Banyak sebenarnya tempat menarik di sekitar Lembah Klang untuk dijadikan port selfie terutama bagi yang gemar merakam gambar kenangan.
Salah satunya di Nasi Ambeng D’Rebung yang bukan saja boleh menikmati hidangan menyelerakan di sini, tetapi juga boleh bergambar kenangan selepas itu.
Siapa saja yang tidak akan lepaskan peluang untuk bergambar di kebun buluh sambil menikmati makanan tradisi orang jawa ini.
Nasi Ambeng D’Rebung ini adalah antara tempat makan menarik yang boleh kita lawati di Sepang, Selangor.
Tempat ini dikatakan menarik kerana anda boleh menimati menu original dari masyarakat Jawa dan juga selepas itu tidak lepaskan peluang untuk OOTD.
Ads
Dengan berlandskapkan keliling pokok buluh yang menghijau, pastinya gambar diambil memberikan impak tersendiri. Memang sangat cantik untuk bergambar, lebih-lebih lagi jika datang bersama teman atau keluarga.
Manakala untuk menikmati nasi ambeng ini, anda boleh juga makan dalam dulang. Kalau dalam dulang menu disediakan untuk 4 orang dan akan rasa seperti dulu-dulu makan dalam dulang.
Makanan dihidangkan sangat sedap dan kena dengan selera. Rebung masak lemak kuning memang sangat sedap.
Ads
Jangan risau untuk minum air kerana disediakan air sirap dan air kosong secara percuma. Kalau nak order air lain pun boleh terpulang pada cita rasa masing-masing.
Dan selepas selesai makan, bolehlah ambil gambar di kawasan menarik ini. Tapi cuma diingatkan datang lebih awal kerana orang akan mula ramai mula jam 12 lebih.
Antara menu di Nasi Ambeng D’Rebung
– Nasi Ambeng Auam Ungkep
– Nasi Bancaan
– Rebus Masak Lemak Kuning
– Belulang Sambal Tahun (Kulit Lembu)
– Sambal Mentaram Tempe
– Pecal
Waktu Operasi
– Sabtu & Ahad sahaja
– 11 am – 5 pm
Kalau anda pernah menaiki Melaka River Cruise, ketika menyusuri sungai Melaka pasti akan melalui satu kawasan perumahan kampung kira-kira empat kilometer di sungai berkenaan. Kawasan tersebut dipanggil Kampung Morten.
Yang pasti ramai terpegun melihat rumah tradisional Melayu yang terdapat di kampung tersebut. Bukan sahaja pelancong asing, malah penduduk tempatan juga seperti ‘khayal’ dan terpesona dengan keunikkan seni bina rumahnya.
Ramai mengagumi keunikan Kampung Morten yang masih teguh walaupun terletak di tengah-tengah pusat bandar raya Melaka. Kampung Morten cukup terkenal dengan keunikan tradisi lama masyarakat kaum Melayu yang masih terpelihara.
Kebanyakkan penduduk Kampung Morten tetap mengamalkan cara hidup lama di samping mempamerkan dan menjaga keunikan reka bentuk rumah mereka. Bukan sahaja kunjungan daripada pelancong dalam dan luar negara, kampung tradisional ini juga sering mendapat perhatian bagi mengadakan beberapa program khususnya dalam memperkenalkan budaya Melaka. Malah, banyak juga produksi tempatan dan antarabangsa yang memilih dan menggunakan kawasan di Kampung Morten ini sebagai lokasi set penggambaran.
Seni Bina Tradisi Dipelihara
Antara faktor yang menghidupkan keunikan dan keistimewaan kampung ini ialah melalui konsep reka bentuk rumah dan landskapnya. Rumah tradisional Melaka dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat Melayu bercirikan bumbung atap yang panjang dan tangga batu dihiasi jubin. Tangga batu merupakan ciri utama keunikan rumah ini, di samping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik.
Halaman rumah tradisional tersebut biasanya dihiasi dengan pelbagai jenis pokok bunga. Ini menjadikan Kampung Morten begitu istimewa. Pengunjung berpeluang melihat kesemua deretan rumah tradisional yang tersusun dari segi bentuk bumbung, tangga dan hiasan dalaman. Ia seolah-olah membawa pengunjung kembali ke zaman kerajaan Melayu Melaka.
Jika rasa ingin menginap di sini, terdapat beberapa buah rumah penduduk yang dijadikan sebagai homestay. Tetamu akan diberi pilihan pakej-pakej tertentu yang pastinya akan meninggalkan pengalaman berharga tatkala menginap di sini.
Sejarah Kampung Morten
Nama Kampung Morten diambil sempena nama seorang Pesuruhjaya Tanah Inggeris, Frederick Joseph Morten. Pembukaan Kampung Morten diasaskan oleh Allahyarham Othman Mohd. Noh pada sekitar 1920-an. Ketika ini, kampung tersebut mempunyai 85 rumah termasuk 52 rumah tradisional Melaka. Sewaktu pembukaannya, kampung ini terletak di kawasan paya yang diliputi hutan pokok nipah di pinggir Sungai Melaka dan menjadi satu-satunya kampung Melayu asli yang wujud sehingga hari ini.
Kampung Morten mendapat perhatian penuh kerajaan Melaka dan diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya pada tahun 1988 sebagai kawasan perkampungan tradisional Melayu dan pusat tarikan pelancong. Kini, perkampungan itu dikelilingi bangunan moden dan aliran air Sungai Melaka yang bersih dengan kedua-dua tebing sungai diperindahkan oleh kerajaan negeri.
