Aktiviti menyelam skuba bukan aktiviti biasa-biasa. Anda perlu mempunyai rasa hormat kepada instructor dan dive master, krew bot, rakan-rakan selam skuba yang berada dalam grup anda dan paling penting, rasa hormat terhadap alam sekitar di kawasan selaman anda.
Etika ketika melaksanakan aktiviti selam skuba adalah satu perkara yang tidak boleh dianggap main-main. Ada peraturan yang wajib anda patuhi kerana aktiviti ini melibatkan keselamatan dan kesihatan. Bukan sahaja kepada diri anda, juga kepada orang lain yang berada di sekitar anda ketika itu.
gambar: pixabay
Sekiranya anda berminat untuk menjadi penyelam skuba, Libur ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan bagi memberikan pengalaman terbaik dalam setiap selaman yang anda lakukan.
Ads
Jangan lambat untuk aktiviti menyelam anda
Tidak kira berapa harga yang dibayar kepada instructor atau dive master, anda sepatutnya sampai awal dan jangan lewat dari masa yang ditetapkan. Kebiasaannya, sewaktu latihan menyelam di kolam, instructor akan melakukan aktiviti secara berkumpulan. Tidak beretika kalau membuat semua orang tertunggu-tunggu kehadiran anda. Contoh lain, sekiranya anda menyelam di Pulau Perhentian, anda bukannya sewa peralatan menyelam dan terus selam ke mana-mana sahaja anda suka. Anda akan berada dalam kumpulan dan seorang dive master telah dibahagikan kepada setiap kumpulan. Sekalipun servis instructor atau dive master dibayar, anda seharusnya bertimbang rasa kepada rakan-rakan diver yang lain. Mereka membayar harga sama seperti anda juga. Oleh itu, jangan lewat ya.
Jangan campak equipment diving anda merata-rata
Jangan sepahkan, jangan letak merata-rata tempat dan jangan baling equipment diving itu sesuka hati. Jaga peralatan anda sebaiknya, dan tahu di mana kedudukan terakhir yang anda letakkan. Apabila berada di atas bot, jangan sepahkan peralatan anda kerana ruang di atas bot adalah terhad. Sekiranya mask, fin, regulator berada di sana sini, pemberat langsung tak jumpa, bagaimana anda mahu harapkan aktiviti diving yang menyeronokkan? Tambahan lagi, equipment yang bersepah-sepah dan tidak terurus boleh membahayakan orang lain. Organize equipment anda dan jadi contoh dan ikutan kepada diver lain. Periksa peralatan anda dua kali sebelum naik bot supaya tidak ada equipment yang tertinggal di pantai.
Ads
gambar: pixabay
Jangan bertekak dengan kawan atau penyelam lain sepanjang aktiviti
Pergaduhan dan perkelahian sangat tidak diperlukan sewaktu aktiviti diving. Keadaan atas bot tidak luas dan ada divers lain yang tak nak layan kerenah dan drama anda. Sekiranya ada benda-benda yang mengganggu pemikiran anda, tunggu sehingga aktiviti diving selesai.
Jangan godak kawasan berpasir ketika menyelam
Apabila anda menyelam, anda perlu berlatih untuk mengapungkan diri supaya tidak tersentuh atau tertendang permukaan dasar. Sekiranya anda berbuat demikian, ia akan menyebabkan permukaan air menjadi keruh dan mengurangkan kadar visibility kepada anda dan rakan-rakan diver yang lain. Tidak ada yang lebih menjengkelkan daripada berada di belakang diver yang berbuat demikian. Sekiranya anda ada masalah dengan pemberat yang dibawa, minta bantuan instructor untuk membantu dan membolehkan anda kekal terapung dan jauh daripada permukaan dasar.
