Seronok sebenarnya dapat sambut tahun baharu bersama ‘geng’ atau keluarga tersayang, ini antara acara wajib bagi sesetengah orang yang suka rakam sebagai kenangan.
Bagi anda yang merancang untuk meraikan sambutan tahun baharu 2025, ada lima lokasi menarik buat anda merasa suasana.
Lokasi Sambut Tahun Baharu
Ini sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, jika berada di negeri lain, anda kena ambil tahu sendiri. Jom meriahkan suasana!
1) Dataran Putrajaya, Presint 3
Salah satu lokasi yang menjadi pilihan ramai untuk menyambut tahun baru.
Kali ini, banyak persembahan dan pertunjukan menarik yang disediakan antaranya persembahan kawad senyap Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pertunjukan kereta berhias, persembahan buskers.
Ads
2) the Curve, Mutiara Damansara
Merupakan kolaborasi antara Suria X the Curve, Countdown to 2025 mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik sesuai untuk seisi keluarga.
Terdapat festival makanan, aktiviti kecergasan dan persembahan artis popular tempatan antaranya Dayang Nurfaizah, Ruffedge, Kristal X, Ezra Kairo, Black Hanifah, Iman Troye dan ramai lagi.
Oh ya, penyampai Suria FM seperti DJ Lin, Datuk Fizz Fairuz, Suraya, Kai dan Chiwan pun ada. Acara kemuncak, tentunya countdown sambil menyaksikan pertunjukan bunga api.
Konsert Countdown Meletop 2025 mengetengahkan persembahan artis popular seperti Aina Abdul, Shila Amzah, Dato’ Ramli Sarip, Ayda Jebat, Drama Band, Shiha Zikir, Noki, Khai Bahar, Bunga Isme dan ramai lagi!
Ads
Ini juga inisiatif bagi mengumpul dana khas untuk mangsa banjir. Masuk adalah percuma!
4) The Exchange TRX, Kuala Lumpur
Sambutan countdown tahun ini menjanjikan malam yang luar biasa dengan penampilan artis luar negara dan tempatan seperti Henry Lau (bekas ahli Super Junior-M) dan duo pop Amerika, Capital Cities, Daiyan Trisha, Joe Flizzow, SonaOne dan ramai lagi.
Tidak seperti tahun lepas, tiada tiket diperlukan untuk acara tahun ini Konsepnya, siapa cepat dia dapat!
Ads
Oh ya! Acara ini tidak disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, dan remaja di bawah umur 16 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa.
Acara yang berlangsung di Aras 3, Raintree Plaza, TRX akan diakhiri dengan pertunjukan bunga api.
5) Menara Kuala Lumpur
Bagi anda yang mungkin ingin mencipta sedikit kelainan pada sambutan tahun baharu kali ini, apa kata raikannya di mercu ikonik, Menara Kuala Lumpur.
Acara ‘Quarter Century Celebration‘ ini bukan sekadar menyajikan pertunjukan bunga api pertama sejak 1996, tetapi juga menampilkan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung.
Antaranya pertunjukan bunga api di dua lokasi strategik, Tower Terrace dan Aras TH07, hiburan muzik live, hidangan dan pelbagai lagi. Dengan harga tiket RM88, pastinya pengalaman eksklusif ini menjadi momen yang indah buat anda.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menghitung detik Tahun Baharu 2025 pada 31 Disember nanti bersama insan tersayang di lokasi pilihan ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bila sebut gurun, terlintas di fikiran kita mengenai Gurun Sahara. Ia gurun panas terbesar di dunia selain gurun kedua terbesar selepas Antartika. Namun ketika sebahagian kawasan Gurun Sahara diliputi salji, ia menjadi berita utama di dunia kerana hal ini jarang berlaku.
Selain gurun Sahara, antara yang menarik ialah Gurun Gobi yang terletak di sempadan dua buah negara iaitu China dan Mongolia.
Berikut adalah perkongsian dari penulis John Mohamed di fbnya mengenai keunikan Gurun Gobi.
Gurun Gobi merupakan satu kawasan gurun yang dikongsi oleh dua buah negara, iaitu China dan Mongolia. Gurun ni merupakan gurun yang terbesar di Asia dan kelima di dunia.
Gurun yang berkeluasan 1.2 juta kilometer persegi ini dikenali sebagai kawasan fosil dinosaur. Dekat sini banyak fosil yang hampir lengkap ditemui oleh para pengkaji yang datang.
Malah ada yang menjumpai fosil telur dinosaur serta spesies baru di kawasan gurun tersebut. Selalunya orang akan fikir bila sebut gurun mesti akan ingat keadaan panas.
