Industri paling tua di Kuala Sepetang, penghasilan arang daripada kayu bakau bukan sahaja rumit tetapi memerlukan kepakaran tenaga kerja yang rumit, unik dan mencabar. Proses pembakaran kayu bakau di dalam dapur atau relau dibahagikan kepada tiga peringkat dan memakan masa kira-kira sebulan. Ianya bukan mudah seperti mengambil ranting kayu dan dibakar sehingga menjadi arang sepertimana kita biasa buat untuk membakar ayam dan sebagainya.
Untuk peringkat pertama dan kedua, kedua-duanya bermula dengan pembakaran api besar dan api kecil selama 20 hari sebelum dapur berbentuk iglu itu ditutup sepenuhnya selama 10 hari lagi untuk proses penyejukan.
Ads
Di sepanjang tempoh itu, untuk peringkat ketiga iaitu untuk proses penyejukan merupakan masa paling kritikal dan perlu dikawal rapi bagi memastikan arang di dalam relau tidak terbakar menjadi abu.
Ads
Memasak arang bukan suatu kerja yang mudah kerana pembakaran perlu dikawal 24 jam sehari bagi memastikan tiada kebocoran pada dinding relau. Jika ada kebocoran yang tidak disedari, kayu yang ada sebanyak 10 tan di dalam relau boleh terbakar sehingga menjadi abu dan boleh mengakibatkan kerugian sehingga lebih RM10,000. Selain pembakaran di relau yang memakan masa yang panjang, kerja-kerja mengangkut kayu bakau merentasi laut dan sungai dari tapak penebangan ke kilang arang juga merupakan antara tugas yang mencabar.
Arang kayu bakau yang dihasilkan di Kuala Sepetang mempunyai kualiti antara yang terbaik di dunia dan mendapat sambutan tinggi di Jepun, Arab dan Korea. Selain menjadi bahan bakar, arang juga digunakan di dalam industri pembuatan barangan kosmetik, bahan pencuci, baja, ubat nyamuk dan batang cerucuk. Permintaan terhadap arang amat tinggi tetapi pengeluaran arang adalah dikawal oleh Jabatan Perhutanan Perak kerana ada had penebangan hutan bakau. Sumber : Orang Perak
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Di antara sektor yang cukup terjejas sepanjang penularan wabak COVID-19 ialah industri hiburan seperti panggung wayang dan juga persebahan pentas yang dilakukan secara langsung.
Beberapa hari lalu pengusaha panggung wayang di negara kita telah membuat rayuan terbuka kepada kerajaan untuk membuka semula operasi mereka. Dan hari ini berita baik telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri terutamanya buat negeri di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menerusi kenyataannya pada hari ini, Perdana Menteri menyeru mana-mana pihak yang terlibat di dalam pembukaan semula sektor ini untuk sentiasa mengabil langkah tegas serta proaktif dengan mengikuti prosedur atau SOP yang selamay. Jelasnya lagi, ia adalah bagi persediaan negara ke fasa endemik yang dijangka pada penghujung Oktober tahun ini.
TGV Cinemas di antara pengusaha panggung wayang yang menyambut baik perkembangan terbaru ini. Menerusi kenyataan medianya, TGV Cinemas menggariskan beberapa SOP perlu diikuti oleh pengunjung.
– Hanya individu yang lengkap vaksinasi sahaja dibenarkan untuk memasuki premis. Mereka hanrus menunjukkan sijil vaksinasi digital sebagai bukti. Vaksinasi lengkap bermaksud 14 hari selepas dos 2 (Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac), manakala 28 hari untuk dos tunggal bagi vaksin Jonhson & Johnson dan Cansino.
– TGV juga akan beroperasi pada kadar 50% kapasiti dengan mengamalkan penjarakan sosial di dalam panggung serta mewajibkan hanya penonton berusia 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan masuk.
Selain itu Perdana Menteri turut menggariskan lapan perkara penting bagi beberapa sektor industi seni kreatif yang dibenarkan beroperasi dan dilonggarkan.
1. Pembangunan dan tayangan kandungan kreatif sama ada rakaman atau siaran langsung.
2. Bagi program dengan penonton secara rakaman atau siaran langsung, hanya 30% kapasiti dibenarkan dengan kesemua penonton lengkap vaksinasi.
3. Penggambaran dalam dan luar studio dibenarkan untuk mereka telah lengkap vaksinasi.
4. Busking untuk indoor dibenarkan untuk individu lengkap vaksinasi.
5. Persembahan di perkarangan hotel dibenarkan untuk individu lengkap vaksinasi.
6. Persembahan pentas seperti teater dibenarkan untuk mereka lengkap vaksinasi dengan 30% kapasiti penonton.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Gunung Agung di Bali, Indonesia sekali lagi meletus pada pukul 3.21 pagi sehingga menghasilkan abu panas setinggi 5.1km dari aras laut.
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) melaporkan abu panas tebal berwarna kelabu itu condong ke arah barat daya.
Letusan ini direkodkan menggunakan kaedah seismogram dengan amplitud maksimum 25 milimeter dan berlangsung selama kira-kira 2 minit 55 saat.
Agensi itu juga memberitahu bahawa Gunung Agung kini berada dalam keadaan tahap tiga atau bersiap sedia.
PVMBG meminta masyarakat, pendaki, atau pelancong tidak berada di kawasan Gunung Agung dan tidak melakukan apa-apa aktiviti atau pendakian di dalam kawasan Zon Bahaya iaitu seluruh kawasan dalam radius 4km dari kawah puncak Gunung Agung.
