Dusun Tok Lee Meranti, salah satu tempat di Kemensah yang wajib ada pergi. Tempat ini sangat famous untuk port breakfast dengan pemandangan ‘mahal’.
Apa Ada di Dusun Tok Lee Meranti
Mungkin ada yang masih belum tahu yang di KL/Selangor ni ada port best untuk anda pergi time weekend. Nak datang sini sangat senang dan tak payah permit masuk pun. Search je waze ke dusun tok lee.
Untuk yang suka aktiviti outdoor ataupun tidak, tempat ini sesuai buat semua. Nak masuk sini kena hiking? Ye betul. Hiking sikit je dalam 25-30 minit sampai dah.
Ads
Tapi, sini pun ada khidmat powil 4X4, jadi tak payah risau nak hiking atau pun naik je dengan kereta. Kereta kita tak boleh, cuma kereta penduduk disini sahaja. RMS-6 seorang.
Bila sampai Dusun Toklee, akan disajikan signature drinks iaitu air kelapa muda. Isi kelapa yang sangat sedap dan manis memang cun sangat after hiking 30 minit. Boleh minta sejuk atau biasa. Makanan pun ada disediakan seperti maggi, sandwich, mee goreng dan ada pelbagai pilihan air juga.
Ads
Jangan lupa bawa cash tau walaupun atas ni ada QR pay sebab line kadang-kadang slow ikut jenis telco masing-masing.
Ads
Pemandangan Yang Cantik Dari Atas
Dapat tengok view dusun, pokok-pokok & bukit bukau yang sangat cantik. Sentiasa open dan boleh layan sambil breakfast kat atas ini. Waktu operasi, setiap hari dari pagi sampai petang.
Kalau nak datang sini, kena awal sebab datang 10am ke atas, memang panas. Kalau cuasa elok. itu kira rezeki. Tetapi kalau pergi awal pagi, lagi best!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Waitomo yang membawa maksud ‘aliran yang mengalir ke dalam sebuah bukaan di dalam tanah’ merupakan salah satu tarikan utama New Zealand. Terletak di North Island, New Zealand, perjalanan ke Waitomo mengambil masa tiga jam daripada Auckland dan hanya satu jam perjalanan menaiki kenderaan daripada Rotorua dan Hamilton.
Apa yang menariknya Gua Waitomo ini? Tidak seperti gua-gua lain, Gua Waitomo menjanjikan pengalaman atau harus penulis katakan keajaiban ciptaan Tuhan. Formasi gua yang terbentuk secara semulajadi ini berusia sekitar 30 juta tahun dengan struktur batu kapur unik. Apa bezanya dengan gua-gua yang terdapat di tempat lain? Satu perkara yang harus diketahui adalah di sini terletaknya satu spesies unik hidupan gua ‘glowworm’ atau nama saintifiknya Arachnocampa luminosa ulat kalimantang atau juga dikenali sebagai kelemayar yang amat jarang ditemui dan unik yang terdapat hanya di New Zealand.
Ulat kelemayar ini menjana satu bentuk cahaya kalimantang. Ulat ini akan membina sesawang seperti labah-labah untuk memerangkap serangga. Serangga ini menghabiskan jangka hayatnya sebagai larva dan cahaya yang terhasil adalah tindak balas biologi bahan kimia yang terletak pada bahagian ekor dengan oksigen di udara. Cahaya ini akan menarik serangga kecil yang menghuni gua Waitomo untuk dijadikan makanan. Sistem ekologi gua Waitomo dikatakan sempurna sebagai habitat ulat kelemayar ini.
Pengunjung boleh menikmati pengalaman menakjubkan ini dengan memilih beberapa pilihan pengembaraan, samada menaiki bot melalui aliran air di dalam gua, menjelajah dengan berjalan kaki melalui Gua Ruakuri yang terletak berhampiran atau bagi yang gemarkan pengalaman extrim, pengunjung boleh mencuba ‘Black Water Rafting’ dan bersiap-siap untuk menyusuri aliran air menggunakan tiub pelampung, bersedia untuk basah di dalam gua yang gelap.
