Pulau Pangkor, Perak merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia cukup strategik buat mereka yang ingin bercuti ke pulau tidak kira cuaca musim apa sekali pun.
Pulau Pangkor dikatakan berasal daripada bahasa Siam iaitu Pang Koh bermakna ‘pulau yang cantik’. Tempat-tempat menarik untuk dikunjungi seperti Pasir Bogak, Teluk Nipah, Pangkor Laut, Kota Belanda, Batu Bersurat, Masjid Terapung, Kilang ikan bilis, Perkampungan nelayan dan membina bot nelayan.
Kalau ada yang masih tidak tahu, pada 1 Januari 2020 lalu Pulau Pangkor mencipta sejarah apabila menjadi pulau bebas cukai pertama di Perak. Selain bersantai di tepi laut anda boleh dapatkan pelbagai produk menarik dengan harga yang murah terutamanya manisan seperti coklat berjenama. Bestkan?
Kalau masa cuti anda sangat terhad, Pulau Pangkor juga sangat sesuai dijadikan destinasi percutian singkat. Ini antara itinerari panduan singkat untuk rujukan anda perkongsian sumber Nur Dilla
Ads
TELUK NIPAH PULAU PANGKOR 2H1M ‘Me Time’ 5 Orang
Hari 1
Ads
Bertolak pagi jam 7.00pagi dari TAIPING naik satu kereta. Singgah makan roti canai dan nasi goreng di Pekan Pantai Remis (kedai bnyk grill)…sedapp
Drive sampai Marina Island…park kat situ – (rm36 utk 2 hari)..parking yg bumbung full
Booking tiket kat komputer online (sertakan ic) utk key in data ….tiket Jam 12.15tghri
Beratur ambil TIKET Feri RM14 seorang pergi & balik
Naik bot ke jeti..lebih kurg 15minit jerr
Dari Jeti…Naik Van ke Pangkor Bayview Beach Resort Di TELUK NIPAH. Hujan dh lebat time ni…Angin Monsun kan
Check hotel..rest..solat dan mandi…siap² utk LUNCH TIME….makan kedai depan laut
SaPa sebuah bandar yang berada di Wilayah Lao Cai di Barat Laut Vietnam, merupakan sebuah bandar yang terkenal dengan bentuk muka bumi bergunung-ganang dan mempunyai cuaca yang sejuk serta segar.
Membuat trip secara solo selama lima hari ke Sapa, bagi Helmi Baharum destinasi tersebut merupakan tempat paling cantik di Vietnam. Lebih menarik lagi ketika kunjungannya itu, dia berkesempatan berada di penghujung musim sejuk transisi ke musim sakura atau musim bunga di bahagian Utara negara Vietnam.
Berkongsi Itinerari lengkap dengan bajet selama mengembara lima hari di sana, jejaka ini turut berkongsi gambar-gambar cantik sepanjang dia berada di sana. Pemandangan yang memukau dan cukup indah untuk dikenang.
Bagi yang ingin bercuti atau mengembara ke Vietnam, jangan lupa untuk jejakkan sendiri kaki ke Sapa dan lihat sendiri keindahan alam yang ada di sini. nak info menarik boleh juga refer itinerari dan bajet yang dikongsikan oleh Helmi ini.
Tiket flight sebenarnya ‘tersasul’ beli RM280 return Airasia+ 1000 points.
Vietnam Travel Simcard Vinaphone Shoppe (kedai:Happy Travel Sim) RM18.90 5 hari/10GB.Prestasi yang sangat cemerlang hampir semua lokasi ada line dan CS kedai tiptop.
GroundCost lebih kurang 2Juta VND all in cost (RM370)
Hotel/Persiapan awal beli di KLOOK kesemuanya 8% off sempena CNY RM450
Jumlah besar plus minus RM1,100.Termasuk flight,trasport, meals,souvenier,etc.
