Nak Aurora Hunting Kat Sweden Pun Cantik. Sebelum Travel, Ini Tip Korang Kena Tahu, Baru Enjoy!

Share

Sweden negara kelima terbesar yang ada di Eropah. Meskipun negaranya besar, namun Sweden mempunyai penduduk yang tidak ramai. Ia cukup terkenal dengan bentuk muka bumi yang kaya dengan hutan dan bergunung-ganang yang masih terpelihara.

Dapat bercuti ke sini dan saksikan sendiri keindahan yang ada di negara Sweden pastinya antara wishlist setiap traveler. Tapi sebelum korang ke sini, Detektif Kembara senaraikan supaya korang lebih bersedia sebelum menjejakkan kaki ke Sweden!

Tips travel DIY Sweden

  1. Nak mengembara di Sweden perlukan masa yang agak lama. Sekurang-kurangnya 8-10 malam. Sweden merupakan negara ke-5 terbesar di Eropah. Lebih besar daripada Norway dan Jerman.
  2. Sweden lebih daripada sekadar Stockholm, Gothenburg atau Malmo. Lebih 15% daripada negara Sweden terletak di atas lingkungan artik circle. Maknanya peluang untuk merasai Aurora sangat tinggi.
  3. Matawang Sweden adalah Swedish Krona. Tak perlu bawa cash bila travel di sini. Hampir semuanya cashless.
  4. Jangan lupa ke Tasik Vattern, tasik ke-3 terbesar di Eropah. Pelbagai aktiviti boleh dibuat di sini.
  5. Pengangkutan awam amat mudah kalau ke bandar-bandar besar seperti Stockholm, Gothenburg atau Malmo. Gunakan pas harian berbanding tiket sehala. Kalau bercadang nak mengembara ke kawasan lain lebih praktikal sewa kereta.
  6. Kos barang di sini amat mahal seperti negara lain di Scandinavia. Lebih baik bawa makanan daripada Malaysia. Kalau nak beli barang keperluan boleh ke Willy’s, ICA and Lidl. Selalunya Willy’s yang paling murah.
  7. Orang Sweden bersantai minum kopi atau teh dinamakan “fika”. Ianya sama seperti budaya “teatime” di England. Makanan kegemaran adalah pastri cinnamon.
  8. Cuba ke kawasan Lapland dan duduk di Icehotel. Pengalaman sekali seumur hidup. Waktu paling sesuai bulan Disember-Mac.
  9. Sweden ada lebih daripada 20 ribu Archipelago. Cuba ambil 1 tour ke salah satu archipelago yang ada seperti Stockholm Archipelago.
  10. Peminat aktiviti musim sejuk seperti ski boleh ke Åre, Sälen, Vemdalen, atau Branäs.
  11. Stesen keretapi di bandar Stockholm amat meriah dihiasi dengan pelbagai warna dan tema. Jangan lupa berswafoto di sini.
  12. Peminat istana boleh ke Drottningholm Palace yang merupakan kediaman rasmi raja dan hanya dibuka semasa hujung minggu atau upacara keraian.
  13. Kebanyakan taman negara di Sweden adalah percuma. Antara yang terkenal adalah Abisko, Tyresta dan Sarek.
  14. Kebanyakan rakyat Sweden boleh berbahasa Inggeris dan sekiranya bertanya mereka mesra pelanggan.
  15. Aktiviti wild camping dibenarkan di Sweden. Cuma hormatilah tanah persendirian dan buang sampah hanya ditempat yang dibenarkan.

Selamat mengembara guys!!!

Untuk info travel & trip-trip terkini boleh join:

https://t.me/joinchat/FKciqEnjSNg3ZGZl

Kredit: Detektif Kembara

 

 

IKLAN