LIBUR dijemput Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan aktiviti diatur KETENGAH (Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah). Bersama media lain, kami tidur dalam houseboat.

Tengok video pendek trip houseboat & ke Kelah Santuari Lubuk Kejor, tasik Kenyir

Ikan Kelah Jinak & Houseboat Tasik Kenyir

Haritu pi Santuari Ikan Kelah Lubuk Kejor & naik houseboat Tasik Kenyir… Trip macamni sesuai untuk company, kawan² dan famili ramai²…30 orang sekali pi memang best. Banyak lagi tempat lain kami ja tak dan pi…Tag & share ajak kawan²Nak tau story http://stg.libur.com.my/kenyir/#libur #kenyir #kelah #houseboat #terengganu #dekatje

Posted by Majalah Libur on Thursday, 21 September 2017

 

Houseboat dinaiki baru saja disewa 30 orang dari team korporat lain. Houseboat ni terbaru di Tasik Kenyir; baru 8 kali trip. Segalanya nampak cantik; dari kokpit pemandu, dok depan luas juga tempat makan, dapur luas, empat toilet, ruang karaoke luas dan bilik luas. Ringkasnya cantik dan selesa.

Dari Pengkalan Gawi, houseboat belayar jam 6 petang. Waktu ni view tasik cantik. Tambah pula sunset.

BELAYAR SANTAI NAIK HOUSEBOAT TASIK KENYIR
Start belayar Foto: Apis Joe

Kami menuju kem Sg. Saok. Perjalanan ambil masa 2 jam. Sambil rakam sunset, minum petang disediakan. Hirup kopi dan teh, makan cucur sambil berbual berkenalan sama rakan media, Zul KETENGAH dan Is KKLW, tauke houseboat dan krew lain. Angin sepoi-sepoi bahasa. Layan. Sedar-sedar dah gelap.

BELAYAR SANTAI NAIK HOUSEBOAT TASIK KENYIRSantai berbual hal dunia menuju Sg. Saok. View cantik.    Foto: Apis Joe

Houseboat bergerak secara cruise. Mungkin sekitar 15-20kmj. Yang pastinya, houseboat sangat stabil. Tiada lambungan ombak. Malah di tasik juga air tenang tak seperti laut.

Makanan disediakan memang sedap. Kalau ada yang tak boleh makan makanan tertentu, krew akan masak makanan yang anda mahukan. Lepas dinner, kami berbual-bual kosong dari hal kerja sampailah hal politik, hal ikan, hal misteri air tasik, itu ini begitu begini semualah sedar-sedar dah lewat malam. Minum lagi kopi disediakan. Sambil hirup sambil layan dingin malam. Syahdu.

Ada yang layan karaoke. Macam-macam jenis suara keluar. Paling popular dinyanyikan lagu rock kapak. Biasalah ramai dari zaman 80-an. Nasib baik tak hujan.

BELAYAR SANTAI NAIK HOUSEBOAT TASIK KENYIR
Bilik karaoke luas boh
BELAYAR SANTAI NAIK HOUSEBOAT TASIK KENYIR
Mus, Joe dan Bad panggil hujan turun

Lewat malam kami memancing ikan. Waktu 1-3 pagi banyak ikan baung. Kami tak bernasib baik. Seekor baung sahaja naik. 

IKLAN
BELAYAR SANTAI NAIK HOUSEBOAT TASIK KENYIR
Memancing lewat malam buru baung

Bagi saya, aktiviti paling best atas houseboat ialah mandi dan tidur malam. Air pancut sejuk dan kuat. Betul-betul atas kepala. Mencurah deras. Malam hari pula cuaca sejuk dan tiada nyamuk. Tambah pula sunyi sepi. Berlabuh di kem sungai Saok, boleh dengar bunyi air terjun. Tingkap dibuka habis luas. Kalau rasa tak selesa, boleh labuhkan tirai. Letak je kepala terus tidur. 

Menurut Haji Kamal pemilik houseboat ini, kos sebuah houseboat sekitar RM400,000. Ini houseboat kedua dimiliki. Banyak dugaan ditempuhi dalam bisnes ni, tapi dengan semangat cekal, Haji berazam beri yang terbaik kepada pelanggan. Itu kami nampak jelas pada layanan mesra dan baik.

