Masjidil Haram di Kota Mekah, Arab Saudi adalah masjid paling suci bagi umat Islam. Seni binanya sangat unik dan menarik, mampu memukau mata yang memandang.
Terletak di Gua Musang, sebuah masjid baharu menggunakan model inspirasi yang sama dengan Masjidil Haram telah dibina di kawasan selatan negeri Kelantan. Dikenali sebagai Masjid Razaleigh ia menelan belanja RM32 juta dan bakal menjadi ikon baharu untuk menarik kedatangan pelancong ke negeri serambi Mekah ini. Menarik sangat masjid ni tau..
Ads
Ads
Masjid berkeluasan 70,000 kaki persegi itu dilengkapi bilik mandi jenazah lelaki dan perempuan, bilik kuliah, pejabat imam, dewan makan dan ruang solat yang boleh memuatkan 3,500 jemaah pada satu-satu masa.
Masjid itu juga menyediakan ruang kepada bakal haji mengadakan kursus secara praktikal seperti tawaf.
Berlatar belakangkan gua batu kapur, Gua Musang, masjid itu bukan sahaja besar, bahkan turut mempunyai rekaan warna, jubin dan hiasan luar termasuk sembilan menara mirip Masjidil Haram.
Selain itu, masjid yang dibina oleh pakar tempatan sejak akhir 2016 itu juga dilengkapi tempat letak kereta yang luas.
Anda pernah datang tak floating market di Kompleks JPS Perlis denai Pengkalan Asam Perlis? Haaa… jangan terkejut, pasar terapung ni terletak di JPS Perlis, Kangar. Boleh lah sesekali nak merasa ala-ala masuk Hatyai.
Di sini ada lebih kurang 10 bot yang menjual pelbagai jenis makanan. Jadi kalau rasa susah sangat nak masuk Thailand, datang sahaja ke Pasar Terapung dekat Perlis ini.
Syok juga datang sini makanan sedap-sedap tempat lawa nak ootd. Owh ya, anda boleh join aktiviti yang ada di sini juga.
Katanya kat sini buka pada hari Sabtu Ahad sahaja, jangan lupa singgah floating market di Perlis ini, ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu Darul Iman yang indah permai dan cantik menawan dan pernah diangkat menjadi kawasan yang paling gembira di Malaysia pada tahun 2019.
Tapi memang hakikatnya Kuala Terengganu adalah antara kawasan-kawasan yang paling ‘menyeronokkan’ untuk dilawati oleh sesiapa pun, baik warga tempatan atau pelancong luar. Kuala Terengganu mampu menyajikan keseronokkan untuk mereka yang berkunjung ke sana. Ini antara lokasi cadangan untuk anda lepas santai sambil ‘berseronok’ di sekitar Kuala Terengganu.
Kontena Uptown
Wow uptwon tepi pantai pertama di Malaysia. Uptown ini juga digelar Dapo Pata Uptown (Dapur Pantai Uptown). Terdapat banyak kafe yang dibuat daripada kontena, rekaan dalamannya juga agak kreatif dan berkonsepkan hipster. Rekaan gerai-gerai di sini memang up-to-date sebab kewujudan Kontena Uptown ini agak baru sebenarnya. Memang menarik kalau dapat makan sambil merasakan tiupan angin Laut China Selatan di tepi pantai.
Pantai Batu Buruk
Terletak di Bandar Kuala Terengganu, Pantai Batu Buruk memnag terkenal dengan kemeriahannya. Di sekitar pantai ini terdapat banyak tempat makan menarik terutamanya buat peminat makanan laut. Kalau anda teringin makan sotong celup tepung, keropok lekor, dan sate ikan, datanglah ke Pantai Batu Buruk. Ada banyak aktiviti menarik lain yang tersedia di sini jika anda datang berkeluarga atau bersama teman-teman.
Taman Awam Lagun Kuala Ibai
Taman ini terletak di teluk Sungai Ibai yang memiliki banyak aliran sungai yang menjadi tarikan bagi kaki pancing. Lokasi ini juga terletaknya Masjid Terapung kebanggaan rakyat Terengganu. Jika ingin membawa anak kecil mandi-manda di sini sambil berkelah juga dibenarkan.
