Kuala Pilah, Negeri Sembilan sememangnya antara destinasi percutian terbaik di Negeri Sembilan. Selain terkenal dengan Air Terjun Ulu Bendul yang terletak dalam daerah berkenaan, ada banyak aktiviti lain boleh diteroka di kawasan ini.
Terkini, Pilah Homestay yang terletak di Kampung Parit, Kuala Pilah yang dibangunkan dalam dusun buah-buahan menjadi daya tarikan pelancongan terbaru di daerah ini. Dikongsi dari page fb Negeri Sembilan Best, banyak aktiviti boleh dilakukan ketika menginap di sini.
Baca review lokasi ini oleh admin.
Ingatkan di San Francisco, Amerika tapi gupornya dokek Kuala Pilah, Negeri Sembilan jor. Ala – ala inggeris tu. Umang ai lawa nyer. Teraso macam dokek luar negaro pulak. Mulo-muloulo admin ingat kat USA tapi sebenarnya cumo di Kampung Parit Kuala Pilah sahajo. Hanya 5 minit jer dari Pokan Kuala Pilah.
Sapo yang berminat nak bercuti -cuti ala Inggeris dalam dusun buah-buahan ditemani udara segar dan nyaman serta jauh dari hiruk pikuk kota. Nak tonangkan pikiran. Mehlah ke sini ok. Sesuai untuk kumpulan kecil buek maso ni… Boleh:-
Ads
* Cuti berehat bersama family * Honeymoon * Celebrate Anniversary * Perjumpaan kaum kerabat * Gathering kawan2 * Hari Raya * Transit * Bed & Breakfast
Aktiviti: *BBQ *Berbasikal dalam kobun *Makan buah (time musim yo) *Makan/Tido/Lepak *Temonung Berminat bolehlah menghubungi : Puan Itri Hanif : 012-275 6862 (Call/Whatsapp) (Booking dlu kok ponuh haa)
Ads
Admin pun sempat berbual dengan owner (Puan Itri). Katanya Pilah Kontenastay adalah sebuah kontena dibina dalam sebuah kebun buah- buahan. Kalau musim buah, mehlah datang sini. Boleh makan sampai muak tapi makan kek situ yo.
Macam-macam buah ado, sayur-sayur kampung pun keliling umah potik2 yo. Free jer. Beliau juga bercadang akan membina mini zoo dan sebagainya sebagai tarikan utama tempat ini. So sapo nak ghaso makan Daging Salai Masak Lomak Cili Api Orang Kg kaw -kaw punyo boleh juga ke sini kerana owner sendiri juga menyediakan hidangan tersebut kerana owner adalah pembekal pes masak lomak cili api (Warisan Nismilan).
Ads
Harga pakej sebilik bermula RM85 – RM170. (Dah open to public) – Murah tu!
Menjejakkan kaki ke daerah Sipadan tidak kira berapa ratus kali sekalipun tidak langsung menjemukan. Selain tujuan utama untuk bercuti di pulau-pulau indah atau melakukan aktiviti selaman dasar laut di kawasan ini, ada lagi beberapa perkara menarik yang perlu pengunjung singgah. Antaranya melawat penduduk asal suku kaum di sini iaitu masyarakat Bajau Laut.
Sesiapa sahaja akan tertarik untuk mengetahui lebih mendalam gaya kehidupan orang Bajau Laut ini, selain hanya melihat melalui portal atau akhbar. Kehidupan yang serba kekurangan, tanpa sebarang bekalan elektrik atau bekalan air bersih namun ada senyuman disebalik setiap bibir mereka. Pada siang hari, cahaya matahari terik menemani mereka namun pada malam hari hanya bintang dilangit atau cahaya pelita setia menerangi saban waktu.
Mampu atau tidak masyarakat moden hari ini untuk melalui kehidupan sebegini. Berkeluarga di kawasan laut yang luas dan menginap di dalam sebuah rumah yang kecil dan daif tanpa sebarang keperluan asas yang lengkap?
Sumber Foto: Hak Milik Libur
Sejak bertahun-tahun sehingga kini, suku kaum Bajau Laut tinggal di dalam bot beralaskan lautan (lepa) atau pondok kecil yang tinggi diperbuat daripada kayu atas terumbu karang. Kehidupan mereka bergantung kepada sumber laut semata-mata dengan menangkap ikan, mengutip kupang dan kerang selain memungut mutiara di pulau-pulau terpencil.
