Inilah hidden gem Kedah, port menarik setiap kali balik kampung boleh singgah kalau anda memang asal orang utara.
Seperti yang dikongsi oleh saudari Ieda Juhri, suaminya mesti akan bawa dia sekeluarga berjalan area port healing favorite ini.
Antara tempat-tempat selalu pergi memang dapat tenangkan fikiran dan lepaskan emosi yang penat setelah melakukan rutin yang sama setiap hari.
Ini Hidden Gem Kedah, Pernah Sampai Tak?
1. Air terjun Seri Perigi, Yan
Pemandangan yang cantik, sesuai nak 00TD dan beriadah dengan keluarga. Pandangan mata pastinya akan terpaku melihat curahan air terjun yang mengalir deras di celahan batu-batu yang boleh dilihat dari jauh lagi yang seakan-akan memanggil para pengunjung yang lalu untuk singgah sebentar.
Ads
Anda boleh berBBQ dan mandi air terjun. Toilet dengan surau ada disediakan. Tak crowded dengan orang dan selesa nak berkelah dekat sini.
2. Sungai Tupah, Merbok
Ads
Air sungai dia bersih dan sejuk. View memang cantik dan sedap mata memandang. Ingat, jangan lupa bawa tikar dan portluck. Boleh makan-makan sambil tunggu anak-anak mandi.
3. Pantai Murni, Yan
Ads
Pasir putih dan air laut jernih, seronok untuk budak-budak main. Santai dan tenang. Ada kedai makan sedap, boleh main layang-layang dan ada kartunis juga. Paling best boleh layan sunset di sini.
4. Sawah Padi, Yan
Sungguh tenang lah dapat jamu mata dengan melihat kehijauan sawah padi yang terbentang luas. Seronok sangat mengelamun sambil tenung sawah padi. Nak ootd pun memang sesuai!
Jadi buat anda yang memang asal Kedah atau baru nak merasa berjalan di Kedah, lepas ini boleh lah singgah beberapa destinasi ini untuk luangkan masa dengan kelaurag tersayang. Alang-alang dah sampai Kedah, kan?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Satu tarikan saat melancong, apa yang tidak dilepaskan ialah mencuba pelbagai makanan dan minuman yang dijual selain menikmati keindahan alam semulajadi. Biasanya ia kedai yang sudah diviralkan di media sosial dan membuat kita ingin mencubanya sendiri adakah ia sesedap yang diperkatakan.
Bagi korang yang ada cadangan nak ke Kuantan hujung minggu ini atau di masa-masa akan datang, bolehlah singgah untuk merasai keenakan kopi kampung tapi rasanya standart kafe popular.
Dikongsikan oleh Mdm Surya yang singgah minum di Kuantan Pickers & Kedai Kop, jom baca pengalamannya singgah di kedai kopi yang turut dipenuhi barangan antik. Memang sedap sangat. Katanya lagi, pemilik kedai ini adalah anak muda yang juga penggemar barangan antik. Jadi memang penuh barangan antik di kedai ini.
Di Kuantan, terdapat banyak pilihan kedai kopi tetapi jika anda mahukan kelainan, boleh singgah ke Kuantan Pickers & Kedai Kopi. Apa kelainannya? Ye lah…Pada masa kini, kita sudah terbiasa dengan kedai kopi ‘hipster’. Bagi pencinta kopi, jika anda inginkan kelainan, bolehlah singgah di kedai ini yang terletak di Jalan Besar, berhampiran dengan Laman Teruntum.
Sudah lama sebenarnya kami mahu singgah ke kedai yang unik ini tetapi waktu tidak mengizinkan. Tetapi, kali ini suami mengajak singgah di sini sebelum kami bergerak pulang ke JB kerana suami memahami yang saya amat meminati barang- barang lama.
