Keunikan sesebuah gua mempunyai keasyikan tersendiri yang pasti digemari pencinta alam dan peminat aktiviti lasak untuk diterokai.
Namun, dalam keterujaan itu, pengembara perlu utamakan keselamatan, berkemahiran dan maklumat mengenai sesuatu gua untuk mengelak tragedi tidak ingini. Antaranya seperti insiden beberapa tahun lalu di Thailand, 12 remaja hilang bersama jurulatih mereka terperangkap di dalam Gua Tham Luang, Chiang Rai menggemparkan dunia.
Bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku ketika meneroka gua, beberapa perkara berikut penting untuk dilakukan.
Ads
Sebelum memulakan ekspedisi, anda disaran mengenal pasti terlebih dahulu gua yang ingin diterokai dengan mendapatkan maklumat dalam pelbagai segi termasuk langkah diambil sekiranya berlaku musibah.
Jangan lupa dengan leka melihat keindahan stalagtait dan stalagmait serta hidupan seni di dalam gua, tanpa disedari air naik mendadak.
Ads
Kebanyakan gua di Malaysia, memiliki anak sungai. Justeru, dinasihatkan anda lebih berhati-hati dengan keadaan cuaca sebelum masuk meneroka gua.
Ada yang berpendapat gua dihuni makhluk halus, jangan sesekali cakap sebarangan atau takbur kerana ia boleh ‘mengganggu’ pengunjung yang lemah semangat.
Pakai pakaian yang bersesuaian.
Bawa keperluan peribadi yang bersesuaian seperti topi keledar, lampu suluh dan kasut adalah peralatan keselamatan yang utama.
Setiap aktiviti lasak khususnya ada ratio untuk setiap kumpulan bagi seorang jurupandu dan bergantung juga pada tempat dan masa.
Ads
Sebelum menerokai gua sila rujuk keadaan cuaca dengan Jabatan Meteorologi negeri dan kawasan berhampiran,
Sila melapor diri kepada renjer atau pegawai Jabatan Perhutanan
Maklumkan jumlah anggota kumpulan menyertainya
Sekiranya ingin berkhemah beritahu berapa lama.
Semoga bermanfaat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi anda yang berada di sekitar atau berhampiran dengan Kuala Lumpur dan tidak tahu ingin ke mana pada hujung minggu, apa kata singgah ke KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur). Terletak berhampiran Taman Tasik Perdana, destinasi ini sangat terkenal serta sesuai untuk mereka yang cintakan haiwan dan alam sekitar.
Selain menjadi tempat tumpuan ramai untuk bersantai melihat pelbagai spesies burung, KL Bird Park juga merupakan tempat terbaik untuk sesi pembelajaran buat anak kecil mengenal habitat unggas ini. Menerima lebih 200,000 orang pelawat setiap tahun, KL Bird Park mempunyai anggaran lebih kurang 3000 burung yang mewakili setiap 200 spesies, dengan jumlah keseluruhan unggas yang terdapat di sini sebanyak 600,000 ekor. Kebanyakkan burung-burung ini berasal dari Malaysia. Hanya 10 peratus dari luar Negara.
Ciri utama yang membezakan KL Bird Park dari mana-mana taman burung lain adalah konsep bebas beterbangannya. Malah, terdapat beberapa kawasan di mana burung bebas terbang ke mana sahaja yang ingin ditujui, tidak kira kecil atau besar. Terdapat beberapa jenis burung yang memang perlu dikurung dalam sangkar khas seperti helang dan burung hantu.
Harga Masuk
Aktiviti Menarik!
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di KL Bird Park adalah semestinya memerhati perilaku burung terutamanya dikawasan terbuka. Anda boleh melihat pelbagai burung dari jarak dekat seperti merak, burung kenyalang dan bangau. Apabila tiba waktu makan, pengunjung diberi peluang membantu petugas memberi makan kepada burung-burung ini. Antara diet harian yang diberikan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Jangan lepaskan peluang mengambil gambar kenang-kenangan dengan burung yang berwarna-warni dan cantik di dalam taman itu, iaitu burung Nuri dan Kakak Tua. Jurugambar profesional akan membantu anda untuk mengabadikan detik menarik itu.
Jika perut terasa lapar, anda boleh singgah menjamu selera di restoran yang disediakan di KL Bird Park ini. Hidangan Satay pasti menjadi menu kegemaran anda. Terdapat juga sebuah kedai cenderahati untuk pengunjung membawa pulang buah tangan untuk diri sendiri dan keluarga
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jika nak ke negara jiran, anda perlu ambil tahu tip dan tempat menarik di Bangkok, Thailand untuk memudahkan pergerakan dan makan menu sedap.
Jadi jom ikuti perkongsian saudara Mohd Saifuddin, yang mana dia ada kongsikan banyak tempat best dan tip untuk elakkan benda buruk berlaku.
Itinerary mungkin dah ramai kongsi, jadi ini perkongsian tip bila ada di sana. Sana sangat biasa dengan scam ya, sila berjaga-jaga.
1. Siapa ada plan pergi ke Flaoting market dekat Damnoen Saduak sila fahamkan ini betul-betul supaya tak terkena scam.
Ada dua ya, satu terus ke Damnoen Saduak, satu lagi ke operator Damnoen Saduak (refer Gambar Pertama). Kalau anda dari Maeklong Market tu ada akan Bolt atau Grab memang dah standby area situ, sebab kebiasaan pelancong akan ke sana sekali.
Cara dia scam adalah bila anda dah book ke Damnoen tu, nanti dalam kereta dia akan bersembang dengan anda macam-macam untuk buat anda leka. Nanti dia senyap-senyap akan matikan anda punya booking.