Pakej 2H 1M, seorang RM250 dengan 20 orang minimum manakala 3H 2M RM400 seorang dengan 20 orang minimum. Maksimum houseboat seramai 30 orang. Ada juga houseboat lebih besar mampu muat hingga 80 orang.

Sepanjang trip anda akan dibawa ke spot menarik seperti Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Gua Bewah, Gua Taat, Taman Herba, Santuari Ikan Kelah, Taman Tropika, Taman Rama-rama, dan lain-lain bergantung pada pakej. Anda juga boleh berkayak dan terjun ke tasik namun mesti pakai vest sebab dalam. 

Tasik Kenyir paling dalam sekitar 200m mungkin lebih bergantung pada musim hujan.


Santuari Ikan Kelah

Selepas subuh, saya Ong dan Joe cuba dapatkan time lapse sunrise. Kami tak dapat rakam matahari namun cukup dapat lihat cahaya naik yang sangat cantik.

BELAYAR SANTAI NAIK HOUSEBOAT TASIK KENYIR
Sunrise dari Sg Saok     Foto: Apis Joe

Houseboat bergerak ke Sg. Petang. Kami ke santuari Ikan Kelah Lubuk Kejor. Perjalanan sekitar 2 jam untuk ke sana dari Sg. Saok. Kalau naik bot laju dari pengkalan Gawi sekejap saja dalam 40 minit.

BELAYAR SANTAI NAIK HOUSEBOAT TASIK KENYIR
Pos Kawalan Santuari Kelah

Di Sg. Petang, houseboat berlabuh di Pos Kawalan  Santuari Kelah dan kami naik bot kecil dalam 10 minit ke bahagian dalam. Dari sini trekking sejauh 1.7km ke Lubuk Kejor. Trekking dalam 45 minit lalui jambatan gantung merentasi spot ikan kelah merah. View ni sangat ohsem.

BELAYAR SANTAI NAIK HOUSEBOAT TASIK KENYIR
Trekking lalu hutan cantik
BELAYAR SANTAI NAIK HOUSEBOAT TASIK KENYIR
Jambatan gantung seberang sungai. Bawah tu banyak kelah merah

IKLAN

Di Lubuk Kejor, dari atas dah nampak sungai yang penuh dengan ribuan ikan kelah! Seorang diberi 2 plastik palet ikan untuk diberi makan.

BELAYAR SANTAI NAIK HOUSEBOAT TASIK KENYIRBELAYAR SANTAI NAIK HOUSEBOAT TASIK KENYIR
Kelah jinak. Ada sebesar lengan.   Foto: Apis Joe

Kelah sini sangat jinak. Hanya lalu diatas boya terapung ikan dah berkerumun datang, macam tahu je nak diberi makan. Celup saja tangan, kelah dah mula sedut tangan. Kelah sedut makanan jadi tak bahaya langsung.

BELAYAR SANTAI NAIK HOUSEBOAT TASIK KENYIR
Punya banyak ikan kelah. Nak berenang pun susah     Foto:Bad

Ada kawasan yang ditanda boya, selepas boya air sangat dalam dan berwarna gelap sebab banyak daun mati terkumpul di dasar. Saya cuba berenang bahagian dalam memang dalam dan agak sukar berenang sebab ikan kelah berkerumun keliling!

Air sejuk dan gelagat kelah berebut palet jadi terapi stress. Kelah hidup di air bersih dan mengalir. Kelah sini paling banyak kelah hitam sekali sekala ada kelah merah. Ikan kelah sini tak bau hanyir. Mungkin sebab air bersih.

BELAYAR SANTAI NAIK HOUSEBOAT TASIK KENYIR
Kelah liar merah. Kelah paling berharga      Foto: Zul KETENGAH

Kelah raja ikan air tawar kerana isi yang lemak sedap. Kelah hitam hidup sekilo cecah RM300 ke atas, manakala kelah merah hidup pula cecah RM1000 sekilo!

