Makan

Kedai Kampung Selera Antarabangsa. Makan Pizza Dapur Arang Original Di The Farm Rack Café. Mini Zoo Pun Ada, Meriah!

Share

Kedai kampung dengan selera antarabangsa yang dinamakan The Rack Farm Café terletak di Kapar, Klang ini destinasi santapan untuk sekeluarga.

Yang tinggal di Meru, Klang boleh cuba datang ke sini, yang menghala ke Kuala Selangor dan lalu jalan Kapar juga boleh singgah ke kafe menarik ini.

Pelbagai pilihan makanan yang ditawarkan di sini. Bukan sahaja menu tempatan, malah hidangan antarabangsa juga turut tersedia. Paling best korang boleh cuba makan pizza yang dibakar segar dalam ketuhar dapur arang. Rasa dan aroma pizza yang disediakan di sini berbeza daripada pizza komersial yang biasa.

Kafe yang unik dan menarik ini turut mempunyai mini zoo, sesuai sangat bawa anak-anak. sambil tunggu makanan bolehlah mereka bermain-main dulu dengan haiwan yang ada di sini. Masuk percuma sahaja dan antara haiwan yang terdapat di sini adalah angsa, ayam, lembu, kambing, kuda, itik, arnab dan banyak lagi. Nak bergambar dengan haiwan-haiwan yang ada kat sini pun boleh.

Antara menu yang menarik ada di The Rack Farm Café ini adalah:

  • Roti John cheese tarik
  • Fresh Homemade Pizza
  • Set Nasi
  • Zinger John
  • Cheezow milk
  • Lava float
  • Chicken chop
  • Chicken Grill
  • Pasta
  • Dip chocolate
  • Ice Bingsu
  • Choc creepe
  • Mini pancake

Banyak dan menarik kan? pencuci mulut pun korang boleh order barulah lengkap. Kemudahan surau dan tandas juga turut tersedia di sini, selesa dan bersih. Memang sesuai nak bawa keluarga atau datang dengan rakan-rakan.

 

Turut mempunyai cawangan lain di One Selayang dan Setapak Village, kafe ini dibuka dari Selasa sehingga Ahad dan tutup setiap Isnin. Waktu operasi pula bermula pada jam 3petang hingga 10.30 malam.

LOKASI:

LOT5862 ,Kampung Tok Muda Kapar

Kredit: Percutian & JJCM Malaysia

 

 

 

IKLAN