Jerman destinasi pelancongan terkenal dunia menjadi idaman ramai.
Jerman juga adalah salah satu negara di Eropah yang pastinya menyimpan pelbagai sejarah terutama di waktu perang dunia kedua. Berlin merupakan salah satu kota besar di Jerman. Ibu negara Jerman ini adalah bandar paling besar dan kedua paling ramai penghuni di Eropah selepas London.
Sebelum berkunjung ke Jerman, pastikan anda mengetahui serba sedikit info pengetahuan mengenai negara ini. Kalau anda nak tahu di Jerman terdapat larangan untuk menghidupkan muzik secara kuat atau apapun yang menimbulkan suara keras bahkan membersihkan menggunakan vakum. Anda dibenarkan membuat bising antara jam 1 tengah hari hingga 3 petang pada hari Ahad atau pada 10 malam hingga 7 pagi.
Nak tahu perkongsian menarik lain? Ini antara fakta lain mengenai negara Jerman yang dikongsikan oleh Sue Ishk di laman Facebooknya.
Suhana dah sampai Jerman!
Itu ungkapan yang sering cikgu aku laungkan setiap kali aku berangan di dalam kelas. Hehe. Terima kasih cikgu. Saya sudah pun menjejakkan kaki ke sana, berkat doa cikgu. Makbul.
Ada apa dengan Jerman? Jom aku kongsikan fakta menarik negara ini:
Ads
1. Bahasa Jerman diguna sebagai Bahasa rasmi di Switzerland, Austria, Luxembourg, Liechtenstein dan Jerman sendiri. Patutlah bila aku pergi Austria ada orang berbahasa Jerman.
2. Ia berkongsi sempadan dengan 9 negara, Belgium, Luxembourg, Belanda, Denmark, Poland, Republic Czech, Austria, Switzerland dan Perancis. Anda sudah boleh membayangkan itinerary anda jika memulakan road trip dari Jerman bukan?
3. Pengeluar kereta terbesar di dunia. VW Golf adalah kereta jualan terbaik sepanjang masa. Patutlah banyak Mercedes jadi teksi di sana.
4. 65% lebuhraya tiada had laju. Aku akan memandu di Jerman nanti, wish me luck. Jadi Lewis Hamilton aku nanti. Hehe.
5. Merokok di tempat awam diharamkan.
Ads
6. Berlin 9 kali ganda lebih besar dari Paris.
7. Berlin mempunyai stesen keretapi terbesar di Eropah. Aku berjalan di dalam stesen keretapi utama di Stuttgart pun dah rasa azab.
8. Kata lengkap pertama berwarna coklat dihasilkan oleh warga Jerman.
9. Jeans Levi Strauss diperkenalkan oleh ahli perniagaan Jerman-Amerika.
Ads
10. Jenama Adidas dan Puma juga berasal dari sana.
11. Pasukan bola pertama menggunakan but bola yang boleh bertukar studs. Piala Dunia 1954, Jerman Barat berjaya menewaskan Hungary 8-3. Hungary adalah pasukan pilihan yang tidak pernah kalah dalam 32 perlawanan berturut-turut. Adolf Dassler, pengasas Adidas telah membekalkan pemain-pemain dengan but yang boleh bertukar studs pada perlawanan akhir dimana hujan turun dengan sangat lebat pada perlawanan itu.
12. Yuran pendidikan adalah percuma sehingga peringkat Phd untuk rakyat Jerman dan juga warga asing.
13. Ada lebih 2100 istana di Jerman.
Puas hati dengan fakta-fakta di atas? Ini gambar-gambar kenangan saya di sekitar Heidelberg yang turut menempatkan Heidelberg University , Heidelberg Castle dan Philosopher’s walk.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Berikut antara hak penumpang yang anda perlu tahu sebelum menempah dan menaiki pesawat bagi syarikat penerbangan yang beroperasi sama ada di dalam atau luar negara.
Tambang penerbangan
Pelanggan mempunyai hak penuh untuk mengetahui kos keseluruhan tiket penerbangan termasuk tambang asas penerbangan, cukai, sebarang caj seperti bahan api dan lapangan terbang, bayaran tambahan dan yuran seperti bagasi dan keselamatan serta bayaran perkhidmatan penumpang. Pastikan segala maklumat pembayaran dicatat secara terperinci dan tiada caj tersembunyi.