Tahun lalu, Gunung Agung pernah menggemparkan penduduk apabila memuntahkan abu dan lava panas sebelum kembali reda.
Selain melakukan aktiviti senaman, anda boleh membawa seisi keluarga anda untuk beriadah sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam semula jadi.
Tourism Selangor menyenaraikan 8 tempat rekreasi untuk anda kunjungi di Negeri ini serta meneruskan gaya hidup sihat!
Taman Tasik Shah Alam terletak berdekatan dengan tarikan popular di Shah Alam iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz atau dikenali dengan Masjid Biru. Taman Tasik Shah Alam menawarkan hiasan landskap yang sangat indah dan menghijau, yang berkeluasan lebih dari 43 hektar serta telah direka oleh arkitek landskap terkenal, Fumiaki Takano.
Taman awam pertama yang dibuka di Negeri Selangor pada tahun 1985 ini sudah menjadi habitat kepada hidupan air tawar. Keluasan dan keindahan seperti ini akan memberi ketengan kepada anda untuk melakukan aktiviti senaman atau berjoging apatah lagi di pagi hari.
Ramai yang menyukai tempat ini, Maya Park Eco Ardence yang terletak di Bandar Setia Alam ini. Dengan ruang terbuka dan sangat luas, tempat rekreasi ini sering menjadi pilihan pengunjung bagi menyaksikan pemandangan matahari terbenam, diiringi suasana tasik yang tenang.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini, antaranya adalah berjoging dan berbasikal di trek yang mengelilingi tasik tersebut. Sekiranya anda tidak mempunyai basikal, jangan risau kerana anda boleh menyewa basikal di sini!
River Track Cycle Park terletak di Klang, merupakan kawasan yang dikelilingi kehijauan yang memberikan ketenangan minda, badan dan jiwa. Nikmati panorama hutan bakau semula jadi yang berfungsi untuk meningkatkan persekitaran yang sihat dan lestari.
Laluan sepanjang 1.8 kilometer di tebing Sungai Chandong Besar adalah tempat yang sesuai untuk berjoging. Nikmati juga aktiviti berbasikal di trek sepanjang 3 kilometer yang dikelilingi dengan pemandangan yang menarik. Persekitaan yang tenang ini akan menjadikan pengalaman berbasikal dan berjoging anda tentunya lebih menyeronokkan!
Elmina Central Park terletak di Bandar Elmina di Shah Alam, kira-kira setengah jam pemanduan dari Kuala Lumpur. Trek joging dan berbasikal yang dibuka kepada umum terletak di pintu masuk Bandar ini untuk pengunjung yang datang dari Guthrie Corridor Expressway.
Selain aktiviti senaman, anda juga boleh membawa anak anda untuk bermain di taman permainan dan berjalan di kawasan pejalan kaki sambil menikmati pemandangan yang cukup indah!
Habiskan waktu pagi anda dengan bersenam di taman ini kerana ianya menenangkan di samping memberi keselesaan kepada anda untuk melakukan aktiviti senaman mahupun riadah bersama keluarga.
Di sini anda boleh berjoging sambil melihat keindahan tasik yang sangat luas, seluas pemandangan sambil menghirup udara segar. Trek joging dan berbasikal yang sangat luas ini akan memberi keselesaan kepada anda seisi keluarga. Bukan itu sahaja, anda juga boleh berkelah di tepi trek tersebut!
Terletak di pinggir Bandar Ara Damansara, taman rekreasi ini memiliki pelbagai kemudahan termasuk gelanggang badminton, bola keranjang dan taman permainan. Ara Damansara Park yang menawarkan trek joging sepanjang 1.9 kilometer akan memberikan kepuasan untuk anda bersenam mahupun berbasikal. Selain itu, ramai pengunjung yang membawa anak kecil mereka untuk bermain di taman permainan yang telah disediakan di sini.
Dragonfly Park ini terletak di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam. Ianya merupakan sebuah lokasi yang sangat cantik untuk melalukan aktiviti riadah di waktu petang. Taman awam ini bakal memukau anda dengan pemandangan kawasan padang yang luas dipenuhi dengan kehijuan dan kawasan rumah urban yang sangat cantik.
Laluan trek joging nya mungkin tidak sepanjang trek-trek taman awam yang lain, namun ia tetap memberi kepuasan, di samping anda dapat menikmati keindahan sekeliling. Taman yang tidak terlalu ramai pengunjung ini sesuai sekiranya anda ingin membawa anak kecil untuk berbasikal di persekitaran Dragonfly Park ini.
Terletak di lokasi yang sangat strategik, anda boleh pergi ke sini dengan menaiki pengangkutan awam iaitu LRT dan turun di Stesen Taman Jaya. Taman rekreasi ini merupakan sebuah lokasi yang popular dalam kalangan penduduk Petaling Jaya untuk melakukan aktiviti berjoging dan beriadah.
Taman yang tenang suasananya dan dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok dan sebuah tasik yang cantik ini juga menjadi tempat anak-anak muda meluangkan masa mereka bermain skateboard.
Tidak kira di waktu pagi mahupun petang, lazimnya ramai yang meluangkan masa dengan melakukan aktiviti yang menyihatkan seperti bersenam, berjoging dan berbasikal di taman-taman awam dna tempat rekreasi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebelum bercuti, ramai lebih fokus pada pakaian, pasport dan tiket penerbangan. Namun, ada beberapa barang harian yang nampak biasa tetapi sebenarnya boleh menimbulkan masalah...