Port Dickson sememangnya amat terkenal sebagai pantai peranginan yang menjadi pilihan ramai pengunjung sama ada di musim cuti atau hujung minggu. Bukan saja pantainya yang cantik, ada banyak penginapan tatkala bercuti di sini bermula dari RM100 semalam dan ke atas mengikut budget masing-masing.
Kalau ada cadangan nak bercuti panjang di Port Dickson sempena Cuti Tahun Baru nanti, antara yang boleh dicuba ialah The Mango’s Park Port Dickson yang terletak di Batu 3, Jalan Pantai Bagan Pinang.
Menawarkan tiga jenis penginapan bermula serendah RM100 ke atas, ada tiga pilihan penginapan boleh cuba di sini. Tak kisah sama ada style backpackers atau berkeluarga, pilihan boleh dibuat mengikut budget.
Tiga jenis pengipan disediakan di sini ialah Gegelung House Hotel, Backpackers Room dan A Frame House.
Ads
Apa yang best di sini?
Fasiliti di sini lengkap termasuk tempat makan (jalan kaki 10 minit dah sampai), jalan tak sampai 20 meter dan sampai pantai. Kalau berkereta pula dua minit dah sampai KFC dan stesen minyak selain dekat dengan Pantai Saujana, Pantai Cahaya Bulan dan Muzium Tentera Darat.
Ads
Di Mango’s Park, ada berbagai aktiviti boleh buat termasuk nak hiking, water rafting, berkayak, paint ball, buat hari keluarga serta team building dan lain-lain lagi yang mana pihak pengurusan boleh sediakan transport kalau untuk aktiviti-aktiviti ekstrem di sini.
Ads
Kolam mandi juga di sedikan termasuk tempat BBQ, surau, café. Paling best ada tiga café iaitu Lantak Kafe (ada live band setiap hari), Kaidz Café serta Raja Dulung untuk makan tengahari dan makan malam. Selain itu di sini ada kemudahan dewan, padang dan lain-lain lagi. Boleh makan-makan steamboat di sini dan paling penting buffet breakfast ada di sediakan.
Kalau nak cari villa percutian di kawasan yang tenang tetapi tidak terlalu jauh dari bandar, atau sekadar mencari tempat untuk mengadakan acara keluarga, boleh pilih Villa Sajuri.
Villa ini terletak di Kampung Sungai Sembilang, Pantai Remis, Jeram. Kalau ada yang tak tahu lokasi Pantai Remis ini, terletak di antara Klang dan Kuala Selangor.
Dekorasi pun sesuai dengan konsepnya, gabungan warna yang menenangkan emosi tetamu yang singgah di sini.
Eh, tandas pun macam boleh tidur tau! Teruja sungguh kalau anda masuk Villa Sajuri ini.
Perabotnya teratur molek membuatkan anda sebagai penginap berpuas hati untuk santai-santai dengan keluarga.
Soal penginapan, Villa ini mempunyai 4 bilik 12 katil 5 bilik air boleh memuatkan 16 orang dalam satu masa. Boleh lah nak berkumpul dengan adik beradik yang ramai di sini. Luas dan cantik untuk ootd.
Selain mempunyai kolam mandi yang luas, disediakan juga peralatan untuk bbq depan itu sahaja. Mak ayah masak, anak-anak mandi main air. Boleh bayangkan tak betapa menariknya suasana itu?
Selain mandi-manda, anda boleh main snooker. Yang minat memang rasa puas hati duduk sini walau cuma satu malam.
Banyak aktiviti boleh buat bersama keluarga. Ya, konsep rasa macam dekat Morocco instaworthy sangat Villa ini.
Villa Sajuri, Kampung Sungai Sembilang, 45600 Jeram, Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Artikel ini adalah perkongsian oleh Wan Nordini Hasnor Wan Ismail, foto oleh Wan Nor Ayuni dan Mohamad Arif Iskandar
KeTA, atau nama penuhnya Kenali Tumbuhan Alam adalah satu program eksplorasi dan edukasi alam yang berkonsepkan perkongsian ilmu secara santai. Ianya diasaskan oleh sekumpulan sahabat pecinta alam, yang berpendapat bahawa perlunya aktiviti sebegini bagi mendidik masyarakat untuk lebih menghargai khazanah flora negara.
