Makan

Makan Dengan Tenang Sambil Ditemani Alam Di Restoran Terra Pong, Hulu Langat. Enjoy Thai Food Sedap Tengah-tengah Tasik, Romantik Sangat!

Share

Nak tempat makan yang sedap sambil ditemani alam? Restoran Terra Pong yang terletak di Hulu Langat, Selangor ini menyediakan makanan Thai yang enak dengan suasana restoran yang cukup mendamaikan.

Terletak di Hulu Langat, kira-kira satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur, lokasi restoran ini sangat mendamaikan. Dimiliki oleh pemilik muslim, restoran terapung di atas tasik dan di kelilingi pemandangan hijau dan bukit yang indah, tempat ini bagaikan permata tersembunyi ada di Hulu Langat.

Tenang dan cukup romantis bila menikmati hidangan di sini, bunyi unggas dan cengkerik yang menemani menambahkan lagi keenakan menu yang terhidang. Makanan kat sini memang segar dan dimasak istimewa oleh Chef dari Thailand.

Paling best, sambil tunggu makanan siap, korang boleh pusing-pusing dan jalan-jalan sambil tengok mini aquarium pelbagai jenis ikan.

Selain itu, kemudahan seperti parkir, surau dan tandas juga memang terbaik ada di sini. surau yang besar dapat menampung ramai pengunjung yang datang. Layanan staff dan juga servis yang diberikan juga mesra dan peramah.

Kalau nak makan-makan bersama keluarga atau sambutan hari istimewa bersama pasangan, restoran ini boleh dijadikan destinasi korang. Tempat cantik, makanan sedap, layanan pun mesra.

Restoran TERRA PONG , Lot 679, Pekan Batu Lapan Belas, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi:

Hari selasa – Ahad ( Isnin Cuti)

5 Petang – 10 Malam

sumber: Restoran Terra Pong 

 

 

IKLAN