Rumah Tukang Kahar, kediaman seorang tukang kayu yang terkenal dengan seni ukiran dan pembinaan yang unik di Negeri Sembilan suatu ketika dahulu, telah mula dibuka untuk kunjungan orang ramai.
Rumah berusia 140 tahun itu, terletak bersebelahan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti. Tapak asal rumah Tukang Kahar ini terletak di Kampung Tengah, Negeri Sembilan sebelum dipindahkan ke lokasi ini.
Ads
Foto: Sinar Harian
Setiap pelawat yang berkunjung ke sini hanya 15 orang sahaja dibenarkan berada di atas rumah kayu berkenaan pada satu-satu masa.
Waktu lawatan bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Siapa Tukang Kahar?
Tukang Kahar atau nama sebenarnya Kahar Siak Bakhi merupakan seorang tukang kayu dan pengukir yang berasal dari Kampung Tengah. Tukang Kahar mewarisi ilmu dan kemahiran pertukangan daripada bapanya, Siak Bakhi, yang juga bekerja sebagai tukang kayu dan berasal dari Acheh. Seni ukiran yang dihasilkan oleh Tukang Kahar sangat berlainan dengan ukiran milik tukang lain. Oleh kerana hasil tangannya yang unik ini, maka beliau hanya terlibat dalam kerja pertukangan bangunan penting, seperti istana dan masjid dan tidak melibatkan diri dalam pertukangan rumah kediaman, melainkan rumah miliknya sendiri. Ini bagi memastikan kualiti seni ukiran yang dihasilkan tetap terpelihara.
Ads
Foto: Flickr
Disebabkan keunikan hasil pertukangannya, Tukang Kahar diberikan kepercayaan untuk membina Istana Lama Seri Menanti, istana kayu setinggi empat tingkat dengan menggunakan pasak. Istana berkenaan mempunyai 99 batang tiang, termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki dan kerja pembinaan bermula pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1908 manakala kediamannya telah dibina pada tahun 1880-an.
Bila tiba musim cuti, inilah waktunya untuk anda dan keluarga bersuka-ria. Walau apa cara percutian sekalipun, jika tidak melibatkan keseronokan bermain air, apalah maknanya.
Daripada debaran menaiki roller coaster air dan gelongsor yang curam sehinggalah nikmat ketenangan di sungai buatan yang dikelilingi oleh hutan tropika.
Disebabkan begitu hebat sekali penangan taman tema air ini, wujudlah begitu banyak sekali water park yang menarik di negara ni. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat 10 taman tema air yang menarik di sekitar Malaysia.
PENAFIAN: KESEMUA HARGA BAYARAN MUNGKIN BERUBAH DARI SEMASA KE SEMASA
1. The Carnivall Water Park, Kedah
Waktu Operasi:
Isnin hingga Jumaat 11.00am hingga 6.00pm
Sabtu dan Ahad 10.00am hingga 7.00pm
Bayaran:
Isnin hingga Jumaat: Dewasa RM20 / Kanak-kanak, OKU, Warga Emas RM18
Sabtu dan Ahad: Dewasa RM28 / Kanak-kanak, OKU, Warga Emas RM20
Alamat: Persiaran Cinta Sayang, Cinta Sayang Resort, Sungai Petani 08000
2. Wet World Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali hari Rabu 10.00am hingga 6.00pm
Bayaran:
Dewasa 130cm dan keatas RM30 / Kanak-kanak 90cm hingga 130cm RM25 / Kanak-kanak bawah 90cm percuma
Alamat: Taman Tema Air Wet World, No. 3A, Persiaran Dato’ Menteri, Sek.14, 40000 Shah Alam, Selangor
3. LEGOLAND Malaysia Water Park, Johor
Waktu Operasi:
Setiap hari 10.00am hingga 6.00pm
Bayaran:
Online: Dewasa RM104 / Kanak-kanak RM88
Walk-in: Dewasa RM129 / Kanak-kanak RM109
Alamat: 7, Jalan Legoland, Medini, 79250 Nusajaya, Johor
4. Lost World Of Tambun (Lost World Water Park), Perak
Waktu Operasi:
Isnin hingga Jumaat kecuali Selasa 11.00am hingga 6.00pm
Sabtu dan Ahad 10.00am hingga 6.00pm
Bayaran:
Dewasa RM95 / Kanak-kanak, Warga Emas RM88
Alamat: No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
