Ads

Lanternverse 2026 Di Genting SkyWorlds, Ada Lantern Parade, MoonBunny & Night Rides

Kalau anda mencari aktiviti malam yang lain daripada biasa sepanjang September ini, boleh masukkan Lanternverse 2026 di Genting SkyWorlds dalam senarai.

Bersempena sambutan Mid-Autumn Festival, Lanternverse 2026 menawarkan pengalaman taman tema selepas matahari terbenam dengan suasana penuh cahaya, permainan terpilih pada waktu malam, persembahan serta perarakan tanglung.

Lanternverse 2026 Di Genting SkyWorlds, Ada Lantern Parade, MoonBunny & Night Rides
gambar rasmi Lanternverse 2026 Kredit Foto: Resorts World Genting / websites

Malah, ini merupakan pengalaman taman tema malam pertama Genting SkyWorlds, jadi suasananya pasti berbeza berbanding kunjungan biasa pada waktu siang.

Lanternverse 2026 Berlangsung Sehingga 26 September

Lanternverse 2026 berlangsung pada tarikh terpilih iaitu 3, 4, 5, 11, 12, 15, 18, 19, 25 dan 26 September 2026, dari 7 malam hingga 10 malam.

Setakat 18 September, masih ada empat tarikh untuk anda merancang kunjungan iaitu 18, 19, 25 dan 26 September 2026.

Kemasukan terakhir adalah pada 9 malam, manakala tempahan tiket hanya tersedia pada hari acara dari 4.30 petang hingga 9 malam.

Cuba Night Rides Di Tiga Zon

Salah satu tarikan utama Lanternverse tentunya peluang untuk menikmati permainan taman tema selepas gelap.

Permainan terpilih dibuka pada waktu malam di sekitar Central Park, Liberty Lane dan Andromeda Base. Bayangkan suasana Genting Highlands yang sejuk pada waktu malam sambil menikmati permainan dengan pemandangan taman tema yang diterangi cahaya.

Lanternverse 2026 Di Genting SkyWorlds, Ada Lantern Parade, MoonBunny & Night Rides
gambar rasmi Lanternverse 2026 Kredit Foto: Resorts World Genting / websites

Bagaimanapun, ketersediaan permainan tertakluk kepada keadaan cuaca dan keperluan operasi atau penyelenggaraan. Permainan juga boleh ditutup tanpa notis awal.

Pengunjung perlu mempunyai ketinggian minimum 100cm untuk menikmati permainan yang disediakan sepanjang Lanternverse.

Ads

Jumpa MoonBunny Di Liberty Lane

Bawa anak-anak? Jangan lepaskan peluang bertemu karakter MoonBunny di Liberty Lane.

MoonBunny merupakan dunia karakter yang menampilkan sekumpulan arnab berwarna-warni iaitu PING, ZOOSIE, ZINK, TIKA dan MOJO.

Lanternverse 2026 Di Genting SkyWorlds, Ada Lantern Parade, MoonBunny & Night Rides
gambar rasmi Lanternverse 2026 Kredit Foto: Resorts World Genting / websites

Sesi Meet & Greet with MoonBunny berlangsung pada 7 malam dan 9.15 malam, jadi bolehlah masukkan waktu ini dalam itinerary jika mahu bergambar bersama karakter comel berkenaan.

Ada MoonBunny K-Pop Dance Performance

Bukan sekadar sesi bergambar, MoonBunny turut tampil dengan persembahan tarian khas.

MoonBunny K-Pop Dance Performance berlangsung di Liberty Lane pada 7.10 malam, menampilkan persembahan tarian dengan muzik rancak untuk memeriahkan suasana malam.

Selain itu, pengunjung juga boleh bertemu Stilt Walker di sekitar Studio Emporium Water Fountain pada 7 malam dan 9.15 malam.

