Bagi wanita yang stylo dan aktif, Garmin Fenix 5s kini hadir dengan 3 varian warna; Rose Goldtone, Frost Blue dan Pink Meringue. Tali jam boleh ditukar ikut warna kegemaran anda.
Antara ciri hebat Fenix 5s ialah heart-rate monitor di pergelangan tangan dan bagi mereka yang aktif dalam sukan larian, hiking, berenang, berbasikal atau golf. Mod catatan rekod harian maka sesuai dipakai setiap hari secara santai atau mod sukan. Model ini juga datang dengan permukaan kaca kalis calar; Sapphire.
Ads
Fenis 5s kalis air sehingga 100m dalam. Hadir dengan navigasi terbina dalam dengan ciri 3-axis kompas, gyroscope, dan barometric altimeter. Ditambah pula dengan sokongan GLONASS bagi pengesanan lebih baik di kawasan lebih mencabar seperti gunung atau hutan tebal.
Ads
fēnix 5S mampu bertahan hingga 9 hari dalam mod smartwatch, 12 hari mod GPS, dan 28 jam dalam mod UltraTrac™ dengan heart rate monitor dibuka.
Ads
Harga Frost Blue dan Pink Meringue RM3,149.00 manakala RM3,499.00 bagi Rose Goldtone.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jadi, memandangkan ada banyak jenis soket dinding, for sure ada banyak jenis plug juga kan? Libur terbayangkan satu situasi kalau kita travel cross country di Europe misalnya, tak kan kita nak kena bawa banyak jenis plug adapter?
Libur buat research berkenaan plug adapter yang best untuk travel dan entri ini Libur nak kongsikan kepada pembaca apa lima jenis plug adapter yang the best untuk pembaca boleh beli secara online.
Kriteria pemilihan Libur adalah travel adapter ini mesti compact dan mempunyai pelbagai socket adapter untuk memenuhi keperluan Libur travelall around the world. Jadi, pilihan pertama Libur adalah:
1. EPICKA Universal Travel Adapter
EPICKA Universal Travel Adapter ini mempunyai variasi plug yang pelbagai untuk kegunaan di 150 negara, sebahagiannya seperti Europe, UK, US, dan Australia. Travel adapter ni juga ada teknologi fast charging untuk empat USB port, satu USB TYPE C dan 1 AC Socket dan boleh cas 6 devices serentak dalam kadar yang laju berbanding travel adapter biasa.
2. Travel Smart All-In-One Adapter w/ USB Port
Travel adapter Travel Smart All-In-One Adapter w/ USB Port ini juga boleh digunakan di pelbagai negara seperti Africa, Asia, Australia, Caribbean, Europe, Fiji, Great Britain, Ireland, Middle East, New Zealand, Utara dan Selatan America dan mempunyai tiga plug outlets dan satu USB port untuk mengecas empat jenis devices serentak.
Monoprice Compact Cube Universal Travel Adapter ini akan memastikan anda boleh mengecas apa sahaja peralatan elektronik ke soket di mana-mana negara sekalipun. Ini kerana ia mempunyai plug binaan dalaman yang pelbagai dan boleh menyesuaikan plug dengan soket dinding di negara yang anda lawati seperti AS, UK, EU, Australia, dan China.
4. Syncwire 34W/6.8A 4-Port USB Wall Charger
Travel adapter Syncwire 34W/6.8A 4-Port USB Wall Charger ini juga memiliki teknologi fast charging dan boleh mengecas empat peralatan elektronik anda secara serentak kerana memiliki empat USB ports. Adapter ini turut memiliki Smart IC technology yang membekalkan kuasa elektrik ke peralatan elektronik anda dalam kadar optimum. Jadi, tak perlu risau akan berlakunya kejadian litar pintas yang mampu membuatkan peralatan anda kaput.
