
Nak minum air tebu manis yang segar dari ladang sambil menjamu mata dengan pemandangan sawah padi yang hijau dan indah? Laman Tebu Aidil Sungai Besar tempat yang korang kena terjah.
Layan pula air tebu ketika hari panas memang best. Kalau nak lagi fresh mungkin boleh terus kunyah sendiri tebu yang ada. Segar dan ditapis sempurna, air tebu kat sini memang perfect rasanya.
Selain rasa yang memang terbaik, suasana kat sini juga tak kurang hebatnya. Nikmati udara segar dan pemandangan luas sawah padi. Dikelilingi pokok tebu yang ditanam selari dalam satu barisan, lepas dah minum boleh terus ber-OOTD atau bergambar sampai puas. Tapi kalau nak dapat banyak angle kena datang awal kerana tempat ini selalu dipenuhi dengan pengunjung terutamanya pada hujung minggu.
Tak lengkap lah kalau hanya minum kan? korang yang datang sini juga boleh menikmati makanan lain seperti kepak ayam madu, laksa, nasi lemak, chicken chop dan banyak lagi. Harga memang berpatutan dan rasanya sedap.
Boleh bawa keluarga atau nak we time dengan BFF kat sini. Ambil gambar sampai puas sambil nikmati keenakan air tebu dan juga makanan lain yang ada. Syokk oooo!
Alamat: Laman Tebu Aidil & Aidil Orked, Parit 3 1/2 Sg Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor
Khamis-Isnin (11.30 pagi – 7.00 petang)
Tutup: Selasa & Rabu
Kredit: FB Tourism Malaysia
Pakai TOPI untuk OOTD baru onz…gambar cantik dan boleh lindungi daripada cuaca panas!
4 Lokasi Minum Kopi Sedap Air Tangan Orang Kita Jadi Kegemaran Ramai

Bagi sesetengah individu, minuman berkafein seperti kopi dianggap sebagai pelengkap rutin seharian.
Amalan pengambilan minuman sebegini sebenarnya bertujuan menghilangkan rasa mengantuk ketika perjalanan jauh, atau ketika ingin mengulang kaji pelajaran. Begitu juga apabila membabitkan kerja syif malam mahupun berjaga lewat malam, minum kopi membantu menyegarkan hari-hari anda.
Jika anda peminat kopi dan mencari lokasi istimewa untuk bersantai bersama teman-teman atau hanya ingin menghabiskan masa seorang diri, ini port minum kopi yang dicadangkan.
- Drinka Ipoh, Perak
Di Malaysia walaupun masih baru namun menampakkan pertumbuhan positif apabila banyak kafe hipster tumbuh bagai cendawan selepas hujan antaranya kafe Drinka, merupakan port penggemar kopi untuk ‘lepak’.
.
Selain menawarkan pengalaman minum kopi yang enak di bandaraya Ipoh, disini juga menyediakan hidangan sampingan seperti pelbagai variasi kek dan donut yang enak berasaskan cita rasa pelanggan. Berkonsep kafe yang lebih santai dan sesuai untuk seisi keluarga, Drinka juga mengetengahkan konsep gaya cafe classic moden art yang menarik. Jika ke sini jangan lupa untuk merakam gambar kenangan disetiap sudut kafe ini.
.
.
- Kopi Manshor, Kuala Pilah Negeri Sembilan
Antara kopi yang terkenal sejak tahun 1957 dicadangkan untuk singgah adalah di Kopi Manshor Kuala Pilah pasti kena dengan citarasa anda! Ada hampir 25 pilihan minuman kopi ditawarkan, namun kopi yang paling istimewa di sini adalah ‘Kopi Power’ sudah berjaya menawan hati ramai. Rupa kopi ini kelihatan sangat pekat, namun tidak pula pahit. Rasa manisnya juga tidak keterlaluan. Pendek kata, kopi yang melimpah luah hingga ke piring ini memang cukup sempurna.
- Kedai Kopi Keretapi, Kluang Johor
Nasi lemak, roti bakar dan secawan kopi di Kluang Rail Coffee atau dikenali Kedai Kopi Keretapi yang wujud dekat sini sejak lebih 80 tahun lalu terletak betul-betul di tepi landasan kereta api masih mengekalkan suasana sama seperti awal dahulu.
Buat peminum kopi tegar, anda boleh berkunjung ke kedai lama yang bercirikan tradisional tanpa dekorasi indah, di samping menawarkan keaslian menu zaman dahulu. Ketika zaman 50-an dan 60-an, kedai ini pernah menghidangkan kopi kole atau teh kole yang dibungkus dalam tin susu sebagai kemudahan kepada orang ramai yang ingin membawa pulang ketika dalam perjalanan di dalam kereta api. Zaman sudah berubah. Tempat yang sama namun situasinya sudah berbeza. Di sini ada 35 meja. Satu meja hanya muat empat orang tetapi waktu kemuncak seperti hujung minggu, boleh muat sehingga 10 orang. Nak merasa duduk bersama orang tidak dikenali, di sini tempatnya.