KL-Hanoi flight awal pagi 6.05am-8.15am (3jam10minit)
Motor Taxi dari Hanoi Airport-Hotel-Central Circus Hanoi-220K VND.
Check in Hotel Top Floor Hostel,Hanoi RM20.80. Hostel terpaling best di Hanoi dekat dengan stesen keretapi Hanoi,siap bagi Maggie,kopi,tea dan toiletries.Katil jenis double bed dan ada fan private.
9.40am naik shared limousine Hanoi-Ninh Binh direct ke Hang Mua Caves untuk trip hiking/ RM24.50 book di Klook.Free air minuman,paling
mantap
jiwa seat dia boleh mengurut sepanjang trip.
Sarapan pagi di restoram.Nasi Ayam Airasia dan Kopi 30K VND.
Hiking Hang Mua Caves,Ninh Binh 100K VND beli di kaunter.Lawa betul pemandangan di sini.Macam nak repeat masa musim panas.Masuk-masuk je terus diberikan 2 tin kopi sempena promosi.
Hang Mua Caves:Pendakian yang mudah melalui 500 anak tangga yang tidak terasa kerana disajikan pemandangan yang mempesona di setiap langkah perjalanan,alih-alih dah sampai ke puncak.Ada 2 puncak di sini,satu nya ada semacam pagoda tinggi dengan pemadangan sawah padi dan bandar Ninh Binh manakala yang satu lagi ni ada patung naga yang memanjang , di sini padu gila pemandangan karst perbukitan batu kapur dengan sungai mengalir di kaki bukitnya,namun harus diingatkan pendakian di sekitar patung naga ini berbahaya kerana bercuram dan perlu ekstra hati-hati.Di bawah kaki bukit ini terdapat satu gua kecil yang gelap.
3.00PM: Pendakian Hang Mua tamat dan balik ke bandar Ninh Binh ,
Naik Teksi 80K VND (bargain).Makan depan stesen keretapi 40K VND dan menunggu masa untuk pelepasan keretapi.
4.30PM: Keretapi bergerak Ninh Binh ke Hanoi/ RM24.50 seat type/Baoulau web.
Sampai di hostel untuk makan,rehat dan mandi.
9.40PM: Naik bus doraemon dari Hanoi ke Sa Pa/RM35.90 beli di Klook.
Tidur dalam bas.Pengalaman menaiki sleeper bus di Hanoi ke Sapa menarik sekitar 6-7 jam/300KM+ dengan 2-3 kali pemberhentian di RnR tidak terlalu rasa penat terlebih lagi di malam hari terasa waktu begitu cepat berlalu.Bas ini sangat selesa dengan aircond dan curtain perbidai meberikan nilai privacy yang lebih serta dibekalkan dengan air mineral dan selimut.
𝟏𝟏/𝟎𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮):
Tiba di Sa Pa Town sangat awal sekitar jam 5 pagi.Terus terpesona dengan kesejukan bandar ini di bawah suhu 10 darjah celcius dengan keindahan bunga sakura di tepi-tepi jalan, walaupun ia tidak terlalu banyak
Jalan kaki dari stesen bas Sa Pa melalui tasik dan kemudian ke hotel dengan beg yang berat,jalan bercuram 1KM lebih dan suhu yang dingin di subuh hari memberikan cabaran dan pengalaman yang diingati.
7AM-Check in Tubotel SaPa (by requested in advanced) dan wajib checkout 24-hrs policy terpakai/RM56. Kepuasan hotel 11/10! Mana tidaknya dah lah harga murah,pemandangan cantik,staff baik,ada pool,lokasi dekat dengan bandar.Tidak seperti di Tubotel Langkawi, di sini tandasnya ada di dalam tube ini juga! Malah dibekalkan kesemua keperluan asas hotel di sini dan biliknya agak besar untuk jenis kolong begini,bukak je pintu bilik terus nampak banjaran Gunung Fansipan berdiri megah.Highly Recomanded lah hotel ini senang cakap.
