
Air nira nipah dikatakan mampu untuk membantu menyejukkan badan. Ia sangat popular di utara tanah air hingga mendorong sebuah ladang nira dijadikan lokasi pelancongan dan tumpuan peminat nira.
Menikmati kesegaran air nira nipah asli di kawasan pokok nipah dan sawah padi, merupakan pengalaman unik bagi pengunjung jika ke Ladang Nira Nipah Napiah, di Merbok Kedah. Jangan lupa untuk mecuba beberapa aktiviti menarik yang tersedia di kawasan ladang ini seperti mengayuh sampan dan bersantai di buai gantung. Selain menikmati air nira nipah yang segar, pengunjung juga berpeluang melihat sendiri bagaimana proses air nira diambil.
Ini perkongsian ringkas oleh saudari Nor Hayati Abu Bakar ketika berkunjung ke Ladang Nira Nipah Napiah, di Merbok Kedah.
- Hanya 28km dari Tol Sg Petani Selatan & 5.3km dari Tanjung Dawai (yang terkenal dengan hasil laut).
- Waktu operasi: Jam 12 tengah hari hingga 7 petang. Tutup hari Rabu
- Tempta yang selesa, dengan pemandangan yang cantik buat kaki photo. Khidmat yang baik, cepat & sistematik.
- Pasal makan, ohsem pasti tak mengecewakan. Kena cuba menu Mee Udang Hot yang sedap, Air Nira Nipah segar dari ladang.
Jom jalan-jalan cari makan di negeri Kedah!
Selatan Thai Bukan Sekadar Hatyai, Layan Vibe Klasik Di Kafe Kodang Kopi Di Pattani, Imbau Nostalgia Zaman Dulu-dulu!

Bila sebut Selatan Thailand, nama Hatyai yang sering menjadi sebutan. Sebenarnya masih luas wilayah yang ada di selatan negara Gajah putih itu. Pattani salah satu daerah yang turut berada di Selatan Thailand. Pattani juga mempunyai banyak tempat menarik untuk diterokai.
Hanya sejam setengah pemanduan dari Hatyai untuk sampai ke Pattani, Alief Danial berkongsi tentang sebuah kafe klasik yang cukup menarik untuk dikunjungi.
Terletak agak kedalaman di kampung, menurut Alief suasana dalam kafe ini memang dapat mengimbau nostalgia zaman dulu-dulu. Setiap sudut boleh dijadikan port untuk bergambar kenangan sambil menikmati hidangan ringan di sini.
Alief juga menyarankan untuk pengembara meneroka juga ke daerah yang ada di Pattani kerana ia merupakan sebuah bandar yang terletak di tepi muara laut dan mempunyai banyak tarikan. Pattani juga antara daerah yang mempunyai ramai penduduk muslim di Thailand.
Melihatkan perkongsian lelaki ini, memang berbaloi kalau ke sana dan singgah di kafe tersebut. Baru rare kan lepak kedai kopi kat kampung di Selatan Thai, vibe dia mesti lain dari yang lain!
Kafe Kodang Kopi di Pattani, Selatan Thailand
Saja nak cuba up entry pertama di Kafe Pattani Thailand ni. Sejam Setengah drive dari Hatyai.
Tempat sedikit kedalam, terbina lamaa sudah namun dijadikan sebuah kafe antik.
K A F E K O D A N G K O P I
Terletak di dalam bandar pattani namun sedikit kedalam Ban ( kampung ).
Suasana antik / koleksi-koleksi antik yang telah dihimpun lama dijadikan sebuah pameran koleksi. Hasil dari minat owner kedai. Namun di kedai ini menyediakan makanan dan minuman secara santai dan rileks.
Sesiapa yang berkunjung disini boleh singgah dah rasai sendiri pengalaman dan vibe antik ini….
Lokasi kedai ini boleh je waze : KAFE KODANG KOPI.
By the way, explore lah Pattani Thailand ni- bandar di tepi muara laut, ada ladang garam manis, tempat seafood murah, dan juga kawasan kampung muslim ramai di thailand. Restaurant makan seafood murah sangat2 dan macam lagiii untuk di explore.
Kredit: Alief Danial
Deretan Gerai Jual Laksa Ikan Sekor & Laksa Sambal Sotong Paling Sedap Dekat Langkawi!

Orang yang suka travel ini adalah mereka yang ingin merasai sendiri pengalaman berada di tempat orang. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman, tinggi pengetahuan.
Pengalaman yang dicari itu bukan sahaja dari segi masyarakat, budaya, dan suasana semata-mata. Antara perkara penting yang perlu dialami sendiri adalah juadah makanan tempatan yang ada di satu-satu tempat itu.
Jadi sewaktu kunjungan saya ke Langkawi baru-baru ini, saya cuba cari di manakah tempat yang best untuk saya menikmati makanan yang popular di negeri jelapang padi tersebut iaitu laksa ikan sekor. Dah alang-alang sampai, kita mesti kena try laksa!
Setibanya di sana, saya dicadangkan oleh beberapa orang rakan untuk makan laksa ikan sekor di Jalan Kuala Muda, bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL). Review di internet dan cerita mulut ke mulut mengatakan laksa yang dijual di sana memang sedap.