Penjelajahan Unik
Bot yang boleh memuatkan sekitar 12 orang pada satusatu masa ini akan dibawa menjelajah Gua Waitomo menyusuri laluan air yang gelap gelita. Jangan risau kerana pengemudi bot-bot ini adalah mereka yang profesional dan arif dengan laluan gua tersebut. Bagi mereka yang ingin menjelajah Gua Waitomo dengan berjalan kaki pula, pengunjung akan dibawa masuk melalui Gua Ruakuri yang terletak berhampiran dan merupakan sebahagian daripada keseluruhan struktur besar gua-gua di Waitomo. Di sini pengunjung akan dibawa oleh seorang pemandu arah dan penerangan terperinci dan pengalaman melihat sendiri ulat kelemayar ini secara dekat pasti memberikan sebuah pengalaman baru dan mengujakan.
Bagi mereka yang berjiwa lasak, pastinya ‘Black Water Rafting’ menjadi pilihan utama. Pengunjung akan dibekalkan pakaian kalis air dan tiub pelampung. Penjelajahan unik Gua Waitomo ini bakal membawa pengunjung menyusuri anak-anak sungai yang terbentuk di dalam gua secara berkumpulan sambil ditemani seorang pemandu arah profesional yang informatif, memberi penerangan dan membawa pengunjung melihat habitat ulat ini dari permukaan air.
Semestinya Gua Waitomo menjanjikan sesuatu yang amat berlainan daripada percutian biasa anda. Sesungguhnya alam ini terlalu luas untuk diterokai dan jika anda fikir yang anda sudah melihat semuanya, fikir semula…
Ramai yang suka air terjun tetapi kurang tahu lokasi menarik nak singgah bawa anak-anak, kan?
Salah satu lokasi menarik wajib anda singgah di Kelantan adalah Lalang’s Resort & Spa yang terletak di Jeli.
Nak mudah lagi, cari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memang sekitar itu sahaja tempatnya.
Lalang merupakan tempat bertemakan alam semula jadi, cuaca yang sangat nyaman dan sejuk disini, jauh dari pembangunan dan udara nya sangat menyegarkan. Bila datang sini rasa tenang sangat.
Layan bunyi air terjun, resort pun unik, nampak klasik. Semua sudut terjaga rapi dan bersih dari sampah. Staff si sini pun ramah.
Harga berpatutan, chalet hanya Rm250/ untuk satu malam. Hah, air terjunnya panjang sangat. Jadi memang tak semak kalau nak mandi.
Untuk anda yang nak merasa air terjun, bolehlah pergi. Owh ya, masuk percuma saja kalau setakat nak bbq , berkelah dan mandi manda. Kalau nak tidur chalet baru kena bayar.
Lalang’s Resort & Spa
PT 6293, Sungai Keding, Kampung Gemang, 17700 Ayer Lanas, Jeli, Kelantan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Mana yang tengah berkira-kira untuk travel ke luar negara khususnya ke Switzerland bolehlah ikuti perkongsian mudah dan jimat yang dikongsikan oleh Mohd Anas Anas dalam fb Backpackers Buddies Malaysia (BBM).
Hanya perlukan sekitar RM6000, dah boleh terbang ke negara cantik ini untuk tempoh perjalanan 10 hari lamanya. Ikuti perkonsiannya untuk terbang mudah dan jimat ke Switzerland.
Perkongsian ini adalah buat mereka yang nak merasai syurga dunia dalam keadaan berjimat cermat sebab bumi swiss merupakan bumi yang paling mahal untuk segala benda.
Dalam menjejak cinta Simran dan Raj dalam Dilwale Dulhania Le Jayengge. Tarian dan lakonan walau sudah 25 tahun tapi keasyikan dan paling utama adalah keindahan bumi Swiss sebagai latar tempat penggambaran filem ini. Ayuh kita menjelajah bumi Swiss.
