Netizen Sokong Cadangan PLUS Bina Kapsul Tidur Di R&R Lebuh Raya Utara Selatan Untuk Pemandu Letih

Share

Masyarakat di sini sangat bertuahnya dapat berpuasa dan beraya di Malaysia, malangnya saban tahun kegembiraan tersebut sering kali diragut oleh tragedi kemalangan jalan raya. Satu perangai mengenai rakyat Malaysia akan tersedar mengenai kepentingan keselamatan apabila kejadian itu berlaku terhadap diri kita. Selagi kemalangan tersebut tidak melibatkan ahli keluarga dan orang tersayang, kita seakan-akan lalai untuk menghargai nyawa.

Setiap pemandu dan pengguna jalan raya sepatutnya sentiasa membuat persediaan dan merancang perjalanan sama ada jauh dan dekat agar kemalangan dapat dielakkan. Jika melibatkan perjalanan jauh menggunakan lebuh raya umpamanya, pastikan anda mendapatkan rehat yang secukupnya terlebih dahulu.

 

Ini kerana banyak kes kehilangan nyawa akibat lemas dalam kenderaan dilaporkan berpunca tidur dalam kereta kerana terlalu letih. Selain itu mengantuk dan terlelap ketika memandu juga merupakan punca kemalangan maut sering berlaku. Sehubungan itu, Plus Malaysia Berhad (PLUS) bercadang membina kapsul tidur bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan berehat dan melepaskan penat sekaligus mengurangkan kemalangan jalanraya terutamanya kepada pemandu kenderaan berat.

Cadangan itu kini pada peringkat kajian dan projek rintisnya dijangka direalisasikan pada tahun hadapan. Kapsul tidur yang juga dipanggil ‘time capsule’ ini akan memberi peluang kepada pemandu terutamanya pemandu kenderaan berat untuk mereka ambil ‘quick nap’ pada waktu malam sebelum mereka meneruskan pemanduan.

Sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan akibat mengantuk dan kepenatan. Untuk pengetahuan, dahulu PLUS pernah membuka hotel di sepanjang lebuh raya tetapi terpaksa menutupnya kerana tidak mendapat sambutan dan kita dapati pemandu mahukan tempat tidur hanya untuk ‘quick nap’ dan tidak memerlukan hotel seharian.

Ramai netizen yang menyambut baik cadangan pembinaan kapsul rehat ini. Namun pihak PLUS perlu mengkaji banyak aspek agar kemudahan yang tersedia tidak disalah gunakan.

IKLAN