Makan

Layan Pemandangan Ladang Nanas Sambil Makan Kek & Aiskrim. Saudagar Nanas Agrofarm, Semuanya Berasaskan Nanas!

Share

Hujung minggu lazimnya dijadikan waktu untuk keluar makan bersama-sama keluarga atau teman-teman. Bagi yang inginkan kelainan hidangan atau nak makan menu berasaskan nanas bolehlah berkunjung ke Saudagar Nanas Agrofarm yang terletak di Kajang.

Lain daripada yang lain, lokasi ladang nanas yang terletak di kawasan perkampungan ini membuatkan suasananya sangat tenang dan mendamaikan.

Kedudukan ladang yang terletak di lereng bukit juga menyajikan pemandangan indah pengunjung sambil menikmati makanan-makanan yang enak berasaskan nanas.

Selain makanan menggunakan nanas sebagai bahan asas, kafe yang terdapat di sini turut menyediakan menu lain, tapi rugilah kalau tak cuba hidangan-hidangan seperti cheesecake nanas, cheesetart nanas, creampuff nanas, scone nanas, , cupcake nanas, aiskrim nanas, karipap inti nanas, air nanas segar, nasi goreng nanas.

Dah kenyang makan, jangan lupa beli ole-ole pula, ada sos nanas, buah nanas segar dan juga nanas potong untuk terus dimakan.

Dah puas nikmati pemandangan indah ladang nanas, jangan lupa bergambar kat sini sebagai tanda kenangan yang anda dah pernah jejak kaki ke sini.

Alamat: Saudagar Nanas Agrofarm, Lot 3000 Kampung Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor

 

Sumber: FB Surgaroute

 

IKLAN