Sekumpulan sahabat ini terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan ilmu yang bukan sedikit dalam hal-ehwal hutan. Ada yang arif mengenai pohon-pohon balak, ada yang berpengetahuan mengenai taburan bunga orkid liar tempatan dan periuk kera dan ada yang ilmunya dalam tumbuhan herba. Gabungan mereka yang ahli dalam bidangnya ini menjadikan KeTA sebuah program yang sesuai bagi setiap golongan warganegara yang inginkan kelainan bagi aktiviti liburan pada hujung minggu.
7.
Program KeTA yang pertama melibatkan 10 peserta telah diadakan di Air Terjun Setinggi, Serendah pada bulan Julai yang lepas dan baru-baru ini, penulis dan sahabat berpeluang untuk turut serta dalam program KeTA yang kedua. Kali ini, ianya diadakan di Hutan Simpan Bukit Lagong yang terletak di belakang UiTM Sg Buloh.
Seramai 11 peserta terlibat, yang melibatkan pelbagai peringkat usia termasuk tiga kanak-kanak yang berusia lapan hingga 11 tahun. Fasilitator yang terlibat pula adalah Man Black, Ang Izham, Arif Iskandar, dan Nik Amri. Setiap peserta dibekalkan dengan senaskhah “learning booklet”.
Kami berkumpul pada awal pagi di hadapan Masjid Ibnu Sina, Sg Buloh. Di hadapan masjid tersebut adanya deretan gerai yang menjual pelbagai hidangan sarapan. Sebelum memulakan aktiviti berat, pengambilan sarapan adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang enteng. Pihak urus setia sendiri berkali-kali mengingatkan kami, para peserta supaya mengisi perut terlebih dahulu. Setelah itu, bekalan makanan tengah hari dibahagi-bahagikan kepada setiap peserta untuk dibawa masuk ke dalam hutan.
Tepat pukul 9.15 pagi, kami diminta bergerak ke kaki bukit yang terletak berhampiran dengan kawasan perkuburan masyarakat Cina. Menerusi taklimat yang disampaikan, kami akan berjalan melalui trek hutan sepanjang 1.9 kilometer dengan kenaikan 165 meter dari aras laut. Terdapat beberapa hentian di sepanjang laluan untuk sesi mengenal tumbuhan hutan.
6.
Bagi lapan hentian yang pertama, kami diperkenalkan dengan pelbagai spesis pokok kayu balak. Daripada sifat anatomi daun, batang, kegunaan, taburan geografi spesis dan jenis kayu balak yang dihasilkan. Baharulah kami ketahui bahawa pokok balak sebenarnya terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu “hardwood”, “medium hardwood” dan “light hardwood”.
Kegunaan kayu balak ini adalah bergantung pada jenis kayunya. Sebab itu ada yang hanya sesuai dijadikan perabot dan ada pula yang khas digunakan dalam sektor pembinaan sahaja. Antara pokok-pokok balak yang kami ketemu adalah keruing, meranti, jelutong, mahang, merbau dan karas.
2.
Tahukah pembaca, bahawa pokok merbau telah diiktiraf sebagai pokok kebangsaan Malaysia? Selama ini kita hanya mendengar mengenai bunga kebangsaan sahaja. Pokok merbau atau nama saintifiknya Intsia palembanica sering digunakan untuk membuat rumah dan kapal disebabkan sifat batangnya yang seakan-akan tidak telap air.
3.
Di hentian seterusnya, kami turut diperkenalkan dengan pohon bertam. Bagi penulis yang bermastautin di Pulau Pinang, nama Bertam sudah tidak asing kerana ianya nama tempat di kawasan Kepala Batas. Rupa-rupanya, nama tempat itu berasal dari sejenis pohon yang fizikalnya menyerupai pohon rumbia atau nipah. Begitu juga dengan nama Jelutong dan Merbau. Ada tempatnya di Pulau Pinang ini. Menarik bukan perkaitan antara alam dan nama asal sesuatu kawasan?