Kehebatan negara Timur Tengah tidak bisa dipertikaikan. Selain kaya dengan sumber galian seperti minyak, negara-negara Arab ini turut terkenal dengan keunikan bentuk muka buminya. Antara negara yang menjadi pujaan ramai adalah Morocco atau lebih indah dengan panggilan Maghribi.
Menara Masjid Tertinggi Dunia
Morocco termasuk negara terkenal dengan dengan panggilan bumi Andalusia. Walaupun muka buminya yang kering kontang, negara ini semakin mendapat kunjungan ramai pelancong dari serata dunia kerana keindahan, keunikan dan kemewahan senibina hiasannya.
Morrocco cukup berbangga dengan bandar terbilangnya, Casablanca. Antara bandar yang terbesar di negara ini. Di sini anda dapat melihat suasana bandar dan cara hidup penduduknya. Antara mercu tanda yang terkenal adalah Masjid Sultan Hassan II yang merupakan masjid terbesar di daerah ini dan ke tujuh terbesar di dunia.
Keunikan masjid ini terletak pada ketinggian menara iaitu 210 meter. Ketinggian menara ini merupakan yang tertinggi di dunia dan dilengkapi dengan pancaran laser menghadap ke arah Mekah. Kebiasaannya, apabila menghampiri senja, di sekeliling kawasan masjid ini akan dipenuhi oleh penduduk dan pelancong yang bersantai sambil melihat keindahan masjid yang tersergam indah di tepi laut.
Buat pengetahuan semua, hampir ke semua masjid di Morocco hanya membuka pintunya kepada jemaah apabila azan berkumandang dan menutup pintu masjid kembali apabila solat berjemaah selesai. Ini kerana mereka sangat menjaga kebersihan dan kesucian tempat beribadat masjid dari dicemari oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab seperti gelandangan.
Senibina Bercirikan Mewah
Jika anda melihat rumah-rumah penduduk di sini, kelihatan biasa-biasa sahaja. Tetapi permandangan menjadi sebaliknya jika anda memasuki ruang dalam rumah tersebut. Anda pasti terpukau dengan dekorasi dan pancaran lampu-lampu yang menghiasi di sekeliling rumah. Terasa mewah dan bercirikan timur tengah. Maka tidak hairanlah banyak majalah-majalah barat sering meniru gaya dekorasi ala Morocco.
Selain Casablanca, terdapat sebuah lagi bandar yang terkenal iaitu Marrakech. Ia dipanggil dengan gelaran ‘Tanah Tuhan’ dari nama lama iaitu Marakush. Di sini terdapatnya pasar Souk Alkasabine yang popular dengan peniaga-peniaga yang menjual pelbagai makanan tradisional. Antara yang popular, pelbagai kuih manisan bersalut madu, barangan basah dan kering jua jeruk buah zaitun. Tidak ketinggalan jualan barang-barang perhiasan rumah dan cenderamata seperti lampu, periuk, pinggan mangkuk, selimut dan sebagainya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebuah perarakan para pelumba sukan permotoran Malaysia dan Dunia, Endurance World Championship telah diadakan di tengah-tengah bandar metropolitan Kuala Lumpur dari jalan Ampang Ke Dataran Merdeka bagi mempamerkan kereta lumba dan motosikal dari pelbagai negara mengambil bahagian.
Ia adalah acara yang berprestij dan penuh dengan aksi menarik di litar dengan 51 pasukan FIM Endurance World dan 16 pasukan FIA di grid. Kejohanan Dunia FIM Endurance (FIM EWC) dan (FIA WTCR)ini akan berlangsung pada hujung minggu ini di sepang (SIC) dari 13 hingga 15 Disember 2019.
Pelumba yang terkenal dengan gelaran Pescao, Hafizh Syahrin akan mengambil cabaran hujung minggu ini dengan berlumba dalam perlumbaan motosikal sepang 8 jam pada hari Sabtu dan juga perlumbaan sulungnya di FIA WTCR Memandu Hyundai 130 N TCR di bawah pasukan Hyundai Engstler bersama rakan sepasukan Mitchell Cheah pada hari Ahad.
Seorang lagi pelumba tempatan terkenal, Zaqhwan Zaidi menyertai Honda Asia Dream Racing With Showa dan penyertaan Azlan shah berganding bersama-sama Adam Norrodin bersaing di bawah BMW Sepang Racing Team melengkapkan senarai bakat anak muda Malaysia di FIM EWC. SIC komited untuk membawa acara kejuaraan dunia ke Malaysia. Secara tidak langsung ianya juga menyediakan platform bagi bakat Malaysia untuk mengambil bahagian dan bersaing di peringkat kelas dunia.
Hari Sabtu ini adalah hari perlumbaan untuk FIM EWC dengan perlumbaan sepang 8 jam endurance dan hari terkhir perlumbaan FIA WTCR akan berlangsung pada Ahad 15hb Disember 2019. Tiket untuk grandstand utama dijual pada RM220 manakala akses ke paddock berharga RM450. Untuk maklumat lanjut sila hubungi wakil perhubungan awam & komunikasi SIC Khairul Akil di akil.amin@sepangcircuit.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila sebut tentang Afrika, mungkin ramai yang terus terbayang padang pasir luas, cuaca panas, kawasan tandus dan kehidupan yang serba kekurangan. Gambaran itu tidaklah...