Wow, ada hidden gem di Dabong Ini antara yang best anda nak buat dekat Kelantan, salah satu lagi tempat popular di Dabong, Jelawang Pipe Resort & Extreme Park.
Hidden Gem di Dabong
Dekat sini, ada staycation unik bentuk pipe. Selain staycation, dekat sini boleh buat aktiviti outdoor seperti ATV & Zipline.
Ads
Paling menarik dekat sini, Zipline sebab bukan setakat terbang saja, tetapi siap ada pakej drone. Murah pulak tu. Total sekali dengan drone RM30.
Ads
Layan ATV Dengan Harga Berpatutan
Ads
Harga ATV pulak RM35 je per pax. Murah sangat gais. Selain tu, anda boleh berkelah dan mandi Air Terjun dekat sini. Pondok pula boleh sewa per jam. Jangan risau, makanan pun ada jual juga dalam ini.
Selalu kalau camping nak setup khemah mesti lencun dengan peluh, tapi berbeza pula bila berpeluang camping di Taman Eko Rimba Kem Sg. Pauh, Cameron Highlands. Langsung tak berpeluh dan dapat lepak santai sambil menikmati kopi panas antara pengalaman yang menarik dikongsikan oleh Yanie Haron.
Merupakan campsite yang sering menjadi tumpuan ramai kerana lokasinya yang berada di tanah tinggi, Cameron Highlands, ternyata rezeki Yanie dan keluarga kerana dapat menempah tempat ini hanya sekali percubaan sahaja.
Menyifatkan ia sebagai perkhemahan santai untuk dia dan keluarga, wanita ini berkongsi pengalaman pacak khemah dalam hujan dan di atas dek kayu selain menikmati cuaca yang sejuk sepanjang berada di campsite tersebut.
Taman Eko Rimba Kem Sg. Pauh, Cameron Highlands, Pahang | 24-25 Ogos 2022 | 2h 1m
Camping yang tak disangka-sangka sempena Cuti TYT Melaka di campsite idaman ramai para campers yang tak perlu diperkenalkan lagi. Susah nak dapat kata mereka. Tapi Alhamdulillah buat kami, first time apply terus approved.
Sekadar nak kan suasana je. Ambik rasa pacak di tempat sejuk pulak kali ke 20 ni. Suhu siang 19°c, malam 15°c. Dapat jugak kami merasa hujan disana pada sebelah petang. First time pacak dan kemas tak berpeluh berkicap . Kali ni pacak Vidalido Vicore sb dah lama dia berehat tak berkhidmat sejak duk pacak tenda . Member pulak pacak Coleman 6p.
Aktiviti kami kat sini lebih kepada lepak santai, minum kopi, makan steamboat, makan maggie. Anak² pulak bermain bersama kawan² baru, ada jugak anak sungai tapi rasa macam air cuckoo sejuk tu oii. Toilet pun sama, takde water heater ye. Fuhhh..
Ada jugak sahabat campers yang ambil kesempatan berjalan-jalan di Cameron Highlands. Macam kami habiskan masa dicampsite je since 2h1m je kan. Layan nature, view & sejuk sambil minum kopi panas cicah biskut kering. Memang syahdu.
Tapi kalau tanya, nak repeat tak? Kami taknak dah, sebab mungkin bukan minat kami tempat macam ni . Apapun kami tetap enjoy. At least kami dapat merasa pengalaman pacak atas dek kayu dan camping dalam suasana sejuk dan hujan pulak tu
Detail campsite;
Fee for camping rm13 (adult) rm11.50 (kids)
Toilet asing lelaki perempuan (2 duduk, 2cangkung, 2shower), tahap kebersihan biasa² je.
Surau besar
Sinki (ada 3)
Plugpoint
Campsite terang ada lampu
Parking (jauh sangat disebabkan Jabatan Hutan Cameron sedang renovate so terpaksa parking luar kawasan di kg sedia)
Boleh drop barang di pintu campsite
Ada kereta sorong disediakan jika tiada wagon nak ngangkut
Ada 5 platform kayu, 3 level bawah, 2 level atas.
Line telco ok
Waktu check in 2pm, check out 12pm ( tertakluk pada kekosongan jika nak masuk awal)
Pontian merupakan daerah di negeri Johor terletak di lokasi paling selatan dalam Malaysia. Menariknya Pontian ini mempunyai banyak destinasi alam yang menarik bermula dengan tarikan semulajadi, lokasi gunung-ganag, ladang menghijau dan pantai yang menarik.