Pohon bertam mempunyai pelepah yang berduri. Ianya sering dijadikan pilihan oleh segelintir golongan pemancing untuk dijadikan sebagai batang pancing (durinya dikikis dan dibuang terlebih dahulu). Manakala daunnya pula dijadikan atap oleh masyarakat orang Asli. Buah bertam kelihatan seakan-akan buah salak tetapi dimaklumkan yang ianya tidak boleh dimakan.
9.
11.
10.
Selain itu, kami juga berpeluang menemui setangkai buah berangan liar di lantai hutan. Ianya dalam bentuk gugusan dan bersaiz lebih kecil berbanding buah berangan yang sering kita makan.
Di hentian ke-11, kami diperkenalkan dengan tunggul pokok sarsi. Fasilitator menakik dan menarik keluar kepingan kayunya dan meminta kami mencium bau daripada kepingan kayu tersebut. Wangi! Bau air sarsi! Inilah rupanya asal usul minuman berkarbonat yang terkenal itu. Kini, sudah ada pihak-pihak yang menjual kepingan kayu sarsi asal ini. Ianya merupakan satu alternatif minuman yang lebih sihat dan pastinya bagi memenuhi “cravings” sekali-sekala.
Tepat jam 12 tengah hari, kami tiba di Hepi Camp, yang terletak di tepi sungai. Kami berhenti rehat di sini dan menikmati makan tengah hari. Anak-anak tidak melepaskan peluang untuk menikmati kesejukan air sungai. Ada juga di antara kami yang menikmati juadah di atas batu sambil kaki terendam di dalam air. Situasi mendaki sepanjang pagi tentunya lega sedikit. Untuk makluman, sungai inilah yang dipanggil sungai buloh. Mungkinkah asalnya nama tempat bagi Sungai Buloh? Menarik sekali!
Sejujurnya, program santai begini yang diadakan pada habitat asal, adalah sangat menepati konsep “nature’s blended learning”. Sambil-sambil beriadah, ada pengetahuan baharu yang diperolehi. Biarpun anak-anak kecil yang terlibat mungkin kelihatan tidak dapat fokus dan bermain-main sesama sendiri, namun sebenarnya mereka ini mempunyai daya pendengaran yang tinggi dan memori yang kuat. Mereka masih dapat mengingati beberapa fakta dengan jelas walaupun setelah berhari-hari berlalu.
Terima kasih pihak penganjur dan syabas atas perlaksanaan program yang bermanfaat.
1.
Penulis: Wan Nordini Hasnor Wan Ismail
Pensyarah Kanan, Fakulti Farmasi,
UiTM Caw Pulau Pinang (Kampus Bertam)
Foto: Wan Nor Ayuni dan Mohamad Arif Iskandar
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selepas ini kalau nak staycation di KL, boleh pilih Hotel Furama ini. Best sebab dekat dengan Bukit Bintang. Nak jalan ke Times Square, Pavilion, makan shawarma semua dekat.
Apa yang seronoknya, boleh book ‘Family Themed Rooms’. Ada macam-macam tema untuk anak-anak macam Safari, Castle, Underwater.
Hotel ini menarik sebab ada indoor playground yang besar kat dalam hotel. Kalau stay kat sini masuk untuk parent free dan anak RM10. Toilet dan cafe yang luas untuk parent menunggu.
Ya, inilah hotel tema dunia fantasi kanak-kanak yang menarik buat anak-anak anda! Sesuai nak datang ‘beli jiwa’ anak-anak waktu cuti sekolah. Eh, waktu hujung minggu pun boleh!
Furama Bukit Bintang, 136, Jalan Changkat Thambi Dollah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Deretan tebing menghijau berdiri megah di sisi lautan biru, sementara air terjun mengalir dari celah gunung menuju pantai-pantai kecil yang tersembunyi. Pemandangan luar biasa...