Sumber Foto: Hak Milik Libur
Terdapat kira-kira 15 buah rumah di setiap pulau dengan majoriti penduduknya sekitar 100 penghuni yang terdiri daripada warga emas, orang dewasa, remaja, kanak-kanak dan bayi.
Sumber Foto: Hak Milik Libur
Suku kaum Bajau Laut terikat dengan laut dan jarang sekali mereka menjejakkan kaki ke daratan. Ada sumber yang mengatakan jika mereka berada di daratan beberapa hari mereka akan ‘mabuk darat’. Jadi mereka hanya akan turun ke darat atas urusan menjual hasil tangkapan, mendapatkan bekalan air bersih dan sumber kayu sahaja sebelum terus pulang ke penempatan asal di laut.
Sumber Foto: Hak Milik Libur
Bajau laut adalah penyelam yang luar biasa dan hampir kesemua mereka memang dapat menguasai seni menyelam sehingga jauh ke perut laut sambil menahan nafas selama yang mungkin. Ini penting demi menyara keluarga dengan menangkap ikan, udang kara, timun laut dan hidupan laut yang lain.
Sumber Foto: Hak Milik Libur –
Selain bahasa dialek daerah itu, kebanyakan daripada mereka boleh bertutur bahasa Melayu dan ada juga boleh berbahasa Inggeris dengan kefasihan yang biasa. Ini dilakukan demi menjual hasil laut kepada pelancong. Anak-anak kecil juga dilihat ada yang menghafal beberapa baris ayat atau perkataan atau hanya menyebut beberapa perkataan mudah untuk berkomunikasi atau tawar-menawar dengan pelancong.
Sumber Foto: Hak Milik Libur – Ideaktiv
Jika berkunjung ke Pulau Tatangan untuk melihat dengan dekat kehidupan suku kaum Bajau Laut ini, keadaan agak sedikit mencabar kerana penghuninya sedikit agresif. Melihat sahaja bot pelancong menghampiri penempatan mereka, kelihatan kayak dan perahu didayung dengan laju ke arah mereka.
Sumber Foto: Hak Milik Libur – Ideaktiv
Ramai pelancong dan pengujung dilihat sedikit gementar dan terkejut apabila masyarakat bajau laut di sini seolah-olah mengepung bot untuk mendapatkan apa yang dibawa. Ada juga yang terus merampas apa sahaja barang yang ingin diagihkan tanpa memperdulikan permintaan baik si pemberi.
Oleh itu, ada sedikit tip untuk anda agar tidak menunjukkan kesemua makanan atau barang yang ingin diberikan kepada mereka untuk elakkan perebutan yang ‘maha dasyat’. Jaga barang-barang peribadi anda dengan baik agar tidak direntap sesuka hati.
Sumber Foto: Hak Milik Libur – Ideaktiv
Berbeza dengan penduduk Bajau Laut di Pulau Mantabuan atau Pulau Sibuan, kehadiran pelancong lebih selesa apabila berpeluang mendekati mereka dengan lebih selesa untuk bertanya khabar. Penduduknya juga sangat peramah, walau tidak mampu berkomunikasi dengan baik. Ada juga penduduk bajau laut yang bijak mengambil peluang dengan membuka kedai menjual jajan dan minuman kepada pelancong yang singgah ke perkampungan mereka.
Selain daripada senarai yang dinyatakan, ada beberapa lagi lagi perkampungan dan penempatan Bajau Laut disekitar ini yang meneruskan kehidupan seharian dengan aman dan damai bersama komuniti mereka. Antaranya perkampungan suku kaum Bajau di Pulau Mabul.
Sumber Foto: Hak Milik Libur – Ideaktiv |
Namun jauh di sudut hati, penulis sayu dan sedikit sedih melihat kehidupan komuniti ini. Dari sekecil-kecil anak, remaja, golongan ibu hingga ke warga emas masih mengamalkan amalan ‘meminta-minta’ untuk mendapatkan duit dan pelbagai alasan diberikan antaranya lapar. Tidak tahulah sejauh kebenarannya. Tetapi di depan mata penulis sendiri sewaktu bot berhenti di satu pulau yang didiami suku kaum bajau, terdapat sekumpulan anak kecil sedang menghabiskan sisa-sisa makanan pelancong di tepi bot-bot yang sedang tersusun. Habis segala makanan dalam periuk dikikis hingga licin sewaktu mendapat peluang tersebut.
