Ombak KLCC Bakal Jadi Port Baru Paling Hype, Ada Nintendo, Pokémon, ZUS Signature & Banyak Lagi

Share

Kuala Lumpur bakal menerima satu lagi destinasi baharu untuk dikunjungi apabila Ombak KLCC mula beroperasi di kawasan berhampiran KLCC. Bukan sekadar pusat beli-belah biasa, destinasi ini mengetengahkan gabungan makanan, seni, budaya, hiburan dan gaya hidup aktif dalam satu lokasi.

Dengan sekitar 120 ruang runcit yang dirancang, Ombak KLCC dijangka menjadi antara port baharu yang menarik untuk warga kota dan pelancong yang mahu mencari tempat makan, membeli-belah dan bersantai.

Walaupun senarai penuh tenant masih belum diumumkan, beberapa jenama sudah dikenal pasti bakal membuka outlet di sini.

Banyak Pilihan Makanan Menarik

Bagi yang datang kerana makanan, Ombak KLCC nampaknya bakal menawarkan pelbagai pilihan.

Antara jenama yang akan hadir ialah Oriental Kopi, sebuah jenama kopitiam moden yang cukup popular dengan hidangan tempatan.

 

Turut tersenarai ialah NakNak, yang menawarkan makanan berinspirasikan Korea, selain Sang Seafood yang bakal membuka restoran di aras tiga.

Port Asam Pedas by Sang, NakNak, Oriental Kopi Kredit Foto: Official Website

 

Peminat masakan tempatan pula boleh mencuba Port Asam Pedas by Sang, yang dijangka menjadi antara pilihan menarik untuk mereka yang gemar masakan Melayu.

 

Coffee Hunters Pun Ada Port

Penggemar kopi juga tidak dilupakan.

Kenangan Coffee antara jenama yang dijangka membuka outlet di sini, selain ZUS Signature yang bakal membawa konsep lebih premium berbanding outlet ZUS Coffee biasa.

Zus Coffee, Kenangan Coffee Kredit Foto: Official Website

Kehadiran dua nama ini pastinya menjadikan Ombak KLCC satu lagi destinasi sesuai untuk sesi lepak santai sambil menikmati kopi.

Galeri PETRONAS Jadi Tarikan Seni

Salah satu tarikan utama Ombak KLCC ialah kehadiran GALERI PETRONAS.

Galeri Petronas Kredit Foto: Official Website Galeri Petronas

Elemen seni dan budaya menjadi sebahagian daripada identiti pembangunan ini, menjadikannya bukan sekadar lokasi untuk membeli-belah dan makan.

Bagi pengunjung yang gemar pameran seni dan pengalaman budaya, kehadiran galeri ini pastinya menambah nilai kepada kunjungan ke Ombak KLCC.

BACA LAGI: Shizuku Coffee Di Petaling Jaya, Hidden Gem Ala Jepun & Port Cafe Hopping Menarik Di B.LAND

Nintendo Dan Pokémon Turut Hadir

Peminat permainan video dan collectibles pula ada sebab besar untuk datang.

Nintendo Pop-Up Store dijadualkan beroperasi mulai September 2026, manakala Pokémon Center Pop-Up Store turut akan hadir dalam tempoh yang sama.

Nitendo Pop-Up Store, Pokemon Center Kredit Foto: Official Website

Kedua-duanya merupakan konsep pop-up, jadi ia hanya akan beroperasi untuk tempoh tertentu.

Aktiviti Lasak Dalam Mall

Bagi mereka yang sukakan aktiviti lebih aktif, Camp5 turut dikaitkan dengan Ombak KLCC.

Camp 5 Kredit Foto: Official Website Camp 5

Pusat indoor climbing ini cukup dikenali dalam kalangan peminat aktiviti memanjat. Sekiranya pembukaannya disahkan sepenuhnya, ia bakal menjadi antara tarikan yang membezakan Ombak KLCC daripada pusat beli-belah biasa.

Pasar Raya Premium Turut Dirancang

Ombak KLCC turut mengesahkan bahawa sebuah pasar raya premium akan menjadi sebahagian daripada pusat gaya hidup ini.

Antara nama yang dikaitkan ialah Village Grocer, namun setakat ini jenama tersebut masih belum diumumkan atau disahkan secara rasmi sebagai operator pasar raya di Ombak KLCC.

Village Grocer Kredit Foto: Official Website Village Grocer

Jika benar Village Grocer bakal membuka cawangan di sini, ia akan melengkapkan lagi konsep Ombak KLCC sebagai destinasi yang bukan hanya sesuai untuk pelancong, tetapi juga penduduk dan pekerja di sekitar kawasan KLCC.

Bukan Sekadar Mall Baharu

Apa yang menarik tentang Ombak KLCC ialah pendekatannya yang menggabungkan pelbagai pengalaman dalam satu lokasi.

Ilustrasi Ombak KLCC Kredit Foto: Ombaklcc.com

Daripada makanan dan kopi, kepada seni, gaming, aktiviti lasak dan keperluan harian, semuanya dirancang dalam satu destinasi.

Dengan lokasinya yang strategik berhampiran KLCC, Ombak KLCC berpotensi menjadi satu lagi port popular di ibu kota, terutama untuk mereka yang mahu mencari lokasi baharu untuk lepak, makan dan berjalan-jalan hujung minggu.

Oleh
Syahir Hannan