Perkara pertama yang perlu diketahui adalah kos dan bajet bermula penerbangan dari Malaysia sehingga hati-hari terakhir di Bumi Swiss. Kehidupan dan kos di Swiss semua dan segala-gala mahal. Waima air mineral sekalipun. Tandas nak masuk pun berbayar. Namun jangan risau. Ada cara untuk menjadi murah.
Kedua. Cari penerbangan yang murah selalunya dalam RM1900-RM3000. Kalau dapat dengan harga tiket RM 2000 dah dianggap murah dan berbaloi. Satu tips terus booking melalui lama web syarikat airline tersebut. ELAKKAN menggunakan apps dan lama seperti Skyscanner, airpaz dan lain-lain lagi. Sebab kadang ada cas tersembunyi yang kita tak jangka.
Ketiga, pastikan berapa hari untuk mengembara di sana sebb kita perlu merancang untuk menggunakan pengangkutan awam atau menyewa kereta. Pada hemat saya dan sepanjang 6 kali ke sana, menggunakan kenderaan awam adalah paling berbaloi, kenapa? Nanti saya ceritakan di bawah.
Keempat, pastikan merancang lokasi penginapan dan tentukan hotel atau hostel atau air bnb yang sepadan dengan poket. Kalau hostel di sekitar Lauterbrunen boleh dapat dengan harga RM180-250 untuk semalam dan RM400 hingga beribu-riban untuk hotel berbintang-bintang.
Kelima, tentukan juga mana lokasi yang perlu ditujui agar tidak membuang masa di tempat2 yang sekadar perlu touch and go dan tempat yang perlu menginap dan luangkan sekurang-kurangnya 2@3 hari.
Keenam tips jimat pertama, pastikan membeli Swiss Pass Travel. Sangat berbaloi-baloi dan kalau ada anak bawah 16 tahun tak perlu pn beli tiket tambahan free sahaja. Harga Swiss pass Travel boleh di dapati dengan 3, 4, 8, 15 atau 30 hari. Kalau 4 hari dalam lingkungan RM1200 dan boleh semak harga di laman web SBB. Ketujuh, kenapa berbaloi?? Sebab anda naiklah semua pengangkutan awam 24 jam secara percuma merangkumi bas, tram train, cruise dan juga cable car ke kawasan pergunungan. Bayangkan kalau sehala perjalanan dari Zurich ke Zermaat tanpa swiss pass kos sehala adalah RM500 lebih yer.
Sehala, belum ke sana sini lagi. Pernah hitung kos pengangkutan awam saya selama 10 hari di sana tanpa Swiss Pass boleh menjangkau RM15 000 hingga RM 20 000. Jadi buatlah pilihan yang bijak.
Setelah tu pastikan install SBB apps. Mudah dan senang. Masukkan destinasi ke mana terus dia akan beri maklumat jenis train, jam ketibaan dan jam sampai ke destinasi semua lengkap dan sangat mudah. Serta platform berapa nk kena tunggu untuk next train. Tersangat mudah.
Kelapan, dengan SPT ini kita dapat naik ke pergunungan Murren dan Schilitorn secara percuma. Tanpa SPT kos lebih kurang RM400 ke pelantar penggambaran Jame Bond dan dengan SPT juga kita dapat menikmati pemandangan di Tasik Brienz secara percuma. Dan jika ke bandar Luzern pun sama kita boleh naik mini Cruise juga secara percuma di terminal Luzern dan singgah di Kussnatch am Rigi dan naik pula train ke pergunungan Rigi Kulm yang sangat cantik dan secara percuma.
Dan jangan lupa gunakan percuma ini untuk naik keretapi ke perkampungan Wengen dan pasti kita dihidangkan sudut pandang perkampungan Lauterbrunenan yang sangat cantik.
Jadi tak perlu lagi kita nk habiskan duit ke kawasan-kawasan yang berbayar sebab lokasi lokasi yang disebutkan ini sangatlah cantik. Gunung-gunung ini bersalji yer.
