Baru nampak seekor ular pun ramai dah kecut perut. Inikan kalau jejak ke sebuah lokasi yang menjadi tempat tinggal beribu atau mungkin berjuta jenis spesies ular, mahu pengsan terus. Di Brazil, terdapat sebuah kepulauan yang mendapat jolokan Pulau Ular kerana menjadi habitat pelbagai jenis ular.
Paling utama ular di sini banyaknya tidak terkira! Pulau ini sangat bahaya adalah disebabkan oleh kewujudan ular Golden Lancehead, yang merupakan spesis Pit Viper dan antara yang paling berbahaya di dunia. Ular ini boleh membesar sehingga 118 sentimeter dan dianggarkan terdapat di antara 2,000 hingga 4,000 ekor di pulau ini. Ular Golden Lancehead adalah teramat bahaya dan berbisa sehinggakan boleh membunuh dengan satu patukan sahaja. Mangsa patukan akan mati dalam masa satu jam.
Namun pulau ini pernah menjadi kediaman kepada warga tempatan untuk tempoh yang singkat sehingga penghujung tahun 1920-an. Dikatakan penjaga rumah api tempatan dan keluarganya mati akibat patukan ular ini yang menyelinap masuk ke dalam rumah mereka melalui tingkap. Menurut cerita orang tempatan, ular tersebut dibawa dan dilepaskan di pulau tersebut oleh lanun-lanun yang ingin melindungi harta karun mereka di situ. Namun ular tersebut membiak dengan sangat banyak
Ads
Mengikut kajian, kehadiran ular tersebut disebabkan oleh kenaikan paras laut yang mana kurang menarik berbanding cerita lagenda lanun tersebut. Dahulu, Pulau Ular ini adalah sebahagian besar daripada tanah besar Brazil, namun ia terpisah dan menjadi sebuah pulau setelah paras laut meningkat lebih dari 10,000 tahun yang lalu.
Haiwan-haiwan yang sampai ke pulau ini mengalami revolusi yang sangat berbeza daripada haiwan-haiwan di tanah besar, lebih daripada beribu-ribu tahun, terutamanya ular Golden Lancehead. Disebabkan di pulau ini tiada mangsa lain selain burung, maka ular ini mengalami perubahan di dalam badannya di mana bisanya menjadi sangat berbahaya yang boleh membunuh mana-mana hidupan dengan serta merta.
Ads
Tiada seorang pun penduduk setempat yang berani menjejakkan kaki di pulau yang dikenali sebagai Ilha da Queimada Grande. Kerajaan Brazil juga telah mengharamkan sesiapa sahaja untuk singgah di situ kerana terlalu bahaya kecuali atas risiko sendiri. Namun terdapat beberapa individu yang mengaku berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat pulau ini, antaranya anggota keselamatan dan pengkaji hidupan liar. Anggota keselamatan perlu melawat rumah api tersebut secara berkala untuk menjaga dan memastikan pengembara tidak mengembara terlalu dekat dengan pulau tersebut.
Ads
Menurut cakap-cakap, orang awam terakhir yang diketahui berada berdekatan dengan pantai ini adalah seorang nelayan yang ditemui tidak bernyawa dan dipenuhi darah, di atas perahunya beberapa hari kemudian.
Team National Geographic berkesempatan melawat Pulau Ular ini, dan ada siarkan sedikit teser untuk tontonan awam.
Kuala Lumpur…Dari pembukaan kampung orang Melayu, India dan perlombongan oleh orang Cina, serta penjajahan Inggeris dan pencerobohan Jepun meninggalkan kesan sejarah hebat.
Perkara ini juga merupakan faktor kepesatan Kuala Lumpur sebagai pusat niaga dan sosial ibu negara Malaysia. Kewujudan bangunan lama pengaruh Islam, Cina & Inggeris banyak dibina di Kuala Lumpur. Ada yang kekal dan ada juga diroboh untuk kemajuan. Bersama kita hargai senibina bersejarah ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Taman Negara Kuala Tahan adalah satu nama tempat yang tak asing lagi bagi rakyat Malaysia kerana ianya adalah lokasi yang menyimpan seribu satu khazanah flora dan fauna alam semulajadi.
Taman Negara Kuala Tahan ni pun terkenal dikalangan penyelidik atau saintis alam sekitar sebab hutan yang ada di sini dianggarkan sebagai hutan yang tertua di dunia – berusia lebih kurang 130 juta tahun, menjangkaui usia hutan yang ada di Amazon! Wow!
Tapi, seronok ke masuk hutan untuk menghabiskan masa percutian – seperti dalam artikel ini, bercuti di Taman Negara Kuala Tahan? Hm, mesti ada antara korang terfikir macam tu kan?