9PM-Bergerak keluar dari hotel bersama Zul yang baru kenal tadi malam di stesen bas,TQ Zul belanja abang makan mi segera di saat pagi kebuluran di hotel.Singgah sebentar memberli baju tradisional etnik Hmong/90K VND.Kemudian kami ambil motor sewa RM17.90/Klook di belakang Sun Plaza.Isi petrol 50K VND.
CatCat Village/150K VND. Menunggang motorsikal dari Sa Pa ke sini tidak terlalu jauh namun terasa begitu lama kerana melalui jalan berelereng bukit dan terlalu sesak dengan orang ramai untuk ke sini.Kampung ini sangat cantik namun kerana terlalu ramai dan panas ketika ini menjadikan terasa sedikit penat ditambah belum mendapat tidur sempurna sejak malam tadi.Beli tshirt SaPa 50K VND tapi baju ni tak tahu hilang kemana tercicir tak sempat pakai, huhu.
Perjalanan pulang ke SaPa kami ke restoran Vegetarian (100% vege) Thong Dong Vegan Branch-1/Makan nasi vege pelangi dan kopi ais 110K VND dan .Untuk pengetahuan di saat ini tiada restoran di SaPa yang halal.
Rehat di hotel dan tidur melepaskan lelah dari semalam bekerja keras.
5.30PM: Swing SaPa/Free. Tidak tahu kenapa kaunter tu tak minta bayaran,dia bagi je masuk.Rasa-rasa kalau diminta bayaran yang munasabah di sini juga adalah berebaloi kerana disediakan beberapa spot OOTD yang menarik terutamanya arca sepasang kekasih yang penuh dengan maksud tersirat di situ.
6.30PM:Pulangkan motorsikal dan berjalan-jalan melihat nighlife di SaPa,sungguh meriah ya.Seterusnya ke Restoran Thong Dong Vegan Branch-2 makan nasi vege tofu sangat sedap/75K VND.
Malam.Berehat di hotel.
𝟏𝟐/𝟎𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐀𝐡𝐚𝐝):
Checkout awal jam 7AM dan tinggalkan beg di receptionist.
Jalan kaki ke Sunplaza Train Station
Menaiki Tram furnicular dari Sunplaza ke MuongHoa Station/150K VND beli direct di kaunter.Merupakan harga pergi balik.Naik 7.30AM orang belum ramai sangat lagi
Menaiki Cable Car dari MuongHoa Station ke Fansipan cable car station/RM127 Klook harga pergi balik dan harus ditambah 100K sekiarnya menaiki pada pagi sabtu/hari cuti umum.Elakkan pergi pada hari-hari terbabit kerana terlalu ramai.
Hiking 700 anak tangga di Gunung Fansipan yang boleh menjadi suhu serendah bawah paras beku dengan angin kuat menjanjikan pendakian yang agak mencabar namun penuh dengan kecantikan yang menawan dapat mengurangkan rasa kepenatan.Berbekalkan hanya sebotol air dan biskut alhamdulilah saya mampu bertahan hiking daripada pagi hingga turun semula berakhir 3PM
Beli 2 Fridge Magnet Gn.Fansipan di kedai cendermata/30K VND
4.00PM makan di Restoran Thong Dong Vegan Branch-1/Noodle Vege dia sedap tak tahu nak kata,mungkin sebab kebulur juga hingga ke titisan terakhir habis/90K VND
Naik taxi motor dari pekan Sa Pa ke ValleyView Homestay SaPa/25K VND.Mulanya macam nak jalan kaki je tapi kesian pulak dia beria nak upah bawa juga.