- Kopi Hutan Bukit Bendera Pulau Pinang
Tidak lengkap percutian ke Pulau Pinang tidak ke Bukit Bendera, destinasi tumpuan pelancong untuk menikmati pemandangan yang indah dari atas bukit. Bukit Bendera atau dikenali sebagai Penang Hill adalah bukit peranginan yang paling tua di Malaysia. Terbaru, tular di media sosial sebuah kafe unik buat penggemar kopi di Bukit Bendera iaitu Kopi Hutan. Untuk ke sini, pelanggan boleh menaiki buggy atau kereta yang berada di Dataran Bukit Bendera secara percuma untuk ke kafe ini. Kewujudan Kopi Hutan sangat menarik kerana terletak di atas bukit yang tinggi dan dikelilingi dengan alam semulajadi pasti buat anda rasa tenang. Kiranya lokasi yang ‘perfect’ untuk bersantai sambil minum kopi Arabica atau teh.
Untuk Peminat Kopi,’Starbucks Reserve’ Pertama Kini Dibuka Di Penang

Khas untuk anda peminat kopi ekslusif di Pulau Pinang!
Starbucks Malaysia membuka kedai Starbucks Reserve yang pertama di Pulau Pinang cawangan ke-12 di Malaysia, di tengah-tengah hab komersial yang sibuk Gurney Plaza. Starbucks kini memberi tumpuan kepada cawangan Starbucks Reserve berikutan minat pelanggan terhadap pengetahuan mengenai kopi yang meningkat dalam era ini.
Cawangan Starbucks Reserve adalah eksklusif, menekankan pendidikan mengenai kopi, selain menjadi satu-satunya tempat untuk pelanggan mendapatkan kopi eksotik yang diimport seperti 'Estate New Guinea Kigabah', 'Nicaragua Dipilto' dan 'Rwanda Abakundawa'.
Semua kopi yang dijual adalah dari ladang oleh Starbucks. Ladang-ladang ini hanya boleh menyokong Starbucks, dan tidak boleh mempunyai banyak cawangan Starbucks Reserve kerana stok kopi tidak akan cukup.
Cawangan itu telah ditukarkan daripada kedai Starbucks yang sedia ada kerana lokasinya yang strategik, suasana yang hebat dan persekitaran kondusif yang disediakan oleh pengurusan Gurney Plaza.
Cawangan baru itu menampilkan dua bar dengan barista diperakui Coffee Masters, menghasilkan minuman dengan teknik bru seperti Siphon, Chemex, Pour-over (tuang dari atas) dan mesin manual espresso Black Eagle dan Nitro Cold Brew (bru sejuk Nitro) untuk mengeluarkan rasa kopi.
Sumber Foto: FB Starbucks Malaysia
Tak Sampai Kelantan La Kalau Tak Try Rasa 10 Makanan Unik Di negeri Cik Siti Wan Kembang!

Kelantan adalah sebuah negeri yang terkenal dengan kekayaan budaya dan tradisi.
Tidak kurang istimewanya seperti negeri lain, negeri Pantai Timur ini juga terkenal dengan makanan unik tradisi dan lokasi best untuk menjamu selera. Boleh dikatakan makanan di Kelantan kebanyakkan sedap dan menarik untuk dicuba.
Jika anda sampai Kelantan, jangan lupa untuk mencuba makanan ini. Selain unik dan sedap, makanan ini cukup susah untuk dijumpai di kawasan lain luar daripada negeri Kelantan. Kalau ada pun, rasanya tidak se'ori' yang ada di negeri Cik Siti Wan Kembang! Ada banyak sebenarnya makanan unik Kelantan, kalau nak rasa kesemuanya tidak cukup setakat sehari dua anda bercuti ke negeri ini.
- Nasi Kerabu
Paling terkenal tentunya nasi kerabu, nasi berwarna biru menggunakan daun bunga telang, dimakan bersama ulam-ulaman dan tumis budu serta daging atau ayam bakar sebagai pelengkap hidangan. Sehingga kini, kerana popularnya nasi kerabu, ia menjadi hidangan bukan sahaja di gerai-gerai tepi jalan tetapi juga diangkat darjatnya dengan dijual di kedai-kedai hipster serta turut sama menjadi menu di hotel-hotel terkenal.
- Nasi Tumpang
Nasi Tumpang antara hidangan yang terkenal dan berasal dari Kelantan. Ia dibungkus dengan daun pisang berbentuk kon. Nasi yang dibungkus mempunyai lapisan berbeza di mana lauknya berada di lapisan lain. Bagi masyarakat Kelantan, hidangan ini digelar Nasi Tupe. Nasi ini dibungkus dengan kemas dan padat di mana isinya terdiri dari telur, serunding, udang atau ikan, sos sambal manis dan timun. Makan ini dahulunya merupakan makanan asas untuk petani di Negeri Kelantan untuk dibawa ke tempat kerja.