Hahaha, siapa yang kata tak seronok? Kalau korang pandai menggayakan kaedah aktiviti dan itinerari percutian, bercuti di rumah pun boleh jadi cukup menyeronokkan bersama orang tersayang.
Untuk memberikan korang satu pengalaman baru dengan bercuti di hutan – terutamanya dalam suasana dan persekitara alam rimba, di sini Libur nak kongsikan kepada korang beberapa perkara yang perlu korang tahu tentang keseronokkan yang terdapat di Taman Negara Kuala Tahan.
Taman Negara Kuala Tahan ini terletak di daerah Jerantut, Pahang. Lebih kurang dalam tiga jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan lokasi ini adalah lokasi yang sangat sesuai untuk korang yang suka aktiviti lasak atau nak cuba aktiviti yang mencabar.
Daripada KL ada tiga cara nak sampai ke Taman Negara Kuala Tahan. Korang boleh naik bas atau naik kereta api ke pekan Jerantut. Kalau naik bas, boleh turun dekat pekan Jerantut atau naik kereta api, boleh turun di Stesen Kereta Api Jerantut. Dari pekan Jerantut nak tuju ke jeti Kuala Tembeling, boleh naik teksi atau bas lompat-lompat. Dekat jeti Kuala Tembeling ni boleh naik bot ke jeti Kuala Tahan pula. Kena tahu, bot akan ke jeti Kuala Tahan dari jeti Kuala Tembeling pada pukul 1 petang setiap hari. Jangan terlepas tau.
Kalau nak naik kereta terus ke Kuala Tahan pun boleh, tak ada masalah. Lebih kurang satu jam memandu dari pekan Jerantut. Libur suka orang yang naik pengangkutan awam macam kereta api ni, mencabar sikit! Tapi, ongkosnya agak mahal. Naik bas, naik keretapi, lepas tu naik bot pulak. Boleh cecah RM200 sekepala. Jadi kalau nak jimat kos, naik kereta. Kalau nak pengalaman, naik pengangkutan awam.
Kebiasaannya, Taman Negara Kuala Tahan ni selalu dijadikan tempat untuk orang buat team building atau kursus motivasi tapi percutian keluarga macam family gahtering atau reunion pun boleh korang buat dekat sini. Ada banyak operator yang menyediakan khidmat acara untuk korang pilih dan tempat dan aktiviti pun tak kurang menariknya juga.
Sebut pasal aktiviti, ada beberapa aktiviti menarik yang korang mesti cuba kalau dah sampai ke Taman Negara Kuala Tahan ni macam contohnya, canopy walk. Canopy walk ni tarikan paling popular di Taman Negara Kuala Tahan sebab korang boleh naik ke jambatan gantung dan berjalan daripada pokok ke pokok.
Kalau korang nak tahu, jambatan gantung canopy walk ni adalah jambatan gantung atas pokok yang paling panjang di dunia – panjang 550 meter dan berketinggian 40 meter dari permukaan tanah. Tinggi kan? 40 meter tinggi, siapa yang gayat tu, ada baiknya berpaut dekat pokok tu kuat-kuat. Libur risau ada yang menggigil kepala lutut nanti. Hahaha.
Sikit fakta mengenai jambatan gantung canopy walk ni, asalnya digunakan untuk tujuan penyelidikan. Tapi disebabkan jambatan gantung ni popular, ia pun dibuka sebagai tarikan kepada pelancong yang datang. Korang kalau naik ke jambatan gantung ni, Libur bagi jaminan ianya akan menjadi satu pengalaman baru untuk korang menikmati pemandangan dan keindahan flora dan fauna yang ada di Taman Negara Kuala Tahan daripada atas pokok.
Selain daripada canopy walk, aktiviti yang biasa dilakukan oleh pengunjung adalah jungle trekking. Jungle trekking dekat Taman Negara Kuala Tahan ni pun terbaik juga sebab kalau korang trekking ke Bukit Teresek lebih kurang dalam 40 ke 50 minit – bergantung pada tahap kecergasan, korang boleh layan panorama Gunung Tahan kalau cuaca cantik.
Bukit Teresek tu berketinggian lebih kurang dalam 334 meter dan laluan nak trekking ke Bukit Teresek tu korang akan lalu bawah teduhan kanopi pokok-pokok yang ada dalam hutan Taman Negara Kuala Tahan. Kalau korang nak rasa udara yang betul-betul segar, cuba lah aktiviti trekking dalam hutan. Udara yang korang hirup bawah kanopi pokok ni tak sama langsung dengan udara yang korang hirup dalam bandar. Cukup berbeza.
Canopy walk sudah, jungle trekking pun sudah, mesti lah nak aktiviti main air kan? Jangan risau, sungai dekat sebelah tu je. Ada aktiviti untuk korang main air. Aktiviti main air yang menarik dekat sini dipanggil sebagai Rapid Shooting. Korang akan naik bot kayu, dan bot tu akan bawa korang pusing dari jeti Kuala Tahan ke Jeti Terenggan melalui leih kurang 7 jeram yang ada di sungai tu.
