Ads

Free Je! Jangan Lepaskan Merdeka Sunset Air Show 2026 Di Putrajaya, Aksi Udara Waktu Senja Memang Rare

Kalau korang memang suka tengok pertunjukan udara, hujung Ogos ini bolehlah masukkan Putrajaya dalam senarai lokasi untuk dikunjungi. Menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2026, orang ramai berpeluang menyaksikan Merdeka Sunset Air Show – Melukis Senja, sebuah pertunjukan udara yang dijadualkan berlangsung di Putrajaya.

Free Je! Jangan Lepaskan Merdeka Sunset Air Show 2026 Di Putrajaya, Aksi Udara Waktu Senja Memang Rare
Putrajaya Aircraft Show 2025, Putrajaya, Malaysia Kredit Foto: Anastasia Kostylev / Pexels

Lebih menarik, sebelum pertunjukan utama berlangsung, beberapa sesi latihan penerbangan turut dijalankan di sekitar Putrajaya. Jadi kalau tak mahu berdepan kesesakan terlalu ramai ketika acara kemuncak, bolehlah cuba datang lebih awal pada hari latihan.

Show utama pada 30 Ogos 2026

Pertunjukan utama Merdeka Sunset Air Show – Melukis Senja dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos 2026 di Putrajaya.

Antara tarikan yang bakal mencuri perhatian ialah persembahan aerobatik oleh Pasukan Aerobatik Krisakti. Aksi penerbangan dilakukan ketika waktu senja, menjadikan latar langit Putrajaya yang berubah warna sebagai sebahagian daripada panorama pertunjukan.

Free Je! Jangan Lepaskan Merdeka Sunset Air Show 2026 Di Putrajaya, Aksi Udara Waktu Senja Memang Rare
Pasukan Aerobatik Krisakti Kredit Foto: RTM Portal

Turut disebut dalam promosi acara ialah penggunaan kesan piroteknik ketika aksi udara, menjadikan persembahan ini antara acara menarik menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

Ada latihan pada 20, 27 dan 29 Ogos?

Beberapa tarikh sekitar 20, 27 dan 29 Ogos 2026 dikaitkan dengan sesi latihan serta persediaan menjelang pertunjukan utama.

Ads

Bagaimanapun, waktu penerbangan khusus bagi setiap tarikh ini masih boleh berubah mengikut keperluan latihan, keadaan cuaca dan operasi semasa. Jadi kalau bercadang datang semata-mata mahu melihat latihan, sebaiknya semak pengumuman rasmi terlebih dahulu.

Tarikh 29 Ogos antara yang paling menarik untuk diperhatikan kerana ia begitu hampir dengan persembahan utama pada 30 Ogos.

Datang petang kalau nak tunggu aksi udara

Disebabkan konsepnya adalah pertunjukan udara waktu senja, waktu lewat petang hingga menghampiri matahari terbenam merupakan tempoh paling sesuai untuk berada di sekitar lokasi.

Kalau mahu datang untuk sesi latihan, boleh rancang berada di Putrajaya lebih awal sekitar lewat petang. Jangan datang terlalu lewat kerana kawasan sekitar lokasi acara berkemungkinan mula sesak apabila semakin hampir dengan sambutan Hari Kebangsaan.

Ads

Mana spot menarik untuk tengok?

Kawasan sekitar Dataran Putrajaya menjadi antara lokasi paling mudah untuk mendapatkan pandangan terbuka ke ruang udara.

Free Je! Jangan Lepaskan Merdeka Sunset Air Show 2026 Di Putrajaya, Aksi Udara Waktu Senja Memang Rare
Dataran Merdeka Area Kredit Foto: Lin Htet Tun / Pexels

Kalau korang jenis suka ambil gambar atau video, kawasan tepi tasik sekitar Presint 2 juga boleh menjadi pilihan kerana mempunyai pemandangan luas dengan latar bangunan ikonik Putrajaya.

Antara tip mudah ialah cari kawasan yang tidak terlindung dengan bangunan tinggi atau pokok. Bawa sekali kerusi lipat kecil atau tikar sekiranya mahu menunggu lebih lama.

Parking mungkin mencabar

Untuk tarikh yang semakin hampir dengan 31 Ogos, memang kena bersedia dengan kemungkinan kawalan trafik, penutupan jalan atau perubahan laluan di sekitar pusat pentadbiran Putrajaya.

Ads

Jika datang pada 29 atau 30 Ogos, sebaiknya sampai lebih awal dan elakkan bergantung sepenuhnya pada parkir berhampiran Dataran Putrajaya.

Pengunjung juga disarankan menyemak pengumuman terkini Perbadanan Putrajaya serta saluran rasmi sambutan Hari Kebangsaan sebelum bergerak.

Kalau memang nak pilih satu tarikh untuk merasa suasana sebelum acara sebenar, 29 Ogos boleh dipertimbangkan. Tetapi kalau mahu pengalaman penuh dengan persembahan rasmi, simpan tarikh 30 Ogos 2026 untuk menyaksikan Merdeka Sunset Air Show – Melukis Senja di Putrajaya.

Memang sesuai dijadikan aktiviti santai hujung minggu bersama keluarga, tambah pula boleh menikmati suasana sunset dengan pertunjukan udara di tengah landskap cantik Putrajaya.

 

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Jom Kita Travel

5 Kafe Kucing di Lembah Klang dengan Rating Tertinggi di Google...

Cari kafe kucing Lembah Klang untuk hujung minggu? Ini 5 lokasi menarik di Seri Kembangan, Bukit Jalil, Petaling Jaya dan Subang Jaya.