Setibanya kami di sana, mata saya terpaku dengan himpunan barang-barang antik yang memenuhi kedai tersebut. Saya memilih untuk mencuba kopi kampung manakala suami memesan kopi Vietnam dan roti telur goyang. Anak – anak pula memesan nasi lemak daun pisang. Unik sekali cara nasi lemak dihidangkan. Anda boleh ke akaun Instagram saya untuk melihat bagaimana nasi lemak tersebut dihidangkan.
Rasa nasi lemaknya tidak mengecewakan. Oh, ya! Rasa kopi kampung di sini hampir sama dengan rasa kopi Kluang yang kami minum di Kluang RailCoffee. Nikmat!
Sambil kami makan, ‘store manager’, En. Azfar yang sangat peramah mendekati kami dan kami mengambil peluang untuk mengetahui serba sedikit mengenai kedai kopi yang unik ini. Saya tidak memesan apa-apa makanan kerana mata sentiasa mengamati satu per satu koleksi barangan antik kepunyaan pemilik kedai tersebut.
Kedai ini juga mempunyai Food Bank. Kebetulan kami ada bawa beberapa makanan yang ingin disedekahkan, jadi kami letakkan sahaja di situ. Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan berupa makanan kering, dialu – alukan ye. Bagi yang terkesan akibat PKP, boleh ke Kuantan Pickers & Kedai Kopi untuk meminta sedikit barangan dapur. Yang mahu memohon kerja di sana pun dialu-alukan kerana mereka kekurangan pekerja.
Terdapat juga ruang santai terbuka di bahagian belakang kedai. En. Azfar mengesyorkan supaya kami tidak duduk di bahagian belakang kedai kerana cuaca agak panas. Selesai menjamu hidangan, kami ke bahagian belakang untuk bergambar sebagai kenangan. Setelah itu, En. Azfar mengajak kami ke tingkat atas kedai. Pucuk dicita ulam mendatang.
Kata beliau, mereka akan buka ruangan atas jika pelanggan sangat ramai. Kami datang pada waktu petang, jadi mereka tidak buka ruangan atas. Naik sahaja di tingkat atas, sekali lagi mulut saya ternganga.
Seronok dapat melihat barang-barang lama yang mana susun aturnya seperti berada di rumah moyang kita dahulu. Agak lama juga kami berada di ruangan atas. Sambil suami rancak berbual dengan En. Azfar, sempatlah saya mengetik lensa cabuk saya ini sebagai kenangan saya sendiri.
Bagi anda yang ingin merasai sendiri kesedapan makanan dan minuman yang dihidangkan, bolehlah singgah ke Kuantan Pickers & Kedai Kopi ye. Jika anda ingin mencuba pelbagai jenis kuih – muih dan aneka hidangan, datanglah pada waktu pagi. Oh, ya. Bagi yang ragu – ragu tentang pemilik kedai ini, beliau adalah anak Melayu yang juga seorang pengumpul barang – barang antik. Semua koleksi barang antik beliau, dipamerkan di kedai beliau supaya dapat menjadi tatapan generasi masa kini. Inilah uniknya Kuantan Pickers & Kedai Kopi.
Waktu operasi: 7.00 pagi – 2.00 petang (Isnin – Jumaat). 7.00 pagi – 7.00 malam (Sabtu & Ahad).
Sumber : FB Mdm Surya
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
The Hooton Retreat di Simpang Pertang, Negeri Sembilan menawarkan pengalaman glamping yang luar biasa, dikelilingi flora dan fauna semula jadi.
Antara aktiviti menarik di sini ada jungle trekking yang menyeronokkan untuk melengkapkan pengalaman berkemah anda.
Kemudahan tarikan berdekatan dengan lokasi ini adalah seperti Bandar Titi (23 km), Air Terjun Jeram Toi (30 km, sementara ini ditutup), Bukit Batu Sawa (12 km), Bukit Baginda Trailhead (25 km), dan Bukit Taisho (37 km).
Owh ya, ada kolam renang luar juga tau! Bilik larangan merokok dan ada tempat letak kereta percuma, mempunyai bilik keluarga dan ada pilihan untuk sarapan.
Untuk bergerak ke sini anda perlukan masa dalam 1 jam dari Seremban dan 1 jam 35 minit jika dari KLIA 1 jam 43 minit dari Kuala Lumpur.
Berkonsepkan Santai dan chic, The Hooton Retreat adalah destinasi menarik untuk korang staycation minggu ni. Bersantai dengan pelbagai pilihan bilik, suite atau glamping, pilih ikut selesa.
Sungguh, The Hooton Retreat adalah tempat yang sempurna untuk menyegarkan minda dan jiwa, menawarkan persekitaran yang tenang dan damai untuk percutian yang menenangkan.
Lot 2773, Jalan Kuala Klawang – Simpang Pertang, Mukim, 72300 Pertang, Negeri Sembilan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Taman Tema Keluarga Puteri Harbour di Negeri Johor telah menarik ramai pengunjung dengan menempatkan Sanrio Hello Kitty Town yang pertama di Asia Tenggara. Taman tema kedua dibina dalam kawasan Iskandar Malaysia di Nusajaya ini setinggi empat tingkat, menyediakan pengalaman unik dengan menampilkan tarikan karakter popular kanak-kanak seperti karakter The Little Big Club termasuklah Pingu, Bob the Builder dan Barney.
Namun baru beberapa tahun beroperasi, taman tema ini telah mengeluarkan pengumuman bakal menamatkan operasi pada hujung tahun ini.
Sebelum taman tema keluarga ini menamatkan operasinya, jom la singgah bawa anak-anak anda cipta kenangan di sini. Paling menarik perhatian tidak kira kanak-kanak atau dewasa sudah tentulah Sanrio Hello Kitty Town. Taman ini mengandungi pelbagai tarikan, aktiviti interaktif yang berteknologi tinggi dan permainan yang mengikuti tema Hello Kitty, dan rakan-rakan seperti karakter My Melody dan Little Twin Stars. Jangan lupa untuk singgah masuk ke rumah Hello Kitty yang comel lagi berwarna-warni. Pengunjung boleh merakam gambar kenang-kenagan di setiap sudut rumah seperti di ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik air, bilik tidur dan ruang pakaian Hello Kitty.
Di The Little Big Club pula menawarkan aktiviti interaktif dan tunggangan yang bertemakan karekter kartun seperti Bob the Builder, Barney, Angelina Ballerina, Pingu dan Thomas & Friends. Lokasi taman tema ini juga merupakan yang pertama di dunia yang menggabungkan kelima-lima karekter kanak-kanak yang popular disatukan dalam sebuah taman tema. Bagi kanak-kanak pasti tidak akan melepaskan peluang menjelajah dunia Bob the Builder menggunakan idea kreatif mereka membantu Bob membina rumah-rumah di Bobsville. Selain itu, pengunjung dapat menyaksikan persembahan secara langsung oleh Barney & Friends serta menyertai pertandingan menari menggunakan imej janaan komputer animasi Angelina Ballerina.
Pelbagai kemudahan lain turut disediakan kepada pengunjung terutamanya yang berkeluarga. Contohnya seperti lokasi untuk menjamu selera ada disediakan di setiap tingkat taman tema ini. Red Bow Café terletak di tingkat bawah sekali manakala Cinnamoroll Café dan MC Bunn masing-masing di tingkat dua dan tiga. Taman tema Keluarga Puteri Harbour ini pasti memberi keselesaan kepada seisi keluarga untuk berhibur selain merupakan taman tema indoor yang membantu menghalang anak anda terdedah kepada cuaca panas matahari ataupun hujan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hotel mewah Crockfords di Resorts World Genting (RWG) sekali lagi mengekalkan penarafan 5-Bintang oleh Forbes Travel Guide (FTG) bagi tahun kelapan berturut-turut, sekali gus...