Tip yang berguna untuk korang, kalau boleh jangan bawa alat elektronik. Boleh kalau nak bawa tapi kena masukkan dalam bekas kalis air supaya tak basah. Korang mesti basah punya bila abang bot tu bawa korang jalan-jalan nanti. Jaga peralatan elektronik korang tu elok-elok, kalau dan terjatuh dalam Sungai Tahan tu nanti, alamatnya ikan la yang pakai, hehehe.
Boleh juga korang deal dengan abang bot tu nak bawa korang pergi ke Lata Bekoh. Dekat Lata Bekoh ni, ada dua aktiviti yang orang selalu buat, sama ada dia nak memancing, atau dia nak singgah ke santuari ikan kelah dekat Lubuk Tenor. Lata Bekoh ni antara hotspot yang ada di Taman Negara Kuala Tahan dalam kalangan pelancong. Kalau korang jenis suka tangkap gambar pemandangan alam semula jadi, Lata Bekoh ni antara kawasan yang Libur cadangkan korang pergi kalau berkunjung ke Taman Negara Kuala Tahan.
Dalam perjalanan tu, singgah kejap dekat Lubuk Tenor. Macam Libur kata tadi, ini tempat santuari ikan kelah. Memang menggila ikan kelah yang ada dekat sini. Korang kalau bawa makanan ikan tu – atau tak kisah lah makanan apa-apa – masuk dalam air tu dan bagi makan pada ikan kelah. Korang rasa diorang menggila dekat sekeliling korang, huhuhu. Korang boleh pegang guna tangan lagi tau. Jangan terkejut pulak, kalau silap haribulan, ada ikan kelah yang sama besar dengan betis korang tu. Hahaha.
Kalau korang datang bercuti dua hari satu malam, Libur rasa aktiviti utama yang Libur bagi kat atas tu pun dah cukup buat korang habiskan masa beraktiviti. Tapi kalau percutian tu agak lama macam tiga hari dua malam, atau korang nak tambah lagi aktiviti bagi padat, boleh try satu lagi aktiviti yang best dekat Taman Negara Kuala Tahan ni iaitu meneroka gua – nama omputih dia cave exploration.
Ada gua batu kapur di Taman Negara Kuala Tahan ni yang menjanjikan satu pengalaman baru kepada anda iaitu Gua Daun Menari, Gua Kepayang Besar dan Gua Kepayang Kecil. Sebaik saja korang sampai ke gua-gua ni, korang akan diberikan taklimat keselamatan itu dan ini. Korang kena dengar semua apa yang disampaikan oleh penunjuk arah. Yela, untuk keselamatan korang juga kan?
Peralatan akan disediakan tapi Libur nak bagi tip, lampu dan sarung tangan bawa lebih untuk diri sendiri. Takut la tiba-tiba nanti dekat sana lampu tak cukup ke apa, sarung tangan habis ke macam mana, tak ada lah korang terkial-kial. Jadi ada baiknya kalau korang siapkan satu untuk kegunaan diri sendiri bila buat aktiviti masuk gua ni.
Okay, itu aktiviti utama bila ke Taman Negara Kuala Tahan. Ada juga aktiviti sampingan lain kalau anda nak buat bersama keluarga atu kawan-kawan masa bercuti ke Taman Negara Kuala Tahan ni contohnya macam melawat perkampungan orang asli di sana, atau bird watching. Geng photographer mesti suka bird watching ni sebab ada lebih kurang 380 spesis burung yang dikenalpasti, hidup di Taman Negara Kuala Tahan.
Eh, Libur sibuk bercerita aktiviti-aktiviti yang kita boleh buat dekat Taman Negara Kuala Tahan ni, tapi tak cerita benda-benda asas nak ke sini. Okay, kalau korang nak masuk Taman Negara Kuala Tahan ni, korang kena ada permit dan lesen tau. Permit tak mahal, hanya seringgit setiap seorang dan lesen RM10/- kalau korang bawa joran nak memancing dan RM5/- kalau ada bawa kamera.
Bayaran ni, hanya bayaran yang dikenakan oleh Jabatan Perhilitan pada korang yang masuk Taman Negara Kuala Tahan tau. Sekitar Taman Negara Kuala Tahan ni, ada ramai operator tempat penginapan, bot, makanan, dan aktiviti. Jadi harga yang itu, korang kena survey dulu sebelum nak pergi ke Taman Negara Kuala Tahan. Tapi Libur cadangkan kalau korang datang nak bermalam di Taman Negara Kuala Tahan ni, korang camping je. Jabatan Perhilitan amik seringgit je sekepala untuk semalam. Hehehe.
