Makan

Layan View Laut & Nikmati Hidangan Enak Di Kafe Estetik Di Pengerang, Johor. Port Makan Sambil OOTD Paling Hype!

Share

Selain makanan sedap, antara lain adalah lokasi dan juga rekabentuk menarik sesebuah kafe menjadi faktor pemilihan pelanggan yang datang.

Kafe kaca estetik di Johor ini membolehkan anda menjamu selera dengan pemandangan laut yang indah.

Pelbagai hidangan barat untuk anda jadikan pilihan menu bila lepak di sini. Cukup intagrammable kerana setiap sudut yang dihias indah sesuai buat anda merakam gambar OOTD atau kenangan bersama yang lain.

Terletak di Pengerang, Johor, kafe ini menjadi tempat popular di kalangan penduduk tempatan kerana suasananya yang indah terletak di tepi laut.

Kalau ke Johor Bahru dan singgah di Pengerang, jangan lupa ke kafe ini untuk nikmati hidangan enak dan juga pemandangan indah di kafe ini.

Alamat: Yard & Co. Lot 4785, Lorong Siakap 1, Sungai Rengit, Pengerang, Johor, Malaysia

FB: Yard & Co.

 

 

IKLAN