Checkin Hotel ValleyView Homestay/RM73. Final decision, ini lah hotel yang paling best se-Vietnam! yang pernah saya pergi,jendela kacanya sahaja sebesar-besar alam mengadap Gunung Fansipan malah boleh kelihatan stesen keretapi Fansipan di atas itu apabila kabut berlalu pergi.Suasana sunrise dan sunset berdepan pintu bilik boleh digambar dengan satu perkataan je-Magical! Kepuasan hotel ini boleh bagi 10.5/10 sebab slack 1 benda je, bukan soundproof boleh dengan bunyi dari bilik sebelah dengan jelas. Secara keseluruhan sangat memuaskan di sini.Terpaling best ada tub mandi kayu di luar boleh feeling2 berendam sambil lihat pemandangan yang super cantik di luar yang sangat sejuk di bawah suhu 10 darjah celcius.
Malam-makan malam di sekitar hotel.Burger vegetarian dan kopi telur/110K VND.Sepanjang di Sa Pa ini hanya kopi telur ni je bukan jenis sayur-sayuran yang saya makan,penat tau jadi herbivor 3 hari.
Balik hotel,rehat dan tidur
𝟏𝟑/𝟎𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧):
Selesai subuh panorama sunrise disini sangat lah terlalu cantik dengan tiupan kabut yang memutih macam cotton candy.Pagi-pagi layan suasana pagi di bilik/perkampungan Hmong je serta sempat ke pinggir kampung (tiada nama dalam google map) yang mana saya ketahui melalui pemerhatian dari bilik,di situ terlihat seperti pusat campsite yang masih dalam pembinaan dan belum sedia diduduki, saya bertanyakan kebenaran untuk masuk dan dibenarkan bergambar.Lembah disini adalah lokasi paling tercantik di Sa Pa.
Sarapan di hotel/25K VND
Checkout hotel dan singgah di Moana Sa pa/80K VND. Free minuman.Sebenarnya kurang berbaloi untuk ke sini dengan harganya, tapi bolehlah untuk menghabiskan sisa waktu yang ada. Lagi pula hanya bersebelahan dengan homestay.
Menaiki bas 2PM dari SaPa ke Hanoi/RM35.90 beli di Klook.Bas Sa Pa Dragon kali ini.Pemberhentian di 2 RnR. Beli popcorn dan roti 35K VND.
Sampai Hanoi jam 8PM dan berjalan kaki ke Hotel Hanoi Discovery/ RM33.Tahap kepuasan hotel 7.5/10 sebab terjatuh di tangga dan terpelecot sakit sampai sekarang, dan sebab aircond rosak dan digantikan dengan kipas.Dari segi lokasi sangat strategik di pusat bandar dan staff yang sangat baik.
Makan malam di Yalla Kebab dan Grill/100K VND
Rehat dan tidur di hotel
𝟏𝟒/𝟎𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚):
Happy valentine day,ya sudah jatuh cinta dengan Vietnam!
Grab motor hotel ke Batavia Cafe dengan harapan untuk bersarapan namun kecewa masih tutup pada jam 7.30am./23K VND
Jalan-jalan di Taman Botani Hanoi dan setrusnya ke Ho Chi Minh Mausoleum dan pejabar-pejabat kerajaan Hanoi yang terasa seperti di Putrajaya,tapi di sini penuh dengan pengawal dan polis jadi takut memang tak berani nak ambil-ambil gambar sebab ada kawasan ada tanda dilarang ambil gambar.
Grab motor depan kedutaan Poland-Cat Linh Metro Station/16K VND
Mencuba menaiki MRT pertama di Vietnam yang masih baru beroperasi di fasa 1 dengan jarak pelayanan yang pendek melalui hanya 12 station dan saya memilih untuk ke station terakhir di Yen Ghia Station/30K VND pergi balik.
Muzium Ho Chi Minh Trail: berjalan kaki 10 minit dari Yen Ghia Station. Fi masuk 30K VND.Sangat berbaloi bagi sesiapa yang berminat menerokai kisah sejarah Ho Chi Minh.