Perhatikan selalu anda punya booking tu dan search juga google maps anda supaya dia hantar tempat yang betul. Bila dah sampai tempat yang salah, ke tempat operator tu. Nanti dekat situ diaorang scam dengan harga boat 3000 – 4000 baht, sedangkan kalau tempat yang betul baru 400 baht/person boat yang berenjin, 200 baht/person boat yang mendayung.
Kalau sampai tempat operator tu memang tak akan ada connectionBolt dah ya, situ dah tak dapat coverage bolt, jadi nak jalan kaki boleh tahan 6km. Kalau book grab pula memang tak akan ada yang accept melainkan anda kena panggil kereta yang book tadi, sebab dia akan tunggu anda sampai habis. Cakap nak pergi dekat tempat Damnoen yang betul.
2. Lepas tu Bolt ni plak diaorang pandai kalau siang senang anda akan dapat, tapi bila dah malam tu jangan harap anda akan dapat panggil Bolt. Diaorang tak akan accept, jadi pilihan adalah Grab saja. Cuma Bolt lebih murah berbanding Grab. Dorang nak main harga tetap dan ikut meter bila malam.
3. Nak makan dekat sana pun berhati-hati, walau nampak halal tapi nanti anda akan nampak ada benda tak sepatutnya sekali dekat situ. Jadi anda tanya betul-betul dan tengok ada tak sijil halal, jangan hanya tengok tanda halal.
4. Sana banyak gunakan cash berbanding kad, kalau 200 Baht ke bawah tak boleh pakai kad. Kalau Malaysia bawah RM10 pun boleh pakai kad. Dan sana banyak street food, jadi banyak pakai tunai.
5. Jangan keluar lepas pukul 10 malam ke tempat yang sunyi atau kurang orang, untuk korang kena samun tu sangat tinggi. Biar lah tempat yang ramai orang atau berdekatan tempat tinggal korang je.
1. PAPAYA Design Furniture & Studio
2. Ancient city bangkok
3. Icon Siam (ala Pavilion, wajib pergi 5 petang ke malam sebab cantik view dari bawah serta atas Iconsiam)
4. Wat Arun, Grand Palace, Wat Traimit
5. Sealife Bangkok
6. Asiatique The Riverfront (saran pergi malam area sini santai-santai)
7. Mahanakhon SkyWalk
8. Discovery kids museum
9. Chocolate ville (kalau berminat ootd boleh singgah kalau baik tak payah, sekejap je dah bosan)
10. Dream world (ala Fantasi punya tempat)
11. Cruise bangkok (ada extra duit naik lah, memang berbaloi. Buat anniversary sekali ke atas tu, memang datang kan moment yang indah)
12. Safari World Bangkok
13. Jim Thompson House
14. Maeklong Railway Market (8.30,11.10,2.30,5.40 waktu yang kereta api akan sampai, disarankan pukul8.30 atau 11.10 je, selain tu tak perlu market dah kosong nanti kereta api laju je market dah lengang kosong)
15. Ramkhamhaeng Night Market
16. Chang Chui Market (ala pasar seni)
17. Chatuchak market (saran pergi petang sebab meriah, kalau tak nak sesak waktu pagi)
18. Terminal 21 (Mall ikut bertema setiap negara)
19. The Platinum Fashion Mall (ala GM Klang, plan nak buat bisnes boleh singgah)
20. Palladium Mall (Jual melalui live – boleh buat live terus menjual)
21. MBK Centre (ala Sungei Wang)
22. Siam Discovery (ala Sogo)
23. Chang Puak Camp
1. Bas
2. E hailing (kereta) – bolt, grab, maxim
3. Water taxi
4. Tuk tuk
5. E hailing (motor) – bolt, grab
6. Mini Van
Tempat menginap paling senang adalah sekitar Ratchathewi.
Tempat makan sekitar masjid Darul Aman sedap-sedap, boleh cari situ banyak kedai makan dari sarapan pagi ke malam.
Ya, orang sana memang membantu cuma masalah bahasa saja. Semoga bermanfaat, selamat merancang dan pergi ke sana.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Seorang artis jalanan yang menetap di New York, Tom Bob NYC telah memberi nafas baru persekitaran ‘tidak bernyawa’ kepada hasil seni yang ceria sekaligus menjadi tumpuan ramai.
Pada awalnya, Tom Bob hanya cuba menghidupkan suasana yang suram terutamanya lorong-lorong belakang yang gelap dengan warna-warna yang ceria. Ilham tersebut tercetus agar lorong yang sunyi tidak menjadi sesuatu tempat yang menakutkan dan tidak selamat untuk dilalui selain menjadi sarang untuk melakukan jenayah.
Tom Bob telah menukarkan objek yang ‘tidak dipandang’ kepada satu kehidupan dengan sentuhannya yang aneh. Dengan menggunakan cat semburan sahaja, segala imaginasi dan karektor pelbagai animasi mengubah jalan biasa dan dinding-dinding menjadi luar biasa. Bukan itu sahaja, malah rak basikal, paip air, kotak fius elektrik bertukar kepada seekor haiwan eksotik, makhluk fantastik, dan juga orang terkenal yang begitu comel.
Seni jalanan tersebut mendapat maklum balas positif dan tular di laman sosial. Ramai yang mengambil kesempatan untuk melihat dengan lebih dekat hasil kreativiti Tom Bob. Sehingga hari ini, lokasi-lokasi tersebut sering menjadi tumpuan ramai tidak kira penduduk tempatan dan juga pelancong untuk bergambar.
Lagi hasil Tom Bob yang dikongsikan di Instagram Tom Bob NYC
Bayangkan berada di sebuah bandar kecil yang dikelilingi gunung bersalji, suhu dingin mencengkam dan langit gelap hampir sepanjang hari. Inilah keunikan Longyearbyen, Norway, sebuah...