Seronoknya kalau dapat bergelak ketawa riang bersama rakan-rakan atau keluarga tersayang, berjalan bersama dalam hutan hujan tropika sambil menyentuh rumput dan dedaunan, membuat BBQ berdekatan khemah, dan mengira bintang di malam hari bersama.
Semua ini bukan saja memberi kesan yang positif terhadap mental dan fizikal, tetapi lebih mendalam lagi dari segi emosional setiap ahli keluarga. Jadi, kalau anda rasa membawa keluarga pergi bercuti adalah sesuatu yang membazir, ternyata anda salah!
Bercuti bersama keluarga tidak semestinya perlu memilih lokasi yang serba mewah atau jauh nun di negara asing. Di negara kita juga banyak jenis percutian keluarga yang menarik boleh dipilih. Antaranya percutiaan ala glamping di Sailor’s Rest Resort Janda Baik, Pahang.
Ads
Nama saja sailor tapi resort ini terletak di ketinggian 600 meter dari paras laut di Janda Baik dan berdekatan dengan jajaran Banjaran Titiwangsa. Dek kerana terletak berhampiran kawasan tanah tinggi, Sailor’s Rest Resort ini menawarkan satu pengalaman menarik untuk anda bermalam di kawasan bersuhu sejuk dan dikelilingi kawasan yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan menghijau.
Ads
Kena dengan namanya sendiri, resort ini juga menyediakan satu tempat menginap berkonsepkan rumah bot untuk anda bermalam. Di samping itu, rumah chalet moden dan tradisional juga ada menjadi pilihan. Lokasi ini menarik untuk percutian keluarga kerana lokasi glampingnya di kawasan taman yang dikelilingi pokok-pokok bunga dan pokok bebuah. Anda datang pada musim buah kalau nak rasa makan buah-buahan segar yang dipetik terus dari pokok.
Tiga lagi negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan mula memberi beberapa kelonggaran terhadap premis makanan. Namun perlu mengikut beberapa prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan negeri masing-masing.
PULAU PINANG
Pulau Pinang beri kelonggaran orang ramai untuk makan di hotel, pasar raya atau francais restoran makanan segera seluruh negeri itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Kebenaran makan dalam premis seperti hotel, pasar raya dan francais restoran makanan segera akan dibuat secara berperingkat bermula 15 Mei 2020.
Ia selaras dengan pelaksanaan Fasa Pembukaan bagi Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang yang diumumkan. Bagi premis makanan lain-lain kategori, kebenaran makan di dalam premis bakal diperhalusi berdasarkan nasihat daripada JKNPP pada Fasa 2 kelak dan masih belum dibenarkan.
KEDAH
Negeri Kedah juga membenarkan orang ramai untuk makan dan minum di premis makanan bermula hari ini. Waktu operasi bagi restoran bukan Muslim ialah dari 8 pagi hingga 10 malam manakala bagi restoran Muslim untuk sepanjang Ramadan operasi dibenarkan dari 3 petang hingga 10 malam.
KELANTAN
Semua restoran dan kedai makan di Kelantan dibenarkan beroperasi dari jam 3 petang sehingga 10 malam, berbanding hanya setakat 6.30 petang sekarang. Bagaimanapun katanya kebenaran itu adalah untuk jualan makanan secara bungkus sahaja. Makan di restoran masih tidak dibenarkan.
Bermula hari raya ketiga nanti, pengusaha kedai makan dan restoran akan dibenarkan beroperasi dari 7 pagi hingga 10 malam mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Malaysia umumnya mengetahui mengalami cuaca beriklim khatulistiwa, namun itu tidak menjadi alasan untuk anda berpeluang merasai percutian bersuhu sejuk yang mendamaikan.
Cameron Highlands, Pahang merupakan pilihan warga tempatan yang suka akan kedamaian dan suhu yang sejuk. Pengunjung tidak perlu risau tentang penginapan di sini. Terdapat banyak resort dan hotel daripada status mewah hingga bajet yang boleh dipilih mengikut kemampuan.
Kalau di Switzerland ada penginapan iglu diberi nama ‘Whitepod’, di Cameron Highland juga ada. Jom baca perkongsian Nawal Yasmin cadangan tempat penginapan terbaru yang unik serta istimewa di tanah tinggi Cameron Highland.
Cuba teka kiteorg kat mana ni?
3 hari 2 malam duduk dekat sini serious lupa diri. Memang feeling die mcm dekat oversea sebab sejukkkkkk sangat!! Ni dekat Malaysia je ok! Dekat Cameron Highland Kiteorg tak prepare baju tebal sbb rasa cameron je kann.. last time pegi x la sejuk sangat. Hahaha mmg silap langkah! Dekat tempat ni dekat dengan Mossy Forest, the highest mountain in Cameron! Mmg beku rasa duduk sana!