Ads

Meriahkan Malam Dengan Lantern Parade

Sesuai dengan tema Mid-Autumn Festival, antara acara yang tidak patut dilepaskan ialah Lantern Parade.

Perarakan tanglung ini berlangsung di Studio Emporium Water Fountain pada 7.45 malam dan 8.30 malam.

Lanternverse 2026 Di Genting SkyWorlds, Ada Lantern Parade, MoonBunny & Night Rides
gambar rasmi Lanternverse 2026 Kredit Foto: Resorts World Genting / websites

Kalau nak turut serta dalam perarakan, pengunjung boleh mendapatkan tanglung di beberapa lokasi seperti Studio Emporium, Galaxy Store, Freedom Shop, ESD Exchange dan Redwoods Trading Post.

Jadual persembahan bagaimanapun tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.

Tiket RM38 Untuk Warganegara Malaysia

Harga tiket Lanternverse 2026 ialah RM38 untuk warganegara Malaysia, manakala tiket untuk bukan warganegara berharga RM88.

Ads

Selepas mendapatkan tiket, pengunjung perlu menebus wristband di Kaunter Tiket Genting SkyWorlds sebelum memasuki taman tema.

Ada juga harga istimewa RM33, iaitu penjimatan RM5 daripada harga biasa, apabila pengunjung membeli item terpilih pada hari yang sama.

Antaranya termasuk Flavours of Genting Mooncakes, cenderahati taman tema, Skytropolis Indoor Theme Park 1-Day Unlimited Ride Pass atau Genting SkyWorlds Theme Park Standard 1-Day Ticket. Tawaran ini sah untuk pembelian pada hari yang sama dan perlu ditebus di kaunter tiket.

Makan & Shopping Pun Ada

Tak perlu risau kalau lapar ketika berjalan menikmati Lanternverse kerana menurut Resorts World Genting, terdapat juga outlet makanan dan minuman serta gerai cenderahati yang dibuka sepanjang acara berlangsung.

Jadi selain mencuba permainan dan menonton persembahan, bolehlah berehat seketika sambil mencari makanan atau membawa pulang cenderahati.

Info Ringkas Lanternverse 2026

Lokasi: Genting SkyWorlds Theme Park
Tarikh: 3, 4, 5, 11, 12, 15, 18, 19, 25 & 26 September 2026
Waktu: 7 malam – 10 malam
Kemasukan terakhir: 9 malam
Tiket warganegara Malaysia: RM38
Tiket bukan warganegara: RM88
Harga istimewa: RM33 dengan pembelian item terpilih pada hari sama
MoonBunny Meet & Greet: 7 malam & 9.15 malam
MoonBunny K-Pop Dance: 7.10 malam
Lantern Parade: 7.45 malam & 8.30 malam

Perlu diketahui juga bahawa Rainy Day Guarantee dan Virtual Queue (VQ) Reservations tidak terpakai untuk Lanternverse 2026. Operasi permainan pula bergantung kepada keadaan cuaca dan ketersediaan pada hari kunjungan.

Jadi kalau anda belum ada rancangan untuk hujung minggu September ini, Lanternverse 2026 boleh menjadi idea short getaway ke Genting Highlands. Bukan selalu dapat menikmati suasana Genting SkyWorlds pada waktu malam, lengkap dengan night rides, karakter MoonBunny dan kemeriahan Lantern Parade di bawah udara sejuk Genting Highlands.

Tip Libur: Datang lebih awal untuk urusan tiket dan penebusan wristband supaya anda mempunyai lebih banyak masa untuk merancang permainan serta mengejar jadual persembahan yang bermula seawal jam 7 malam.

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Jom Kita Travel

5 Port Healing Bersama Alam Sekitar Semenanjung Malaysia, Sesuai Untuk ‘Escape’...

Cari port healing Semenanjung Malaysia untuk escape hujung minggu? Ini 5 penginapan menarik dikelilingi alam yang sesuai untuk short getaway.