Ads

Marjeena Cafe, Port Makan & Lepak Menarik Di Parit Buntar! Dari Hidangan Western Hingga Pencuci Mulut

Marjeena Cafe, Port Makan & Lepak Menarik Di Parit Buntar! Dari Hidangan Western Hingga Pencuci Mulut

Kalau bercuti ke Perak, jangan hanya fikirkan Ipoh atau Taiping sahaja. Parit Buntar juga mempunyai beberapa lokasi makan menarik yang boleh dimasukkan dalam senarai food hunting anda, termasuklah Marjeena Cafe.

Terletak di kawasan Pusat Bandar Fasa 2, Parit Buntar, kafe ini menawarkan pelbagai pilihan hidangan daripada masakan tempatan, menu Western, kopi sehinggalah aneka pencuci mulut yang cukup menggoda.

Menariknya, Marjeena Cafe bukan sekadar tempat untuk menikmati makanan, malah boleh dijadikan lokasi santai bersama keluarga atau rakan-rakan selepas seharian berjalan.

Pilihan Menu Banyak, Rambang Mata Nak Pilih!

Salah satu tarikan Marjeena Cafe ialah kepelbagaian menu yang ditawarkan. Pengunjung yang menggemari masakan tempatan boleh mencuba pilihan nasi ayam sambal penyet, nasi ayam buttermilk dan nasi ayam sambal gepuk.

Marjeena Cafe, Port Makan & Lepak Menarik Di Parit Buntar! Dari Hidangan Western Hingga Pencuci Mulut
Marjeena Cafe, Perak Kredit Foto: ikwnzul325 / Threads

Bagi peminat hidangan Western pula, terdapat pilihan pasta seperti spaghetti aglio olio, mac and cheese chicken tenders dan pelbagai lagi.

Jadi, kalau datang bersama keluarga yang mempunyai cita rasa berbeza, tidak perlu pening memikirkan tempat makan kerana terdapat pilihan untuk penggemar nasi mahupun pasta.

Ads

Peminat Kopi Dan Dessert Pun Boleh Singgah

Selain hidangan utama, Marjeena Cafe turut menawarkan aneka minuman seperti latte, cappuccino, matcha dan coklat.

Marjeena Cafe, Port Makan & Lepak Menarik Di Parit Buntar! Dari Hidangan Western Hingga Pencuci Mulut
Marjeena Cafe, Perak Kredit Foto: ikwnzul325 / Threads

Bukan itu sahaja, pilihan pastri dan pencuci mulut juga antara tarikan kafe ini. Croissant, kek dan hidangan manis boleh menjadi pelengkap selepas menikmati makanan utama.

BACA LAGI: Nak Dinner Dengan View KLCC? Tap Room Conlay Di Tingkat 50 Ini Memang Cantik!

Bagi mereka yang sekadar mahu berehat sambil menikmati secawan kopi, kafe ini juga sesuai dijadikan lokasi persinggahan pada waktu petang.

Ads

Suasana Santai, Sesuai Untuk Lepak Bersama Keluarga

Dari segi suasana, Marjeena Cafe mengetengahkan konsep kafe moden dengan ruang makan berhawa dingin dan pencahayaan yang selesa.

Berdasarkan perkongsian pengunjung, dekorasi serta persembahan makanan di sini turut menjadi tarikan kepada mereka yang gemar mengambil gambar untuk media sosial.

Sama ada mahu menikmati sarapan, makan tengah hari atau makan malam, Marjeena Cafe boleh menjadi salah satu pilihan ketika berada di Parit Buntar.

Ads

Singgah Kalau Jalan-Jalan Ke Parit Buntar

Parit Buntar mungkin bukan destinasi pertama yang terlintas apabila merancang percutian ke Perak. Namun, bagi mereka yang gemar meneroka lokasi baharu, bandar ini mempunyai tarikan tersendiri, khususnya dari segi makanan.

Jadi, kalau kebetulan melalui kawasan ini ketika perjalanan ke utara tanah air, bolehlah pertimbangkan Marjeena Cafe sebagai salah satu persinggahan.

Mana tahu, daripada sekadar mahu minum kopi, terus jadi tempat makan kegemaran setiap kali datang ke Parit Buntar!

Info Marjeena Cafe

Lokasi: 26, Jalan Bestari 3, Pusat Bandar Fasa 2, 34200 Parit Buntar, Perak

Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pagi – 11.00 malam

Menu: Masakan tempatan, Western, kopi, pastri dan pencuci mulut

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Jom Kita Travel

Baru Check-In Hotel Atau Homestay? Jangan Terus Baring, Periksa 7 Tempat...

Bila dah sampai hotel atau homestay selepas perjalanan jauh, perkara pertama yang kita nak buat mestilah berehat. Ada yang terus baring atas katil, mandi...