Dalam Negara

Pasar Minggu Meriahkan TRX Hujung Minggu Ini, Jom ‘Support’ Jenama Lokal!

Share

Hujung minggu ini, warga kota boleh menikmati suasana pasar kreatif yang lebih santai di tengah-tengah Kuala Lumpur apabila The Pasar Minggu berlangsung di Market Lane, The Exchange TRX.

Bukan sekadar tempat membeli-belah, acara ini menghimpunkan pelbagai jenama, barangan artisan, makanan dan minuman serta produk kreatif yang menarik untuk diterokai bersama keluarga atau rakan-rakan.

The Pasar Minggu akan berlangsung dalam dua siri, iaitu pada 24 hingga 26 Julai 2026 serta 31 Julai hingga 2 Ogos 2026, bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Syurga Kaki ‘Shopping’ Dan Peminat Jenama Lokal

Antara tarikan utama acara ini tentunya peluang untuk mengenali dan membeli produk daripada pelbagai jenama tempatan serta serantau.

Bagi peminat fesyen, jangan lepaskan peluang singgah di reruai BWBYAZ, jenama yang dikenali menerusi koleksi pakaian wanita dengan potongan selesa, gaya longgar serta rekaan moden yang mudah dipadankan.

Jenama ini bermula pada tahun 2015 dengan koleksi kemeja sebelum berkembang menawarkan pelbagai pilihan pakaian yang menggabungkan keselesaan dan gaya semasa.

Selain itu, pengunjung juga boleh mencari koleksi menarik daripada beberapa jenama lain seperti:

  • HELAIYAN.KL
  • BEACHEWYYY
  • AWANBLOOM
  • BAYSIC.KL
Kredit Foto: ughkilaaaaaa / Threads
Kredit Foto: ughkilaaaaaa / Threads
Kredit Foto: ughkilaaaaaa / Threads

Setiap jenama menawarkan identiti dan gaya tersendiri, menjadikan Pasar Minggu lokasi menarik untuk mencari pakaian, aksesori atau barangan yang mungkin sukar ditemukan di kedai biasa.

Jangan Lupa Cuba Makanan Dan Minuman

Selepas puas berjalan dan membeli-belah, bolehlah berehat sambil menikmati pilihan makanan serta minuman yang tersedia.

Antara vendor yang boleh dicari ialah FROOT.MY dan HOMKUKDELIGHT. Sesuai untuk pengunjung yang mahu menikmati sesuatu yang menyegarkan atau mencari hidangan ringan sebelum meneruskan aktiviti membeli-belah.

Kredit Foto: ughkilaaaaaa / Threads
Kredit Foto: ughkilaaaaaa / Threads

Selain fesyen serta makanan, penganjur turut menjanjikan barangan artisan, produk kreatif, aktiviti bengkel dan persembahan secara langsung sepanjang acara berlangsung.

Aktiviti Santai Untuk Seisi Keluarga

Pasar Minggu bukan hanya sesuai untuk golongan muda atau pencinta fesyen. Keluarga yang membawa anak-anak juga boleh berjalan santai, melihat produk tempatan serta menikmati suasana meriah di Market Lane.

Kedudukannya di dalam The Exchange TRX turut memudahkan pengunjung meneruskan aktiviti lain seperti menjamu selera, membeli-belah atau berehat di TRX City Park.

The Exchange TRX terletak di tengah-tengah daerah kewangan Tun Razak Exchange dan dihubungkan dengan stesen pertukaran MRT, menjadikannya mudah dikunjungi menggunakan pengangkutan awam.

Maklumat The Pasar Minggu

Lokasi: Market Lane, The Exchange TRX
Tarikh: 24–26 Julai dan 31 Julai–2 Ogos 2026
Waktu: 10 pagi–10 malam

Jadi, sekiranya belum mempunyai perancangan hujung minggu ini, bolehlah singgah ke The Pasar Minggu. Selain mencari produk menarik dan bergambar di sekitar TRX, kunjungan anda juga menjadi satu cara untuk memberi sokongan kepada usahawan serta jenama kreatif yang mengambil bahagian.

Oleh
Syahir Hannan