
Kalau ikutkan tiada masa yang salah untuk melancong ke Vietnam. Tetapi dengan memilih waktu yang sesuai, anda boleh menikmati pengalaman lebih baik.
Masa Terbaik Untuk Melancong ke Vietnam

Berikut adalah panduan mengikut kawasan dan musim:
South Vietnam (Ho Chi Minh, Mekong, dan Sekitar)

Musim panas dan kering (Disember hingga April) sesuai untuk pelancong yang mahu meneroka bandar dan kawasan pedalaman. Tempoh ini mempunyai cuaca yang ideal untuk bercuti.

Musim hujan (Mei hingga November) agak basah, terutama pada waktu tengah hari hingga petang, namun masih sesuai untuk melawat kawasan bandar kerana hujan biasanya tidak berpanjangan.
Central Vietnam (Hoi An, Da Nang, dan Sekitar)

Musim terbaik untuk ke Central Vietnam adalah antara Februari hingga Mei apabila cuaca cerah dan kering. Tempoh ini sangat sesuai untuk bersiar-siar di bandar Hoi An yang bersejarah atau bersantai di pantai Da Nang.

Elakkan lawatan antara Oktober hingga November, kerana ketika itu Central Vietnam mengalami musim taufan, dengan hujan lebat dan angin kencang yang boleh mengganggu perjalanan anda.
North Vietnam (Hanoi, Sapa, Halong)

Musim sejuk (Disember hingga Februari) juga menarik, terutama jika anda ingin merasai suasana sejuk yang lebih segar di Sapa, tetapi suhu boleh turun sehingga di bawah 10°C.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
34 Tip Persiapan Asas Sebelum Berangkat Mengerjakan Haji Atau Umrah

Saban tahun berjuta-juta umat Islam dari serata dunia juga tidak terkecuali rakyat Malaysia akan berkumpul di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan rukun Islam kelima dan yang terakhir iaitu menunaikan haji. Ibadah haji adalah wajib bagi setiap umat Islam yang mampu dari segi tahap kesihatan serta kewangan untuk menunaikannya.
Manakala Umrah pula merupakan ibadat yang wajib dilakukan sekali seumur hidup bagi umat Islam yang mukallaf iaitu memenuhi lima syarat iaitu Islam, baliqh, berakal, merdeka dan berkemampuan.Berkemampuan di sini bermaksud ada kenderaan pergi balik dan ada bekalan makan serta minum ketika melaksanakan ibadat umrah.

Jika terpilih untuk menunaikan haji dan umrah, tumpulah perhatian untuk memanfaatkan peluang ini dengan sebaik-baiknya. Buat persediaan dari tanah air untuk menjadi seorang hamba Allah yang benar-benar berkunjung ke Mekah sebagai tetamu-Nya. Tidak lupa juga kelengkapan dan peralatan yang perlu di bawa ketika menjejakkan kaki di Tanah Suci.
Ada ahli keluarga yang bakal naik haji tahun ni? Ini ada tip persiapan apa yang perlu disiapkan sebelum berangkat.

1. Bawak berus & sabun cap buruh/buku untuk basuh baju dll. Sebab dia tahan kena air. Sabun serbuk di sana kuat boleh reput kain. Di hotel ada servis dobi kena bayar.
2. Bawa extension cord. Banyak jasanya berkongsi dgn kawan sebilik untuk caj telefon.
Banyak jasanya nanti di Mina. Bawak juga Internasional adapter two pin.
3. Bawa tali ampai & kepit baju. Buat gantung baju dalam bilik. Keringkan baju di bumbung hotel. Ada juga buat ampaian di tangga.
4. Bawa ubat panadol dll . Banyak gunanya untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Terutama di kem Mina.
5. Bawa Quran kecik yg sendiri punya. Senang nak baca di mana-mana. Niat nak khatam di Mekah.
6. Makanan di sana tak pedas, banyak guna sos tomato. Bawa cili sos, kicap, sambal dah siap dibotolkan/diplastikkan.
7. Masa ke Muzdalifah bawa sudu untuk korek tanah cari batu kecil (untuk melontar) dan jangan cari di Mina. Ada yg cari di Mina tapi sukar sebab ramai orang. Kumpul batu bagi lebih sikit masuk siap2 dlm uncang. Lampu suluh kecil jangan lupa. Siap melontar, batu yang lebih dibuang. Haram bawa balik ke Malaysia.
8. Di dalam Masjidil Haram tidak boleh duduk dekat suami isteri waktu solat. Polis dan pegawai masjid akan arah isteri ke saf lain, jadi jika takut terpisah bila isteri di suruh ke saf lain, janji dgn isteri di luar masjid di satu tempat yg dijanjikan (pilih satu mercu tanda). Jika nak iktikaf bukan waktu solat boleh bersama suami isteri. Elok pergi dalam kumpulan rakan sebilik. Jika terpisah pun tak risau.
9. Ingat mercu tanda dan bangunan semasa ke masjid, supaya tak sesat. Jika ada telefon lagi baik. Senang nak hubungi.
10. Pilih rangkaian telefon yg senang nak top up saperti Zain dan Mobily tetapi STC agak susah sikit. Biasanya TH akan bagi simkad Mobile, kena top up. Jika top up 100Riyal boleh guna Whatsapp untuk whatsapp ahli keluarga. Pakej Mobily dan Zain ada yang 10GB data berharga SR120. Boleh topup di kaunter Mobily/Zain di dalam Zam Zam tower.
11. Di hotel ada perkhidmatan tel guna kad iTalk lagi jimat jika nak call keluarga di Malaysia. Jika pandai guna line internet hotel buat panggilan video dll.
12. Di hotel ada klinik dan perkhidmatan keluar duit TH, boleh keluar duit hari hari yg mampu nak shopping. Kalau lebih boleh simpan balik.
13. Masa Taklimat sebelum flight ada kaunter utk tukar duit Saudi Riyal di TH untuk
duit poket.
14. Bila ke masjid pakat kawan-kawan sebilik siapa gilir gilir boleh ambil nasi makanan tengah hari dan malam ikut bilangan kawan-kawan sebilik. Ambil letak di bilik.
15. Tok Arab di sana ramai pandai cakap melayu tak perlu risau jika nak beli apa apa, jgn takut minta tawar.
16. Patuh pada arahan TH. Masa pergi melontar jangan ikut jalan lain atau turun tangga. Nanti sesat.
17. Jika nak beli Al Quran untuk wakaf di Masjid pastikan yg ada tali kuning dicetak di Madinah. Jangan beli yang tali biru dan hijau. Jika diletak di masjid akan diambil oleh pekerja masjid. Hanya Al Quran cetakan Madinah dibenarkan diletak didalam masjid.
18. Sebelum pergi kena banyak buat solat hajat, solat sunat taubat dll dan minta juga dipermudahkan segala urusan. Mudah mudahan dimaqbulkan.
19. Seelok nya sepanjang masa menunaikan Haji, jangan banyak bercakap dan cuba ‘vow of silence’, bercakap jika perlu sahaja.
20. Sabar, sabar dan sabar. Kesabaran setiap jemaah Haji akan diuji di tanah suci.
21. Semasa di Mina tentu ada jemaah degil yang akan melaksanakan lontaran dahulu dan tidak mengikut nasihat TH. Jangan ikut mereka ini dan tunggu arahan TH bila masa sesuai untuk melontar.
22. Bawa botol spray air kecil jika selalu terbatal wudu dalam masjid. Belajar cara mengambil wudu menggunakan sapuan air dari botol spray.
23. Jangan menolak jemaah lain dengan sengaja walaupun ditolak. Setiap niat buruk, Allah akan balas secara cash.
24. Jangan terlalu gigih melaksanakan umrah sunat sebelum wuquf kerana dikhuatiri demam urat semasa wuquf. Selepas haji, buatlah seberapa banyak umrah yang boleh
25. Ada makanan/minuman ‘diuretic’ yang menyebabkan kerap untuk buang air kecil dan menyusahkan semasa didalam masjid saperti teh, tembikai, limau dll. Cuba elakkan.
26. Belajar berkompromi dengan rakan satu bilik selama lebih sebulan bersama. Ada yang tak tahan sejuk aircon dan ada yang tak tahan panas.
27. Semasa wuquf di Arafah jangan buang masa bersembang kerana waktu sangat suntuk untuk beribadah/berdoa/berzikir antara gelincir dan terbenam matahari.
28. TH ada menyediakan bilik baraqah untuk jemaah yang berkelamin tetapi queue nya panjang.
29. Kedai money changer yang paling bagus rate adalah di GF Safwa tower bersebelahan pintu masuk ruang parking.
30. Datang awal ke masjid sebelum masuk waktu untuk elakkan kesesakan.
31. Kalau nak ubah selera ada food court di Hilton tower menjual ikan yang digoreng bersama bawang, lada dan spices atas hot plate bersesuaian dengan selera kita dengan harga SR25.
32. Selipar jepun adalah selipar yang paling tidak comfy dan orang jepun sendiri tidak memakainya. Cari selipar yang comfy di Malaysia kerana akan memakainya setiap masa ditanah suci. Lagi pun 50% jemaah Haji serata dunia (1 juta orang) akan memakai flip flop serupa dan akan senang hilang atau bertukar.
33. Sekarang pendaftaran simcard perlukan nombor visa dan pengimbasan cap jari. Sila ambil gambar visa dengan hp sebagai rekod kerana paspot akan disimpan oleh muassasah. Ada pekerja bangla menjual simcard ‘Lebara’ telco tanpa perlu pendaftaran. Celcom ada pakej Haji unlimited data (bersama Mobily) dengan rate yang berpatutan.
34. Download apps IMO ( penganti Wassap : incase tidak dapat guna)
Sila share untuk panduan semua. Save as note. Moga di rezekikan dijemput Allah untuk menjadi tetamu di rumah Allah menunaikan haji & umrah ♥
Sumber: Ir.Haji Zainuddin Bin Haji Omar
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Netizen Sokong Cadangan PLUS Bina Kapsul Tidur Di R&R Lebuh Raya Utara Selatan Untuk Pemandu Letih