Bukit Panorama
Seperti namanya, dari puncak bukit ini anda berpeluang menikmati keindahan panorama sekitar Terengganu sambil menikmati juadah enak di kafe yang terdapat di sini.
Jambatan Angkat
Jambatan angkat yang menjadi struktur ikon kepada Kuala Terengganu. Jambatan angkat itu mula dibina pada tahun 2014, membabitkan kos RM248 juta dan pembinaannya melibatkan laluan utama jambatan, empat menara, dan dua ‘sky bridge’. Dengan panjang keseluruhan 638 meter dan ketinggian 12.5 meter dari aras laut, jambatan itu menghubungkan muara selatan di pusat bandar Kuala Terengganu (Tanjung) dan muara utara di Seberang Takir.
Pulau Warisan
Pulau Warisan dihiasi dengan lampu-lampu pokoknya yang berwarna-warni, dan sangat meriah dengan kunjungan ramai pada malam hari.Terdapat banyak pilihan kedai makan di sini untuk menjamu selera sambil menikmati pemandangan Sungai Terengganu.
China Town Kuala Terengganu
Seperti ada dikebanyakkan negeri lain, di Kuala Terengganu juga ada ‘China Town’ nya sendri. Kedai-kedai di China Town ini memiliki aura klasik yang tersendiri. Ada sahaja hasil seni yang menarik perhatian dengan warna-warninya di setiap lorong di celah deretan kedai. Seni lukisan yang dihasilkan di China Town ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian berbeza seperti Lorong Warisan Dunia, Lorong Kenangan, dan Lorong Penyu. Di sini juga merupakan kawasan ideal untuk bergambar!
Water Front Kuala Terengganu
Terletak berhampiran Hotel Felda Residence, Waterfront Kuala Terengganu lokasi ideal untuk bersantai pada petang atau malam hari. Terdapat pelbagai pilihan kafe dan restoran untuk anda menjamu selera. Destinasi ini juga terletak berdekatan dengan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia memasarkan hasil-hasil tangkapan laut mereka. Bolehlah singgah kalau anda teringin nak beli atau makan hasil laut segar.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Biarpun dunia masih berperang melawan wabak COVID-19, namun satu inisiatif baru sudah pun dilaksanakan di beberapa muzium di dunia dalam memperingati kehidupan dan pengalaman rakyat berdepan pandemik ini dan perintah berkurung.
Bermula dari selipar yang dipakai sepanjang ‘duduk di rumah’ atau hasil jahitan topeng muka ‘DIY’ sehinggalah apa sahaja objek dan testimoni yang digunakan sepanjang menjalani kehidupan normal baharu ketika ini.
Muzium London, antaranya, melancarkan permohonan kepada semua penduduk London untuk menyumbang pelbagai barangan yang mencerminkan kehidupan mereka ketika berdepan ancaman wabak COVID-19. Ini boleh dijadikan kisah dan bahan sejarah yang boleh dikenang akan datang.
“Apabila kami mengetahui bahawa terdapat pelaksanaan perintah berkurung, kami mula berfikir untuk mula membuat koleksi pameran untuk kegunaan masa hadapan. Ia boleh terdiri daripada apa-apa barangan yang mungkin pernah memberi keselesaan kepada anda sepanjang berkurung di rumah…contohnya selipar kegemaran atau topeng muka dijahit khas buat kegunaan petugas barisan hadapan,” lapor Kurator Kanan Muzium London, Beatrice Behlen kepada agensi berita AFP.
Antara bahan berjaya dikumpul setakat ini adalah adalah topeng muka, tisu, selipar, bekas jem buatan sendiri dan juga alat muzik mudah alih yang sering digunakan untuk bertepuk tangan.
Bagi peminat sukan permotoran, Litar Antarabangsa Sepang bukanlah lokasi asing. Setiap kali berlangsung acara perlumbaan besar, kawasan ini dibanjiri pengunjung tempatan dan luar negara...