- Nasi Manis
Nasi manis ini turut dikenali sebagai wajik. Ia antara salah satu makanan tradisional Negeri Kelantan. Nasi manis diperbuat dari sejenis pulut yang rasanya agak manis dan kebiasannya nasi manis ini di makan begitu sahaja tanpa lauk. Ia mudah didapati di Kelantan terutamanya di warung–warung yang menjual kuih muih pada waktu pagi.
- Mi Segera Ketam Nipah
Yang biasa kita dengar atau jumpa, mi atau bihun sup yang disediakan bersama udang, daging atau ayam. Yang luar biasa, mi segera dimasak bersama ketam. Di Kelantan, terdapat beberapa kedai yang menjual hidangan bersama ketam, kebanyakannya mengunakan ketam laut. Mereka memanggil sajian ini dengan panggilan 'Maggi Ketam'. Agak rare jika ada kedai yang menjual hidangan ini menggunakan ketam Nipah, yang hidup di paya bakau. Jika anda jumpa sila cuba! Berbezanya ketam nipah dan ketam laut biasa, ketam nipah dimasak semasa ia masih hidup, direbus untuk diambil airnya dijadikan sup sebelum dihidang bersama pilihan sama ada maggi, mi kuning atau bihun. Hidangan ini jadi jarang ditemui kerana sukarnya mendapat bekalan ketam nipah.
- Kuih Akok
Kuih akok merupakan kuih tradisi masyarakat Kelantan. Malah, ia juga sangat popular dan sering mendapat permintaan ramai. Dahulu, kuih akok ini dibakar diatas dapur yang menggunakan sabut, disebabkan itu rasanya lebih enak sekali. Di Kelantan sendiri kalau anda pandai mencari kedai ada yang masih menjual akok dibakar secara tradisi.
- Etok Salai
Jika kena pada musimnya, 'Etok' banyak dijual secara meluas di bahu jalan di beberapa daerah di Kelantan. Etok, tidak banyak bezanya dengan kepah atau kerang, cuma saiznya lebih kecil sedikit. Wajib cuba etok jika ke Kelantan kerana kini ia diubah suai pada cara penyediaannya, ditambah perisa seperti masam manis, tom yam, dan BBQ. Bagi orang Kelantan mereka selalunya mencadangkan etok hanya dibakar atau disalai begitu sahaja. Keenakan serta kemanisan etak ini boleh dikagumi.
- Air Asam Perut & Lidah
Penyediaannya agak rumit menjadikannya hidangan yang uni kerana tidak banyak kedai makan yang menjual hidangan ini. Perut dan lidah lembu perlu dibersihkan dengan teliti, jika tidak akan berbau hamis. Menu ini menggunakan sejumlah besar limau nipis dan bawang. Ia wajib dicari jika sampai ke Kelantan dan rasanya dijamin tidak mengecewakan
- Ikan Bekok
Ia bukan ikan masin tetapi ikan yang direndam dalam air bersama garam dan dijemur sebelum digoreng. Ikan ini dijemur sehari sahaja, jika lebih sehari, ia akan menjadi ikan masin. Itu sebabnya dinamakan ikan bekok (ikan yang dibengkak dalam air garam. Hanya beberapa restoran dan kedai makan di Kelantan yang menyediakan menu ikan bekok. Tidak semua ikan sesuai dijadikan ikan bekok. "Paling sedap tentunya ikan gelama, kerana isinya banyak. Tetapi ada juga yang sediakan ikan bekok menggunakan cencaru. Ikan bekok ini sedap digoreng dan dimakan panas-panas bersama nasi yang masih berwap.
- Tahi Itik
Tahi Itik bunyinya agak pelik. Namun, ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik.
- Kerutuk Serati
Kerutuk adalah menu yang agak popular dalam kalangan rakyat Kelantan. Jika melawat negeri ini, anda akan temui pelbagai jenis kerutuk, sebagai contoh kerutuk daging atau ayam. Kerutuk ialah hidangan yang menggunakan rempah khas seperti kari tetapi lebih gelap warnanya disebabkan masa lebih lama diambil untuk menumis selain diletakkan kerisik dan gula merah di dalamnya.
- Ayam Percik Kelantan
Hidangan ayam percik kelihatan sama sahaja. Namun, di negeri Kelantan ini, hidangan ayam percik ternyata agak berbeza. Apa yang membezakan hidangan ini adalah kuah atau sos yang digunakan untuk menyaluti ayam tersebut. Tidak seperti ayam percik yang terdapat di pasaran, ayam percik Kelantan ini mempunyai sos percik berwarna putih serta lebih pekat dan likat.
Jom cuti-cuti Malaysia dan makan-makan di Kelantan!
Image via google | astroawani | rasa| saji