Tapi dekat gurun Gobi ni musim sejuk kat sini boleh suhunya boleh jatuh di bawah paras beku, iaitu sekitar -40 manakala bila tiba musim panas suhu di kawasan gurun ni boleh cecah sehingga 45 darjah celcius.
Perkataan Gobi diambil dari perkataan orang Mongolia yang bermaksud tempat tiada air. Kawasan gurun ni sebenarnya tidak lah berpasir seperti gurun lain, keadaan dekat sini lebih kepada permukaan yang berbatu.
Bukit pasir yang terkenal di sini dikenali sebagai Khingor, menganjur sejauh 180 kilometer dan ada sesetengah kawasan yang mencapai ketinggian 30 meter. Jadi kalau ada kesempatan melancong, masukkan Gurun Gobi ini sebagai destinasi pelancongan korang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Buat anda yang tinggal di Lembah Klang pastinya sudah tidak asing dengan pusat beli-belah popular, 1Utama Shopping Centre. Namun adakah anda ernah terokainya dengan lebih meluas?
Hadir dengan slogan “It’s All in One”, ia tampil mempromosikan idea membeli-belah dan hiburan kepada para pengunjung di bawah satu bumbung. Selain pengalaman beli-belah, 1 Utama Shopping Centre juga menawarkan pelbagai aktiviti sukan yang menarik untuk para pengunjung. Tidak perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, kerana anda boleh lakukan semuanya di sini! Teruskan membaca untuk ketahui aktiviti manakah yang boleh anda cuba bagi memenuhi debaran adrenalin anda!
Berikut LIBUR kongsikan 5 aktiviti yang kebanyakannya tidak ada dipusat beli-belah yang lain tapi ada di 1Utama Shopping Centre!
1) FlowRider
Rindu nak meluncur tapi tiada masa hendak ke pantai? FlowRider adalah tempat yang sesuai untuk anda asah kemahiran anda dalam sukan papan luncur air.
Bagi sesiapa yang tiada kemahiran meluncur, usah risau kerana tenaga pengajar di FlowRider akan akan mengajar memastikan para pengunjung berpeluang untuk mempelajari kemahiran meluncur yang pastinya mengujakan!
2) WINDLAB Indoor Skydiving
Para pengunjung yang ingin rasai aktiviti eksrem terjun udara atau “skydiving”, bolehlah kunjungi WINDLAB yang terletak di dalam 1 Utama Shopping Centre.
Dahulunya tempat ini dikenali sebagai AirRider Indoor Skydiving, ia menawarkan pengalaman terjun udara pada ketinggian 14,000 kaki kepada para pangunjung. Mereka juga akan dibekalkan dengan peralatan yang lengkap untuk keselamatan seperti sut, topi keledar dan cermin mata.
3) ROLLERWA
Pada yang tidak tahu, Rollerwa adalah sebuah gelanggang aktiviti berkasut roda yang berasal dari Korea. Rollerwa telah dibuka baru-baru ini pada 23 Disember 2021, menawarkan pengalaman yang menyeronokkan!
Di gelanggang ini juga dilengkapi dengan muzik dan lampu yang berwarna-warni untuk memberi keceriaan semasa bermain kasut roda. Para pengunjung boleh membawa kasut roda mereka sendiri, atau boleh menyewa kasut roda di sini. Jika anda minat akan aktiviti berkasut roda dan budaya K-Pop, pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk ke Rollerwa!
4) Morac Go Kart
Morac Go Kart juga baru dibuka pada Disember lepas. Rasa debaran adrenalin dengan melakukan aktiviti go kart di sini. Morac Go Kart menawakan litar yang luas dan suasana yang seronok untuk penonton dan pelumba. Trek sepanjang 420m ini akan memberi kepuasan kepada para pelumba untuk berlumba dengan penuh kelajuan!
5) Saranghae Bridge
Saranghae Bridge merupakan tempat yang tidak memerlukan anda untuk melakukan aktiviti yang ekstrem. Tempat ini sesuai untuk anda bersantai dan menikmati keindahan lampu LED yang cantik terutama pada waktu malam. Di sini juga para pengunjung boleh ‘kunci cinta’ mereka dengan menggunakan mangga dan kuncikan di pagar-pagar yang disediakan. Pada yang suka mengambil gambar dan inginkan suasana romantik, bolehlah singgah ke sini!
1 Utama Shopping Centre terletak di Petaling Jaya, hanya 20 minit perjalanan dari Kuala Lumpur. Banyak lagi aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini selain dari yang disenaraikan di atas. Anda pasti tidak sabar untuk mencuba semuanya!
Kredit: Tourism Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!