Larangan menaikkan harga tiket selepas pembelian
Syarikat penerbangan dilarang menaikkan harga tiket selepas bayaran dibuat kecuali kenaikan itu berdasarkan dua perkara iaitu caj atau cukai kerajaan atau bayaran dikenakan Suruhanjaya. Kenaikan caj juga dibenarkan jika penumpang diberi notis kemungkinan kenaikan harga dan bersetuju secara bertulis sebelum menyempurnakan pembelian.
Perubahan status penerbangan
Penumpang perlu dimaklumkan status penerbangan mereka termasuk penundaan, pembatalan dan penukaran laluan secepat mungkin. Penumpang boleh diberitahu sama ada melalui mesej pesanan ringkas, panggilan telefon atau e-mel.
Tidak dibenarkan menaiki pesawat
Penumpang yang tidak dibenarkan menaiki pesawat perlu menerima penjagaan atau pampasan minimum seperti makanan, panggilan telefon terhad dan akses kepada Internet sekiranya ada. Penumpang juga boleh menerima penginapan jika perlu dan pengangkutan dari lapangan terbang ke lokasi penginapan. Paling penting, penumpang perlu diberi pilihan sama ada pembayaran balik atau perubahan laluan.
Pembatalan penerbangan
Bagi pembatalan penerbangan, penyedia penerbangan perlu menawarkan pampasan minimum seperti pilihan untuk pembayaran balik atau perubahan laluan.
Kehilangan, kerosakan atau kelewatan bagasi
Jika bagasi tidak sampai dalam penerbangan sama, sama ada disebabkan hilang atau rosak, penumpang boleh membuat tuntutan pampasan daripada syarikat penerbangan. Penumpang layak menerima tuntutan sehingga SDR1,131 (nilai SDR berdasarkan empat mata wang utama iaitu Dolar Amerika Syarikat, Euro, Yen Jepun, dan Pound Sterling) dianggarkan sekitar RM6,200.
Penundaan penerbangan
Penumpang perlu diberi pampasan jika penerbangan ditunda lebih dua jam. Jika melebihi dua jam, penumpang boleh menerima perkhidmatan minimum seperti makanan, panggilan telefon terhad dan akses Internet jika ada. Jika penangguhan berlarutan sehingga lima jam, penumpang seharusnya menerima penginapan hotel jika perlu dan pengangkutan pergi dan balik antara lapangan terbang ke hotel.
Tuntutan dan pampasan bagi Orang Kurang Upaya (OKU)
Kehilangan atau kerosakan peralatan pengangkutan atau kerusi roda penumpang warga OKU membolehkan tuntutan pampasan mengikut harga pasaran alatan berkenaan. Penafian untuk mendarat bagi warga OKU pula membolehkan mereka menerima pilihan sama ada menerima pembayaran balik, penerbangan pulang atau perubahan laluan.
Ramai pengguna lebuh raya merungut berikutan ketiadaan urusan tambah nilai kad Touch ‘n Go di setiap plaza tol di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus). Ia dilakukan kerana lorong tambah nilai dikatakan penyebab kesesakan panjang di plaza tol lebuh raya.
Pembayaran tol tanpa tunai mungkin kedengaran bagus, namun ia bukanlah masa sesuai berikutan kemudahan tambah nilai yang ada di Malaysia belum lengkap dan efektif sepenuhnya. Perkhidmatan tambah nilai Touch ‘n Go dalam talian iaitu e-wallet, juga tidak dikuatkuasakan di semua susur keluar tol menyebabkan pengguna tidak boleh keluar dari lebuh raya.
Maka mahu tidak mahu ada pemandu kenderaan yang terpaksa meninggalkan kereta di plaza tol dan berjalan kaki untuk ke stesen minyak berdekatan bagi mendapatkan tambah nilai Touch ‘n Go. Ia mengundang bahaya bagi pengguna untuk melintas dan ada juga terpaksa meninggalkan anak yang masih kecil bersendirian di dalam kenderaan. Tidak kurang juga, wanita hamil atau orang kurang upaya terpaksa keluar dari kenderaan dengan kemudahan ruang yang cukup sempit semata-mata untuk pergi menambah nilai kad.