Balik semula ke Cat Ling Metro Station.Naik grab ke Train Street/20K VND.
Kopi susu di Railway Cafe/35K VDN dan Fridge Magnet Hanoi/20K VND di Train Street. Macam menyampah dengan polis tiruan di sini banyak menghalang pengunjung di sini banyak berlaku scam,saya memang tidak berencana untuk melihat keretapi melalui jalan ini.
Berjalan balik dan singgah sebentar:
St Joseph Cathedral dan Hoan Kiem/Hanoi Lake.
12PM checkout hotel dan singgah di Dong Xuan Market, Masjid Al Noor Hanoi dan Zaynab Restaurant/Nasi goreng daging yang sangat sedap/80K VND bungkus makan di airport sebab risau waktu pelepasan flight makin hampir.
Grab motor dari stesen bas interchange Hanoi ke Aiport/111K VND.Sepatutnya nak naik bas tapi bas tak sampai-sampai ke sudah.
2.50PM Flight Airasia dari Hanoi ke KL dan selamat kembali ke tanah air
Dikenali sebagai saudara Nizam, dia kongsikan bersama pembaca LIBUR tip dan pengalaman menarik membawa 25 orang kita untuk menjelajah beberapa bahagia wilayah di China. Kalau anda bercadang untuk lakukan trip dengan kawan-kawan yang ramai atau dalam group yang besar, boleh jadikan percutian backpack mereka ini sebagai panduan.
.
Bukan pengalaman yang menyeronokkan apabila anda sebagai ketua rombongan ‘jatuh sakit’ ketika melancong diluar negara. Kejadian ini berlaku ketika saya membawa 25orang kawan kawan secara backpackers selama 9 hari melancong ke beberapa bandar di China.
Perancangan rapi yang dibuat selama setahun untuk kami bersama-sama terokai beberapa lokasi menarik di negara yang diperintah oleh Parti Komunis China (CPC) ini. Route perjalanan 9 hari kami akan menjejaki dua wilayah Yunnan dan Hunan bersama-sama rakyat China yang ketika itu meraikan sambutan 70tahun negara mereka.
.
.
.
Antara lokasi pilihan kami:
LIJIANG
1.First Bend Yantze River
2.Tiger Leaping Gorge
3.Lijiang Oldtown
4.Jade Snow Mountain
5.Blue Moon Valley
6.Shuhe Oldtown
KUNMING
1.Masjid Yongning
2.Luoshiwan International Trade City
ZHANGJIAJIE
1.Wulingyuan
2.Zhangjiajie National Park
3.Zhangjiajie Glass Bridge
4.Bailong Elevator
CHANGSHA
1.Eye of Changsha – Changsha Ferris Wheel
Trip bermula dari bandar Kunming, dimana kami beramai-ramai menaiki keretapi malam untuk ke bandar Lijiang yang mengambil masa 9 jam perjalanan. Pengalaman tak berapa nak sedap aku ini bermula selepas kami sampai ke stesen keretapi Lijiang ketika itu sehinggala hari terakhir di bandar Changsha!
Demam, batuk dan hilangnya suara sememangnya pengalaman sukar buat saya khususnya untuk merangka perjalanan yang sudah diaturkan untuk kawan-kawan saya ketika itu.Mujur mereka semua faham akan situasi saya ketika itu. Kawan-kawan yang sporting ini juga sebenarnya sedikit sebanyak meringankan segala kesulitan dan beban yang anda alami.
Pastikan segala senarai ubat-ubatan yang perlu dibawa diperiksa di Malaysia dahulu sebelum anda melancong keluar negara.Bercerita mengenai lokasi yang kami sampai, sememangnya dengan pemandangan cantik dan juga keterujaan kami disemua lokasi ini membuatkan perjalanan 9 hari ini tidak cukup!