5. Travel Adapter, Worldwide All in One Universal Travel Adaptor Wall AC Power Plug Adapter
Travel Adapter, Worldwide All in One Universal Travel Adaptor Wall AC Power Plug Adapter ini low-cost punya dan tak ada brand tapi masih mampu memberikan anda kelegaan untuk mengecas beberapa peralatan serentak di beberapa buah negara dengan selamat. Brand ini tidak mempunyai teknologi untuk menukar arus voltan elektrik, that’s why harganya lebih mampu milik.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Item wajib dibawa ketika bercuti:Kamera seumpama pencerita untuk setiap pengalaman sukadan suka anda ketika melancong.Mahukan sesuatu yang ringan dan mudah dibawa? Ketahui 10kamera kompak pilihan kami yangbakal memudahkan anda merakam kenangan terindah.
Jika anda mahukan sebuah kamera yangmampu melakukan semuanya-foto sukan,potrait dan pelancongan maka Leica V-Luxadalah jawapannya. Berada dalam kelastersendiri dengan sensor bersaiz besarsatu inci serta panjang zum dari 25mm sehinggalah ke 400mm membolehkan anda merakam apa sahaja yang melintas di hadapan mata, samada jauh ataupun dekat. Lensa yangdigunakan adalah lensa Leica DC Vario Elmaritdengan bukaan penuh apertur 2.8 hingga 4.Saya kurang pasti dengan apa yang dikatakan ‘LeicaLook’ pada setiap imej yang dihasilkan oleh lensa Leica tetapi padanan warna pada gambar jpeg yang dihasilkan memangmenarik. V-Lux juga bukan calang-calang daripada segi rakaman video. Mampu menghasilkan video pada resolusi 4K yakni empat kali ganda lebih tinggi berbanding resolusi tipikal fullHD. Jadi apalagi yang anda mahukan daripada sebuah kamera? Mahal? Come on, its a LEICA after all!
Saya hanya sempat ‘bermain-main’ sekejab sahaja dengankamera ini ketika majlis pelancarannya. Namun, saya ingin katakan model S69000 bakal memenuhi keinginan semua peminat fotografi dan pengembara yang kerap melancong. Ini kerana ia dilengkapi fungsi skrin sesentuh LCD pelbagai sudut yangmembolehkan anda mengambil potret diri sendiri dengan mudah (selfie),yang menjadi kegilaan semua pengembara ketika melancong. Di samping itu,fungsi near field communication (NFC) serta wifi membolehkan anda memuat naik gambar-gambar dengan bersahaja dan tenang sepanjang masa. Lensa zum yang digunakan juga berkualiti tinggi iaitu daripada famili Nikkor yang bermula dari sudut luas 25mm sehingga 300mm beserta sistem penstabil imej dalam lensa (VR),untuk memastikan gambar anda tidak kabur ketika zuba zum pada sudut yang jauh.Bagi sesetangah orang, 16 juta piksel mungkin tidak sebanyak mana tetapi bagi penulis ia jauh lebih daripada mencukupi untuk merakam gambar-gambar terindah ketika bercuti.
Kamera kompak dengan sensor besar bersaiz satu inciserta resolusi maksimum 20.1 juta piksel menjanjikankualiti foto yang baik buat anda yang gemarkan kamera kompak bersaiz kecil. Lensa zum Carl Zeiss pada jarak24-70mm menawarkan bukaan apertur maksimum 1.8 pada kedudukan 24mm dan 2.8 pada kedudukan 70mm untuk membolehkan anda mengawal efek kabur pada latar belakang atau hadapan sesuatu objek. Di samping itu, saya suka dengan fungsi terbina dalam pemidang tilik elektronik yang boleh diaktifkan bila-bila masa suka ataupun memilih menggunakan paparan lcd dibelakang kamera. Sesuai dengan trend terkini, ia turut dilengkapi fungsi wifi dan near field communication(NFC). Sangat mudah sebab saya tak perlukan kabel untuk muat naik gambar-gambar ke akaun Instagramdan Facebook.