Ads
Jangan berebut untuk dapatkan view yang terbaik
Instructor atau dive master anda mungkin akan tunjukkan spot-spot menarik seperti terumbu karang atau ikan yang comel-comel. Ya, kadang-kadang kalau anda berada di belakang, anda akan terlepas peluang untuk menyaksikan benda-benda menarik. Sekalipun begitu, tidak bermaksud anda perlu tergopoh-gapah untuk segera ke depan dan berebut bersama diver lain untuk mendapatkan tempat yang terbaik. Sekiranya anda sudah berada di spot yang terbaik dan sudah menyaksikan keindahan alam dan bermain dengan ikan-ikan yang jinak, beri peluang kepada divers lain untuk mendapatkan pengalaman menyeronokkan yang sama seperti anda.
Ada banyak lagi dos and don’ts yang boleh disenaraikan tetapi Libur berikan setakat ini sahaja dahulu. Buat masa sekarang, anda hadamkan dahulu apa yang Libur berikan ni. Ada lagi do and don’ts, Libur akan masukkan dalam entri yang akan datang. Happy diving!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak lengkap percutian ke Pulau Pinang tidak ke Bukit Bendera, destinasi tumpuan pelancong untuk menikmati pemandangan yang indah dari atas bukit.
Bukit Bendera atau dikenali sebagai Penang Hill adalah bukit peranginan yang paling tua di Malaysia. Terbaru, tular di media sosial sebuah kafe unik buat penggemar kopi di Bukit Bendera iaitu Kopi Hutan. Untuk ke sini, pelanggan boleh menaiki buggy atau kereta yang berada di Dataran Bukit Bendera secara percuma untuk ke kafe ini. Kewujudan Kopi Hutan sangat menarik kerana terletak di atas bukit yang tinggi dan dikelilingi dengan alam semulajadi pasti buat anda rasa tenang. Kiranya lokasi yang ‘perfect’ untuk bersantai sambil minum kopi Arabica atau teh.
Pernah tak anda merasai nikmat minum petang di dalam rimba hijau? Aroma kopi yang memikat, disulami dengan kesegaran alam di hutan? Mungkin anda perlu ke kedai Kopi Hutan yang terletak di Bukit Bendera, Pulau Pinang. Sesampainya anda ke Bukit Bendera, anda boleh berjalan kaki ke Kopi Hutan sejauh 2km.
Kalau tak punya kekuatan stamina berjalan, boleh juga mengambil servis buggy ke sana. Sambil menikmati pemandangan indah Pulau Pinang dari bukit, perhentian terakhir buggy tersebut adalah di Kopi Hutan. Turunlah di situ dan hiruplah aroma kopi di sini. Selain kopi, teh dan minuman lain, kuih-muih juga disediakan di situ. Harga servis buggy? RM30 yang boleh memuatkan 5 orang. Untuk pulang ke stesen keretapi, anda boleh menaiki servis shuttle 4 wheel drive. Nyaman sungguh udara segar Bukit Bendera ketika menaiki 4wd itu.
Kemudian untuk penginapan di Pulau Pinang, memilih menginap di Park Royal Penang. Ini pengalaman pertama kali saya bermalam di Batu Feringhi. Pilihan Park Royal Penang dengan harga satu malam tidak sampai RM300 tanpa sarapan. Hotel ini bukan biasa-biasa. Selain bilik yang luas, bersih dan moden, hotel yang mengadap pantai ini juga mempunyai fasiliti yang sangat mengkagumkan.
Kolam Renang – Satu kolam renang untuk orang dewasa, dua untuk kanak-kanak . Untuk kanak-kanak, terdapat 2 slides untuk anda merasai seperti di taman tema air iaitu slide terbuka dan slide tertutup. Di kolam ini juga dipasangkan net untuk permainan bola tampar.
Amazonia – Seperti taman tema air, Amazonia ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang tidak suka berenang. Pancutan air serta siraman air dari baldi dari atas pasti menarik minat kanak-kanak.
Buaian Besar – Buaian ini tergantung kukuh di sebuah pokok yang tinggi. Berhadapan dengan buaian yang sangat cantik juga terdapat kawasan lapang untuk berbola tampar.
