Berita

Pemandu Pelancong Maut Jatuh Gaung Ketika Bergambar Rai Hari Terakhir Perintah ‘Berkurung’

Share

Kebanyakan negara mengambil langkah mengenakan perintah kawalan pergerakan terhadap rakyat mereka ketika kes COVID-19 meningkat di seluruh dunia. Ia bagi mengelak wabak ini terus menular dah membunuh lebih banyak nyawa.

Namun selepas langkah tersebut diambil, negara-negara ini kini melonggarkan beberapa kawalan susulan kes wabak semakin menurun disamping untuk ‘menggerakkan’ kembali ekonomi negara masing-masing yang terhenti hampir berbulan lamanya.

Di Turki, seorang pemandu pelancong gembira dengan berita bahawa perintah berkurung di negaranya telah berakhir. Lalu mengambil keputusan untuk keluar bergambar di sebuah lokasi air terjun sempena ‘pembebasan’.

Namun dia maut terjatuh dari tebing pada ketinggian 35 meter ketika merakam gambar bagi meraikan berakhir perintah berkurung di Turki. Pemandu pelancong terbabit dikenali sebagai Olesya Suspitsyna, berumur 31 tahun , dari Kazakhstan hilang kawalan ketika mahu mengambil gambar dengan latar belakang keindahan air terjun di kawasan peranginan di sini.

Menurut media tempatan, mangsa dipercayai memanjat pagar keselamatan dan mula beraksi, namun tergelincir dan terjatuh. Panik melihat kejadian itu, rakannya terus menghubungi polis dan pihak ambulans.

Rakan karibnya, Olga Kravchuk berkata, Olesya sukakan laut dan impiannya mahu tinggal di situ menjadi kenyataan. Mayat Olesya dijumpai di lereng terbabit dan petugas kecemasan menggunakan tali bagi kerja-kerja menyelamat.

Sumber: Dailymail | Sinar Harian

IKLAN