Tidak mahu banyak berfikir dan hanya pentingkan kamera pada harga murah dan hasil gambar yang mantap? Maka, model Olympus 820UZ ini mungkin sesuai buat anda. Murah dan kecil saiznya, tetapi kemampuan zum adalah antara yang paling tinggi setakat ini iaitu 22.4mmsehingga 896mm! Meman gpuas hati jika anda suka mengambil gambar pada sudut yang jauh. Resolusi rakaman foto maksimum ialah 14 juta piksel dan rakaman video full HD1080. Cukuplah anda bukan mahu jadi jurugambar profesional bukan?
Fujifilm semakin dikenali dengan sensorX-Trans mereka yang mampu menghasilkan kualiti warna dan ketajaman gambar yang mengagumkan. Kamera kompak Fujifilm X30 adalah salah satu daripadanya. Resolusi mungkin tidak besar iaitu hanya 12 juta piksel,namun gabungan sensor X-TransCmos dan Pemproses EXR daripada Fuji mampu menghasilkan kualiti gambar yang memukau. Bagi saya, gambar jpeg terus dari kamera ini sangat menarik warnanya. Ia juga menawarkan lensa dengan kemampuan zum 28-112 dan pemidang tilik elektronik dengan fungsi fokus auto hibrid. Seperti Sony RX III, ia juga mampu merakam video dengan resolusi Full HD. Saiz kamera ini agak besar berbanding yang lain, jadi anda harus cuba dahulu kamera ini di kedai untuk memastikan agar ianya sesuai untuk anda bawa ke mana-mana.
Kamera ini sesuai untuk pengembara yang ingin mempertingkatkan ilmu fotografi mereka ke tahap yang lebih baik. Tidak perlu fikir tentang zum dan tidak perlu fikir tentang wifi. Apa yang ada di tangan anda adalah kamera berkualiti dengan hanya satu sudut rakaman iaitu 28mm dan bukaan apertur maksimum 2.8. Anda akan melatih mata anda untuk melihat sepertimana lensa kamera ini melihat. Ini membolehkan anda berfikir denganlebih baik sebelum memetik pengatup untuk menghasilkan gambar yang diinginkan. Jika mahu lebih mahir dalamfotografi, ini adalah antara model kamera yang perlu anda miliki.
Satu lagi model kamera yang sesuaiuntuk anda yang ‘ingin maju’ ketika cuba menghasilkan gambar berkonsep pelancongan. Model LX100 yang baru dilancarkan memiliki fungsi yang hampir menyamai kamera profesional DSLR. Ia dilengkapi sensor bersaiz micro Four Third yang lebih besar daripada sensor satu inci serta lensa zum Leica dengan bukaan apertur besar iaitu 1.7 pada kedudukan 24mm sehingga 2.8 pada 75mm. Fungsi ini memudahkan saya untuk mengawa lpemandangan kabur pada belakang dan depan subjek dengan lebih baik. Kamera kecil yangberjiwa besar ini tutur menawarkan pemidang tilik elektornik yang sangat jelas, memudahkan saya mengatur komposisi dengan lebih baik. Usah dilupa dengan rakaman video pada resolusi 4K untuk paparan jauh lebih jelasberbanding full HD.
Untuk memilih kamera yang sesuai,kadang-kala anda perlu melihat di mana lokasi yang anda bakal pergi. Penulis pernah berkunjung ke sekitar Ternatedi Indonesia yang dipenuhi kawasan pulau dan pantai yang cantik. Untuk lokasi sebegini, penulis perlukan kamera yang tahan lasak dan kalis air seperti PowerShot D30. Jika kamera ini berada di dalam poket anda, anda tidak perlu risau di mana sahaja anda pergi bercuti kerana ia memiliki fungsi kalis air pada kedalamansehingga 25 meter, tidak akan rosak atau pecah jika terjatuh dari kocek anda(maksimum ketinggian 2 meter) dan tahan beku sehingga negatif 10 darjah selsius.