5. Melaka Wonderland Theme Park & Resort, Melaka
Waktu Operasi:
Selasa hingga Jumaat 11.00am hingga 7.00pm
Sabtu dan Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah 9.00am hingga 7.00pm
Bayaran:
Selasa hingga Jumaat: Dewasa RM37.90 / Kanak-kanak RM30.80 / Warga Emas, OKU RM23.70
Sabtu dan Ahad: Dewasa RM42.65 / Kanak-kanak RM36.75 / Warga Emas, OKU RM23.70
Alamat: Taman Tema Melaka Wonderland Resort, Lot 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
6. Kubang Gajah Mini Waterpark Temerloh, Pahang
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat Kecuali Rabu: 2.00pm – 7.30pm
Cuti Sekolah, Sabtu & Ahad, Cuti Umum 9.00am hingga 7.30pm
Bayaran: Dewasa RM10 / Kanak-kanak 2 hingga 12 Tahun RM8 / OKU, Warga Emas RM5 / Kanak-kanak 1 tahun kebawah percuma
Alamat: Waterpark Kubang Gajah, No.1, Taman Awam Kubang Gajah, 28000, Temerloh, Pahang
7. Gold Coast Morib Water Theme Park, Banting, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari 8.00am hingga 7.00pm
Bayaran: Dewasa 12 Tahun dan Keatas RM25 | Kanak-kanak 2 hingga 11 Tahun RM15
Alamat: PT 294, Kawasan Kanchong Laut, Morib Beach, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
8. Escape Waterplay, Penang
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin 10.00am hingga 6.00pm
Bayaran: Dewasa 13 hingga 60 Tahun RM136 / Kanak-kanak 4 hingga 12 Tahun, Warga Emas RM90 / Kanak-kanak 3 tahun dan ke bawah percuma
Info Tiket: Bayaran tiket membolehkan anda mengakses Escape AdventurePlay dan Escape WaterPlay untuk sehari
Alamat: 828, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
9. Waterworld @ I-City, Selangor
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat Kecuali Selasa 11.00am hingga 7.00pm
Sabtu dan Ahad, Cuti Umum 10.00am hingga 7.00pm
Cuti Sekolah 10.00am hingga 7.00pm
Bayaran: RM25
Alamat: Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor
10. Wet World Air Panas Pedas Resort, Negeri Sembilan
Waktu Operasi:
Isnin hingga Jumaat kecuali Rabu 10.00am hingga 6.00pm
Sabtu dan Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah 10.00am – 6.00pm
Bayaran:
Dewasa 130cm dan keatas RM15 / Kanak-kanak 90cm hingga 130cm RM12 / Kanak-kanak bawah 90cm percuma
Alamat: Lot 603, Jln Tampin, Mukim Pedas, Kampung Sungai Batu, 71400 Pedas, Negeri Sembilan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Buat anda yang tinggal di Perak dan mungkin ingin mencari kelainan bila bercuti, pergilah luangkan masa dengan eco-tourism. Tahukah anda Perak kaya dengan pelbagai sumber alam dan juga tawaran aktviti lasak yang menarik?
Dengan kos yang tidak terlalu tinggi dan murah, tawaran yang disediakan di negeri Perak setanding dengan negara luar.
Kali ini LIBUR ingin kongsi 5 lokasi eco-tourism paling gempak di Perak!
RAFTING DI SUNGAI SLIM
Buat anda yang ingin kan cabaran dan adrenali bolehlah melakukan aktviti water rafting di Sungai Slim. Lokasinya yang strategik juga menjadi aktviti sukan air di sini memberikan cabaran tersendiri kepada pengunjung.
JUNGLE FARM DI LENGGONG
Ingin merasaikan kehidupan di pedalaman dan terpisah dari dunia moden? Di sini anda mampu mencari ketenangan dengan alam semula jadi yang cukup luar biasa. Kehidupan dengan cukup minimal serta pengembaraan menarik. Malah, ia pernah dipaparkan menerusi channel Nat Geo!
RONDA KAMPUNG BENG
Kampung Beng terletak di dalam daerah yang cukup indah iaitu Lenggong. Untuk ke Homestay Kampung Bay, anda akan menikmati perjalanan menggunakan perahu atau bot selama 10 minit menerusi Tasik Raban. Di sana, anda akan merasai suasana kehidupan kampung yang sebenar!