FIRST BEND YANTZE RIVER
Sekirannya anda dalam perjalanan ke Tiger Leaping Gorge, lokasi wajib ini harus anda singgah. Ianya terletak berdekatan bandar Shiwu Lijiang.Dikatakan panjang keseluruhan sungai Yangtze ini bermula dari pergunungan Tibet sehinggala ke bandar Shanghai. Sesuai dilawati pada bulan April sehingga Julai, kerana cuaca dan panorama yang disajikan tersangat ohsem.
TIGER LEAPING GORGE (TLG)
Ini lawatan aku kali kedua secara backpack kesini selepas pertama kali datang pada tahun 2016. Kalau dulu aku daypack kesini mengunakan trail dari Lower ke Middle Gorge dan x overnite.Untuk trip 2019 ini plan asal aku, aku akan start dari UpperMiddleLower kalau diizinkan.
Bagaimana nak ke TIGER LEAPING GORGE (TLG)
Bole sesat x kat sini?
– Korang akan sesat kalau korang leka ambil gambar x abis abis. Jangan risau…trek disini jelas dan ada signboard arah mana korang nak pergi.
JADE SNOW MOUNTAIN
Dengan ketinggian 5600meter gunung ini adalah gunung tertinggi di Lijiang. Ianya terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari bandar Lijiang. Anda perlu atau wajib mendapatkan botol oksigen bagi mengelakkan serangan AMS (Altitude Mountain Sickness)
Disini juga anda akan disajikan pemandangan glacier ketika berada dipuncak gunung! Jangan lupa claim medal kejayaan diatas nanti.
BLUE MOON VALLEY
Terletak dikaki gunung Jade Snow Mountain lokasi ini amat mudah sampai kerana semua bas yang turun dari gunung akan terus menuju kesini. View disini sememangnya terbaik. Lembah yang menyaksikan landskap gunung JDSM. Secara peribadi, lokasi ini merupakan antara tempat yang paling cantik pernah saya lawati walaupun kali terakhir datang pada tahun 2016.
Kaki-kaki selfie tegar pasti sukakan tempat ini.
SHUHE OLDTOWN
Bandar tertua kedua selepas di Lijiang ini sememangnya cantik dengan dihiasi bangunan bangunan lama berusia ratusan tahun! Juga terdapat didalamnya tali air yang jernih yg disalur terus dari kolam berhampiran. Kaki kaki shopping harus bersedia dengan wang saku yang banyak kerana banyak kedai-kedai untuk anda melontar disitu.
BANDAR KUNMING
Setelah mengharungi 9jam perjalanan dari Lijiang, saya membawa group untuk berehat seterusnya membersihkan diri mereka di salah satu, Masjid Yongning yang terletak dikawasan Jinbi Road. Kemudian membawa mereka ke wholesale kedua terbesar didunia, Luoshiwan International Trade City. Pelbagai barangan menarik dan keluasan bangunan ini boleh mengakibatkan anda sesat pada bila-bila masa. Sehari pun tak cukup untuk ’round’ semua. Maka bershoppinglah anda sampai ke kepingan wang CNY terakhir!
ZHANGJIAJIE NATIONAL FOREST PARK @AVATAR MOUNTAIN
“PLANET MOST UNUSUAL GEOGRAPHY BILOGICAL ECOLOGY WONDERS” Memang dah lama simpan impian untuk datang kesini selepas terpaku melihat imej fantasi CGI yang difilemkan dalam animasi Filem Avatar. Selepas kajian demi kajian dan juga menGoogle jikalau wujud ke tempat2 sebegini, dan sememangnya wujud! Terletak di kawasan tengah China, Taman Negara Zhangjiajie yg super luas ni memang popular untuk kaki2 travel selepas filem Avatar (2009) keluar. Selain pemandangan yang TERBAIK, terletak juga lift outdoor paling tinggi di dunia, jambatan gantung kaca paling panjang & tinggi di dunia dan juga kereta kabel paling panjang di dunia.!! kira semua menDunia jela kat sini. Tiket masuk yang agak mahal dan boleh digunakan 4 hari bagi anda untuk ‘cover’ the whole area. Taman negara ini mendapat pengiftirafan dan bertaraf 5 bintang negara China dan salah satu dari UNESCO World Heritage site dan juga diiktiraf “World Geological Park” pada tahun 2004. Juga lebih dikenali sebagai ‘Hallelujah Mountain di dalam movie Avatar.Tapi korang jangan harap akan jumpa naga naga atau burung burung terbang sana sini. Tapi korang akan hadap orang orang seperti dalam citer Avatar itu kat sana.