Nawal nak review tempat ni seikhlas hati sbb i think you guys should try something new! Budak budak ni happy sangat sampai tak nak balik! Mind you kat sana takde tv ok. So kiteorg dh prepare mcm mcm toys, art and craft activities in case dieorg boring tapi x guna pon semua. Sbb dieorg suka main kat luar tgk snail, main buaian etc
Tempat ni nama die A’moss Farmstay dekat dengan Sg Palas Boh. Jalan nak masuk die mmg agak mencabar la sbb kecik sangat2! Nawal ada upload gambar jalan die. Hehe tapi first fime je rasa takot. Lepas tu dah dapat tangkap mcm mana nak jalan kat situ dh ok dah Ruban, owner A”moss ni sangat la baikk! Siap amik kiteorg and escort lagi awal2 tu. Siap buat test drive lagi
Sampai je dekat Dome ni, ya Allah terpegun tengok view die. Nampak ladang ladang sayur semua. Dengan kabus tebal nya.. mmg betul2 unforgettable experience!
Nanti Nawal akan review dekat each picture apa yang ada and tips untuk yang nak pegi san, harga per night dan nak booking mcm mana. Memang highly recommended! Ni bukan paid review ok. Ni mmg review seikhlas hati sbb happy sangat jumpa tempat ni!
Thank you Ruban for accommodating our request. Macam macam kiteorg tanya itu ini Very friendly and you and your place deserve 5 star review! A’moss Farmstay. Korang boleh book dekat Agoda, Booking.com atau Airbnb harga range RM200-RM220/night.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Artikel ini adalah perkongsian oleh Wan Nordini Hasnor Wan Ismail, foto oleh Wan Nor Ayuni dan Mohamad Arif Iskandar
KeTA, atau nama penuhnya Kenali Tumbuhan Alam adalah satu program eksplorasi dan edukasi alam yang berkonsepkan perkongsian ilmu secara santai. Ianya diasaskan oleh sekumpulan sahabat pecinta alam, yang berpendapat bahawa perlunya aktiviti sebegini bagi mendidik masyarakat untuk lebih menghargai khazanah flora negara.
Sekumpulan sahabat ini terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan ilmu yang bukan sedikit dalam hal-ehwal hutan. Ada yang arif mengenai pohon-pohon balak, ada yang berpengetahuan mengenai taburan bunga orkid liar tempatan dan periuk kera dan ada yang ilmunya dalam tumbuhan herba. Gabungan mereka yang ahli dalam bidangnya ini menjadikan KeTA sebuah program yang sesuai bagi setiap golongan warganegara yang inginkan kelainan bagi aktiviti liburan pada hujung minggu.
7.
Program KeTA yang pertama melibatkan 10 peserta telah diadakan di Air Terjun Setinggi, Serendah pada bulan Julai yang lepas dan baru-baru ini, penulis dan sahabat berpeluang untuk turut serta dalam program KeTA yang kedua. Kali ini, ianya diadakan di Hutan Simpan Bukit Lagong yang terletak di belakang UiTM Sg Buloh.
Seramai 11 peserta terlibat, yang melibatkan pelbagai peringkat usia termasuk tiga kanak-kanak yang berusia lapan hingga 11 tahun. Fasilitator yang terlibat pula adalah Man Black, Ang Izham, Arif Iskandar, dan Nik Amri. Setiap peserta dibekalkan dengan senaskhah “learning booklet”.
Kami berkumpul pada awal pagi di hadapan Masjid Ibnu Sina, Sg Buloh. Di hadapan masjid tersebut adanya deretan gerai yang menjual pelbagai hidangan sarapan. Sebelum memulakan aktiviti berat, pengambilan sarapan adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang enteng. Pihak urus setia sendiri berkali-kali mengingatkan kami, para peserta supaya mengisi perut terlebih dahulu. Setelah itu, bekalan makanan tengah hari dibahagi-bahagikan kepada setiap peserta untuk dibawa masuk ke dalam hutan.
Tepat pukul 9.15 pagi, kami diminta bergerak ke kaki bukit yang terletak berhampiran dengan kawasan perkuburan masyarakat Cina. Menerusi taklimat yang disampaikan, kami akan berjalan melalui trek hutan sepanjang 1.9 kilometer dengan kenaikan 165 meter dari aras laut. Terdapat beberapa hentian di sepanjang laluan untuk sesi mengenal tumbuhan hutan.