GoPro.Fungsi paling menarik semestinya kemampuan merakam video pada pilihan resolusi 4K, 2.7K serta full HD 1080. Jangan dilupa, ia juga boleh merakam gambar pegun pada resolusi maksimum 12 juta piksel beserta kemampuan rakaman 30 bingkai gambar sesaat! Tidak dilupakan fungsi terbina dalam wifi serta bluetooth serta aplikasi telefon GoPro App untuk membolehkan kamera ini dikawal dengan telefon anda. Di samping itu, mod Hilight Tag membolehkan anda menandakan momen penting dalam setiap rakaman video untuk memudahkan anda membuat editing di kemudian hari.
Beg adalah peneman dan pembantu paling setia sewaktu kita keluar travel. Beg akan bawa apa sahaja kelengkapan dan keperluan ke mana sahaja yang kita pergi.
Tak kisah apa jenis travel trip yang kita buat seperti business trip, backpack trip, leisure trip, hiking atau trip ke pulau, pemilihan beg perlu disesuaikan mengikut keadaan kerana setiap rekabentuk dan saiz mempunyai kelebihan serta kekurangan mengikut keadaan.
Ada empat perkara yang kita perlu tahu sebelum pemilihan beg untuk travel:
1. Jangka masa percutian Adakah kita akan bercuti untuk jangka masa yang lama atau trip percutian kita hanya memakan masa selama sehari? 2. Pengangkutan apa yang digunakan Menaiki kapal terbang? feri? kereta api? berbasikal? menaiki kereta? jenis beg biar bersesuaian dengan kenderaan yang kita naiki. 3. Tahap kesukaran percutian Adakah percutian kita akan statik di satu tempat atau kita akan hopping ke tempat-tempat yang lain. 4. Aktiviti apa yang dilakukan Adakah sesuai membawa luggage empat segi beroda mendaki gunung?
Di sini ada beberapa contoh beg dan kesesuaian untuk digunakan:
RollingLuggage
Sesuai untuk: Travel jangka masa lama
Siapa yang rasa nak ‘lari’ dari rumah, wheeledsuitcase macam ni sesuai sebab boleh bawa perkakas rumah bersama. Ciri-ciri beroda, mempunyai pemegang dan permukaan luaran yang keras menjadikan ianya versatile dan mudah untuk di bawa ke mana-mana.
Backpack / Beg Sandang
Sesuai untuk: trip adventure
Backpack sesuai untuk mereka yang menjalani gaya hidup travel yang aktif. Selalunya backpack dicipta dengan bahan yang tahan lasak dan pemakaiannya cepat selain mudah dipikul dan dibawa ke mana-mana. Sesuai untuk pelancong yang sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Beg Duffel
Sesuai untuk: Trip santai
Duffelbag sesuai untuk orang yang suka bersukan atau mempunyai hobi sewaktu travel trip mereka. Walaupun ia tidak fleksibel seperti wheeledsuitcase atau dibuat untuk trip lasak seperti backpack, beg duffel ini sesuai untuk perjalanan kasual di luar bandar atau pulau. Reka bentuk silinder yang ringkas dan saiz yang pelbagai menjadikan beg ini boleh dijadikan beg sampingan bagi pakaian dan item yang lebih kecil jika beg utama anda penuh.
Beg Day-Pack
Sesuai untuk: Kawasan urban dan mahukan beg yang kecil
Beg kecil ini mempunyai ruang yang selamat untuk melindungi komputer riba anda sekiranya dibawa sewaktu travel, ditambah dengan poket yang banyak untuk menyimpan kabel, peralatan, botol air, snacks dan kerja kertas. Selain daripada itu, anda boleh gunakan untuk trip yang tidak lebih daripada sehari. Malah, beg ini kecil dan boleh dibawa masuk ke tempat duduk dalam penerbangan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Penerbangan jarak jauh memang boleh jadi mencabar, terutama kalau perlu duduk berjam-jam dalam ruang yang terhad. Silap pilih tempat duduk, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan...