Nak Cari Barang Kraftangan Buatan Malaysia Boleh Serbu Kompleks Kraf KL Jalan Conlay Sekarang

Share

Jika berkesempatan melancong ke negara luar terutamanya di Asia Tenggara, pasti anda berlumba-lumba untuk membeli barang-barang kraftangan mengikut identiti negara tersebut bukan?

Tahukah anda wahai rakyat Malaysia sekalian, bahawa negara kita juga mempunyai hasil kraf yang sangat cantik, berkualiti dan paling penting harga yang ditawarkan cukup berbaloi.

Bersempena dengan Hari Kraf Kebangsaan 2019 kali ke-17, terdapat lebih 500 usahawan yang terlibat dan mengambil bahagian untuk mempromosi produk-produk kraf bertaraf antarabangsa dan mengikut trend terkini di samping mengekalkan identiti Malaysia.

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Kompleks Kraf Kuala Lumpur Jalan Conlay bermula 28 Feb hingga 11 Mac 2019 dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan turut diadakan serentak di pusat beli-belah mengikut zon negeri dan di hotel-hotel di sekitar Lembah Klang bermula dari 28 Februari hingga 31 Mac 2019.

Terdapat pelbagai produk dijual di sini yang mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan untuk hiasan dalaman, perhiasan diri, pakaian, aksesori,  kelengkapan rumah dan majlis keraian.

Selain jualan, pengunjung dapat menyaksikan pelbagai pameran menarik dan pelbagai acara hiburan yang berlangsung.

Pada ruang pameran menawarkan teknologi hologram selain Virtual Dress Room (Bilik Salin Maya) yang tidak memerlukan pengunjung melakukan penukaran pakaian secara konvensional. Ia lebih mudah dan cekap

Majlis Hari Kraf Kebangsaan2019 telah dirasmikan oleh Tunku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Sumber Foto: Google Image

IKLAN