Santuari ni tutup 31 Oktober dan buka semula sekitar Mac setiap tahun. Ini bagi elakkan air deras dan berwarna teh tarik waktu tu. Kalau datang juga memang tak nampak ikan. Jadi rancang trip anda.

Taman Herba
Balik semula ke houseboat. Sambil lunch, houseboat bergerak ke Taman Herba.Terletak di Pulau Sah Kecil dengan luas 15.84 hektar, taman ini ada 26,000 pokok herba dari 230 spesis. Setiap pokok ditanda nama dan sangat padat dengan pokok herba.
 

BELAYAR SANTAI NAIK HOUSEBOAT TASIK KENYIR
Tongkat Ali, mahkota dewa dan kacip fatimah
BELAYAR SANTAI NAIK HOUSEBOAT TASIK KENYIR
Penerangan herba

IKLAN

Ada pondok kecil Pondok Harmoni, tempat herba dimasak. Kami diberi penerangan tentang tongkat ali, kacip fatimah dan mahkota dewa. Herba dimasak dalam pot tanah liat guna unggun kayu sebagai api bakar.

Air tongkat ali sangat kelat dan pahit, kacip fatimah pula macam teh cina dan mahkota dewa payau air masak.

Semua herba ini baik untuk kesihatan. Kalau nak result yang baik, perlu minum selalu.

Festival Kenyir 2017
Houseboat kembali ke Pengkalan Gawi dan berlabuh. Malamnya kami bantu hias houseboat bagi acara houseboat berhias. Bendera dan lampu dipasang. Houseboat jadi makin meriah.

Kemudian BBQ pula. Ikan siakap bakar, kambing bakar, dan lain-lain dihidangkan. Sambil makan, juri houseboat berhias datang dan join kami makan. Houseboat kami naiki dapat saguhati, tapi houseboat satu lagi milik Haji Kamal menang tempat pertama. Dapat RM3000. Masyukkk haji.

BELAYAR SANTAI NAIK HOUSEBOAT TASIK KENYIR
Haji Kamal menang houseboat paling cantik

Di darat, persiapan Festival Kenyir 2017 sedang giat. Malam itu meriah dengan sound check lagu. Dah macam konsert. Lepas makan ada yang menonton movie, ada yang berbual, ada juga yang update gambar dan status di FB dan Insta. Line phone dah ada time ni. Tak kuat tapi OK la.

Pagi 14 September, Festival Kenyir dirasmi YAB Dato’ Seri Hj Ahmad Razif Abdul Rahman, MB Terengganu. Festival tahunan ni sasar 60,000 pengunjung. Festival berlangsung 3 hari. Lebih 30 aktiviti yang ada.

BELAYAR SANTAI NAIK HOUSEBOAT TASIK KENYIR
YAB Dato’ Seri Hj Ahmad Razif Abdul Rahman disambut dengan sembah silat

Ia anjuran KETENGAH (Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah) sejak 2011 dan berjaya promosi Tasik Kenyir pada penduduk tempatan dan luar dengan aktiviti seperti Monsun Casting, International Triathlon dan banyak lagi.

2006, seramai 60,000 pengunjung, pada 2016 sahaja sudah 700,000 pengunjung ke Tasik Kenyir.

Tengahari itu, Pengerusi Besar KETENGAH, Tuan Haji Omar Ismail sudi luang masa bersama media di houseboat . Pelbagai soalan ditanya dan perbincangan santai dapat kami buat. Kemudian kami bersiap dan sedia untuk balik KL.

BELAYAR SANTAI NAIK HOUSEBOAT TASIK KENYIR
Pengerusi Besar KETENGAH, Tuan Haji Omar Ismail sporting layan soalan dari Ali dan Bad. Mus & Ong sibuk rakam video dan gambar

BELAYAR SANTAI NAIK HOUSEBOAT TASIK KENYIRGambar kenangan dengan Tuan Haji Omar Ismail, Haji Kamal, pegawai penting KETENGAH dan rakan media   Foto: Apis Joe

Bagi yang sukakan memancing,nature, ikan kelah, dan houseboat Tasik Kenyir tempat yang sesuai bagi anda. Sure best lah!

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI