Daging panggang yang sempurna bukan hanya terletak pada olahan resipi yang terbaik. Malah ia merangkumi suhu, ketebalan daging, peralatan memanggang juga kesabaran memberi kesan yang memuaskan pada daging yang dipanggang. Tony Roma’s yang terkenal dengan stik, tulang rusuk dan menu-menu semasa ini menyelitkan menu Grilled to Perfection sebagai item utama dalam kempen terbarunya bermula 18 September hingga 5 November 2017.
Buat peminat stik, menu baru pasti tidak mengecewakan. Semuanya menyelerakan terutama menu yang mempunyai ribs dan gabungan mashed potatoes. Untuk menu Original Beef Back Ribs & Steakhouse Combo, dihidangkan dua ketul beef ribs dan 200gm sirloin (daging panggang) dengan pilihan sos chive butter, worcertershire butter atau bleu cheese butter berharga RM93.90. Tambah menarik dihidangkan bersama mashed potatoes dan campuran sayuran. Keseluruhan gabungan menu ni memang enak dan memenuhi citarasa.
Ads
Anda juga boleh mencuba variasi lain dalam menu Grilled to Perfection ini . Grilled Veggie Crostinis terdiri daripada ciabatta panggang dilapisi taburan keju feta, sayuran panggang dan basil segar dengan harga RM 19.90. Ia sesuai sebagai menu diet anda. Buat penggemar udang, jangan ketinggalan untuk menikmati Grilled Shrimp Primavera terdiri daripada pasta angel hair digandingkan dengan udang panggang, baby spinach, sundried tomatoes , cendawan dan keju feta disaluti sos chive butter berkrim dengan harga RM44.90.
Ads
Ads
Melengkapi hidangan istimewa ini tentunya dengan pilihan minuman yang menyegarkan. Anda boleh mencuba Wild Berry Romarita dengan gandingan rasa yang istimewa iaitu berry, jus oren, fresh lime jus dan lime sour mix. Jika mahu rasa yang lebih mencabar nikmati Mango Romarita iaitu campuran blended mango, jus oren, fresh lime jus dan lime sour mix. Masing-masing dengan harga RM19.90. Tidak lengkap hidangan tanpa pencuci mulut. Rasai keenakan TR’s Chocolate Avalanche, kek coklat bersama ais krim vanila, hot fudge dan Oreo Crumbles hanya RM17.90. Peminat Tony Roma’s ternyata boleh berpuas hati dengan rasa masakan panggang yang sempurna dari kaedah memanggang dan bahan-bahan terpilih yang memberi aroma pada setiap hidangan yang ditawarkan.
Kadang-kala tu mesti bosankan kalau selalu sahaja ke taman tema air yang sama saban tahun? Apa kata kalau kali ini kita ke Johor Darul Takzim pula iaitu ke Desaru Coast Adventure Waterpark (Desaru Waterpark)!
Desaru Waterpark merupakan salah satu taman tema air terbesar di dunia yang baharu saja dibuka pada 19 Julai 2018 dan terletak di Bandar Penawar, Johor. Walaupun belum setahun dibuka, kemeriahan suasana di sana jelas terasa dengan kehadiran pengunjung yang datang untuk menikmati pelbagai aktiviti dan permainan yang disediakan di sini.
Ada dua pilihan perjalanan yang boleh digunakan untuk ke Desaru Waterpark, sama ada menaiki penerbangan atau memandu kenderaan. Sekiranya anda menaiki kapal terbang dari KLIA atau KLIA2, turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan jarak masa perjalanan lebih kurang dua jam. Jika anda memandu sendiri kenderaan dari Kuala Lumpur, jarak masa perjalanan lebih kurang empat jam diperlukan untuk tiba ke destinasi.
Tempat ini sangat sesuai untuk percutian seisi keluarga. Tak kira sama ada yang tua atau yang muda, semuanya boleh bercuti di sana, lebih-lebih lagi kanak-kanak kerana ada pelbagai aktiviti air yang akan membuatkan mereka ligat berlari ke sana-sini.
Banyak aktiviti yang boleh anda cuba di sini: bermula dengan aktiviti lepak santai di Penawar Huts atau Beachside Cabanas sehinggalah aktiviti yang boleh membuatkan adrenalin anda mengalir laju seperti permainan roller coaster yang berpusing 360 dan menjunam dari ketinggian 27 meter. Selain daripada itu, tiga jenis permainan meluncur atas air seperti Surf Wall, Wild Whirl dan Super Twister juga bakal menjanjikan keseronokan kepada anda.
Pelbagai fasiliti lain turut disediakan seperti Hard Rock Cafe, Gym, kedai cenderahati, play shop, ruang khusus untuk penjagaan kanak – kanak dan banyak lagi bagi keselesaan anda sebagai pengunjung.
Dengan lokasinya yang strategik di Wilayah Johor Tenggara dan bertemakan perkampungan tradisional Malaysia, taman tema ini berjaya menampilkan satu keunikan yang lain daripada yang lain kepada sesebuah taman tema air dan menjadi tarikan pelancong dari pelbagai tempat.
Terbukti ia merupakan antara destinasi pelancongan menarik yang menjadi tumpuan utama para pengunjung untuk meluangkan aktiviti bersama keluarga terutamanya pada musim cuti.
Kepada anda yang ingin berkunjung ke Desaru Coast Adventure Waterpark, taman tema air ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang dan harga tiket adalah serendah dari RM96 untuk warganegara.
Selain daripada taman tema air, anda juga boleh bermalam di salah satu daripada empat rangkaian hotel yang ada di sini seperti Hard Rock Hotel Desaru Coast, The Westin Desaru Coast Resort, Anantara Desaru Coast Resort & Villas dan One&Only Desaru Coast.
Jadi jangan tunggu lagi, jom bawa seisi keluarga anda bercuti ke Johor!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Semuanya secara kebetulan. Lastminuteplanning. Penat bekerja membuatkan kami merancang untuk bercuti melepaskan lelah dan tekanan.
Puas memikirkan ke mana harus pergi. Tidak lama, tidak jauh tetapi best dan dapat meninggalkan momen terindah. Lalu tiba-tiba nama Lombok keluar dari mulut kami.
Ya. Kami sepakat untuk pergi destinasi yang awalnya amat terkenal di bibir rakyat Malaysia kisah anak-anak gadis yang lari ikut teman lelaki ke Lombok. Kami ketawa. Ah, biarlah apa pun pandangan dan anggapan segelintir masyarakat, tetapi sudah banyak kami lihat dan dengar kisah percutian di Lombok yang amat indah.
Kami tidak sabar ingin sendiri menikmati indahnya daerahnya yang memiliki pantai-pantai yang indah. Gunung-ganang dan sawah padi yang menghijau. Lalu semuanya kami rancang begitu pantas.
Booking tiket kapalterbang, booking hotel penginapan dan kami terbang, sehari selepas merancang semuanya ini. Bertolak hari Jumaat dan kami pulang hari Selasa minggu hadapannya.
5 hari 4 malam kami amat berharap yang menanti di Lombok nanti segala yang indah. Menaiki flight awal pagi dan mendarat selepas empat jam di udara. Waktu sampai sudah tengahari.
Transport dari hotel sudah sedia menanti. Kami dibawa ke Senggigi. Perjalanan yang terasa jauh kerana melayan perut yang menjerit-jerit kelaparan. Hampir setengah jam perjalanan, kami berhenti di sebuah rumah makan.
Ikan Bakar hidangan paling popular di sini dan itu juga menjadi santapan pertama kami di bumi Lombok. Sambil menanti ikan segar yang kami pilih siap dibakar, saya berjalan ke bahagian dalam restoran. Lalu melangkah hingga ke belakang.. Ada pantai rupanya.
Dan seketika mata terpukau kala melihat hamparan pantai putih bersih dan lautan membiru segar di pancar sinar mentari. Ya Allah, indahnya bumi ciptaanMu. Seketika kami terlupa perut yang menjerit minta di isi. Kami mula leka berjaya ke tepi pantai. Memijak pasir yang halus dan merakam gambar-gambar yang indah.
Langit dan laut bagai bercantum dalam warna biru. Sehingga pekerja restoran memanggil kami untuk menikmati hidangan yang sudah tersedia. Katanya takut ikannya sejuk nanti tidak sedap.
Ya kami ketawa kerana ternyata karektor Lombok membuatkan kami terlupa tujuan utama berhenti adalah untuk makan. Selesai makan, kami terus ke hotel. Sekali lagi ketika membuka beranda hotel, kami terdiam. Oh tuhan.. hamparan pantai dan laut membiru terus membuat segala rasa penat perjalanan.
Mata yang tadinya mahu tidur, terus segar bugar. Tidak sabar untuk memijak pasir yang putih. Selepas berehat, hari itu kami habiskan masa di kawasan hotel sahaja. Asyik melayan ombak dan menanti sunset.
Lombok Pulau Seribu Masjid
Ramai yang tidak menyedari Pulau Lombok merupakan destinasi percutian yang semakin popular sekarang ini. Semasa kunjungan saya baru-baru ini saya berjumpa dengan ramai rakyat Malaysia yang bercuti ke Lombok.
Untuk makluman, tahun lepas Lombok mendapat anugerah Destinasi Percutian Halal terbaik di dunia dan juga Destinasi Berbulan Madu (Honeymoon) No.1.
Pulau Lombok terletak di Nusa Tenggara Barat Indonesia atau berhampiran dengan Pulau Bali. Berbeza dengan Pulau Bali yang sarat dengan imej Hindu, Pulau Lombok pula majoriti penduduknya beragama Islam.
Jadi tiada masalah untuk mendapatkan makanan halal di sini. Pulau Lombok juga dikenali sebagai Pulau Seribu Masjid. Ini kerana terdapat banyak masjid di pulau ini.
Kita boleh melihat begitu banyak masjid-masjid di sepanjang perjalanan dengan bas semasa program lawatan kita di Lombok. Dan yang bestnya lalulintas di sini juga tidak sibuk dan tiada masalah kesesakan lalu lintas.
Untuk ke Pulau Lombok, kita boleh menaiki Pesawat Airasia yang berlepas dari KLIA2 ke Lombok. Tempoh perjalanan pula ialah 3 jam 10 minit, menunjukkan lokasinya yang agak jauh sedikit berbanding dengan Medan atau Padang di Indonesia.
Lapangan terbangnya pula besar dan bertaraf International. Waktu di Lombok juga sama dengan waktu di Malaysia dan bukan lewat 1 jam seperti di kawasan lain Indonesia.
Kampong Tradisional Masyarakat Sasak Ende
Destinasi awal yang dikunjungi ialah di Perkampungan Tradisional Masyarakat Sasak Ende iaitu masyarakat pribumi Lombok. Kampong tradisional ini sengaja dikekalkan sebagai salah satu tarikan pelancongan oleh pihak berwajib.
Apa istimewanya kampung ini? Sebenarnya binaan rumah masyarakat kampung ini, lantainya diperbuat dari najis lembu dicampur dengan tanah liat.
Pertama kali mendengarnya dari tourguide, bunyinya macam pelik. Saya seperti tertanya-tanya, boleh ke? Macam mana dari segi kebersihan ? Nak solat macam mana? Dikatakan ketika simen belum ada lagi, mereka menggunakan najis lembu menggantikan simen.
Ketika pertama kali meninjau keadaan dalam rumah kelihatannya lantai rumah nampak bersih dan tidak berbau. Atap rumah diperbuat dari sejenis daun seperti lalang dan boleh tahan untuk tempoh 2 tahun sebelum diganti baru.
Tenunan Lombok
Kami dibawa di kawasan industri kampung iaitu tenunan kain Lombok. Nama kampung saya tak ingat. Lombok memang terkenal dengan tenunan kain dan songket.
Di dalam kampung berkenaan saya lihat seperti ada banyak rumah yang menjalankan aktiviti tenunan kain, cuma kami hanya melawat satu rumah sahaja. Tahukah kita untuk menghasilkan kain tenunan songket Lombok mengambil masa antara 2 bulan hingga 4 bulan bergantung kepada jenis tenunan.
Dan apabila siap ianya dijual antara Rp100 ribu keatas (RM30+). Saya rasa tak sampai hati pula untuk meminta diskaun apabila membeli kain tenunan songket buatan Lombok ini, bila mengenangkan kesusahan dan lamanya proses menghasilkannya.
Pantai Lombok
Sememangnya saya akui permandangan kawasan pantai di Pulau Lombok amat cantik dan indah sekali. Kedudukan laluan jalan raya di sepanjang pantai kebanyakkannya di kawasan atas bukit menyebabkan ianya dilihat cukup indah dan mengasyikkan. SubhanaAllah ! Begitu indah sekali alam ciptaan Tuhan..
Kawasan Sengigi
Kami menginap di hotel Puri Sengigi di kawasan tepian pantai Sengigi. Kawasan ini sememangnya nampak happening kerana banyak deretan resort atau hotel penginapan untuk pengunjung. Bukan setakat resort dan hotel di kawasan Sengigi ini juga banyak restoran, cafe, kedai yang sedia menanti kunjungan pelanggan asing. Nampak jelas pihak berwajib fokus membangunkan industri pelancongannya.
Gili Trawangan
Perjalanan dengan bot hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja. Apabila sampai di Gili Trawungan terasa macam berada di Hawaii. Ramainya pengunjung asing (Mat Saleh) kat sini.
Kami harus menaiki bot untuk ke Gili Trawungan. Perjalanan dengan bot hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja.
Aktiviti pertama yang kami lakukan di sini ialah menaiki bot kaca mengelilingi pulau-pulau kecil di kawasan ini untuk melihat Terumbu Karang dan hidupan laut dari atas bot.
Kami lihat ramai juga pengunjung yang menjalankan aktiviti snorkeling. Saya tidak membawa baju mandi, jadi rasa ralat juga kerana tak dapat nak snorkeling. Saya dapat bayangkan seronoknya mereka melihat keindahan hidupan di dalam laut.
Dalam hati saya kata, tak pa insyaAllah ada umur saya akan datang ke sini sekali lagi Mac nanti. Sungguhpun kawasan sekeliling pantai seperti gaya kebaratan (ala Hawaii) Kereta Kuda keliling pulau pula dengan bayaran Rp200 ribu.
Satu kereta kuda boleh naik 3-4 orang pengunjung. Terasa macam suasana dalam filem Indonesia zaman Belanda pula. Ini kerana lorong laluan kuda di kawasan tepi pantai ini amat kecil, cukup sekadar membolehkan 2 buah kereta kuda berselisih.
Saya lihat terlalu banyak Kereta Kuda atau dipanggil Cidomo oleh orang sini. Di sepanjang laluan kami mengelilingi pulau, saya dapati terlalu banyak resort dan hotel baru dibina. Ada yang siap dengan kolam renang lagi.
Pasti mahal hotel atau resort di sini berbanding di pulau Lombok.
Menu Makanan Lombok
Menu sajian makanan Lombok memenuhi selera orang kita. Makanan Lombok kebanyakkan jenis kering dan tiada kuah. Ada nasi, sayur, lauk pauk sama macam Nasi Campur di tempat kita.
Ada kala mirip dengan Makanan masyarakat Sunda yang tiada kuah. Makanan yang popular di sini antaranya Ayam Taliwang.
Untuk yang ingin bercuti ke Lombok boleh ikut beberapa tips ini:
1. Penerbangan
Sediakan semua barang-barang yang perlu. Contohnya untuk aktiviti snorkling, berenang dan sebagainya. Jadi tidak perlu membeli di sana kerana ada barangan yang mahal. Sebaiknya rancanglah tarikh yang sesuai dan ambilah penerbangan yang menawarkan tambang paling murah.
2. Rancang Sendiri Aktiviti
Aktitivti DIY akan membawa anda ke tempat-tempat yang benar-benar menarik dan sesuai dengan apa yang kita mahukan. Contohnya untuk ke semua pantai dan tempat-tempat pergunungan sahaja. Jadi tidak perlu ke kawasan yang bukan interest kita.
3. Penginapan
Beberapa tempat di Lombok menjadi tempat favourite antaranya di kawasan Senggigi. Selain secara akses akan lebih dekat jika ingin menyeberang ke Gili Trawangan, Gili Air dan Gili Meno, Senggigi menawarkan keramaian tempat makan dandan banyak spa dan salon. Waktu malamnya juga meriah dan terasa indah suasana pelancongan.
4. Transport dan Panduan Pelancongan
Lombok memang berbeda dari Bali. Lebih selesa juga dapat menyewa kereta. Walaupun sedikit mahal dari Bali tetapi kita boleh keliling Lombok dan pergi ke banyak pantai dan tempat yang Indah. Supir yang membawa juga akan memberi banyak informasi tempat-tempat menarik di Lombok.
5. Cermin Mata Hitam dan Topi
Tarikan Lombok adalah pantai-pantainya yang sangat indah dan eksotik. Mulai dari pantai Kuta,Tanjung Aan, Pantai Mawun, Pink Beach, Tanjung Ringgit, dan masih banyak lagi.
Efek panas pesisir pantai akan membuat kita terasa keperitan yang ketara. Pakailah cermin mata hitam, topi dan simpanan air mineral. Jangan lupa juga krim pelembab setelah terkena sinar matahari. Gel lidah buaya juga sesuai untuk “merendam” kulit kita setelah seharian tersengat matahari. Tips ini boleh digunakan untuk semua termasuk anak kecil dan pastikan tidak memiliki alergi terhadap lidah buaya.
6. Wang Tunai
Jika setibanya di Lombok, kamu persiapkan diri menyimpan wang tunai di dompet lebih banyak, ATM tidak terlalu banyak di beberapa spot wisata Lombok. Kira juga keperluan seperti sewa speedboat / sewa publicboat untuk ke Gili, beli jajan dan air mineral, bayar tiket masuk tempat pelancongan makan dan sebagainya.
7. Berpakaian Yang Sopan
Majoriti penduduk Lombok adalah suku Sasak yang beragama islam dan masih menjaga norma sosial dalam bermasyarakat. Walaupun Lombok menjadi salah satu destinasi pelancongan tetapi jika masuk ke kampung-kampung tidak manis berpakaian kurang sopan.
8. Hiburan Malam
Pilihlah Senggigi. Pusat bandar Lombok iaitu Mataram tidak terlalu ramai dengan kehadiran pelancong sekitar jam 8 malam. Jika ingin menikmati keindahan suasana malam, ada beberapa kafe di Senggigi seperti Alberto, Banana Tree Cafe, warung Paradiso atau di Taman Restoran yang boleh dinikmati oleh pelancong yang datang ke sana.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hua Hin dahulunya merupakan kampung nelayan, kini bertukar wajah menjadi pekan yang cantik. Ada juga setengah pengunjung yang menggelarkan sebagai Santorini Versi Thailand.
Terletak kira-kira tiga jam pemanduan dari kota Bangkok, Hua Hin sebenarnya destinasi percutian hujung minggu kegemaran keluarga diraja Thailand, mahu pun penduduk Bangkok. Jika hujung minggu ataupun hari-hari cuti kelepasan am, Hua Hin pasti akan dibanjiri oleh pengunjung tempatan.
Tiga orang gadis manis ini berkesempatan berkunjung ke Hua Hin, Thailand dan ada berkongsi pengalaman manis mereka di laman sosial. Bajet percutian mereka ke Hua Hin untuk 4 hari 3 malam sekitar RM900 seorang.
Hua Hin, Thailand (4D3N)
Bila orang tanya nak pergi bercuti mana. Kitorang cakaplah Thailand. Thailand pergi mana Phuket, Krabi, Bangkok, Hatyai. Kitorang jawab Hua Hin. orang taktau. Takpelah kasi chance kitorang kenalkan Hua Hin. Hua Hin daerah Prachuap Khiri Khan in the northen part of Thailand, also named as beach resort town.
Seriously Hua Hin best giler macam one pitstop semua ada (pantai, taman tema ala2 – Santorini, Italy, Morocco, ade macam zoo, tempat chill2, patung patung besar, temple). Mulanya kitorang plan nak pergi Hatyai waktu bulan 9 macamtu, tapi bulan 10 sis propose kat budak dua orang ni pergi Hua Hin(siap kasi attachment gambar cecantik kat sini). So, awal bulan 11 terus beli ticket flight Air Asia direct ke Hua Hin (RM285 per person-return flight).
So, let’s start our journey!
-Lepas check in hotel, terus pergi cari tempat makanan Halal area sini
-Mooz Hua Hin Restaurant (tomyam dia best gilerrr)
-Hua Hin Beach(jalan je sikit, tak jauh dari Mooz)
-Cicada Market (tempat lepak2 chill, banyak barang barang unik, makanan dan minuman, ada live band, ada orang buat persembahan muzikal,ada decoration unik2 guna barang recycle)
-7 Eleven (ni memang tiap2 hari pergi, dekat area hotel tu pulak ade 3 7E, melangkah sikit jumpa 7E)
-Hire private taxi plus driver – Nama FB:Kwanjai Ngoenthab (1800baht for a day trip)
-Santorini Park (entrance fee – 150baht)
-Makan dekat Halal Restaurant A Bang Mana(antara Halal Restaurant di Cha-am)
-Sambung bergambar dekat 1000 Sook Farm and Restaurant, (entrance fee – 50 baht) walaupun 1000 Sook ni tak besar sangat tapi setiap langkah memang cantik untuk port bergambar
-Camel Republic, boleh tengok haiwan haiwan yang penting ada flamingo, senibina ala2 Morocco(entrance fee – 150 baht)
-Sepatutnya pergi Mrigadayavan Palace dengan The Venezia, The Venezia ni macam kat Italy siap ada gondola bagai(tapi dah letih sangat so balik je hotel, first time dalam hidup nak muntah bergambar, sampai give up bergambar
-sebelum balik hotel singgah 7E lagi
-Aktiviti malam shopping dekat Hua Hin Night Market.
-pergi Railway Station Hua Hin (train tercantik kat Thailand)
-singgah makan dekat Halal Restaurant Hua Hin (area Hua Hin Railway Station banyak makanan Hala, since kat sini susah sikit nak cari tempat halal)
-Huat Way Mongkol (Giant statue of famous Thai Monk)
-Seen Space ( relax chill port, view amazing pool berhadapan dengan pantai) nak view tu wajib makan/minum dekat Oasis Cafe. Sebab dalam Seen Space banyak cafe cafe hipster yang lain selain Oasis ni
-Plearnwarn Market ni macam suasana vintage, retro Hua Hin zaman 1950. Ada jual souvenir2 yang unik
-Chatsila Night Market (banyak barang unik, pakaian) Chatsila ni sebelah je dengan Hua Hin Night Market.
Kitorang terus bahagikan duit ikut envelope, so jenjalan semua pakai duit dalam ni. Ni budget per person.
1000 baht- transportation
1000 baht-entrance fee
1000 baht-makan makan
500 baht – hotel
*bila dah bahagi ada duit lebih, kitorang bahagi pulak duit tu untuk shopping souvenir
Campur shopping and budget di atas dalam RM600/person untuk 4D3N kat sini, exclude flight ticket. Flight ticket return RM285 per person.
*Nak cari makanan Halal banyak ada dekat area Railway Station Hua Hin, Mooz Hua Hin, depan Plearnwarn.
Ada tempat yang membuatkan kita rasa seperti sedang melihat dunia lain. Bukan kerana bangunan moden atau tarikan buatan manusia, tetapi kerana alamnya terlalu luar...