Masyarakat di sini sangat bertuahnya dapat berpuasa dan beraya di Malaysia, malangnya saban tahun kegembiraan tersebut sering kali diragut oleh tragedi kemalangan jalan raya. Satu perangai mengenai rakyat Malaysia akan tersedar mengenai kepentingan keselamatan apabila kejadian itu berlaku terhadap diri kita. Selagi kemalangan tersebut tidak melibatkan ahli keluarga dan orang tersayang, kita seakan-akan lalai untuk menghargai nyawa.

Setiap pemandu dan pengguna jalan raya sepatutnya sentiasa membuat persediaan dan merancang perjalanan sama ada jauh dan dekat agar kemalangan dapat dielakkan. Jika melibatkan perjalanan jauh menggunakan lebuh raya umpamanya, pastikan anda mendapatkan rehat yang secukupnya terlebih dahulu.

Ini kerana banyak kes kehilangan nyawa akibat lemas dalam kenderaan dilaporkan berpunca tidur dalam kereta kerana terlalu letih. Selain itu mengantuk dan terlelap ketika memandu juga merupakan punca kemalangan maut sering berlaku. Sehubungan itu, Plus Malaysia Berhad (PLUS) bercadang membina kapsul tidur bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan berehat dan melepaskan penat sekaligus mengurangkan kemalangan jalanraya terutamanya kepada pemandu kenderaan berat.

Cadangan itu kini pada peringkat kajian dan projek rintisnya dijangka direalisasikan pada tahun hadapan. Kapsul tidur yang juga dipanggil ‘time capsule’ ini akan memberi peluang kepada pemandu terutamanya pemandu kenderaan berat untuk mereka ambil ‘quick nap’ pada waktu malam sebelum mereka meneruskan pemanduan.


Sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan akibat mengantuk dan kepenatan. Untuk pengetahuan, dahulu PLUS pernah membuka hotel di sepanjang lebuh raya tetapi terpaksa menutupnya kerana tidak mendapat sambutan dan kita dapati pemandu mahukan tempat tidur hanya untuk ‘quick nap’ dan tidak memerlukan hotel seharian.
Ramai netizen yang menyambut baik cadangan pembinaan kapsul rehat ini. Namun pihak PLUS perlu mengkaji banyak aspek agar kemudahan yang tersedia tidak disalah gunakan.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bosan Ambil Gambar ‘Elok’ Wanita Ini Rakam Foto Kenangan Pelik Di Setiap Destinasi Pelancongan Dilawati

Selalunya kalau kita berpeluang travel atau singgah di mana-mana tempat yang menarik, pasti kita ingin merakam gambar kenangan secantik dan sebaik mungkin. Lagi-lagi kalau anda seorang wanita, gambar mesti nampak kurus, tirus, ramping dan macam-macam gaya yang boleh nampak ‘elok’ di mata umum.
Namun tidak buat wanita bernama Stephanie Leigh Rose ini. Dia ingin membuat kelainan dalam setiap foto yang dibidik dengan gaya sedang ‘mati’ di setiap lokasi menarik yang dijejak.
Menarik dan kreatif juga gaya dan aksi si Stephanie ini hasilkan. Mana tahu lepas ini, gaya sebegini menjadi ikutan dan tular buat orang ramai yang inginkan kelainan.
View this post on InstagramA post shared by STEFDIES (@stefdies) on
View this post on InstagramA post shared by STEFDIES (@stefdies) on
Dia juga sempat merakam kenangan di hadapan bangunan ikonik yang musnah terbakar baru-baru ini. Jom lihat gambar-gambar yang dikongsinya dalam media sosial miliknya yang kini memiliki hampir 54.6k pengikut tersendiri.

Macam mana, menarik tak? Libur rasa ada yang tiru aksi-aksi ini nanti. Silap-silap jadi ‘trend’ akan datang. Yang rasa nak terkenal cepat boleh la ambik idea kreatif macam ini untuk tontonan ramai 🙂
Sumber: Instagram Stephanie Leigh Rose | Bored Panda
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!

