Menara Ikonik Kuala Lumpur Bertukar Pink Sehingga 31 Mac Ini!

Share

Menara ikonik bandaraya kosmopolitan di Kuala Lumpur iaitu Menara KL akan bertukar warna kepada warna pink sempena sambutan ulang tahun Barbie yang ke-60 tahun sehingga 31 Mac ini bermula pukul 7 petang sehingga pukul 12 tengah malam.

 

Sambutan ulang tahun ini telahpun dimulakan di seluruh dunia sejak awal Mac lalu tetapi di Malaysia, kemeriahan dan keriangan sambutan ulang tahun berlangsung semalam di dataran Menara KL dengan dihadiri oleh orang ternama antaranya ahli astrophysicist pertama negara Professor Dr. Mazlan Othman, dan ahli perniagaan Datin Vivy Yusof.

Beberapa bangunan ikonik di seluruh rantau Asia Tenggara juga turut sama bertukar warna pink dalam meraikan acara sambutan ulangtahun ke-60 Barbie seperti Manila City Hall, Filipina, Muzium Fatahillah, Indonesia, Singapore Flyer, Singapura, dan Emquartier, Thailand.

Singapore Flyer, Singapura
Muzium Fatahillah, Indonesia

Barbie turut mengambil kesempatan dalam sambutan ulangtahun ini untuk memperkenalkan slogan ‘You Can Be Anything’ kepada semua remaja perempuan untuk menjadi apa sahaja yang mereka inginkan dalam mencapai cita-cita mereka selama ini.

Sebanyak 60 patung permainan Barbie bertemakan kostum pekerjaan mula dijual secara eksklusif antaranya angkawasan, juruterbang, pembaca berita, ahli politik, ahli astronomy dan pemain bola sepak.

Buat peminat-peminat Barbie diluar sana, ayuh serikan lagi kemeriahan sambutan 60 Barbie dengan berkunjung ke Menara KL, ambil gambar berlatarbelakangkan Menara KL dan hashtag #barbie60 sekarang.

IKLAN