.
.
.
.
.
CHANGSHA FERRIS WHEEL
Kami hanya singgah bergambar ketika melalui kawasan ini ketika mencari masjid Changsha. Kami menamatkan perjalanan 9 hari di China ini melalui airport Changsha.
Dan aku sambung demam dan batuk seterusnya di Malaysia selama 3 minggu berikutnya.
Ini beberapa tips untuk melawat ke Taman Negara yg super besar bagi aku.
Penginapan/pengangkutan di Zhangjiajie?
Lain lain perkara?
Bawa bekalan makanan HALAL or jajan untuk bekalan anda disitu. Since takde makanan halal kat atas gunung tu. unless korang berpuasa atau nak berlapar je. KALAU XNAK PENING KEPALA, PM JER SAYA
.
.
.
Sumber: FB: MOHD NIZAM ZAMBARI / IG: nijaamz
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kedua-dua Daerah dalam Negeri Selangor ini mempunyai pelbagai tinggalan sejarah yang boleh anda jejaki semula. Bagi Daerah Kuala Selangor, selepas memperoleh perkenan dari DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Majlis Daerah Kuala Selangor kini dengan rasminya sudah diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
Daerah Kuala Selangor dan Klang adalah dua destinasi yang amat sesuai untuk dilawati sempena menyemarakkan semangat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang jatuh pada 31 Ogos 2021.
10.00 a.m. :Pelajari sulur-galur sejarah di Muzium Sejarah Kuala Selangor
11.00 a.m. :Nikmati keindahan tinggalan sejarah Bukit Malawati, Kuala Selangor
12.00 p.m. :Makan tengah hari berlaukkan menu tempatan di Rabitah Catering
2.00 p.m. :Persinggahan di tapak tinggalan sejarah Kota Raja Mahadi
3.00 p.m. :Lawatan ke Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
4.00 p.m. :Kunjungi kawasan Diraja Istana Alam Shah
5.00 p.m. :Saksikan keunikan senibina Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang
Tempat ini adalah tempat yang paling sesuai untuk belajar dan selami kembali sejarah tentang Daerah Kuala Selangor. Sekitar tahun 1960, Muzium yang terletak di Bukit Malawati, Kuala Selangor ini merupakan tempat kediaman rasmi buat Pegawai-pegawai Daerah.
Muzium ini menyediakan maklumat berkenaan sejarah Daerah ini melalui kronologi yang dipamerkan mengikut tujuh seksyen. Informasi juga disampaikan menerusi teknik interaktif untuk kemudahan pelawat.
Bukit Malawati merupakan destinasi popular di kalangan warga tempatan kerana keindahan dan keunikannya yang tersendiri. Ianya juga adalah bukit ikonik di Daerah Kuala Selangor yang menempatkan pelbagai tinggalan sejarah dari zaman Kesultanan Selangor seperti Perigi Beracun dan Meriam Penggawa.
Keunikan yang terdapat di Bukit Malawati juga termasuk Rumah Api Kuala Selangor — habitat buat pelbagai spesies monyet seperti lotong. Selain itu, perkhidmatan trem ke sekitar Bukit Malawati akan beroperasi pada hari minggu dan cuti umum bagi memudahkan perjalanan pengunjung.