Indoor Playground – Hotel ini juga menyediakan indoor playground, yang sangat sesuai untuk kanak-kanak yang tidak suka berbasah-basahan.
Pantai – Memandangkan hotel ini mengadap pantai, berjalanlah di tepi pantai (private beach) yang mempunyai pasir yang sangat halus. Anda juga boleh menikmati sukan air sepertijet ski di sini.
Selamat menikmati cuti-cuti Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau ada masa anda boleh cuba buat carian di laman sosial mengenai Pulau Rawa. Kecantikkan dan keunikan pulau ini memang tidak boleh disangkal lagi. Macam tidak percaya lokasinya hanya di negara kita sahaja.
Pulau Rawa merupakan antara pulau yang tercantik ada di Johor. Pulau Rawa sering dihebahkan dalam laman sosial atau mulut ke mulut oleh pengunjung yang pernah menjejakkan kaki ke sini ibarat Maldives kepada Johor dek kecantikan perairannya persis di negara kepulauan itu.
Cara ke Pulau Rawa:
Jika anda dari Kuala Lumpur teruskan perjalanan ke Mersing menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, keluar di Plaza Tol Air Hitam. Teruskan ke Kluang dan ikut laluan ke Mersing.
Setiba di Mersing, terus ke Terminal Feri Mersing dan ambil perkhidmatan bot laju terus ke Pulau Rawa.
Ketika ini, hanya ada dua resort di Pulau Rawa iaitu Rawa Island Resort dan Alang’s Rawa. Jika anda memilih untuk menginap di Alang’s Rawa, ini ada tip perkongsian daripada saudari Ayu Hasman
Pulau Rawa terletak kira-kira 16km dari jeti Mersing. Kalau naik bot, lebih kurang 20-25 minit. Di pulau ni hanya terdapat dua buah resort sahaja iaitu Rawa Island Resort dan Alang’s Rawa. Kedua-dua resort ni terletak bersebelahan antara satu sama lain.
Mana satu resort yang paling best?
Haa soalan tu sangat subjektif. Sebabnya masing-masing ada kelebihan tersendiri. Kalau korang jenis nak laidback, chill2 dan santai, korang boleh menginap di Alang’s Rawa. Tapi kalau nak lebih selesa dan datang dengan family, boleh la menginap di Rawa Island Resort. Sebab di Alang’s Rawa, dorang hanya provide basic facilities. Walaupun basic, saya okay je sebab kat sini chalet tak banyak. Ada 14 unit je. So takde la crowded. Korang boleh photoshoot puas-puas takde orang kacau. Lepas tu, lokasi dia best. Semua chalet menghadap laut. Few steps away to the beach gittew. Personally, kalau berpeluang lagi ke Rawa… Saya akan repeat untuk menginap di Alang’s Rawa. Walaupun tak ada aircond mahupun hot shower, tapi lokasi dia memang terbaik. Dekat dengan laut. Senang nak terjun mandi.
Aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang di Rawa:
Snorkeling
Kayaking
Island walk
Sunset trekking
Stargazing
Diving
Water sliding (untuk yang menginap di Rawa Island Resort)
Soalan famous, berapa kos untuk ke sini?
Kitorang ambil pakej 3D2N. Harga terkini boleh rujuk di website Alang’s Rawa. Kalau pergi berdua, mahal lah sikit. Kalau ramai, boleh la share the cost. Pakej termasuk:
Return boat
Meals (Exclude drinks)
Activities
Accommodation
Waktu yang sesuai untuk ke Rawa?
Tak semua bulan kecuali December dan January. Sebab time ni monsoon.
Macam mana nak book pakej?
Korang boleh hubungi resort melalui contact number / email di website. Overall, saya sangat berpuas hati dengan service yang diberikan. Penginapan bersih, toilet selesa, bilik selesa, makan sedap, bot punctual, staff friendly dan helpful. Highly recommended.