Tanpa melengahkan masa, saya berangkat terus ke lokasi yang dicadangkan pada hari kejadian. Memandangkan saya masuk ke Pulau Langkawi menggunakan feri, maka perjalanan saya untuk ke lokasi yang dimaksudkan agak jauh dan perlu menggunakan kenderaan. Jarak dari Pekan Kuah, Langkawi ke kedai-kedai laksa bersebelahan LTAL lebih kurang 18.4 kilometer dan memakan masa pemanduan lebih kurang 30 minit untuk sampai ke destinasi.
Tapi sekiranya anda datang ke Langkawi menggunakan kapal terbang, dekat sahaja untuk makan laksa ikan sekor di sebelah LTAL tu. Mendarat sahaja terus boleh pergi makan laksa.
Setibanya di sana, anda akan dapat lihat deretan gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis juadah makanan yang best di tepi pantai yang dipanggil Pantai Hujung. Ada banyak gerai-gerai yang menggunakan lori dan diletakkan bangku serta meja di sepanjang pantai tersebut.


Saya boleh katakan kepada anda, pemandangan di sini sumpah best. Anda makan betul-betul bersebelahan dengan pantai. Kebetulan pula sewaktu kunjungan saya baru-baru ini, air laut tengah pasang, jadi gigi air betul-betul hampir dengan kawasan pantai berdekatan dengan tempat makan. Suasana tenang dan damai sambil terdengar hempasan ombak laut di pantai, membuatkan saya rasa selesa untuk lepak makan di sini.



Saya singgah di satu kedai yang terletak di hujung depan deretan gerai-gerai yang saya katakan tadi, Zam Rojak Madu Cendol Special. Betul-betul berhadapan dengan LTAL, berbumbung khemah berwarna merah. Di sini rakan saya kata ada satu lagi menu special selain daripada laksa ikan sekor yang disediakan iaitu laksa sambal sotong.

Wah, sambal sotong. Sambal sotong memang kegemaran saya, jadi tanpa membuang masa, terus saya pesan laksa sambal sotong dengan sambal sotong extra berserta ABC kelapa. Ada rakan saya yang pesan makanan dan minuman lain seperti mee rojak madu dan ABC milo.
Sebaik juadah tiba dan kami makan dengan seleranya, terlupa segala masalah yang sedang bersarang dalam kepala. Dengan suasana tempat makannya yang best, dan dengan makanannya yang sedap, i can say that this is the best spot if you want to try laksa in Langkawi!

Highly recommended untuk anda semua adalah laksa sambal sotong, mee rojak madu sambal sotong, ABC kelapa dan juga ABC milo. Memang sedap dan saya bagi jaminan, anda akan pesan lagi lepas makan semangkuk! Hahaha. Harganya juga saya katakan berbaloi dengan makanan yang anda pesan. Tak mahal, anda mesti puas makan dengan member–member ataupun bawa family.



Kalau anda nak bawa family makan di sini, anda perlu berhati-hati sedikit dengan anak-anak kecil, lebih-lebih lagi yang aktif, kerana tempat makan ini terletak bersebelahan dengan LTAL, banyak kapal terbang yang turun naik di sini. Tambahan pula, jarak antara LTAL dengan gerai makan hanyalah sebatang jalan yang sibuk dengan kenderaan lalu lalang. Jadi pastikan keselamatan anak-anak anda terjaga di sini.


Yang kedua, bawak baju lebih. Sebab takut nanti lepas makan laksa sambal sotong dengan ABC milo, ada budak-budak yang terjun terus kelaut! Hahaha.
Teruja Jumpa Roti Canai Viral Warna-Warna Pelangi Di Kuala Selangor. Lembut & Ada Rasa!

Roti canai yang gemar diambil sebagai juadah sarapan pagi bersama teh tarik tercetus selepas kedatangan orang India ke Tanah Melayu. Hari ini, roti canai antara menu kegemaran di Malaysia yang dimakan pada bila-bila masa sama ada dicicah kuah kari kambing, kuah dal, sambal sardin atau manisan seperti gula dan susu.
Orang Malaysia dan roti canai memang tak dapat dipisahkan. Untuk kelaianan terdapat banyak jenis roti canai yang dihasilkan untuk menarik minat si pemakan. Kalau setakat roti kosong, roti telur, roti banjir, roti bom dan roti tisu, itu sudah biasa kita dengar. Tetapi lain pula di Warung Dimyati Roti Canai yang terletak di Kampung Sungai Yu 1, Kuala Selangor, roti canai yang disediakan di sini ada pelbagai warna dan perisa.
Umpama warna pelangi, roti canai yang disediakan di premis makanan ini terdiri daripada empat perisa iaitu durian (kuning), epal (hijau), strawberi (merah) dan keladi (biru). Penyediaan Roti Canai Pelangi ini sama sahaja dengan roti canai biasa. Bezanya, adunan doh untuk Roti Canai Pelangi ini ditambah perisa dan pewarna makanan yang dibenarkan.
- Warung Dimyati Roti Canai beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari setiap hari, kecuali hari Jumaat dan Isnin dijual pada harga RM1 sekeping.
- Anda juga boleh memesan roti canai jenis lain seperti Roti Canai Telur Goyang dan Roti Canai Telur Goyang Kambing selain Roti Canai Telur Jantan dan Roti Canai Sardin bersama kuah kari istimewa iaitu kari kambing dan kari kaki ayam yang disediakan berasingan berharga antara RM3 hingga RM5 semangkuk.
- Ada pilihan menu lain yang tersedia di sini, antaranya Nasi Lemak, Nasi Ambeng, Mi Goreng, Bihun Goreng, Lontong, Kuih Muih, Sushi dan banyak lagi.
- Kalau anda bercadang datang pada hari minggu, pastikan anda keluar awal pagi kerana pengunjung yang datang ke sini kadangkala terlalu ramai sehingga perlu beratur panjang hingga luar kedai.