Okay, Libur rasa itu saja perkongsian berkenaan Taman Negara Kuala Tahan. Kalau ada perkongsian lain, nanti Libur ceritakan dalam artikel yang akan datang. Selamat bercuti!
Maklumat lanjut mengenai penginapan di Taman Negara Kuala Tahan, sila layari laman sesawang Mutiara Taman Negara.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pelancong yang sering ke Thailand biasanya akan mencari makanan-makanan sedap dan unik, tak kurang juga dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Namun bukan itu sahaja, malah kota dan bandar seperti Bangkok dan Hua Hin turut mempunyai café-café yang cantik untuk dilawati.
Memandangkan sudah lama tidak bercuti ke luar negara, Linda Hasim dan teman-teman membuat plan last minit untuk jalan-jalan dan mencari kafe cantik yang ada di Bangkok serta Hua Hin.
Merupakan penggemar kopi, mereka sempat terjah lebih daripada 10 kafe yang ada di dua bandar tersebut sepanjang 7 hari percutian mereka di sana.
Untuk penggemar kopi dan soda macam mereka ini, itinerari yang dikongsikan ini boleh dijadikan rujukan buat korang nanti.
Ikuti perkongsiannya:
Trip JJCafe Ke Bangkok & Hua Hin
Trip OOD. Trip santai hilangkan stress. Simple je itinerari.
Lama sangat tak berjalan luar Malaysia. Jadi la walaupun sekadar JJCafe Di Thailand. Plan hanya sebulan je terus booked.
Day 1:
Kul – Bangkok – Kul by Thai Airways RM1240+
Suvarnabhumi Airport to Hua Hin ( 4 hours)
Check In IBIS Hua Hin. 3H2M
Day 2
Cafe:
Bonnie on the beach
Miss T Cafe & Restaurant
Memory House
The Seacret Cafe
Dinner di Mooz Restaurant (kengsom sedap gile)
Amik Grab je untuk JJcafe Hua Hin 1000 bhat
Day 3
Check out from IBIS
Check in Happy 3 Bangkok 5H4M
Free and easy (shopping di Platinum Mall & Pratunam Market)
Day 4
JJCafe to Kanchanaburi (2hrs from Bangkok)
Meena Cafe
The Attic
The Village Farm
Chan The Nature Cafe
Kee Ree
Giraffe Encounter, Safari Kanchanburi
1550 bhat
Day 5
JJcafe to Song Khanong (45min fr Bangkok)
After The Rain Cafe
Free and easy ( shopping )
– MBK Mall
Day 6
JJcafe Bangkok
The Casette Cofee & Bar
Free and easy ( Shopping)
– Pathum Wan Shopping area
-MBK mall
Day 7
Balik Malaysia untuk celebrate Merdeka.
Sepanjang di Bangkok, hanya repeat makan di Yana Restaurant, tingkat 5 MBK mall sebab malas nak cari kedai halal lain. Untuk breakfast dan kalau desperate lapar, saya pergi ke 7 elevan sebab more convenient. Sana senang sebab banyak 7E. Kira untuk stock makan on the go. Cari peket-peket makanan dengan halal logo dan mintak staff panaskan.
Summary bajet:
Thai Airways 30kg RM1240+ seorang.
Driver 4333 bhat per pax
– Bangkok Airport to Hua Hin
– Hua hin to Bangkok
– Bangkok to Kanchanburi
– Bangkok to Song Khanong
– Bangkok to Airport
Grab Hua Hin untuk ke cafe 1000 bhat/3
Grab budget sekitar Bangkok RM50. Naik tuktuk sekali je sebab rasa banyak menipu.
Kos Makan sekitar 5000 bhat tapi rasa ada terlebih sikit sebab asyik masuk 7 Eleven je membeli .
Shopping tak sangat. Bajet limited
Booking safari boleh email eve_quek@hotmail.com. Cuma untuk giraffe encounter kena sampai 30min awal dari slot booking. Berdoa la tak hujan, sebab tiket burn sebab aktiviti giraffe tak boleh refund. Slot Giraffe encounter ni 30min je. Kami bertiga memang laju tolong each other untuk snap photo. Express gila main tekan je camera sebab nak kejar duration masa tu.
**Nota paling penting, orang Thailand ni kurang fasih English. Jika bagi lokasi, jangan sebut nama tempat, bagi nama jalan. Pastu kene standby no phone tempat nak dituju, sebab senang suruh driver grab call tempat tu.
By the way, trip 7 hari bersama kedai kopi sebab kami coffee lover tapi ended up banyak minum soda . Sedap gile!
Total hangus sekitar RM3K tak termasuk flight.
Harap membantu kisah JJCafe di Thailand. Thailand punya cafe memang lawa-lawa.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...