6.
Bagi lapan hentian yang pertama, kami diperkenalkan dengan pelbagai spesis pokok kayu balak. Daripada sifat anatomi daun, batang, kegunaan, taburan geografi spesis dan jenis kayu balak yang dihasilkan. Baharulah kami ketahui bahawa pokok balak sebenarnya terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu “hardwood”, “medium hardwood” dan “light hardwood”.
Kegunaan kayu balak ini adalah bergantung pada jenis kayunya. Sebab itu ada yang hanya sesuai dijadikan perabot dan ada pula yang khas digunakan dalam sektor pembinaan sahaja. Antara pokok-pokok balak yang kami ketemu adalah keruing, meranti, jelutong, mahang, merbau dan karas.
2.
Tahukah pembaca, bahawa pokok merbau telah diiktiraf sebagai pokok kebangsaan Malaysia? Selama ini kita hanya mendengar mengenai bunga kebangsaan sahaja. Pokok merbau atau nama saintifiknya Intsia palembanica sering digunakan untuk membuat rumah dan kapal disebabkan sifat batangnya yang seakan-akan tidak telap air.
3.
Di hentian seterusnya, kami turut diperkenalkan dengan pohon bertam. Bagi penulis yang bermastautin di Pulau Pinang, nama Bertam sudah tidak asing kerana ianya nama tempat di kawasan Kepala Batas. Rupa-rupanya, nama tempat itu berasal dari sejenis pohon yang fizikalnya menyerupai pohon rumbia atau nipah. Begitu juga dengan nama Jelutong dan Merbau. Ada tempatnya di Pulau Pinang ini. Menarik bukan perkaitan antara alam dan nama asal sesuatu kawasan?
Pohon bertam mempunyai pelepah yang berduri. Ianya sering dijadikan pilihan oleh segelintir golongan pemancing untuk dijadikan sebagai batang pancing (durinya dikikis dan dibuang terlebih dahulu). Manakala daunnya pula dijadikan atap oleh masyarakat orang Asli. Buah bertam kelihatan seakan-akan buah salak tetapi dimaklumkan yang ianya tidak boleh dimakan.
9.
11.
10.
Selain itu, kami juga berpeluang menemui setangkai buah berangan liar di lantai hutan. Ianya dalam bentuk gugusan dan bersaiz lebih kecil berbanding buah berangan yang sering kita makan.
Di hentian ke-11, kami diperkenalkan dengan tunggul pokok sarsi. Fasilitator menakik dan menarik keluar kepingan kayunya dan meminta kami mencium bau daripada kepingan kayu tersebut. Wangi! Bau air sarsi! Inilah rupanya asal usul minuman berkarbonat yang terkenal itu. Kini, sudah ada pihak-pihak yang menjual kepingan kayu sarsi asal ini. Ianya merupakan satu alternatif minuman yang lebih sihat dan pastinya bagi memenuhi “cravings” sekali-sekala.
Tepat jam 12 tengah hari, kami tiba di Hepi Camp, yang terletak di tepi sungai. Kami berhenti rehat di sini dan menikmati makan tengah hari. Anak-anak tidak melepaskan peluang untuk menikmati kesejukan air sungai. Ada juga di antara kami yang menikmati juadah di atas batu sambil kaki terendam di dalam air. Situasi mendaki sepanjang pagi tentunya lega sedikit. Untuk makluman, sungai inilah yang dipanggil sungai buloh. Mungkinkah asalnya nama tempat bagi Sungai Buloh? Menarik sekali!
Sejujurnya, program santai begini yang diadakan pada habitat asal, adalah sangat menepati konsep “nature’s blended learning”. Sambil-sambil beriadah, ada pengetahuan baharu yang diperolehi. Biarpun anak-anak kecil yang terlibat mungkin kelihatan tidak dapat fokus dan bermain-main sesama sendiri, namun sebenarnya mereka ini mempunyai daya pendengaran yang tinggi dan memori yang kuat. Mereka masih dapat mengingati beberapa fakta dengan jelas walaupun setelah berhari-hari berlalu.
Terima kasih pihak penganjur dan syabas atas perlaksanaan program yang bermanfaat.
1.
Penulis: Wan Nordini Hasnor Wan Ismail
Pensyarah Kanan, Fakulti Farmasi,
UiTM Caw Pulau Pinang (Kampus Bertam)
Foto: Wan Nor Ayuni dan Mohamad Arif Iskandar
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Deretan tebing menghijau berdiri megah di sisi lautan biru, sementara air terjun mengalir dari celah gunung menuju pantai-pantai kecil yang tersembunyi. Pemandangan luar biasa...