaran Kumpulan dan Pegawai Pengalaman Pelanggan, Malaysia Airlines Berhad dalam sebuah kenyataan berkata, “Sektor pelancongan domestik adalah pemangkin kepada pemulihan sektor ekonomi Negara, dalam kita beralih ke fasa endemik.
“Justeru, sebagai Rakan Syarikat Penerbangan Rasmi, Malaysia Airlines, bersama-sama Firefly, Mhholiday dan Journify komited untuk berganding-bahu dalam memainkan peranan yang signifikan dalam membangunkan semula sektor pelancongan negeri Selangor.
Keseluruhan industri dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik kepada para pelancong untuk menerokai tempat-tempat pelancongan terkemuka di Negeri Selangor. Keselamatan para penumpang kami adalah terjamin dengan pematuhan garis panduan dan protokol kebersihan yang amat dititik-beratkan semasa mereka “Fly Malaysia” bagi merakam memori indah”
Dalam masa sama, bagi memastikan keselamatan orang ramai, penyertaan untuk TSGC 2021 adalah melalui jemputan sahaja. Walau bagaimanapun, persidangan 2 hari tersebut akan disiarkan secara langsung dari 9 pagi hingga 5 petang untuk tontonan orang ramai di www.tsglobalconvention.com. Pendaftaran adalah PERCUMA. Untuk maklumat lanjut, sila e-mel info.tsgc2021@tourismselangor.my.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Setiap hari boleh dikatakan ramai yang kongsikan berita mengenai keadaan terkini kebakaran belukar di Australia. Paling meruntun jiwa tatkala melihat foto-foto haiwan yang menjadi mangsa kebakaran. Ada yang maut, ada yang sedang bertarung dengan hidup ada juga yang seakan merintih nasib yang sedang dialami.
Menurut pakar ekologi Universiti Sydney, kira-kira 480 juta haiwan dianggarkan terkorban akibat kebakaran yang makin marak di hampir seluruh Australia sejak hujung Ogos tahun lalu hingga hari ini.
Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia supaya menunda perjalanan tidak perlu ke kawasan yang terjejas akibat kebakaran belukar di Australia sehingga keadaan bertambah baik. Nasihat dikeluarkan berikutan pengumuman darurat tujuh hari oleh pihak berkuasa New South Wales bermula 3 Jan kerana kebakaran hutan itu menjejaskan banyak kawasan di Australia, terutamanya di pantai timur negara itu. Selain daripada New South Wales, kawasan lain yang terjejas teruk termasuk Victoria dan Ibu Negara Wilayah Persekutuan Australia (ACT).
Wisma Putra juga menasihatkan rakyat Malaysia yang berada dalam kawasan yang terjejas itu supaya mengutamakan keselamatan mereka dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan wilayah. Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Pejabat Konsulat Malaysia di Melbourne atau Pejabat Konsulat Malaysia di Sydney menurut butiran di bawah:
SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI CANBERRA
7 Perth Avenue Yarralumla ACT 2600 Canberra, Australia
Telefon: +612 61200300 / 310 atau +614 16334901
Emel : mwcanberra@kln.gov.my
PEJABAT KONSULAT MALAYSIA, MELBOURNE
Level 1, No. 432 St Kilda Road Melbourne, Victoria 3004, Australia
Telefon: +613 9573 5400 or +61 434 950 600
Emel : mwmelbourne@kln.gov.my
PEJABAT KONSULAT MALAYSIA, SYDNEY
67 Victoria Road, Bellevue Hill, NSW 2023 Sydney, Australia
Telefon: +61 02 9327 7596 or +61 02 9327 7565
Emel : contact@ema.org.au
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Majalah antarabangsa hebat, TIME menyenaraikan Pulau Pinang antara 10 destinasi mampu lawat di Asia bagi pelancong Barat.
Majalah itu dalam artikelnya ‘10 Amazing Asian Vacations That Won’t Cost a Fortune’, memaparkan destinasi murah dan memuaskan untuk dilawati.
Menurut TIME, kos untuk 2 orang bagi seminggu di Pulau Pinang ialah USD2,669 (RM11,399)
Pulau Pinang dengan tarikan budaya campuran budaya, makanan, rumah agama, tempat menarik, pantai cantik, kehidupan malam hari dan pusat beli – belah yang murah.
Kadar bilik hotel menurun 10% setiap tahun, menjadikan purata sekitar USD80 (RM342) semalam, menurut Hotels.com. Tambang udara juga jatuh , 16% setiap tahun hingga kadar USD916 (RM3,925) perjalanan pulang.
Kebanyakan pelancong bertumpu di George Town, dan bangunan Unesco World Heritage Site. Tarikan makanan yang pelbagai (yang juga baru ini disenarai dalam antara makanan gerai terbaik dunia) seperti rojak pasembur, nasi kandar, kuey teow dan pelbagai lagi makanan murah dan sedap.
Bagi memahami pertembungan dua budaya timur dan barat, rumah seperti Khoo Kongsi dan Cheah Kongsi jadi tarikan. Disitu mural besar, ukiran seramik, dan binaan yang mengagumkan. Taman Negara Pulau Pinang juga menawarkan keindahan alam flora dan fauna di samping pantai yang cantik.
Kalau sebut China, ramai yang terus terbayang Tembok Besar China, Beijing, Shanghai atau Zhangjiajie. Tapi di wilayah Guizhou, ada satu lokasi alam semula jadi...