GUA TEMPURUNG
Terokai gua semulajadi ini yang dianggarkan berusia lebih 400 juta tahun! Rasai pengalaman berjalan kaki sepanjang laluan disediakan dan menikmati keindahan binaan semula jadi Gua Tempurung.
TAMAN REKREASI GUNUNG LANG
Terletak hanya 5 kilometer dari badar Ipoh, Taman Rekreasi Gunung Lang menjadi lokasi popular untuk pelbagai aktiviti rekresasi melibatkan alam semula jadi. Pernah menjadi lokasi perlombongan bijih timah, taman rekreasi ini merupakan antara khazanah negeri Perak yang tiada nilainya.
Kredit: Perak Tourism
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Waitomo yang membawa maksud ‘aliran yang mengalir ke dalam sebuah bukaan di dalam tanah’ merupakan salah satu tarikan utama New Zealand. Terletak di North Island, New Zealand, perjalanan ke Waitomo mengambil masa tiga jam daripada Auckland dan hanya satu jam perjalanan menaiki kenderaan daripada Rotorua dan Hamilton.
Apa yang menariknya Gua Waitomo ini? Tidak seperti gua-gua lain, Gua Waitomo menjanjikan pengalaman atau harus penulis katakan keajaiban ciptaan Tuhan. Formasi gua yang terbentuk secara semulajadi ini berusia sekitar 30 juta tahun dengan struktur batu kapur unik.
Apa bezanya dengan gua-gua yang terdapat di tempat lain? Satu perkara yang harus diketahui adalah di sini terletaknya satu spesies unik hidupan gua ‘glowworm’ atau nama saintifiknya Arachnocampa luminosa, ulat kalimantang atau juga dikenali sebagai kelemayar yang amat jarang ditemui dan unik yang terdapat hanya di New Zealand.
Ulat kelemayar ini menjana satu bentuk cahaya kalimantang. Ulat ini akan membina sesawang seperti labah-labah untuk memerangkap serangga. Serangga ini menghabiskan jangka hayatnya sebagai larva dan cahaya yang terhasil adalah tindak balas biologi bahan kimia yang terletak pada bahagian ekor dengan oksigen di udara.
Cahaya ini akan menarik serangga kecil yang menghuni gua Waitomo untuk dijadikan makanan. Sistem ekologi gua Waitomo dikatakan sempurna sebagai habitat ulat kelemayar ini.
Pengunjung boleh menikmati pengalaman menakjubkan ini dengan memilih beberapa pilihan pengembaraan, samada menaiki bot melalui aliran air di dalam gua, menjelajah dengan berjalan kaki melalui Gua Ruakuri yang terletak berhampiran atau bagi yang gemarkan pengalaman extrim, pengunjung boleh mencuba ‘Black Water Rafting’ dan bersiap-siap untuk menyusuri aliran air menggunakan tiub pelampung, bersedia untuk basah di dalam gua yang gelap.
Penjelajahan Unik
Bot yang boleh memuatkan sekitar 12 orang pada satusatu masa ini akan dibawa menjelajah Gua Waitomo menyusuri laluan air yang gelap gelita. Jangan risau kerana pengemudi bot-bot ini adalah mereka yang profesional dan arif dengan laluan gua tersebut.
Bagi mereka yang ingin menjelajah Gua Waitomo dengan berjalan kaki pula, pengunjung akan dibawa masuk melalui Gua Ruakuri yang terletak berhampiran dan merupakan sebahagian daripada keseluruhan struktur besar gua-gua di Waitomo.
Di sini pengunjung akan dibawa oleh seorang pemandu arah dan penerangan terperinci dan pengalaman melihat sendiri ulat kelemayar ini secara dekat pasti memberikan sebuah pengalaman baru dan mengujakan.
Bagi mereka yang berjiwa lasak, pastinya ‘Black Water Rafting’ menjadi pilihan utama. Pengunjung akan dibekalkan pakaian kalis air dan tiub pelampung. Penjelajahan unik Gua Waitomo ini bakal membawa pengunjung menyusuri anak-anak sungai yang terbentuk di dalam gua secara berkumpulan sambil ditemani seorang pemandu arah profesional yang informatif, memberi penerangan dan membawa pengunjung melihat habitat ulat ini dari permukaan air.
Semestinya Gua Waitomo menjanjikan sesuatu yang amat berlainan daripada percutian biasa anda. Sesungguhnya alam ini terlalu luas untuk diterokai dan jika anda fikir yang anda sudah melihat semuanya, fikirkan semula.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...