Yang sebetulnya, anda tidak perlu berbuat demikian jika anda dalam keadaan terdesak dan sulit kerana baki kad tidak mencukupi untuk melepasi gate tol. Diharap perkongsian daripada saudari El Ameerah ini membantu memberi sedikit info berguna kepada semua pengguna lebuh raya. Pihak PLUS bagi beritahu, jika kita exit tol dan tiba-tiba baki tak cukup, kita perlu tekan button intercom dan tunggu runner PLUS dtg. Runner akan bantu kita untuk topup dan serahkan semula kad TnG kita. Untuk semua pengguna jalan raya, pegawai tu pesan jangan lah membahayakan nyawa anda dengan melintas dari lorong ke lorong. Perkara ini bertentangan dengan SOP pihak PLUS.
Jika kenderaan belakang anda dah bunyikan hon sbb marah ke apa2, just stay calm sampai runner PLUS dtg. Again, jangan keluar dari kereta dan pergi ke pondok topup.
Pihak PLUS beritahu, insiden pengguna yg melintasi lorong untuk ke pondok topup adalah perkara yang tidak patut berlaku. Jika runner di tol itu mengarahkan pengguna utk datang sendiri ke pondok topup, maka dia telah melanggar SOP dan pengguna dinasihatkan buat aduan segera.
PLUS sendiri akui ada keadaan di mana pengguna memang impossible utk tinggalkan kereta. Contohnya, memang tak boleh berjalan (OKU), wanita sarat mengandung atau pun ada baby dalam kereta.
So lepas ini, especially wanita-wanita. Kalau lah berlaku insufficient balance, terus tekan button intercom dan tunggu bantuan runner. Pegawai itu pesan, jangan panick dan tolong jangan membahayakan nyawa anda.
Apapun, lebih bagus jika kita pastikan kad kita cukup baki. TAPI ada juga keadaan di mana sesetengah dari kita yg nasib tak berapa baik. Time nak exit tu lah baki tak cukup. Kita jangan lah marah-marah dan hon berkali-kali bila nampak ada pengguna yg tak cukup baki. Hari ini hari dia susah. Esok lusa entah-entah hari kita pulak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Masyarakat di sini sangat bertuahnya dapat berpuasa dan beraya di Malaysia, malangnya saban tahun kegembiraan tersebut sering kali diragut oleh tragedi kemalangan jalan raya. Satu perangai mengenai rakyat Malaysia akan tersedar mengenai kepentingan keselamatan apabila kejadian itu berlaku terhadap diri kita. Selagi kemalangan tersebut tidak melibatkan ahli keluarga dan orang tersayang, kita seakan-akan lalai untuk menghargai nyawa.
Setiap pemandu dan pengguna jalan raya sepatutnya sentiasa membuat persediaan dan merancang perjalanan sama ada jauh dan dekat agar kemalangan dapat dielakkan. Jika melibatkan perjalanan jauh menggunakan lebuh raya umpamanya, pastikan anda mendapatkan rehat yang secukupnya terlebih dahulu.
Ini kerana banyak kes kehilangan nyawa akibat lemas dalam kenderaan dilaporkan berpunca tidur dalam kereta kerana terlalu letih. Selain itu mengantuk dan terlelap ketika memandu juga merupakan punca kemalangan maut sering berlaku. Sehubungan itu, Plus Malaysia Berhad (PLUS) bercadang membina kapsul tidur bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan berehat dan melepaskan penat sekaligus mengurangkan kemalangan jalanraya terutamanya kepada pemandu kenderaan berat.
Cadangan itu kini pada peringkat kajian dan projek rintisnya dijangka direalisasikan pada tahun hadapan. Kapsul tidur yang juga dipanggil ‘time capsule’ ini akan memberi peluang kepada pemandu terutamanya pemandu kenderaan berat untuk mereka ambil ‘quick nap’ pada waktu malam sebelum mereka meneruskan pemanduan.
Sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan akibat mengantuk dan kepenatan. Untuk pengetahuan, dahulu PLUS pernah membuka hotel di sepanjang lebuh raya tetapi terpaksa menutupnya kerana tidak mendapat sambutan dan kita dapati pemandu mahukan tempat tidur hanya untuk ‘quick nap’ dan tidak memerlukan hotel seharian.
Ramai netizen yang menyambut baik cadangan pembinaan kapsul rehat ini. Namun pihak PLUS perlu mengkaji banyak aspek agar kemudahan yang tersedia tidak disalah gunakan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...