Indahnya Pemandangan Pura Berlatar Belakangkan Gunung Agung. Nak Bercuti Ke Bali, Lelaki Ini Kongsi SOP Yang Korang Kena Tahu!

Share

Sejak pintu sempadan dibuka, mesti dah ramai yang plan untuk bercuti ke luar negara. Pulau Bali antara destinasi percutian yang sering menjadi pilihan pengembara dari Malaysia dan seluruh dunia.

Mempunyai banyak kuil yang dikenali sebagai Pura, salah satunya adalah Pura Penataran Agung Lempuyang yang mendapat jolokan ‘The Gates Of Heaven’ dan berlatar belakangkan Gunung Agung yang terkenal di Bali. Selain itu, Pura Tanah Lot dan juga menyaksikan tarian Kecak yang cukup popular di kalangan masyarakat Hindu di sana juga merupakan tarikan setiap pelancong yang datang bercuti.

Untuk mengetahui SOP terkini bagi yang ingin melawat ke Pulau Dewata ini, Jack S Adli

berkongsi apa yang diperlukan untuk travel ke Bali. Jack juga memberikan beberapa info terkini tentang keadaan di Bali.

Trip ke Bali.

SOP kemasukan bagi mereka yang sudah lengkap 2 dos@3 dos vaksin covid 19. [update 21 april 22]

Sebelum berlepas.

  1. Muat turun app PeduliLindungi.
  2. Lakukan ujian PCR 48jam.

3.sediakan salinan bukti sijil vaksin.

  1. 1 hari sebelum berlepas isi pengisytiharan kastam secara online di e-CD.

Semasa di KLIA2

-Anda perlu datang ke kaunter untuk pengesahan sijil vaksin dan keputusan ujian PCR 48jam baru boleh memasuki balai perlepasan.

Ketibaan

Checkpoint pertama

: Memeriksa Apps PeduliLindung sudah di muat turun dan di isi data peribadi.

Check point kedua

: Sediakan Dokumen Berikut untuk diperiksa

  1. Pasport
  2. Bording Pass
  3. Sijil Vaksinasi
  4. Keputusan ujian PCR 48jam

Pemeriksaan immigresen

: Cop pasport

Malaysia tersenarai dalam 9 negara VEA tidak perlu membayar apa apa untuk masuk selama 30hari.

Pemeriksaan Kastam.

sekiranya anda sudah mengisi e-CD sebelum berlepas, anda hanya perlu scan bar kod dan menunjukkan pasport.

[ 1 orang mewakili setiap kumpulan]

Kesemua proses ketibaan mengambil masa sekitar 10 – 15 minit untuk selesai dan keluar.

Insurans.

walaupon tidak ada penetapan khas namun anda harus bersedia jika terjadi sesuatu yang tidak diingini. saya mengambil 2 insuran.

  1. Travel insuran biasa
  2. JagaWisata khas untuk Covid 19 di indonesia.

Keadaan di BALI

Airport masih Sunyi sepi dengan kedai kedai yang masih tutup.

Kesemua tempat lawatan beroperasi seperti sediakala dan tidak begitu sesak buat masa ini.

Pantai Kuta

70% kedai kedai masih tutup namun pantainya tetap meriah dengan pelancong melakukan sukan pantai.

Berangkatan Pulang ke Malaysia

  1. masih perlu melakukan ujian PCR 48jam sebelum berlepas.
  2. Check in kaunter untuk pemeriksaan pengisian my sejahtera [traveller]

Tiba Di Malaysia

Harus lakukan Professional RTK test dalam masa 24jam.

Rujukan untuk sebarang perubahan SOP:

https://www.welcomebacktobali.com/

kesimpulan:

masuk indonesia lebih murah.

sebelum terbang PCR itu sahaja.

balik malaysia

sebelum terbang PCR, tiba malaysia RTK.

jangan bimbang untuk travel solo, tukang ambil fotonya tersedia ditempat pelancongan, bayar je.

Sumber: Jack S Adli

IKLAN