Jom cuti-cuti Malaysia ke Pontian, Johor. Antara lokasi wajib singgah seperti:
Tanjung Piai
Di Johor pula ada destinasi paling hujung di Asia yang popular sebagai Tip of Asia iaitu Tanjung Piai, Johor. Kalau ada yang belum tahu, 'Tip of Asia' ini berada dalam kawasan hutan paya bakau berkeluasan 900 hektar yang digazetkan sebagai Taman Negara. Taman ini dibuka setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang pada Jumaat hingga Ahad dan cuti umum. Bagi Isnin hingga Khamis, operasi bermula jam 9 pagi hingga 5.30 petang. Ada harga tiket akan dikenakan untuk pengunjung dewasa kanak-kanak.
Rumah Bugis
Mereka yang hendak ke Tanjung Piai akan melalui mukim Kukup, pastikan anda singgah ke rumah tradisional Bugis yang berdiri gah. Rumah ini dikenali sebagai Seri Salewangeng menelan kos pembinaan jutaan ringgit. Keseluruhan pembinaan rumah agam ini mirip rumah asal yang dibina hampir 80 tahun dahulu menggunakan kayu belian dari Jambi dan Kalimantan, Indonesia. Jangan lupa singga, memang cantik seni bina Rumah Bugis ini.
Muzium Nanas
Pekan Nanas yang terletak di Pontian dikenali kerana sumbangannya sebagai pengeluar nanas di Malaysia. Lokasi ini juga telah dibuka untuk tujuan Agro pelancongan memberi pendedahan kepada pengunjung untuk melawat dan menyaksikan sendiri proses ladang ini beroperasi. Terdapat sebuah Muzium Nenas yang didedikasikan kepada buah tropika ini. Di dalam muzium ini terdapat pameran yang menarik mengenai nenas, artifak, penerbitan dan informasi mengenai industri nenas di Malaysia. Pelbagai variasi nenas turut ditanam di kawasan muzium ini untuk memberi peluang kepada pengunjung mengenali variasi tanaman nenas di Malaysia. Selepas puas bergambar di sini jangan lupa untuk membawa pulang ole-ole berupa buah nanas.
Taman Negara Pulau Kukup
Keindahan biodiversiti menjadi tarikan utama di Taman Negara Johor Pulau Kukup yang merupakan satu pulau paya bakau terbesar di dunia yang tidak didiami. Tarikannya biodiversitinya antara lain ialah 27 spesies bakau asli yang popular iaitu bakau kurap dan bakau minyak selain spesies mamalia, reptilia, dan spesies ikan yang terdapat di taman negara itu. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah mengelilingi hutan paya bakau, menyusuri Sungai Ular dengan menaiki bot, dan menyaksikan pemandangan pulau dari menara tinjau.
Air Terjun Gunung Pulai
Walaupun ia dipanggil sebagai gunung, namun ketinggiannya hanyalah 654 meter sahaja. Hutan Lipur Gunung Pulai menang pada sisi hutan dan panorama indah di puncak. Kepelbagaian flora dan fauna menjadi daya tarikan kepada pengunjung untuk beriadah di gunung ini. Hasil pendakian anda sangat mengujakan dengan pemandangan yang sangat indah. Jika pendakian bukan pilihan, anda boleh memilih untuk bersantai atau berkelah sahaja di kawasan air terjun berdekatan.
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada empat masa yang terbaik untuk anda melancong ke Brunei Darussalam, iaitu:
15 Julai Hari Keputeraan Sultan Brunei
Pada hari keputeraan Sultan Brunei, anda berpeluang untuk masuk ke dalam istana Sultan dan ini merupakan peluang yang terbaik untuk anda mencipta momen dan kenangan dalam masa cuti anda. Tapi pastikan anda berpakaian menutup aurat tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan (perempuan wajib bertudung). Jika tidak, anda tidak dibenarkan masuk ke dalam istana. Menurut rakyat tempatan Brunei, anda berpeluang untuk melihat koleksi kereta Sultan Brunai yang ada di dalam istana tersebut.
Hari Raya Aidiladha
Bagi yang tidak menyambut perayaan aidiladha, anda boleh melancong ke Brunei pada masa ini. Ada banyak sambutan yang boleh dilakukan di sana malah anda berpeluang untuk bertemu dengan Sultan dan Permaisuri.
Sambutan Hari Kebangsaan
Sekiranya anda seseorang yang sukakan bunga api, bercuti ke Brunei pada masa sambutan Hari Kebangsaan adalah masa yang sesuai. Sambutan Hari Kebangsaan Brunei Darussalam diadakan setiap 23 Februari.
Pesta Menuai
Setiap 1 Jun, Brunei akan menyambut pesta menuai dan waktu ini akan mengejutkan anda bahawa sebenarnya ramai non-muslim yang tinggal di Brunei. Satu daripada kumpulan etnik terbesar yang tinggal di Brunei adalah Iban. Etnik Iban mempunyai budaya dan perkampungannya yang tersendiri di daerah Temburong. Jadi rangka lawatan anda untuk merasai pesta menuai ke kawasan Bangar.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...