Jom masuk pulau~
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jika anda pernah menggunakan khidmat penerbangan udara, pasti anda sedar tentang beberapa perkara 'tak best' sering berlaku.
Paling kerap berlaku adalah penundaan masa berlepas atau 'delay'. Bagasi rosak juga adalah masalah biasa yang seringkali menjadi mimpi ngeri ketika menggunakan pesawat. Jika berlaku perkara sebegitu anda perlu tahu hak sepatutnya untuk dituntut oleh semua jenis syarikat penerbangan di dunia.
Selain itu, ambil tahu juga masalah lain yang anda mempunyai kuasa dan hak ke atasnya. Ini antara lapan hak penumpang yang anda perlu tahu sebelum menempah dan menaiki pesawat bagi syarikat penerbangan yang beroperasi sama ada di dalam atau luar negara.
Penundaan penerbangan
Penumpang perlu diberi pampasan jika penerbangan ditunda lebih dua jam. Jika melebihi dua jam, penumpang boleh menerima perkhidmatan minimum seperti makanan, panggilan telefon terhad dan akses Internet jika ada. Jika penangguhan berlarutan sehingga lima jam, penumpang seharusnya menerima penginapan hotel jika perlu dan pengangkutan pergi dan balik antara lapangan terbang ke hotel.
Perubahan status penerbangan
Penumpang perlu dimaklumkan status penerbangan mereka termasuk penundaan, pembatalan dan penukaran laluan secepat mungkin. Penumpang boleh diberitahu sama ada melalui mesej pesanan ringkas, panggilan telefon atau e-mel.
Pembatalan penerbangan
Bagi pembatalan penerbangan, penyedia penerbangan perlu menawarkan pampasan minimum seperti pilihan untuk pembayaran balik atau perubahan laluan.
Kehilangan, kerosakan atau kelewatan bagasi
Jika bagasi tidak sampai dalam penerbangan sama, sama ada disebabkan hilang atau rosak, penumpang boleh membuat tuntutan pampasan daripada syarikat penerbangan.
Tuntutan dan pampasan bagi Orang Kurang Upaya (OKU)
Kehilangan atau kerosakan peralatan pengangkutan atau kerusi roda penumpang warga OKU membolehkan tuntutan pampasan mengikut harga pasaran alatan berkenaan. Penafian untuk mendarat bagi warga OKU pula membolehkan mereka menerima pilihan sama ada menerima pembayaran balik, penerbangan pulang atau perubahan laluan.
Tambang penerbangan
Pelanggan mempunyai hak penuh untuk mengetahui kos keseluruhan tiket penerbangan termasuk tambang asas penerbangan, cukai, sebarang caj seperti bahan api dan lapangan terbang, bayaran tambahan dan yuran seperti bagasi dan keselamatan serta bayaran perkhidmatan penumpang. Pastikan segala maklumat pembayaran dicatat secara terperinci dan tiada caj tersembunyi.
Larangan menaikkan harga tiket selepas pembelian
Syarikat penerbangan dilarang menaikkan harga tiket selepas bayaran dibuat kecuali kenaikan itu berdasarkan dua perkara iaitu caj atau cukai kerajaan atau bayaran dikenakan Suruhanjaya. Kenaikan caj juga dibenarkan jika penumpang diberi notis kemungkinan kenaikan harga dan bersetuju secara bertulis sebelum menyempurnakan pembelian.
Tidak dibenarkan menaiki pesawat
Penumpang yang tidak dibenarkan menaiki pesawat perlu menerima penjagaan atau pampasan minimum seperti makanan, panggilan telefon terhad dan akses kepada Internet sekiranya ada. Penumpang juga boleh menerima penginapan jika perlu dan pengangkutan dari lapangan terbang ke lokasi penginapan. Paling penting, penumpang perlu diberi pilihan sama ada pembayaran balik atau perubahan laluan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...