Menarik Ni! Robot Ganti Manusia Sambut Pengunjung Ketika Olimpik Tokyo 2020

Share

Umum mengetahui Sukan Olimpik 2020 bakal diadakan di negara Jepun tahun hadapan. Akibat kekurangan tenaga kerja manusia disebabkan kadar kelahiran yang rendah, kepimpinan negara matahari terbit telah sebulat suara untuk menggunakan khidmat robot. Ia berfungsi bagi membantu mengendalikan jutaan pengunjung ketika penganjur sukan terbesar di dunia ini.

Pada tarikh detik permulaan Olimpik Tokyo 2020 nanti ahli sukan, pengujung dan pelancong akan disambut dengan deretan robot yang sentiasa berkeliaran sama ada di stesen-stesen kereta api atau di lapangan terbang seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo. Ramai berpendapat lebih ramai pelancong dan peminat sukan akan berkomunikasi dengan mesin berbanding dengan manusia.

Arisa Si Pembantu Arah

Di stesen kereta api bawah tanah, robot bernama Arisa akan membantu pelancong asing dan pengguna kereta api mendapatkan arah yang betul dan tandas di sekitar kawasan stesen itu semasa berlangsungnya sukan berkenaan.

Robot wanita bermata besar dengan ketinggian 182.8 sentimeter dilengkapi monitor skrin sentuh bukan sahaja boleh bertutur dalam bahasa Jepun malah bahasa Inggeris, Korea dan Cina. Selain memberitahu lokasi tarikan pelancongan di ibu kota itu, Arisa yang peramah tidak keberatan untuk berswafoto jika diminta oleh pelancong.

Perseusbot Robot Pengesan Bahaya

Terdapat juga robot bernama, Perseusbot digunakan. Fungsi Perseusbot mampu mengesan dan membuat laporan tentang individu dan objek yang mencurigakan di stesen-stesen kereta api selain mengurangkan bebanan tugas kakitangan stesen terlibat.

Robot berketinggian 167.5 sentimeter itu mampu mengelak sebarang halangan semasa meronda menggunakan jubin braille dan memberi amaran terus kepada telefon bimbit kakitangan stesen jika mengesan sebarang objek terbiar dalam tempoh yang lama. Perseusbot juga boleh mengesan pergerakan penumpang yang berpotensi melakukan tindakan agresif seperti menggenggam tangan seperti hendak memulakan pergaduhan.

Bestkan? Jom la book tiket ke Tokyo tahun hadapan 🙂

IKLAN