Kesembilan anda perlu luangkan sekurang kurangnya 3@4 hari di Interlaken. Sebab di Interlaken ni ada west dan ost. Jadi interlaken ni sebagi pusat yang boleh menghubungkan kita dengan lokasi-lokasi seperti Lauterbrunen 30 mint perjlanan. 30 minit ke Iseltwald dan 30 minit ke Grimwald. Malah di sini juga tepi stesen keretapi boleh terus naik cruise guna SPT dan pusing sekitar Sungai Interlaken dan Tasik Thun dan Briez.
Kesepuluh lokasi wajib anda menginap sekurang-kurangnya 1 malam adalah Zermaatt iaitu sebuah perkampungan tradisional tanpa kenderaan peribadi. Nyaman dan tenang. Awal pagi subuh-subuh harus bangun dan menjengah puncak gunung Materhorn dan boleh nenggunakan cable car paradise untuk naik ke Puncak Matterhorn secara dekat atau ambil sahaja train gonegrat keliling kawasan Zermaatt. Ada satu kedai kebab milik orang Turki Dinzermatt.
Kesebelas pastikan kita wajib ke Tasik Blausse iaitu tasik kebiruan yang sangat cantik. Harga tiket masuk adalah 10CHF lebih kurang RM45 saja.
Dua belas. Jejak DLLJ kita harus ke Swismenn, ke Gstaad dan Saanen. Melihat kedai-kedai dan lokasi penggambaran scene Kajol tertinggal keretapi, scene latar di mana Shah Rukh Khan mengorat Kajol, ohhh sungguh mengimbau kenangan.
Tiga belas guys. Kalau minat lagi perkampungan tradisional silalah bertandang ke Appenzell. coklat-coklat dan cheese banyak dihasilkan di sana. Perjalanana dua jam dari bandar Zurich akan menjanjikan pemandangan yang cantik dan indah.
Empat belas, pesanan pastikan naik kenderaan dan pass serta tiket yang sah. Kalau tidak mahu didenda sebyak RM1000 ya. Awas walau pemeriksa tiket tidak menyemak dan buat pemeriksaan, takut-takut terkena makan tak habis.
Lima belas, makanan wajib dicari sepanjang di sana ialah Croissant berintikan nutella dan kacang hazel serta kopi machiato karamel yang sedapp.
Enam belas, bawa makanan dari Malaysia dan panaskan dalam microwave simpan dalam bekal dan bawa sbagai bekalan sepanjang perjalanan seharian.
Ketujuhbelas, air paip di Swiss sangat bersih. Tak perlu pn beli air mineral evian bagai..bawa botol kosong dan tadah je akat paip2 air yang disediakn di beberapa tempat tumpuan..sbb air di swiss tersangatlah bersih.
Lapan belas, Bandar Bern, Zurich dan Geneva cukup sekadar touch and go sebab tiada apa yang menarik kecuali anda memang kaki shopping coklat-coklat dan jam.
Sembilan belas. Pastikan penginapan terakhir ialah di Zurich andai penerbangan balik dari Zurich Airporrt. Dan carilah hotel bajet sekitar airport. Saya cadangkan Ibis Budget sebab 3 minit sahaja perjalanan dari airport.
Jadi kos keseluruhan selama 10 hari Flight RM2000 SPT RM 1800 Hotel berdua RM400 dan bahagi dua semalam RM 200 (RM 1600) Total Hangus RM 5400 .
Dan tahukah anda? Saya hanya membawa wang tunai sebayak RM 1500 dan bawa pulang baki sebanyak RM 800. Selebihnya habiskan dengan membeli croissant minum kopi Machiatoo dan makan buah buahan. Nasi makanan bertin semua bawa dari Malaysia.
Inilah tips saya sebayak 6 kali ke Bumi Swiss. Bukan saya kaya tapi saya merancang dengan memerhati dan melalui pengalaman. Terima kasih. #saya lampirkan itineray kalau sesiapa berminat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jauh dari hiruk-pikuk kota dan kesibukan destinasi pelancongan popular, tersembunyi sebuah lokasi eksklusif yang semakin mencuri perhatian pengembara antarabangsa.
Terletak di pesisir Sipalay dalam wilayah...