Rabitah Catering adalah tempat yang sempurna untuk mengisi perut anda dengan juadah lauk masakan tempatan dan masakan Jawa yang pelbagai termasuk menu ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran seperti ulam-ulaman kampung.
Anda juga boleh menikmati nasi campur berlaukkan lauk unik seperti daging salai dan gulai urat keting. Kedai makan ini mula beroperasi seawal 6:30 pagi sehingga 4:30 petang untuk pelanggan singgah dan nikmati hidangan lazat yang mereka sajikan.
Selepas menjejaki warisan tinggalan sejarah di Daerah Kuala Selangor, Daerah Klang merupakan destinasi yang berdekatan bagi menyambung perjalanan jejak warisan kali ini.
Kota Raja Mahadi yang tertetak di Bukit Kota Klang ini merupakan tapak sejarah yang pernah menjadi saksi perang saudara yang berlaku diantara Raja Mahadi dan Raja Abdullah pada kurun ke-19. Perang itu berlaku atas sebab pergelutan kuasa untuk menakluki Sungai Selangor yang strategik serta kawasan sekitarnya.
Perjalanan jejak warisan tidak sempurna tanpa lawatan ke mana-mana Muzium atau Galeri. Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz di Daerah Klang merupakan tempat yang ideal bagi mempelajari tentang sejarah dan warisan Diraja Kesultanan Selangor. Bangunan Galeri yang telah dibina pada tahun 1909 ini dahulu dikenali sebagai Bangunan Sultan Suleiman.
Bangunan ini juga pernah dijadikan sebagai bangunan pentadbiran British ketika zaman pemerintahan British dan ketika Perang Dunia ke-2, bangunan ini telah menjadi Ibu Pejabat bagi tentera Jepun. Kemudian, pada tahun 2007, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan merasmikan bangunan ini sebagai Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz.
Terletak di Daerah bersejarah Klang, Istana ini merupakan bangunan Diraja yang menjadi lokasi DYMM Sultan Selangor melaksanakan tugas-tugas rasmi Baginda dan juga merupakan tempat untuk menjalankan adat istiadat Diraja Negeri Selangor.
Istana yang dibina pada tahun 1905 ini telah menjadi saksi pembangunan Daerah Klang dan juga merupakan tempat kelahiran buat DYMM Sultan Selangor yang ke-7, Almarhum DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang merupakan salah satu masjid di Negeri Selangor yang mempunyai senibina yang unik dan menarik. Masjid ini telah dibina pada tahun 1932 dan dirasmikan oleh Almarhum DYMM Sultan Alaeddin Suleiman Shah pada tahun 1934.
Selain dari senibina dan konsep yang unik, di masjid ini juga terdapat satu anak tangga dikenali sebagai Tangga Diraja yang menyambungkan antara Istana Alam Shah dan Makam Diraja Klang. Masjid yang berusia ini masih lagi gah berdiri hasil usaha konservatif demi mengekalkan sentuhan-sentuhan barat yang asli pada senibinanya.
Selesai sudah jejak warisan kali ini yang melibatkan dua Daerah bersejarah, Kuala Selangor dan Klang. Bukan sahaja dalam Bulan Kemerdekaan, tetapi pada setiap masa, usaha mengenali dan mendalami sejarah tempatan perlu diberikan penekanan oleh warganegara bagi memupuk perasaan cinta akan tanah air, dan mendapatkan pengajaran dari kisah-kisah silam yang amat bersejarah.
Layari www.selangor.travel, laman sesawang rasmi Tourism Selangor untuk mendapatkan idea dan inspirasi dalam merangka perjalanan anda ke Negeri Selangor. #ImagineNowExperienceSoon.
Kredit: Travel Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau sebut China, ramai yang terus terbayang Tembok Besar China, Beijing, Shanghai atau Zhangjiajie. Tapi di wilayah Guizhou, ada satu lokasi alam semula jadi...