Pastikan sebelum melawat suku kaum bajau laut ini, pengunjung membawa sedikit buah tangan untuk mereka seperti gula-gula, jajan, buah-buahan, pakaian, kain selimut atau alat solekan. Mereka pasti menghargai pemberian kecil anda ini.
Terima kasih Tourism Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Taiping dianugerahkan status bandar warisan dan bandar lestari pelancongan antara terbaik di dunia kerana mempunyai pelbagai lokasi bersejarah dan khazanah tidak ternilai.
Terkini Taiping sekali lagi mencipta nama dengan mencatatkan rekod baru dengan menghasilkan sebuah lukisan mural tiga dimensi terbesar di Malaysia iaitu lukisan Amelia Mary Earhart.
Lukisan mural Amelia Earhart ini menceritakan penerbangan solo wanita pertama merentasi Lautan Atlantik di mana beliau telah singgah untuk mengisi bahan api di Lapangan Terbang Tekkah, Taiping di mana ketika itu ia merupakan lapangan terbang pertama Malaysia pada 20 Jun 1937. Tetapi sejarah mencatatkan beliau telah hilang di lautan Atlantik dan tidak kembali.
Lukisan mural ini mendapat pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records sebagai lukisan terbesar (The Biggest Outdoor 3D Mural Painting) dengan ukuran 14.60 m (47 kaki) tinggi dengan kelebaran 27.44m (90 kaki) dengan keseluruhan keluasan 281.07 meter persegi.
Menurut Perak Today, lukisan mural berkenaan telah siap pada 31 Ogos yang lalu dan ditambahbaik menjadi lukisan 3D di mana kosnya secara 100 peratus ditaja oleh pihak penaja swasta. Dimaklumkan bahawa kos ini berjumlah RM280,000 untuk menghasilkan lukisan sedemikian yang telah dijayakan oleh enam orang pelukis dengan menggunakan tujuh warna yang berbeza iaitu putih, kelabu, light grey, medium grey, dark grey, hitam dan warna emas di mana cat-cat yang digunakan merupakan cat kalis air dan tahan cuaca.
Kalau ke Taiping jangan lupa singgah untuk mengambil gambar kenang-kenagan di sini ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Unik, reka bentuk rumah cendawan dan iglu comel yang berwarna-warni yang terletak di sebuah perkampungan inap desa dan vila di Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka agak menarik perhatian orang ramai.
Bukan itu sahaja, pemilik Leisure Bee Signatur (LBS) Homestay & Villa Specialist itu turut mengetengahkan pelbagai tema menarik yang dijamin bakal mencuri perhatian pengunjung.
Khas untuk anda yang berlibur dalam kumpulan yang besar, boleh ke The Mushroom Villa. Reka bentuk dalamannya sangat luas, selain dilengkapi dengan kolam renang dan taman fantasi lengkap dengan arnab jinak.
Untuk keluarga kecil pula, ada lima unit kamar berkonsepkan cendawan yang berharga serendah RM288 semalam.
Atlantis Villa yang merupakan vila dua tingkat dan enam kamar berbentuk iglu dengan kemudahan kolam peribadi juga antara yang paling laris ditempah.
Perkampungan dunia dasar laut yang tersembunyi itu juga memang berbaloi untuk dihuni oleh keluarga besar. Lukisan moral hidupan laut yang ‘hidup’ akan menambahkan lagi keterujaan terutama untuk kanak-kanak.
Setiap kamar mempunyai tema tersendiri seperti jerung, ketam, ikan paus, sotong dan ikan lumba-lumba.
Binaan kamar kubah yang terdapat pada The Mushroom Villa, Atlantis Villa dan beberapa konsep penginapan lain menggunakan kaedah pembinaan expanded polystyrene yang menjadi perintis projek di Malaysia.
Perkampungan yang terletak berhampiran dengan Kota A’ Famosa itu turut memiliki konsep lain seperti Mamee Dome, Japaneses Lucky Dome, Kitty Wonderland, Wooden House dan 2D Fantastic Villa.
Secara keseluruhan, terdapat lima jenis bilik yang ditawarkan iaitu Caldera, Lava, Volcano, Atlantis dan Thiras.
Ramai yang suka menginap di perkampungan inap desa dan vila di Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka sebab lokasinya strategik.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selepas sekian lama dinanti, LRT3 Shah Alam Line akhirnya mula beroperasi hari ini, Isnin 29 Jun 2026, sekali gus membuka laluan baharu yang menghubungkan...